The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fat_pae, 2021-10-02 22:08:39

BUKU PROGRAM MAT PIBG SKTP 2021

Lampiran buku MAT PIBG

Keywords: MAT PIBG

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PARI

09100 BALING KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT AGUNG
PIBG

KALI KE- 47

2021

TARIKH : 8 Oktober 2021

HARI : Jumaat

MASA : 8.30 Pagi

P

DIRASMIKAN OLEH :
YDP PIBG SK TANJONG PARI

1

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

Perkara m/s

1. Notis mesyuarat agong PIBG kali ke -47 3

2. Aturcara Majlis 4

3. Kata-kata aluan daripada 5
Guru Besar SK Tanjong Pari

4. Minit Mesyuarat Agung PIBG 6- 15
Kali Ke 46

5. Laporan Kewangan PIBG 2020/2021 16

6. Senarai nama pengerusi dan AJK PIBG

2020/2022 17

7. Jawatan kuasa Kerja Mesyuarat Agong

PIBG Kali ke – 47 18

8. Lampiran/catatan 19

2

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PARI
09100 BALING,KEDAH DARUL AMAN.

TEL : 01165735334

“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”

Ruj kami : SKTP 60/002/4(05)
27 Sept 2021

Kepada,
Tuan/Puan
Ibu bapa / Waris
YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG PARI KALI KE-47

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki,

2. Berhubung perkata di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk

menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Tanjong Pari kali ke-45 yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 Oktober l 2021

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : GOOGLE MEET ( Lokasi Rumah Masing-masing )

3. Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung
tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas selewat-lewatnya 19 April 2021
(Isnin).

4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika YB
Dato‘ / Datin / Tuan / Puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan

kecemerlangan para pelajar amat digalakkan.

5. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama berganding
bahu untuk kecemerlangan SKTP. Kehadiran YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan tugas,

(EN. ZAMZURI BIN MUHAMAD)
YDP PIBG,
SK Tanjong Pari

“SEDERAP MENUJU KECEMERLANGAN”

3

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJONG PARI
KALI KE-47

8.30 pagi : Pendaftaran waris (Google Form )
9.00 pagi : Aluan Pengerusi majlis
: Bacaan Doa
9.30 pagi : Bacaan Al-Quran Wakil Murid
: Ucapan YDP PIBG dan Perasmian Mesyuarat Agong PIBG
11.00 pagi : Ucapan dan Laporan Guru Besar
:Tayangan video
: Mesyuarat Agung PIBG dimulakan
: Pembentangan minit oleh setiausaha PIBG
: Pembentangan penyata kewangan oleh bendahari PIBG
: Perkara-perkara berbangkit
: Hal-hal lain
: Sesi penggulungan
: Majlis bersurai

4

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

KATA-KATA ALUAN
Guru Besar SK.Tanjong Pari

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala
perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agong Tahunan PIBG kali ke – 46
dapat diterjemahkan kali ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir
pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.

SK Tanjong Pari menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misinya
membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini selaras dengan pepatah
‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan Kejayaan’. Kejayaan anak-anak
merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-
anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa
janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah
sahaja.

Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat
belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat kain
putih dan ibu bapalah yangmencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak memerlukan
masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu bapa perlu
memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut. Pokoknya,
dimana ada kemahuan,di situ ada jalannya.

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program
sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak
didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi
sahsiah,akademik dan kokurikulum.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang
diterajui oleh Encik Zamzuri Bin Muhamad yang banyak memberi sokongan moral.
Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan
komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang
seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

(PN SITI MARIAM BINTI OTHMAN)
Guru Besar SK. Tanjong Pari

5

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PARI

09100 BALING, KEDAH DARULAMAN

Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46
Hari : 8 Mac 2020
Masa : Ahad
Tempat : 2.30 petang
: Dewan SK. Tanjong Pari

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua guru dan ibu bapa ke mesyuarat
agung pada kali ini. Beliau turut mengalu-alukan ketibaan Y.bhg Dato Dr Zulkifly B.
Mohamad, Pengarah Urusan Dzr Pharma Manufacture Sdn Bhd.

