Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 14 drpd 22
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA SLW 03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS /COURSE (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA – PW4)
CODE AND NAME 4
SEMESTER SLW 3431 PENGURUSAN DAN PENYELIAAN PROJEK
KOD DAN NAMA 02: MEREKA BENTUK PEPASANGAN ELEKTRIK
SUBJEK /
SUBJECT’S CODE &
NAME
BAB
OBJEKTIF / MEMBERIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAGI
OBJECTIVE MELAKSANAKAN SESUATU PROJEK PENDAWAIAN
(RUMAH CONTOH). IANYA MERANGKUMI PERANCANGAN
PERSEDIAAN BAHAN-BAHAN, KELENGKAPAN DAN
PERALATAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN. MEMAHAMI
PELAN PENDAWAIAN, JENIS PENDAWAIAN SERTA
SPESIFIKASI KERJA DAN AKSESORI YANG DIKEHENDAKI
TAJUK / TITLE PENGURUSAN DAN PENYELIAAN PEMASANGAN ELEKTRIK
TUJUAN / PURPOSE Kertas Penerangan ini menerangkan tentang pelan
pendawaian elektrik yang mengandungi maklumat lengkap
seperti lukisan bentangan pendawaian, rekabentuk litar
komponen, aksesori, faktor keselamatan pengguna dan
faktor kos yang ekonomi yang menjadi tunjang asas kepada
rekebentuk pepasangan elektrik. Selain itu rekabentuk
pepasangan elektrik mestilah ikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
1.0 PROSES REKABENTUK
a. Projek biasanya dibahagi kepada beberapa peringkat / fasa bertujuan untuk
mengawal pengurusan dengan lebih berkesan.
b. Proses kerja utama dalam skop penilaian mengandungi pekara-pekara berikut iaitu
perancangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan dan penyerahan.
c. Perlunya asas pematuhan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pemasangan
dan perkara-perkara berikut perlu diutamakan iaitu rekabentuk, kualiti radas, kualiti
kerja pemasangan, kualiti pengawasan, senggaraan dan cara kendalian.
d. Sesuatu rekabentuk perlu merangkumi aspek-aspek keselamatan, keselesaan
kepada pengguna, berkesan dan mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti:
i. MS IEC 60364
ii. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan) 2015
iii. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
1.1 Penentuan Kedudukan Beban
a. Kedudukan Mata Lampu
i. Dengan menggunakan ‘Lumen Method’, perkiraan bilangan lampu diperlukan
sesuatubangunan.
ii. Bilangan lampu bergantung kepada jenis lampu dan paras pencahayaan yang
diperlukan.
iii. Apabila bilangan lampu telah ditetapkan, susunatur dilakukan untuk
menyesuaikan ‘layout’ lantai.
iv. Jenis siling perlu diketahui dalam menentukan kedudukan lampu atau kipas.
v. Suishendaklah diletakkan pada tempat yang senang dicapai.
b. Kedudukan Mata Kuasa
i. Mata kuasa yang banyak digunakan ialah 13A suis soketalir keluar.
ii. Semasa berbincang untuk menentukan mata kuasa, peraturan IEC
mestilahdiambil kira sepertisebolehnya satu fasa digunakan dalam satu bilik.
1.2 Pengiraan Jumlah Beban Tersambung (TCL) Dan Beban Maksima (MD)
a. Jumlah kuasa elektrik yang diperlukan apabila semua beban digunakan.
b. Beban maksima ialah kuasa maksima yang diperlukan oleh sesuatu pemasangan.
c. Perbezaan atau nisbah di antara beban maksima kepada jumlah beban tersambung
dinamakan ‘faktor pelbagai’ (diversity factor).
d. Beban maksima diperlukan bagi menentukan saizsuis utama dan kabel.
e. Nilai beban maksima diperlukan oleh TNB untuk menentukan saiz kabel masuknya.
f. Pengiraan beban maksima merujuk Jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
1.3 Penentuan Lokasi Papan Agihan
Dengan maklumat beban maksima, penentuan papan agihan dilakukan dengan
mengambil kira arah mana bekalan TNB masuk ke bangunan, jarak dan tiang sesalur.
