IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KEPUJIAN
KOD SUBJEK :
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA ( KKD 3103 )
TAJUK :
TUGASAN 1 : SELF-DEVELOPMENTAL JOURNAL
NAMA :
NIK NURSYAZWANI BINTI NIK ROHIN
NO MATRIK :
D20202086214
NAMA PENSYARAH :
DR. PAU KEE
TARIKH HANTAR :
13 APRIL 2021
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN …………………………………………………………………………………
2.0 PERKEMBANGAN SEMASA BAYI ( 0-2 TAHUN ) / INFANCY …………………………..
3.0 PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK ( 3-6 TAHUN ) / EARLY CHILDHOOD …
4.0 PERKEMBANGAN AKHIR KANAK-KANAK ( 7-11 TAHUN ) / MIDDLE CHILDHOOD
5.0 PERKEMBANGAN AWAL REMAJA ( 12-20 TAHUN ) / ADOLESCENE
6.0 PERKEMBANGAN AWAL DEWASA ( 21-35 TAHUN ) / YOUNG ADULTHOOD
7.0 PERKEMBANGAN DEWASA ( 36-64 TAHUN ) / MIDDLE ADULTHOOD
8.0 PERKEMBANGAN PERINGKAT TUA ( 65 KEATAS ) / KATE ADULTHOOD
9.0 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN
Perkembangan manusia adalah proses perubahan dan kemantapan / kematangan yang
dilalui sepanjang hayat kehidupan seseorang. Tujuan ilmu perkembangan ini adalah
untuk seseorang individu tersebut lebih mengetahui secara mendalam tentang dirinya.
Perubahan dan kemantapan berkait pada perkembangan fizikal yang meliputi
pertumbuhan tubuh badan dan otak, keterampilan dan kesihatan. Perkembangan kognitif
pula meliputi pelajaran, perhatian, memori, bahasa, berfikir, dan kreativiti seseorang
individu tersebut. Perkembangan psikososial pula meliputi emosi, keperibadian dan
hubungan sosial antara individu dengan orang sekeliling.
Seseorang individu melalui berbagai peringkat tumbesaran dan perkembangan
daripada keadaan bayi hingga ke peringkat umur tua.
Sedikit sebanyak mengenai diri saya, sebagai pembuka cerita izinkan saya
memperkenalkan diri dengan lebih lanjut terlebih dahulu. Nama diberi oleh kedua ibu
bapa saya ialah Nik Nursyazwani Binti Nik Rohin dan saya sekarang berumur 21 tahun 2
bulan. Saya merupakan anak jati Kelantan dimana saya juga dilahirkan di Kelantan iaitu
di Hospital Kuala Krai dan menetap di Kelantan sejak dari kecil sehingga sekarang.
Dalam keluarga saya, saya mempunyai empat orang adik beradik dan saya merupakan
anak bongsu diantara empat beradik.
2.0 PERKEMBANGAN SEMASA BAYI ( 0-2 TAHUN )
Beberapa hari selepas ibu melahirkan saya, ibu dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Ketika masih bayi saya sering menangis pada waktu malam oleh kerana perut saya sentiasa
lapar dan rasa tidak selesa. Manakala pada waktu siang pula saya juga sering menangis dan
merengek oleh kerana menginginkan perhatian terutama apabila ibu meletekkan saya
dibawah tanpa mendukung saya. Pada waktu itu saya sangat suka apabila ada yang ingin
mendukung saya tetapi apabila mencapai usia 5 bulan saya dapat membezakan suara
daripada keluarga terutama ibu dengan suara orang lain.
Pada hari pertama saya dilahirkan berat badan saya adalah sebanyak 2.96 kg dan
berat badan saya bertambah lebih krang dua kali ganda dengan berat yang baru lahir iaitu 5.8
kg apabila seusia 3 bulan. Seterusnya berat badan saya semakin bertambah terutama apabila
ibu sering menyuapkan nestum kepada saya. Sejak daripada itu saya kurang menangis pada
waktu malam dan sentiasa tidur dengan lena tanpa terjaga di pada waktu malam mungkin
disebabkan oleh perut yang sentiasa kenyang dan hati pun senang. Pada waktu itu ibu saya
merupakan suri rumah sepenuh masa, jadi ibu akan memberikan sepenuh perhatian kepada
saya dan ibu juga tidak memberi saya minum susu botol melainkan susu ibu. Oleh kerana
saya anak bongsu dan ibu sering meluangkan masa Bersama saya, perangai manja semakin
menjadi jadi walaupun masih bayi. Seawal usia 7 bulan saya sudah mulai tumbuh dua batang
gigi atas dan beberapa minggu selepas itu tumbuh pula dua batang gigi bawah.