1.2 Bacaan doa daripada Mohd Nazif bin Abu Bakar.

1.3 Bacaan ayat Suci Al-Quran dan terjemahan oleh adik Muhammad bin Mohd Hasif dan
adik Mohd Asyraff dari kelas Tahun 3 Progresif
Tindakan : Makluman

2. UCAPAN WAKIL YDP PIBG ( PN. AZURAINI BINTI ABD RAHIM )
2.1 Ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan waris yang hadir.

2.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan PIBG atas kerjasama
yang telah diberikan.

2.3 Beliau mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada pihak
sekolah terutamanya, Tuan Guru Besar, En Ahmad Fuad Bin Abdullah, AJK PIBG dan
guru-guru kerana berjaya mengendalikan mesyuarat agung PIBG pada kali ini.

6

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

2.4 Beliau menegaskan PIBG adalah salah satu medium antara pihak sekolah dengan
komuniti ibu bapa di dalam menjayakan program sekolah. PIBG Sk Tanjong Pari telah
banyak berkolaborasi dengan sekolah seperti aktiviti perkhemahan, hari sukan sekolah
dan hari kantin sekolah.

2.5 Beliau berharap semoga pihak sekolah dapat meneruskan inisiatif bagi membantu
murid dari segi akademik dan kokurikulum. Penglibatan AJK PIBG sedikit sebanyak
dapat membantu pihak sekolah dalam program sarana ibu bapa.

2.6 Selain dari itu juga pn. Azuraini juga memaklumkan bahawa majoriti ibu dan ayah di
sekitar SK. Tanjong Pari adalah dibawah kategori pendapatan B40 yang mana ibu
bapa disini bergerak atas dasar menyumbangkan tenaga semata-mata.

2.7 Disamping itu juga beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Dr yang
sudi hadir dan semua pihak yang menjayakan majlis mesyuarat agung pibg pada kali
ini.

2.8 Beliau mengharapkan semoga mesyuarat agong PIBG kali ini berjalan dengan lancar.

3. UCAPAN TUAN GURU BESAR ( TN. HAJI AHMAD FUAD BIN ABDULLAH )

3.1 Tuan Haji Ahamad Fuad mengalukan kehadiran semua ibu bapa ke mesyuarat agung
tahunan PIBG kali ke 46 ini. Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat kali ini menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap anak-anak mereka di dalam merealisasikan visi dan
misi sekolah untuk kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
murid. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru
yang berhempas pulas di dalam menjayakan majlis pada kali ini.

3.2 Tn. Guru Besar menyeru kepada ibu bapa supaya dapat membantu pihak sekolah di
dalam menjayakan visi dan misi sekolah dalam membangunkan sahsiah murid
kearah kecemerlangan melalui Pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam hal ini, kemenjadian anak-anak bermula dengan ibu bapa dan
berharap semua tidak meletakkan 100% tangunggjawab mendidik anak-anak kepada
pihak sekolah sepenuhnya.

3.3 Tn. Guru Besar juga mengharapkan ibu bapa perlu memastikan keperluan anak-anak
mereka seperti peralatan sekolah dan buku teks dibawa ke sekolah bagi memastikan
7

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

pengajaran dan pembelajaran anak mereka berjalan dengan lancar. Selain daripada
itu, ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih
gigih dan galakan ini dapat membantu mereka untuk berjaya dalam pelajaran.

3.4 Tn Guru Besar menekankan bagi menggalas visi menjadi sekolah cemerlang “ # SKTP,
Sederap Menuju Kecemerlangan” dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar
kearah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3.5 Beliau berharap agar penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya
ketika di rumah sangat penting. Suasana pembelajaran di rumah seperti menyediakan
ruang untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai jadual ulangkaji akan
dapat memotivasikan diri anak-anak untuk mencapaikeputusan yang akademik yang
lebih cemerlang.