Rajah 1: Pendawaian Dalam DB 3 Fasa
1.4 Pemilihan Saiz Kabel
a. Saiz kabel bergantung kepada saiz pengalirnya.
b. Setiap pengalir mempunyai kadaran arus (current rating) merujuk kepada Jadual 4
Peraturan IEC.
c. Saiz kabel mestilah cukup besar untuk menanggung beban (biasanya arus beban
maksima diambil kira).
d. Susut voltan tidak melebihi 4% voltan bekalan ke hujung litar yang paling jauh.
e. Pemilihan kabel adalah berdasarkan jenis kabel, jenis pengalir dan jenis
pendawaian.
f. Jenis kabel yang biasa digunakan ialah:
i. Kabel PVC atau PVC/PVC
ii. Kabel PVC/getah
iii. Kabel PVC berperisai (PVC/SWA/PVC)
iv. Kabel berpenebat mineral (MICC)
v. Kabel berpenebat kertas bersalut plambam (PILCDSTAS)
g. Kadaran Voltan Kabel (Contoh 600/1000) > 600 V (Eo) – nilai voltan diantara
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
pengalir dengan bumi manakala 1000 V (E) – nilai voltan diantara pengalir.
h. Kapasiti membawa arus bagi sesuatu kabel bergantung kepada:
i. Suhu ambian
ii. Jenis alat pelindung
iii. Kedudukan
iv. Kumpulan
v. Jenis pengalir dan penebat
Rajah 2: PVC Kabel – Kabel Penebat PVC atau Getah Bersalut PVC/Getah
Rajah 3: Kabel Penebat PVC Berperisai (PVC/SWA/PVC) – Armoured Cable
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
Rajah 4 : Kabel PILCDSTA (Paper Insulated Lead Covered Double Steel Tape Armoured)
Kabel Berpenebat Kertas
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
1.5 Perlindungan Pemasangan
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah mudah digunakan dan mudah dicapai
oleh pengguna bagi tujuan:
a. Pengasingandanpenyuisan
b. Perlindungan arus lebihan
c. Perlindungan arus bocor ke bumi
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
Saiz Alat Saiz Kabel Jumlah punca
Perlindung
2 10 bil mata lampu + kipas@ TCL tidak lebih 1kW
6A 1 bil 13A ssak
16A 1.5mm 2 bil 13A ssak
20A
32A (ring) 2 2
32A (radial)
16A 2.5mm 10 bil 13A ssak kawasan lebih daripada 100m
32A 6 bil 13A ssak
16A 2 1 bil ccu tidak lebih 3kW
16A 1 bil ccu tidak lebih 8kW
32A 2.5mm 1 bil 1.5kW water heater
1 bil 1.5hp pendingin udara
2 1 bil 1¾hp hingga 2½hp pendingin udara
2.5mm
2
4.0mm
2
2.5mm
2
4.0mm
2
4.0mm
2
4.0mm
2
6.0mm
Rajah 5: Perlindungan Litar Kecil Akhir
1.5.1 Perlindungan Kilat
a. Panahan kilat boleh mendatangkan kerosakan secara direct atau indirect.
i. Direct:Resistive (ohmic) heating, Arcing and Burning
ii. Indirect: Capacitice, inductive and magnetic behavier.
b. Kilat menghasilkan kebakaran, kerosakan pemasangan elektrik dan kehilangan nyawa.
c. Keperluan pemasangan perlindungan kilat adalah kepada premis-premis seperti airport,
shipping, hospitals, shopping mall, building containg computers and electronics ,
explosive factories & storage area, mining areas, military installations, oil & gas storage
and refinery, power station, sub-station & transformer, university, colleges – education
facilities dan lain-lain bagi keselamatan keseluruhannya.
1.6 Penyediaan Lukisan-Lukisan Elektrik
a. Site Plan & Building Layout Plan
i. Menunjukkan laluan kabel, kedudukan lampu kawasan dan jalan
b. Electrical Layout Plan
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
i. Menunjukkan kedudukan pelbagai peralatan elektrik, lampu, mata kuasa, DFB dan
sebagainya.
c. Lukisan Elevation & Roof
i. Menunjukkan sistem perlindungan kilat.