Seawal usia 7 bulan saya dah boleh meniarap dan memusingkan badan dari posisi
terlentang ke meniarap atau dengan kata lain berguling-guling. Apabila ibu meletakkan saya
dibawah saya pasti kan menolakkan badan ke depan dan memusingkan badan untuk
mencapai dan menyentuh sesuatu objek serta mengambilnya untuk digenggam dan
dimasukkan ke dalam mulut. Apabila usia saya mencecah 9 bulan, saya berkemampuan untuk
duduk dengan sendiri tanpa ada yang menampung di belakang dan memegang sesuatu
obejek dengan menggunakan kedua belah tangan. Tidak lama dari itu, saya dah berdaya
untuk mengangkat badan saya atau dengan kata lain merangkak. Apabila ibu meninggalkan
saya di atas tilam, saya pasti akan merangkak untuk mencari ibu dan sampai dekat ibu saya
akan bergantung pada kaki ibu untuk berdiri dan dari situ saya terlatih untuk bertatih dengan
bantuan sekeliling. Pada umur 1 tahun 4 bulan, saya mempunyai kebolehan untuk bercakap
perkataan yang pertama iaitu memanggil “ibu, ayah” seterusnya boleh mengadu apabila sakit
di mana-mana bahagian atau gatal, lapar dan sebagainya. Pada usia yang sama, saya juga
telah berkemampuan untuk berjalan tanpa jatuh dan sudah tidak mempunyai bantuan atau
pertolongan orang sekeliling. Sejak daripada itu, ayah membelikan saya sepasang selipar
barbie berwarna pink, abang dan kakak sering membawa saya keluar bermain di halaman
rumah pada waktu petang. Kadang kala saya yang mengheret tangan abang dan kakak untuk
mengajak mereka keluar bermain. Apabila bermain diluar rumah, terlalu banyak benda baru
yang menarik perhatian saya untuk dikutip, dipegang dengan kedua belah tangan dan
dilontarkan ke dalam longkang. Apabila umur saya mencecah seawal 2 tahun, saya sudah
mula berlari untuk mendapatkan sesuatu benda.
3.0 PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK ( 3-6 TAHUN )
Seawal umur 3 tahun, ibu telah membiasakan saya untuk tidak memakai pampers
dimana ibu melatih saya untuk meberitahu ibu apabila ingin membuang air besar dan air kecik.
Sejak daripada itu saya terbiasa dengan perbuatan tersebut sehingga kadang-kadang apabila
ingin membuang air, saya terus berlari ke tandas tanpa memberitahu ibu, tetapi biasanya
seawal kebiasaan menyesuaikan diri untuk berdikari ke tandas, saya juga sering membuang
air kecil di atas katil pada waktu malam secara tidak sedar. Lama kelamaan ianya sudah lagi
tidak menjadi tabiat apabila umur saya mencecah 4 tahun.
Sewaktu berumur 3 tahun saya bukan hanya boleh berlari, berjalan, melompat, dan
menyeimbangkan diri sambil berdiri dengan satu kaki dengan yakin malah seawal usia 3 tahun
saya sudah mampu untuk menuruni tangga jauh lebih cepat, kerana ianya sudah boleh
menggunakan kakinya secara beeganti-ganti dengan lebih seimbang. Pada usia tersebut ibu
ayah tidak lagi perlu terkejut jika melihat saya mula menyukai untuk bermain dengan cara
melompat untuk turun ke bawah menggunakan beberapa anak tangga. Pada usia 3 tahun
juga, umumnya saya juga sudah boleh mencuci tangan dan kaki sendiri serta berupaya untuk
memilih pakaian yang berkenan untuk dipakai.