3.6 Tn. Guru Besar melaporkan perkembangan semasa sekolah dalam bidang unit
kurukulum, HEM dan Kokurikulum.

3.6.1 Bilangan guru SKTP : 27 orang staf : 2 orang dan Pembantu Pengurusan : 1
orang
Bilangan Murid: tahun 1 – tahun 6 berjumlah 211 orang dan Pra Sekolah 23
orang
Jumlah keseluruhan : 234 orang

3.6.2 Laporan korikulum

3.6.2.1 UPSR Tahun 2019 (65%) manakala sasaran bagi tahun 2020 adalah

70%

3.6.2.2 Analisis bagi tahun 2019 mengikut subjek

Calon tahun 2019 : 40 orang

BM ( Kefahaman 100%

BM (Penulisan ) 100%

BI ( Kefahaman ) 82.5%

BI (Penulisan 75.0%

Matematik 80.0 %

Sains 92.5%

8

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

Ujian Diagnostik 2020 : 27 orang

BM ( Kefahaman 96.3 %

BM (Penulisan ) 92.3 %

BI ( Kefahaman ) 33.3 %

BI (Penulisan 18.5 %

Matematik 22.7 %

Sains 70.4 %

3.6.2.3Gagal semua mata pelajaran : 1orang

3.6.3 Aktiviti yang di rancang untuk murid tahun 6
1. Kelas tambahan
2. Kelas awal pagi
3. Bimbingan bersemuka
4. Teknik menjawab
5. Motivasi murid
6. Kelas kepong
7. Menjawab soalan modul

3.6.4 Laporan unit HEM
3.6.4.1 Pendaftaran tahun 1 akan bermula pada 1Mac dan berakhir pada bulan
April.
3.6.4.2 Jika ada anak-anak yang bersekolah disini dan ingin berpindah ke sekolah
lain, sila maklumkan kepada pihak sekolah sebelum berpindah kesekolah
lain.
3.6.4.3 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. Jika tidak hadir, sertakan surat tunjuk
sebab walaupun menelefon sekolah.
3.6.4.4 Pihak sekolah akan mengadakan ziarah cakna merangkumi murid yang
bermasalah dan murid cemerlang di dalam pelajaran.
3.6.4.5 Bantuan-bantuan yang diberikan biarlah digunakan oleh murid. Antara
bantuan yang telah diberikan:-
1. Bantuan awal persekolahan
2. Rmt
3. Bantuan pakaian dan kasut sekolah
4. Bantuan cermin mata
5. Bantuan kasut sekolah oleh Dr Juliana
6. Bantuan KWAMP
7. Bantuan orang perseorangan

9

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

3.6.5 Laporan unit kokurikulum
3.6.5.1 kejohanan merentas desa daerah Baling disertai oleh 8 orang murid
Pencapaian : sijil penyertaan
3.6.5.2 Kejohanan Olahraga peringkat Zon disertai oleh 8 orang murid perempuan
Pencapaian : sijil penyertaan
3.6.5.3 Kejohanan Rugbi Sentuh peringkat Daerah, penyertaan 1 pasukan murid
lelaki
Pencapaian : Tempat ke 3 dan 2 orang murid terpilih mewakili daerah
Baling ke peringkat negeri
3.6.5.4 Kursus ketua Patrol/Sekawan Pengakap disertai 7norang peserta di SMK
Jerai, Kupang
Pencapaian : sijil penyertaan

3.7 Tn.Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik di dalam menjayakan pelbagai program sekolah.
Penghargaan juga telah ditujukan kepada barisan Jawatan kuasa PIBG yang diterajui
oleh En.Abu Mansor Maturidi yang banyak memberi sokongan dalam bentuk idea dan
sokongan moral. Tidak keterlaluan jika saya katakana barisan PIBG sekolah ini amat
dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan
kecemerlangan.

Tindakan : Makluman

4. UCAPAN PERASMIAN ( DATO DR ZULKIFLY BIN MOHAMAD )

4.1 Yang Berbahagia Dato’ Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang
sudi menjemput beliau dalam majlis pada hari ini. Ini merupakan kali pertama beliau
menjejakkan kaki ke SK Tanjong Pari. Ucapan terima kasih dan syabas juga beliau
tujukan kepada para ibu bapa dan para hadirin kerana meluangkan masa hadir ke
mesyuarat agung PIBG kali ke-46 SK Tanjong Pari bagi tahun 2020 ini.