d. Schematic Wiring Diagram
i. Menunjukkan agihan kuasa bagi keseluruhan projek seperti MSB, SSB, submains
dan sebagainya.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muk
PELAN RUMAH K
BILIK TANDAS
MANDI
DAPUR
BI
BILIK UTAMA
RUANG MAKAN
A RUANG TAMU
C
A
C
MASUK
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Vers
ka surat : 14 drpd 22
KEDIAMAN
LAGENDA
KETERANGAN SIMBOL
BILIK 2 Lampu pendarfluor
Lampu tungsten
glob
Kipas siling
ILIK 3
TANDAS Kipas ekzos A
BILIK 1 C
Unit kaw alan
pemassak 2
Soket alur keluar
13 A
Lampu tungsten
dinding
Unit penghaw a
dingin
Kotak fius agihan
Alat atur kipas
Suis 2 hala
Suis 1 hala
si 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muk
Litar Skem
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Vers
ka surat : 22 drpd 22
matik 3 Fasa
si 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 14 drpd 22
2.0 ASAS PEMATUHAN
a. Perlunya asas pematuhan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pemasangan dan
perkara-perkara berikut perlu diutamakan:
i. Rekabentuk
ii. Kualiti Radas
iii. Kualiti Kerja Pemasangan
iv. Kualiti Pengawasan
v. Senggaraan
vi. Cara Kendalian
b. Bagi memastikan setiap pepasangan direkabentuk, diselia, dipasang dengan barangan
berkualiti, diawasi dan diuji oleh orang bertauliah, disenggara dan diperiksa oleh orang
kompeten, maka satu peraturan telah digubal untuk memastikan keselamatan harta dan
nyawa manusia sentiasa dipelihara.
c. Rekabentuk pemasangan elektrik di mana-mana tempat pada asasnya perlu mematuhi
perkara berikut:
i. Undang-undang & Peraturan / Garis Panduan Kerajaan
ii. Spesifikasi (ST, JKR, MS, Sirim dan lain-lain yang berkaitan).
iii. Amalan Kejuruteraan Elektrik
2.1. Undang-undang & Peraturan / Garis Panduan Kerajaan
a. Akta Bekalan Elektrik 1990
b. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
c. Uniform Building By – Laws 1984 (UBBL)
d. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
e. Garis Panduan Standard Dan Kos, EPU
2.2. Spesifikasi
a. Penentuan bagi rekabentuk yang dijalankan.
b. Penjelasan yang menyeluruh mengenai sesuatu keperluan.
c. Satu pemerihalan (description) yang terperinci dan perlu sebelum sesuatu proses
pembuatan atau pemasangan dilakukan.
d. Membolehkan sesuatu bahagian atau komponen yang ditunjukkan berdasarkan
lukisan rekabentuk dihasilkan semula dengan tepat mengikut ciri-ciri yang
dikehendaki.
e. Penyeragaman supaya tidak berlaku salah faham, kekeliruan dan kesilapan serta
untuk memastikan pemasangan menepati amalan kejuruteraan terbaik.
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
f. Sebagai garispanduan dalam memilih sesuatu bahan/barang atau kaedah
menjalankan kerja.
g. Aplikasi: Maklumat dan perincian di dalam lukisan, jadual harga (BQ), technical
compliance form.
h. Sebagai rujukan disertakan di dalam dokumen tender dan dijilidkan sebagai dokumen
kontrak.
i. Menerangkan keperluan-keperluan bagi membekal, menghantar, memasang, menguji,
mentauliah dan penyerahan kerja-kerja pemasangan.
2.3. Amalan Kejuruteraan Elektrik
a. MS IEC 60364 – ELECTRICAL INSTALLATIONS OF BUILDINGS
b. BS 7671:2008 – IEE 17TH EDITION (Requirements for Electrical Installations)
c. MS 1525 : 2007 – CODE OF PRACTICE ON ENERGY EFFICIENCY AND USE OF
RENEWABLE ENERGY FOR NON-RESIDENTIAL BUILDINGS
d. STANDARD-STANDARD LAIN
3.0 PERANAN PASUKAN REKABENTUK
SLW 3431 Rajah 5: Pasukan Rekabentuk Versi 2.0 (2018)
Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
3.1 Pelanggan
Dalam menimbangkan sesuatu kontrak besar, pelanggan mungkin menggunakan
perkhidmatan sesebuah pejabat arkitek. Seseorang arkitek yang telah berunding dengan
pelanggannya akan menyediakan pelan dan spesifikasi kerja yang akan dijalankan.
