The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MARHAIN BINTI OSMAN_BMSK3 (BMMB 3203) T2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1332-24-marhain, 2023-04-01 13:15:36

MARHAIN BINTI OSMAN_T2 BMSK3

MARHAIN BINTI OSMAN_BMSK3 (BMMB 3203) T2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN - KURSUS : MORFOLOGI BAHASA MELAYU KOD KURSUS : BMMB3203 KANDUNGAN : TUGASAN 1 – TUGASAN INDIVIDU Nama Pelajar : MARHAIN BINTI OSMAN No Angka Giliran : 2021072310065 Kumpulan : PISMP BM SK 3 Ambilan : JUN 2022 No. Telefon Bimbit : 011 2525 4924 Alamat E-mel : [email protected] Nama Pensyarah Kursus : DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH Markah : KRITERIA 30% PENULISAN 30% PENGHASILAN PRODUK Jumlah ( 60 %) Pemeriksa 1 Pemeriksa 2


ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan 1.0 Pengenalan 1 2.0 Proses pembentukan kata 1 3.0 Proses pembentukan kata baharu 2 3.1 Imbuhan kata Sanskrit 3 3.1.1 Imbuhan kata Sanskrit (Awalan) 3 3.1.2 Imbuhan kata Sanskrit (Akhiran) 4 3.2 Imbuhan kata Arab 4 3.2.1 Imbuhan kata Arab (Awalan) 4 3.2.2 Imbuhan kata Arab (Akhiran) 4 3.3 Imbuhan kata Inggeris 5 3.3.1 Imbuhan kata Inggeris (Awalan) 5 3.3.2 Imbuhan kata Inggeris (Akhiran) 5 4.0 Analisis kesalahan dalam pos media sosial, artikel dan dialog 6 4.1 Kesalahan ejaan 7 4.2 Kesalahan istilah atau kata 7 4.3 Kesalahan tatabahasa 8 5.0 Isu bahasa 10 5.1 Isu bahasa baku 10 5.2 Percampuran kod 11 6.0 Rumusan 13 Rujukan Lampiran


PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berhasil menyiapkan Tugasan Kerja Kursus BMMB3213 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih Puan Nur Aqeela Alia binti Ahmad yang telah membimbing saya dan rakan sekelas dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Motivasi serta bimbingan yang penuh terperinci telah membantu dan memudahkan urusan kami sepanjang proses pembentukan kerja kursus tersebut. Tidak ketinggalan juga, saya ingin mendedikasikan penghargaan ini kepada kedua- dua orang tua saya yang tidak pernah berhenti mendoakan kecemerlangan saya sama ada di dunia mahupun akhirat. Nasihat yang diberikan telah menjadi sumber kekuatan kepada saya agar sentiasa tabah dan cekal menghadapi cabaran dalam pelajaran ataupun bidang akademik. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas, rakan-rakan pelajar dan senior dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang sudi menghulurkan bantuan sewaktu saya mengalami kesulitan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana sanggup membantu saya meskipun masing-masing sibuk dan menghadapi jadual yang padat. Akhir madah, saya benar-benar berterima kasih kepada semua yang membantu dalam proses penghasilan kerja kursus ini samada secara langsung ataupun tidak. Sekian, terima kasih.