Pada usia 3 tahun, saya juga sering bertanya pada orang sekeliling walaupun soalan
tersebut tidak masuk akal dan soalan yang sama diajukan, tetapi apabila terlintas di fikiran
saya sering akan bertanya kepada orang sekeliling terutama ibu. Ibu tidak pernah bosan atau
jemu untuk menjawab soalan saya sebagai contoh boleh dikatakan hamper setiap masa saya
menanyakan ibu “pukul berapa ayah balik kerja” dan jika ibu tidak pasti pukul berapa ayah
balik, ibu tidak akan membohongi saya sebaliknya ibu akan menjawab “petang nanti ayah
balik”. Sebelum memasuki alam tadika, ibu juga telah mengajar saya terlebih dahulu untuk
mengenali huruf, nombor dan warna. Saya sering mengaitkan warna dengan objek sekekliling
sebagai contoh warna merah dengan buah epal. Apabila masuk ke alam tadika, saya sudah
fasih dalam mengira nombor dari angka 1 hingga 10, menyebut huruf dan mengenal warna.
Apabila masuk ke alam tadika, saya lebih senang bermain dengan kawan sebaya dan berbual
dengan mereka. Saya lebih suka pergi ke tadika untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan
belajar Bersama-sama dengan mereka.
4.0 PERKEMBANGAN AKHIR KANAK-KANAK ( 7-11 TAHUN )
Apabila mencapai umur 7 tahun saya telah masuk kea lam sekolah rendah dimana
saya akan mempunyai lebih ramai kawan baru dan lebih ramai guru berbanding semasa alam
tadika. 2 minggu pertama sewaktu sekolah rendah saya sering menangis dan mengamuk
supaya ibu akan menemani saya sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Apabila selesa
bersama kawan-kawan baru saya tidak lagi mengamuk. Saya juga lebih sering bertegur
antara satu sama lain walaupun masih belum kenal.
Sewaktu saya darjah 2 saya merupakan pelajar yang sering mendapat nombor 1 di
dalam kelas. Pada masa yang sama juga, saya mempunyai persaingan untuk merebut
peluang mendapat nombor 1 dengan dua orang kawan saya dimana mereka sering mendapat
nombor 2 dan nombor 3. Tetapi rezeki berpihak kepada saya dimana sepanjang saya
menduduki darjah, dari peperiksaan awal hingga akhir tahun saya mendapat nombor 1.
Sewaktu sekolah rendah, matapelajaran yang paling saya minati adalah matematik
dimana setiap hari selepas selesai kerja rumah saya akan mengulangkaji latihan matematik
supaya dalam masa yang sama juga saya dapat menghafal sifir atau format sesuatu soalan
tersebut, Ibu juga sering membeli buku latihan kepada saya bukan sahaja buku latihan
matematik malah buku latihan lain juga turut serta.
5.0 PERKEMBANGAN AWAL REMAJA ( 12-20 TAHUN )
Apabila mencapai peringkat remaja sudah tentu bentuk badan dan fizikal kita akan
berubah terutama apabila kita mencapai tahap akil baligh. Saya mencapai tahap akil baligh
ketika saya berumur 14 tahun dan selepas daripada itu, ketinggian saya semakin bertambah
dan berat badan juga bertambah.
Apabila mencecah umur 12 tahun dimana pada waktu itu saya merupakan calon Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ), sudah tentu kurang mempunyai masa terluang untuk
bermain atau bersantai. Oleh itu, saya sentiasa berusaha sehabis mungkin kerana pada masa
itu saya merupakan pelajar target di sekolah tersebut. Impian saya juga besar untuk
membanggakan kedua ibu bapa saya dengan meraih keputusan yang cemerlang.
Walaupun saya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik, tetapi
ianya bukanlah penghalang kepada saya untuk memberi ruang bagi sentiasa melibatkan diri
dalam bidang kokurikulum supaya prestasi saya seimbang dari segi akademik dan
kokurikulum. Sewaktu darjah 6 juga saya merupakan pelajar aktif dalam bersukan terutama
permainan bola jaring. Saya perlu menghadiri latihan bola jaring hampir setiap petang.
Walaupun masanya agak padat tetapi ianya amat berbaloi dan membuahkan hasil yang
lumayan. Apabila keputusan UPSR diumumkan, saya merupakan salah seorang pelajar yang
mendapat 5A dan pada masa itu saya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya sehingga
mereka memeluk saya dan menitiskan air mata kebanggaan.