4.2 Beliau juga berharap agar ibu bapa turut bertanggungjawab untuk membantu pihak
sekolah dalam memastikan kecemerlangan pelajar di sekolah ini. Selain itu, ibu bapa
juga bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka bijak membahagikan masa
antara aktiviti kokurikulum dan akademik. Seterusnya, tanggungjawab ibu bapa
adalah memberikan bimbingan juga kasih sayang kepada anak-anak untuk pastikan
anak-anak tidak tercicir atau terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat kerana tanpa

10

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

pendidikan anak-anak tidak akan maju. Oleh itu, saranan beliau agar kita bersama-
sama berganding bahu demi anak-anak dan kesejahteraan Negara.

4.3 Beliau berkata waris SKTP sangat bertuah kerana mendapat guru yang
bertanggungjawab dan cemerlang serta pihak PIBG yang baik dan berdedikasi dalam
menjalankan amanah. Guru perlu di kenang jasanya kerana guru-guru telah banyak
membantu pelajar untuk mencapai kejayaan.

4.4 Yang Berbahagian Dato juga menyarankan jika ibu bapa mempunyai kelebihan 3K
(kewangan, kepakaran dan keringat) maka kewangan boleh membantu prasarana
dan aktiviti sekolah, kepakaran sama ada dari segi memasak, mengajar,
berkomunikasi dalam pebagai bahasa dapat merancang aktiviti bersama ibu bapa dan
guru. Keringat pula dapat membantu membetulkan langsir, engsel, padang, pagar dan
perpustakaan.

4.5 Dengan adanya program guru penyayang maka sahsiah murid meningkat kerana
murid rasa disayangi dan suka pergi ke sekolah. Antara program guru penyayang
ialah sesi bersalam dan guru mengalu-alukan kedatangan murid di pagar sekolah.

4.6 Beliau juga mengumumkan kelulusan peruntukan pembelian P.A Sistem, seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 SK Tanjong Pari bagi tahun
2020/2021

Tindakan : Makluman

5 PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI

5.1 Guru Besar mengiringi YB Dato Zulkifly Bin Mohamad menyampaikan hadiah kepada

murid cemerlang UPSR 2019

BIL NAMA SEKOLAH UPSR 2019

1 Nur Imanina Zahra binti Samsul Anuar SMK SIONG 5A 1B

2 Nur Atikah Najwa Binti Mohd Asri MRSM BALING 5A 1B

Tindakan : Makluman

6 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
6.1 En. Fat’hi Bin Haji Tahir selaku setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat
Agung.

11

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

Disahkan : Puan Siti Roziana Bt. Md Zain
Disokong : Encik Zamzuri B. Muhamad

Tindakan : Makluman

7 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2020
7.1 Puan Anarusni Binti Jaman selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan PIBG SKTP yang berakhir 29.02.2020.
7.2 Perbelanjaan dan penerimaan kewangan sangat jelas dan mudah difahami.
Disahkan: Puan Nor Syamimi Binti Mohd Asree
Disokong : Puan Nor Basyirah Binti Ahmad

Tindakan : Makluman

8 PERKARA BERBANGKIT
8.1 (9.1)Puan Faezah. Guru Penolong Kanan HEM, memaklumkan kutipan Sumbangan
PIBG RM 20 telah dijalankan pada tahun ini.dan sebahagian besar waris telah
membayar sumbangan tersebut

8.2 (9.5) Kelas tuisyen Bahasa Inggeris selepas solat Maghrib di Masjid Tanjong Pari
telah dijalankan pada tahun 2019. Encik Rozali ( mewakili setiausaha Masjid)
menyatakan kelas tersebut akan diteruskan jika mendapat kepercayaan positif dan
permintaan dari pihak waris dan penduduk setempat.

Tindakan : Makluman

9 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2020 DAN PERLANTIKAN PENGERUSI
SEMENTARA
9.1 Tuan YDP mengumumkan secara rasminya pembubaran barisan AJK PIBG SKTP Sesi
2018/2020 dan memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang sesi pengurusan
beliau.
9.2 Puan Yusnida Binti mohd Yusof mencadangkan Encik Rana Timour BinTalif dilantik
sebagai Pengerusi Sementara.
9.3 Disokong oleh semua ahli PIBG.