3.2. Arkitek
Rangka kasar pemasangan elektrik akan diliputi dalam spesifikasi arkitek itu. Ini
akanmemberikan butir-butir peralatan yang akan digunakan dan dimana ia akan
ditempatkan dalam bangunan itu. Butir-butir akhir, seperti laluan-laluan kabel dan
penyelesaian kepada masalah tertentu. Biasanya dipersetujui di antara pasukan
rekabentuk kontraktor elektrik dan rakan sejawatnya dalam gabungan utama kontraktor
tersebut.
3.3. Kontraktor Utama
Apabila rancangan tersebut selesai, kontraktor utama, biasanya firma pembinaandijemput
untuk memberi tender bagi kerja tersebut. Firma yang berjaya akan mengambil beberapa
kontraktor kecil untuk menjalankan kerja khusus seperti pemasangan elektrik.
3.4. Kontraktor Elektrik
Sesebuah firma kontraktor elektrik mungkin akan mendapat dirinya terlibat dalam
berbagai jenis kerja, daripada kontrak pendawaian utama pada bangunan-bangunan baru
dan program mendawai semula hinggalah kepada kerja domestik yang kecil. Dalam
setiap kes,kontraktor, secara langsung atau tak langsung, perlu melaksanakan keinginan
pelanggannya. Dia melakukan ini dengan ingatan bahawa kerja yang dibuat dan cara
kerja itu dijalankan mesti mengikut peraturan semasa dan undang-undang yang berkait
dengan kesihatan dan keselamatan
3.5. Fungsi Pasukan Rekabentuk
Pasukan rekabentuk mempunyai fungsi yang sangai penting terutamanya dalam
Peraturan Pendawaian IEC Edisi yang ke 15. Merekalah yang memutuskan perkara-
perkara seperti saiz kabel, kaedah dan jenis perlindungan daripada kejutan dan
kebakaran serta menyimpan rekod maklumat seperti yang diperlukan bagi rujukan yang
akan datang. Perekabentuk mestilah merekod semua butir yang diperlukan bagi
pemeriksaan dan ujian yang berikutnya seperti saiz kabel, kapasiti konduit dan
penyaluran, takat tengah litar gelang akhir dan maklumat lain yang mana tanpanya
pemeriksaan berkala tidak dapat dijalankan secara berkesan. Selain fungsi penting ini,
pasukan rekabentuk bertindak sebagai suatu hubungan di antara kontraktor utama atau
pelanggan dan pasukan pemasangan.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
3.6 Fungsi Pasukan Pemasangan
3.6.1 Perancangan
Pasukan pemasangan akan berbeza-beza dalam saiznya mengikul saiz kontrak,
tetapibiasanya diletakkan dalam tangan seorang petugas, iaitu fomen atau penjaga.
Pemasang akan tiba di tempat itu secepat mungkin unluk mereka memulakan kerja yang
perlu seperti menyediakan bekalan sementara, laluan kabel dan pemasangan konduit.
penyaluran dan sebagainya, Kerja ini dijalankan apabila tembok atau dinding dipasang
tetapi permukaannya belum dipelasierkan lagi, yang demikian membenarkan kerja
kemasan yang mungkin hendak disembunyikan itu dilakukan. Pendawaian dimulakan
secepat mungkin yang boleh selepas penyaluran dan konduit berada dalam kedudukan
yang sempurna, dengan syarat bahawa kabel adalah selamat daripada risiko kerosakan
yang disebabkan oleh aktiviti kerja lain.
3.6.2 Bekerja dengan syarikat lain
Adalah penting bahawa juru elektrik hendaklah merancang kerja mereka bersesuaian
dengan syarikat lain yang bekerja di tempat yang sama supaya kedua-duanya tidak
menghalang antara satu dengan lain. Ini adalah untuk mengelakkan sesuatu kerja itu
daripada diubah kerana masalah-masalah yang tidak dijangka.
3.6.3 Kerja mengikut rekabentuk
Pada setiap masa ketika proses pemasangan, adalah penting untuk memastikan bahawa
kerja yang dijalankan adalah mematuhi arahan-arahan yang diberi dalamspesifikasi
danjadual perekabentuk yang khusus. Jika terdapal sebarang perubahan, ia hendaklah
diperiksa dengan perekabentuk, danrekod-rekod dipinda mengikul yang sesuai, dengan
syarat semua pihak bersetuju.