Setelah itu, saya diterima untuk menaymbung pelajaran di sekolah menengah yang
merupakan sekolah kawalan bagi Daerah Kuala Krai dari awal Tingkatan 1 sehingga saya
menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
6.0 PERKEMBANGAN AWAL DEWASA ( 21-35 TAHUN )
Dari segi fizikal sewaktu umur 21 ketinggian saya semakin bertambah manakala berat
badan pula semakin berkurang sampaikan ada yang menegur tentang tubuh badan saya
kerana terlalu kurus dan disamakan dengan papan. Tahap BMI saya tidak pernah mencapai
tahap normal.
Pada umur 21 tahun saya telah menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebenarnya menjadi warga pendidik
adalah salah satu cita-cita saya dari awal usia saya menempuh alam persekolahan kerana
bagi saya menjadi warga pendidik adalah salah satu profesion yang menjadi impian ramai
pihak. Oleh itu saya bertekad untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan
dijangka tamat pada tahun 2025 dimana pada masa itu saya berusia 25 tahun.
Walaupun pelajaran dan pembelajaran hanyalah secara alam maya, tetapi saya dapat
mengenal ramai kawan baru dan semua daripada mereka adalah peramah dan suka
membantu. Tetapi apabila belajar hanya atas talian, kita tidak merasakan suazsana berada
di kampus Bersama kawan-kawan dan belajar secara bersemuka. Ianya sedikit memebri
kesan kepada pelajar mahupun pensyarah. Pada awal pembelajaran secara atas talian saya
merasakan ianya agak sukar tetapi lama kelamaan ianya menjadi kebiasaan kepada saya
dan kawan-kawan.
Apabila tamat pelajaran nanti, saya bertekad untuk menjawat jawatan dalam profesion
perguruan untuk membanggakan dan membalas jasa kedua orang tua saya dan 2 tahun
selepas itu saya telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang menjadi pilihan saya.
Pada usia 30-an saya telah mempunyai 2 orang anak iaitu lelaki dan perempuan.
7.0 PERKEMBANGAN DEWASA ( 36-64 TAHUN )
Pada peringkat ini, saya sebagai seorang guru akan berusaha untuk mengekalkan prestasi
untuk menjadi guru cemerlang walaupun tanggungjawab dan tugasnya amatlah berat
sehingga memberi kesan negatif terhadap diri saya kerana jadual waktu persekolahan
amatlah padat. Tetapi oleh kerana profesion perguruan merupakan minat sejak dari kecil lagi,
ianya membuatkan saya tidak mengenal erti penat dan lelah. Sesungguhkan tubuh badan kita
pada usia sebegini amatlah tidak kuat untuk melakukan kerja-kerja secara berlebihan.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bersara lebih awal supaya dapat
meluangkan masa bersama keluarga. Apabila mencapai usia sebegini saya ingin mempunyai
rehat yang mencukupi supaya tahap kesihatan saya tidak terganggu. Saya juga akan sentiasa
meluangkan masa bersama ibu ayah kerana setiap orang tua memerlukan perhatian yang
lebih terutama daripada anak anak mereka.
8.0 PERKEMBANGAN PERINGKAT TUA ( 65 KEATAS )
Jika mencecah usia 65 keatas perubahan dari segi fizikal yang boleh dilihat dengan
jelas adalah kedutan dan uban yang terdapat di tubuh badan saya dimana saya sudah
mencapai peringkat tua.
Di peringkat ini, duit bukan lagi keinginan untuk saya raihkan dan banggakan
melainkan perhatian daripada anak-anak saya kerana pada peringkat ini perhatian
memainkan peranan penting dalam menjaga seseorang yang sudah mencapai usia tua.
Pada usia sebegini juga, emosi kita semakin terganggu dan semakin sensitif terutama
apabila ditinggalkan di kampung halaman dan anak-anak pula sibuk bekerja sehingga jarang
pulang ke kampung untuk menjenguk saya.
9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita dapat lihat perkembangan dan pertumbuhan seseorang individu
berlaku daripada beberapa factor sebagai contoh, factor perkembangan kognitif, persekitaran,
emosi dan sosial. Pekembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu tersebut
yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan melalui perederan masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat
individu tersebut.