12

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

1 10 PEMILIHAN PJK PIBG SKTB SESI 2020/2022
10.1 Pengerusi sementara memaklumkan pemilihan pada hari ini hanya melibatkan
jawatan YDP, NYDP, DAN AJK.
10.2 Bagi Jawatan Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, AJK di kalangan Guru dan
Pemeriksa Kira-Kira (guru) akan dilantik oleh pihak pengurusan sekolah.
10.3 Lantikan khas oleh Tuan Guru Besar iaitu Imam Masjid Kg Tanjong pari dan Ustaz
KAFA adalah bertujuan untuk bekerjasama antara pihak masjid dan kelas KAFA dalam
melancarkan program sekolah.
10.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik nama-nama berikut untuk urusan
pengeluaran wang PIBG melalui akuan Bank Islam Berhad cawangan Baling.

10.5 Mandat operasi akaun di Bank Islam adalah mana-mana 2 daripada 3

orang penandatangan seperti nama diatas

Yang Dipertua : ENCIK ZAMZURI BIN MUHAMAD

Naib Yang Dipertua : ENCIK RATNA TIMOUR BIN TALIF
Setiausaha : ENCIK FAT’HI BIN HAJI TAHIR

Naib Setiausaha : PUAN NOOR SILAWATI BINTI CHE AMAT

Bendahari : PUAN ANARUSNI BINTI JAMAN

AJK Waris : USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN CHE RI

USTAZ MOHD HUSSIN BIN ABU HASSAN

ENCIK MOHD HAMIZAN BIN HASHIM

ENCIK MOHD ZAKI

ENCIK MAT ROHADI BIN MAT JUDIN

ENCIK YUSOF BIN AHMAD

ENCIK LATIF BIN JAMALUDIN

ENCIK BAKRI BIN MOHAMAD

PUAN AZURAINI BINTI ABD RAHIM

PUAN YUSNIDA BINTI MOHD YUSOF

PUAN SHARIPAH BINTI ABD SAMAT

AJK Guru- ENCIK NAZIF BIN ABU BAKAR

ENCIK MOHD AZHAR BIN MD ISA

PUAN HANAFIAH BINTI HUSSIN

PUAN HAMIDAH BINTI AWANG

PUAN HAFISOF BINTI HAMID

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1- ENCIK ABDUL MANAN BIN NAWANG

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2- PUAN NOR HARNANI BINTI ABDUL RAHMAN

13

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

10 MEMBAHASKAN USUL

10.1 Puan Hafisof memaklumkan jumlah sumbangan murid tahun UPSR 2020
sebanyak RM 180 seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat
peningkatan UPSr kali 1/2020. Sehubungan dengan itu, sumbangan wang
tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG.En Mohd Zaki Bin Abdul
Rahman mencadangkan usul diterima. Disokong sebulat suara oleh ahli
mesyuarat PIBG.

10.2 Puan Azuraini binti Abd Rahim mencadangkan berkaitan isu bilik gerakan
PIBG bersebelahan Pra Sekolah SKTP yang lama terbengkalai. Beliau serta
AJK PIBG mengalami kekangan masa untuk mengemaskini bilik gerakan
tersebut. Beliau mencadangkan agar dibaik pulih semula bilik tersebut dengan
membina dinding supaya keadaan bilik gerakan tersebut terjaga dan dapat
menyimpan peralatan AJK PIBG.

Ustaz Zainal Abidin Bin Che Ri menyokong usul tersebut dan disokong
oleh semua ahli mesyuarat.
2 11 UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 YDP PIBG Encik Zamzuri Bin Muhamad mengucapkan terima kasih atas lantikan
beliau sebagai YDP PIBG SKTP Sesi 2020/2022. Beliau menganggap ini
merupakan penghargaan kepada beliau untuk meneruskan tanggungjawab kepada
semua murid,guru dan ahli PIBG SK Tanjong Pari.

11.2 YDP mohon semua ahli memberi kerjasama kepada beliau dan barisan AJK PIBG
2020/2022 serta guru-guru SKTP, untuk mengendali dan melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dirancang dengan sebaik-baiknya. Sokongan dan keprihatinan
daripada semua pihak insyaallah akan menyumbang kepada kecemerlangan SKTP
.Segala kekurangan di pihak beliau mohon dimaafkan.