3.7 Penyeliaan di Tapak Bina
3.7.1 Fomen tapak bina
Fungsi fomen tapak bina ialah untuk menyelia kerja pasukan pemasangan elektrik bagi
memastikan bahawa kerja itu berjalan mengikut jadual dan untuk bertindak sebagai wakil
firma itu di tapak bina. Dia akan menjaga kebajikan mereka yang bekerja dengannya,
terutamanya berkaitan dengan peraturan kesihatan dan keselamatan. Dia juga akan
memastikan bekalan bahan-bahan yang mencukupi, menyimpan buku peringatan tapak
bina dan menunjukkan sebagai lukisan pemasangan.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
3.7.2 Buku peringatan tapak bina
Dalam buku peringatan tapak bina fomen akan nienyimpan nota seperti kerja yangtelah
diselesaikan, bilangan juru elektrik di tapak bina, Jumlah jam bekerja, butir-butir
mesyuarat tapak bina, perubahan Jadual, dan rekod sebarang kejadian seperti
kemalangan dan laporan kerosakan.
3.7.3 Lukisan pemasangan
Satu bentuk rekod yang lain ialah lukisan pemasangan yang menunjukkan tempat
sebenar laluan kabel, kaedah pemasangan dan kedudukan akhir semua itemperalatan.
Lukisan pemasangan hendaklah disimpan secara kemaskini ketika kerja sedang berjalan
dengan lancar dan satu salinan diserahkan kepada wakil pelangganselepas kerja
diselesaikan.
3.8 Pengurusan di Tapak Bina
3.8.1 Rekod bahan-bahan
Apabila bahan-bahan tiba di tapak bina ia mestilah diperiksa dengan nota serahan bagi
memastikan bahawa tidak terdapat sebarang kekurangan (Rajah 1.5). Kemudian ia
dipindahkan ke tempat yang selamat di mana ia akan disimpan untuk kegunaan akan
datang. Jika buku 'Barang Masuk' disimpan. butir-butir penghantaran hendaklah direkod
di dalamnya, dengan rujukan khas kepada kekurangan dan kerosakan semasa dalam
penghantaran.
3.8.2 Penyimpanan bahan
Kemudahan penyimpanan terdiri daripada bangsal di tapak bina, sebuah bilik atau
bahagian bersekat dalarn bangunan. la hendaklah dikunci untuk mengelakkan kecurian
dan ia mestilah bersih dan dalam keadaan kering. Hendaklah diingat bahawa kabel PVC
seharusnya jangan dikendalikan di bawah suhu 0°C dan untuk sebab ini, ia adalah perlu
untuk mempunyai suai kaedah pemanasan dalam kawasan tempat menyimpan.
Pemanasan juga adalah diperlukan dalam keadaan di mana kelembapan adalah suatu
masalah, kerana banyak barang yang disimpan itu berkemungkinan menjadi karat.
Tempat simpan (stor) yang baik adalah perlu bagi kelancaran pemasangan yang licjn.
Bahan-bahan seperti kabel, konduit, penyaluran dan sebagainya, hendaklah disusun
sedemikian rupa supaya sebarang kekurangan dapat diperhatikan sebelum kerja
terganggu disebabkan kekurangan bahan.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
3.8.3 Lembaran waktu
Bagi membolehkan rekod waklu digunakan ke atas kerja disiinpan dan pekerja-pekerja
yang hendak dibayar, lembaran waktu dipenuhkan dan dihantar balik ke pejabat.Daripada
ini suatu penilaian boleh dibuat, alas bagaimana kemajuan pemasangansebenar
berbanding dengan anggaran asal.
3.8.4 Lembaran kerja harian
Apabila kerja dijalankan ke atas kerja-kerja yang tak dianggarkan maka satu
lembarankerja harian adalah disempurnakan. Kerja-kerja ini mungkin terdiri daripada
membaiki atau pengubahsuaian kepada pemasangan yang ada, atau lambahan yang
lebih kepada pemasangan yang besar. Selain kos buruh, satu lembaran kerja harian juga
termasuk kos bahan-bahan, supaya salu harga yang lengkap boleh didapati daripada
mereka.
