Tugasan 1.
Baca semua petikan cerita rakyat yang
disediakan.
Tugasan 2.
Senaraikan semua tajuk cerita rakyat tersebut
di dalam buku atau kertas kosong
Tugasan 3.
Pilih satu (1) cerita yang kamu sukai. Salin
semula petikan cerita tersebut di dalam buku
atau kertas kosong.
Ada seekor ibu itik yang
sedang menanti 6 biji telurnya menetas. Suatu
hari, sebutir demi sebutir telurnya menetas
dan mengeluarkan anak-anak itik yang
comel. Telur yang terakhir menetas, tetapi
yang keluar adalah seekor anak itik yang
hodoh. Bulunya berwarna kelabu.
Kerana keadaan dirinya yang berbeza, dia
selalu disisihkan oleh adik-beradiknya yang
lain. Dia berasa sedih lalu melarikan diri.
Bermacam-macam kejadian telah berlaku
kepadanya. Kerana terlalu letih, anak itik
yang hodoh telah tertidur. Apabila sedar, dia
telah bertukar menjadi seekor angsa yang
berbulu cantik.
Awang tinggal
bersama-sama dengan ibu dan ayahnya di
sebuah kampung. Awang seorang yang
sangat rajin. Dia mempunyai seekor ayam
jantan bernama Jalak.
Suatu hari, Awang mengikut ayahnya
menanam anak pisang di kebun. Pokok
pisang yang ditanam oleh Awang telah
berbuah. Ayahnya menebang pokok itu dan
membawa pulang buahnya yang masih hijau
untuk diperam. Akhirnya buah pisang itu pun
masak. Awang meminta buah itu daripada
ibunya, ibunya yang sedang sibuk menyuruh
Awang meminta bantuan dari ayahnya.
Ayahnya pula menyuruh Awang meminta
daripada ibunya.
Awang kecil hati dengan sikap ibu dan
ayahnya yang pentingkan diri sendiri. Awang
pun memanggil Jalak dan mengajak Jalak
terbang ke dunia lain.
Kata-kata itu umpama sumpahan. Jalak pun
terbang ke langit bersama Awang
dibelakangnya. Ibu dan ayah Awang cuba
memujuk tetapi tidak berjaya.
Sejak itu, Jalak akan berkokok setiap awal
pagi. Tujuannya untuk menyeru manusia agar
menunai kewajipan.
MORAL :
Walau apa pun kesalahan ibu bapa, kita
tidak boleh menderhaka kepada mereka.
Sang Kura-kura dan
Sang Itik bersahabat baik. Mereka tinggal di
sebuah kolam.
Musim kemarau menyebabkan kolam tempat
mereka tinggal menjadi kering. Banyak
haiwan berpindah ke tempat lain. Sang Itik
dan Sang Kura-kura juga ingin berbuat
demikian.
Sang Kura-kura sedih kerana tidak boleh
terbang. Sang Itik menawarkan diri untuk
membawa Sang Kura-kura terbang. "Kau
jangan risau, Sang Kura-kura. Kau gigit saja
kayu ini. Jangan sesekali kau buka mulut,"
pesan Sang Itik.
Semakin lama makin tinggi Sang Itik terbang.
Sang Kura-kura masih ingat pesan
sahabatnya supaya menggigit kayu itu
dengan kuat. Sang Kura-kura sangat gembira
kerana ini kali pertama dia terbang di udara.
MORAL :
Janganlah kita bangga diri apabila dipuji.
Pada zaman dahulu,
gagak bersahabat baik dengan bangau. Bulu
gagak putih bersih. Bulu bangau pula hitam
berkilat. Gagak sentiasa menjaga bulunya
agar kemas dan cantik. Banyak burung lain
yang cemburu kepada gagak. Gagak tidak
sombong walaupun mempunyai bulu yang
cantik.
Suatu hari, bangau memuji-muji bulu gagak
yang putih bersih itu. Bangau juga inginkan
bulu yang putih bersih seperti bulu gagak.
Gagak pun menceritakan rahsianya kepada
bangau. Gagak lalu mengajak bangau pergi
ke sarangnya. Gagak memberikan cecair
berwarana putih kepada bangau. Gagak
mengajar bangau bagaimana
menggunakan cecair putih itu.
Tiba disarangnya, bangau menyiram cecair
itu pada bulunya. Bulu bangau bertukar
menjadi putih sedikit demi sedikit. Bangau
berniat jahat. Bangau tidak mahu dia dan
gagak menjadi perhatian burung-burung lain.
Ia mencampurkan cecair putih itu dengan
cecair berwarna hitam. Bangau
memulangkan cecair yang telah bercampur
itu kepada gagak.
Gagak yang tidak tahu niat jahat bangau
menyiram cecair itu pada bulunya. Gagak
terkejut apabila bulunya bertukar hitam. Sejak
itu, gagak tidak lagi berkawan dengan
bangau.
MORAL :
Berbuat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali-kali.
Ayam betina
berkawan baik dengan burung helang.
Burung helang selalu menemankan ayam
betina mencari makanan. Suatu hari, burung
helang mengajak ayam betina mencari
makanan di tempat lain. Ajakan itu ditolak
oleh ayam betina kerana dia tidak boleh
terbang.
Burung helang pun menceritakan kisah
sebatang jarum emas yang ditemuinya.
Dahulunya, burung helang juga tidak boleh
terbang seperti ayam betina. Suatu hari,
burung helang terjumpa sebatang jarum
emas. Burung helang menjahit kepaknya
dengan jarum emas itu. Ahirnya burung
helang boleh terbang.
Ayam betina tertarik mendengar cerita
burung helang. Ayam betina hendak terbang
seperti burung helang. Ayam betina hendak
meminjam jarum emas itu. Burung helah
bersetuju untuk meminjamkan jarum emas
kepunyaannya. Burung helang meminjamkan
jarun emasnya kepada ayam betina selama
sehari kerana dia cuma mempunyai
sebatang jarum emas sahaja.
Ayam betina berasa sungguh gembira.
MORAL :
Kita akan menghadapi masalah jika selalu
berkhayal ketika membuat sesuatu.