1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TTDI JAYA JALAN SASTERA U2/1, SEKSYEN U2, 40150 SHAH ALAM. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH BILANGAN 3 TAHUN 2022 Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa) Masa : 12.00pm – 2.00pm Tempat : Pusat Sumber Sekolah, SMK TTDI Jaya. Kehadiran : 14/14 . Bil Nama Jawatan 1. Pn. Sarzini bt Aziz PK Pentadbiran (Pengerusi) 2. Pn. Nur Edayu bt Ibrahim GPM 3. Pn. Sharifah Roha bt. Syed Abd Aziz Setiausaha 4. Pn. Che Nur Alisa bt Che Juhan AJK PSS 5. Pn. Nurhayati bt Zainuddin AJK PSS 6. Pn. Noor Azlin bt Zainal Akmal AJK PSS 7. Pn. Rosnah bt Abdul Hamid AJK PSS 8. Pn. Nurdahlia bt Md Nawi AJK PSS 9. Pn. Adriana Balan AJK PSS 10. Pn. Zuraidah bt Hanafi AJK PSS 11. Pn. Aida bt Md Sani @ Abd Rahim AJK PSS 12. Pn. Rusydiah bt Ramli @ Ghazali AJK PSS 13. Pn. Julia bt Mohd Zam AJK PSS 14. Pn. Siti Nor Akmar bt Mohd Jalaludin AJK PSS Turut Hadir Tiada Tidak Hadir (Bersebab) Tiada Urus Setia Mesyuarat : 1. Pn. Sharifah Roha Binti Syed Ab. Aziz
2 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru-guru diminta membaca al-Fatihah agar majlis diberkati. 1.2 Pn. Sarzini sebagai pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit Mesyuarat Bil 02 / Tahun 2022 diterima tanpa pindaan. Pengesahan : Pn. Nurdahlia bt Md Nawi Sokongan : Pn. Adriana Balan 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1. BILIK TAYANG 3.1.1 Permohonan untuk mendapatkan aircond bagi bilik tayang masih tertangguh. Tindakan: GPM 4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN 4.1 PENAMBAHBAIKAN PUSAT SUMBER 4.1.1 Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dan telah selesai dilaksanakan pada tahun ini. Antaranya ialah : 1) Mengecat bahagian dalam Pusat Sumber 2) Memasang sticker Kod Dewey yang baharu pada semua rak buku. 3) Memasang papan tanda baharu di Kaunter Sirkulasi untuk pinjaman dan pemulangan buku. 4) Memasang papan tanda baharu Pusat Sumber di pintu masuk. 5) Menukar komputer yang baharu bagi sistem pengunjung. Makluman: Semua AJK
3 4.1.2 Penambahbaikan yang masih dalam pelaksanaan ialah : 1) Pemasangan wireless accsess point untuk kemudahan internet di Pusat Sumber. 2) Pemasangan wayar HDMI untuk LCD projektor di Bilik Tayang Makluman: Semua AJK 4.2 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PUSAT SUMBER 4.2.1 Aktiviti-aktiviti tahunan Pusat Sumber yang telah selesai dilaksanakan : i) Pelancaran Program NILAM, Hari NILAM 1 Selangor (HANIS) dan Minggu Pusat Sumber. ii) Gotong Royong Perdana Pusat Sumber dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. iii) Bengkel Proses Teknik Bahan dan Automasi iv) Kem Kepimpinan Majlis Pustakawan Sekolah (MPS) Makluman: Semua AJK 4.2.2 Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan seterusnya : i) Pelancaran Program Dekad Membaca Kebangsaan dan Bulan Membaca ii) Kutipan dan pengumpulan data NILAM untuk rekod PAJSK iii) Majlis Penyampaian Anugerah NILAM iv) Majlis Apresiasi MPS v) Gotong Royong dan Semakan Stok Inventori hujung tahun. Tindakan: Semua AJK PSS 4.3 NILAM 4.3.1 Pada tahun ini, data NILAM menggunapakai dua sistem iaitu google form yang disediakan oleh unit Pusat Sumber dan google form terbaru ialah yang dikelurkan oleh bahagian teknologi pendidikan negeri Selangor iaitu i-SEL NILAM.
4 4.3.2 Pengisian data NILAM oleh semua murid di dalam google form akan ditutup bermula 1 Disember 2022 untuk tujuan pengumpulan dan pengemaskinian markah PAJSK dan anugerah NILAM tahun 2022. 4.3.3 Pengumpulan data NILAM ini juga melibatkan bacaan yang direkod di dalam buku NILAM pelajar. Makluman: Semua AJK 4.3.4 Unit NILAM membeli sistem pinjaman buku secara online, iaitu “Pusat Sumber Digital ePLATFORM SMK TTDI Jaya” bagi membantu para pelajar membuat bacaan di mana sahaja dengan meminjam buku secara online. Guruguru NILAM diminta untuk mewarwarkan sistem ini kepada semua murid. 4.3.5 Perjumpaan bersama semua penyelaras NILAM setiap tingkatan dan semua AJK Pusat Sumber akan diadakan pada hari Rabu, 16 November 2022 bagi membincangkan tugasan bagi pengumpulan data NILAM untuk tahun 2022. 4.3.6 Hebahan akan dinaikkan untuk mengingatkan semua murid supaya merekod dan mengemaskini rekod bacaan masing-masing sebelum sistem ditutup. 4.3.7 Majlis penyampaian Anugerah NILAM bagi tahun 2022 akan diadakan pada 27 Januari 2023 bagi sesi pagi dan 30 Januari 2023 bagi sesi petang untuk memberi penghargaan kepada murid yang aktif melaksanakan NILAM. Tindakan: Pn. Nur Edayu, Pn. Sharifah Roha, semua penyelaras NILAM 4.4 MAJLIS PUSTAKAWAN SEKOLAH (MPS) 4.4.1 Majlis Apresiasi MPS akan diadakan pada 11 Februari 2023 bagi meraikan jasa dan sumbangan semua pengawas Pusat Sumber pada tahun ini. Anugerah akan diberikan kepada pengawas yang terpilih mengikut kategori yang telah
5 ditetapkan. Majlis ini akan diadakan di Hotel Concorde Shah Alam dengan bayaran RM90. Makluman: Semua AJK 4.5 PEMPROSESAN BUKU-BUKU DAN AUTOMASI 4.5.1 Buku-buku tahun 2021 yang tertangguh semasa PKP telah selesai diproses. 4.5.2 Buku-buku tahun semasa (2022) juga hampir selesai. Tindakan: Makluman 4.6 INVENTORI 4.6.1 Pengerusi meminta agar inventori PSS tahun ini dikeluarkan pada hujung tahun. 4.6.2 Semua perabot dan peralatan disemak dan dibuat label. 4.6.3 Barang-barang yang lama perlu dilupus dan disisihkan dari masa ke semasa. Tindakan: Pn. Nurdahlia dan semua AJK PSS 4.7 BANK SOALAN / BBM 4.7.1 Salinan soalan peperiksaan perlu diambil dari unit peperiksaan untuk simpanan fail Pusat Sumber. Tindakan: Pn. Noor Azlin 5 HAL-HAL LAIN 5.1 Permohonan menaiktaraf internet di Pusat Sumber telah diluluskan. 5.2 Semua AJK diminta untuk sama-sama memantau keadaan Anjung Nurani bagi mengelakkan sebarang kegiatan vandalisme. Tindakan: Makluman
6 6 PENUTUP 6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang. Urus Setia Mesyuarat AJK Kerja Pusat Sumber Sekolah, SMK TTDI Jaya, Shah Alam. Tarikh : 11 Oktober 2022