3.8.5 Peruntukan pertolongan cemas
Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan semua tapak bina seharusnya
mempunyai kemudahan pertolongan cemas yang lengkap. Di tapak bina yang kecil
mungkin mempunyai sebuah kotak pertolongan cemas dalam pejabat. Bagaimanapun, di
tapak bina yang besar mungkin terdapat beberapa kotak pertolongan cemas. Walau
apapun saiz tapak bina itu, butir-butir mengenai peruntukan pertolongan cemas
hendaklah diumumkan kepada semua pekerja. Sekurang-kurangnya satu notis hendaklah
diletakkan di tampal yang nyata, dengan memberitahu kedudukan alat pertolongan
cemas dan kemudahan serta nama dan tempat personal berkenaan. Di mana sesuatu
tempat kerja itu mempunyai beberapa orang kontraktor kecil, kemungkinan mereka
mempunyai kemudahan pertolongan cemas mereka sendiri, atau suatu perjanjian
mungkin telah dibuat untuk semua kontraktor kecil menggunakan kemudahan yang
disediakan oleh kontraktor utama, Kotak pertolongan cemas hendaklah direka bagi
melindungi kandungannya daripada menjadi rosak dan berdebu. la seharusnya ditanda
dengan suatu pangkah putih yang berlatar belakangkan hijau. Kotak pertolongan cemas
hendaklah mengandungi barang-barang yang berikut sahaja:
i) kad yang memberi panduan kepada pertolongan cemas
ii) kain pembelut luka bersteril yang dibungkus
iii) pad untuk mata yang bersteril
iv)kain pembalut segitiga
v) pin penyemal
vi)pilihan pembalut luka tanpa ubat yang bersteril
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
3.8.6 Laporan kemalangan
a. Akta Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja menyatakan bahawa satu rekod
hendaklah disimpan bagi semua kemalangan yang dilaporkan. Ini bermakna bahawa
satu rekod hendaklah disimpan di tempat kerja. Kemalangan yang lebih teruk
hendaklah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Kecederaan yang lebih teruk
adalah dirujuk sebagai "kecederaan utama" dan ini ditakrifkan seperti berikut:
i. patah tulang belakang atau pelvis
ii. patah sebarang tulang:
pada lengan, selain tulang di pangkal lengan atau tangan
pada kaki, selain tulang pergelangan kaki atau kaki
iii. pengudungan tangan atau kaki
iv. kehllangan penglihatan mana-mana mata, atau
v. sebarang kecederaan yang mengakibalkan orang yang cedera itu dimasukkan ke
hospital sebagai pesakit dalam untuk lebih daripada 24 jam.
b. Setiap kemalangan ke alas pekerja yang mengakibalkan dia tidak boleh bekerja lebih
daripada tiga hari berturut-turut hendaklah juga dilaporkan. Satu contoh daripada muka
surat buku laporan 'Health and Safely Executive' ditunjukkan pada Raj. 1.10. Selain itu,
setengah-setengah organisasi mempunyai borang laporan kemalangan mereka sendiri
yang mengandungi butir-butir lain seperti saksi dan cadangan bagi mengelakkan
kemalangan-kemalangan selanjutnya. Dalam melaksanakan suatu kerja atau projek
yang diberikan terdapat pelbagai prosedur tertentu perlu dipatuhi dalam jangkamasa
sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. Ini adalah bertujuan dalam
memastikan setiap pemasangan yang dipasang mengikut spesifikasi dan standard
pihak tertentu dalam memenuhi piawai yang dikehendaki. Adalah wajar kepada setiap
para pekerja dan kontraktor dalam mengetahui peraturan dan kehendak diikuti selain
memastikan kepada keselamatan kepada pemasangan juga kepada penguna.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
Carta Alir Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman
Bekalan Fasa Tunggal Dan Fasa Tiga.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3431/KP(2/3) Muka surat : 22 drpd 22
SOALAN/QUESTIONS :
Anda dikehendaki menjawab semua soalan di bawah berdasarkan apa yang telah
dipelajari dengan tepat.
1. Nyatakan tiga (3) jenis kabel yang biasa digunakan dalam pepasangan elektrik.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(3 markah)
2. Apakah tujuan pelindungan pemasangan dipasang?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(3 markah)
3. Nyatakan dua (2) jenis lukisan elektrik.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(2 markah)
4. Nyatakan tiga (3) undang-undang / peraturan berkaitan dengan elektrik.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(3 markah)
RUJUKAN/REFERENCES :
1. MD. Nasir Bin Abd Manan (2010). Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman.
Panduan Berpandukan MS IEC 60364.
SLW 3431 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 2.0 (2018)