14

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

15

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

16

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SESI 2020/ 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PARI, BALING KEDAH.

Lantikan AJK PIBG Sesi 2020/2022.

Yang Dipertua : ENCIK ZAMZURI BIN MUHAMAD
Naib Yang Dipertua : ENCIK RATNA TIMOUR BIN TALIF
Setiausaha : ENCIK FAT’HI BIN HAJI TAHIR
Naib Setiausaha : PUAN NOOR SILAWATI BINTI CHE AMAT
Bendahari : PUAN ANARUSNI BINTI JAMAN
AJK Waris : USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN CHE RI
USTAZ MOHD HUSSIN BIN ABU HASSAN
AJK Guru- ENCIK MOHD HAMIZAN BIN HASHIM
ENCIK MOHD ZAKI
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1- ENCIK MAT ROHADI BIN MAT JUDIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2- ENCIK YUSOF BIN AHMAD
ENCIK LATIF BIN JAMALUDIN
ENCIK BAKRI BIN MOHAMAD
PUAN AZURAINI BINTI ABD RAHIM
PUAN YUSNIDA BINTI MOHD YUSOF
PUAN SHARIPAH BINTI ABD SAMAT
PUAN MADZLINDA BT YAHAYA
ENCIK NAZIF BIN ABU BAKAR
ENCIK MOHD AZHAR BIN MD ISA
PUAN HANAFIAH BINTI HUSSIN
PUAN HAMIDAH BINTI AWANG
PUAN HAFISOF BINTI HAMID
ENCIK ABDUL MANAN BIN NAWANG
PUAN NOR HARNANI BINTI ABDUL
RAHMAN

17

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
SK TANJONG PARI

AJK INDUK

Pengerusi : Pn Siti Mariam Binti Othman (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn Asmida Binti Ab. Wahab (Penolong Kanan)
: Pn Faezah bt. Md. Salleh (PK HEM)
Setiausaha : En Dzofir b. Hanafi (PK Kokurikulum)
Pen. Setiausaha : En Fat’hi b. Hj. Tahir
Bendahari : Pn Noor silawati bt Che Amat
: Pn Anarusni bt. Jaman

Ajk Sambutan Buku Program/Surat Menyurat
1. Pn Siti Mariam Bt, Othman (GB)
2. Pn Asmida Binti Ab. Wahab (PK P) 1. En Fat’hi b. Haji Tahir(K)
3. Pn Faezah bt. Md Salleh (PK HEM) 2. Pn Noor silawati bt. Che Amat
4. En Dzofir b. Hanafi (PK KO)
5. En Zamzuri b. Muhamad(YDP) Backdrop/Banner
6. En Ratna Timour b.Talif (NYDP) 2. Cik Khairunnishak bt. Abdul Kadir (K)
3. Pn Hamidah bt. Awang
Siaraya / ICT 4. Pn Norihan bt. Saidenar Omar
1. En En. Azhar b. Md Isa(K) 5. Nor Harnani bt. Abdul Rahman
2. En Rozali b. Awang
3. Abdul Manan b. Nawang Dokumentasi
1. Pn Khadijah bt. Ishak
Bacaan Doa 2. Pn. Razliza bt. Razali
Mohd Ridzuan b. Ahmad
Juru Gambar /Video
Juruacara 1. En Nazif b.Abu Bakar
1. Pn Hanafiah bt. Hussin (K) 2. En Ismail b. Husin
2. Pn. Latifah bt. Shariff 3. En Sharifuddin b. Othman
4.
Pencatat Minit Mesyuarat
3. Pn Husna bt. Ahmad (K) Persembahan Murid
4. Pn Anisah bt. Alias 1. Puan Aminah Syuhada bt.Abdul
5. Pn Hasni bt. Manaf Latiff (K)
2. Pn Hafisof bt. Hamid
Pendaftaran / Google Form 3. Pn Anarusni bt. Jaman
1. Pn Nor hilwi bt. Md Isa(K)
2. Pn. Zuraidah bt. Che Hamid

18

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-47 2021

CATATAN

19


Click to View FlipBook Version