1 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan suatu perkara yang signifikan kerana bahasa merupakan satu lambang identiti yang dibawa oleh sesebuah negara. Bukan itu sahaja, bahasa turut menjadi satu kaedah komunikasi utama manusia yang dapat menyatupadukan masyarakat meskipun wujud perbezaan kaum dalam negara tersebut, khususnya negara kita yang hidup dalam kepelbagaian budaya. Martabat bahasa Melayu dalam merentasi bidang telah dilihat menerusi bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar pendidikan dan bahasa perpaduan (Norliza, 2021). Usaha memartabatkan bahasa Melayu juga disaksikan apabila Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diperkasakan bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat di samping menjadikan bahasa ini sebagai bahasa Melayu. Bahkan, bahasa Melayu juga dijadikan sebagai subjek wajib kepada pelajar asing yang menyambung pelajaran di Malaysia sebagai suatu inisiatif untuk meluaskan peluang bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN (Mohd Rasdan, 2022). Oleh hal yang demikian, pengetahuan terhadap bahasa Melayu dari segi morfologi jelas sekali merupakan satu perkara yang penting untuk dilaksanakan, terutamanya masyarakat di negara kita sendiri. Maka, pendedahan berkenaan pembentukan kata bahasa Melayu dan isu-isu dalam bahasa akan diulaskan secara terperinci menerusi tugasan ini. 2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU Proses pembentukan kata merujuk kepada suatu proses penghasilan sesuatu kata. Menerusi proses ini juga terdapat beberapa kaedah pembentukan kata yakni proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Ni Made Sri Ramayanti (2021) menjelaskan berkenaan definisi pemajmukan yang mana membawa maksud suatu proses morfologi yang melibatkan morfem sebagai elemen penyusunnya. Yule (sepertimana yang dipetik oleh Nur Aziatul dan Nora’., 2021) pula berpendapat bahawa pemajmukan merupakan suatu proses pembentukan kata menerusi penggabungan dua atau lebih perkataan. Jika menyentuh soal proses pengimbuhan, proses ini merupakan suatu proses penghasilan kata melalui beberapa cara iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Penjelasan ini selari dengan pernyataan Anne dan Saidatul (2021) dimana proses pengimbuhan merupakan suatu proses penggabungan kata dasar dengan morfem imbuhan samada secara awalan, akhiran, sisipan mahupun


2 apitan. Maka, secara ringkasnya proses pengimbuhan merupakan proses penggabungan kata dengan morfem imbuhan tertentu. Proses pembentukan ini berbeza dengan proses penggandaan yang mana melibatkan proses pengulangan ataupun penggandaan sesuatu kata dasar. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (sepertimana yang dipetik oleh Kho, 2021), menerangkan bahawa kata ganda melibatkan proses penggandaan yakni proses penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Melalui pendapat-pendapat ini, dapat kita fahami bahawa proses pembentukan kata perlu melalui variasi proses-proses tertentu. Proses ini juga penting bagi membolehkan penghasilan ungkapan yang tepat dan juga meluaskan makna sesuatu perkataan. 3.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA BAHARU Peminjaman bahasa asing merupakan pemacu terhadap proses pembentukan kata baharu. Peminjaman bahasa dilihat sebagai suatu pertembungan antara bahasa yang menimbulkan suatu perubahan dalam ungkapan tertentu (Nazilah dan Karim, 2019). Pertembungan bahasa ini berlaku sedari zaman penjajahan lagi yang mana melibatkan masyarakat Melayu dan penduduk dari negara lain. Penyerapan bahasa tersebut juga didapati merangkumi bahasa Inggeris, bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Sanskrit, bahasa Tamil dan bahasa Jawa (Kho, 2021). Pendapat Pareeda et al. (2020) pula menjelaskan bahawa penerimaan peminjaman bahasa asing dilakukan atas dasar tekanan kemajuan sains dan teknologi. Pareeda et al. (2020) turut menyatakan bahawa berlaku peminjaman imbuhan pada masa dahulu daripada bahasa-bahasa tertentu iaitu imbuhan bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Jawa dan bahasa Inggeris.


3 3.1 Imbuhan kata Sanskrit Imbuhan kata Sanskrit yang dipinjam adalah berbentuk imbuhan awalan dan akhiran (Pareeda, 2020). 3.1.1 Imbuhan kata Sanskrit (Awalan) Jadual 1 : Imbuhan kata Sanskrit (Awalan) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN eka- Mendukung makna “bilangan” iaitu satu ekabahasa, ekawarna, ekatujuan, ekahala, ekamatlamat dwi- Mendukung makna “bilangan” iaitu dua dwibahasa, dwibulanan, dwijantina, dwisuku, dwihari tri- Mendukung makna “bilangan” iaitu tiga trisuku, tribahasa, tritujuan, tritema panca- Mendukung makna “bilangan” iaitu lima pancasila, pancaragam, pancawarna, pancalumba juru- Membawa maksud “ahli” atau “orang yang melakukan atau mengendalikan sesuatu” juruterbang, jururawat, jurugambar, jurubahasa maha- Membawa maksud tahap yang paling tinggi maharani, mahaguru, maharaja, mahasiswi, mahasiswa tuna- Membawa maksud tiada atau tidak mempunyai tunakarya, tunawarna, tunacinta pra- Membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya Prakata, prasangka, prauniversiti, praujian tata- Membawa maksud peraturan atau susunan tatabahasa, tatacara, tatasusila, tatatertib swa- Membawa maksud sendiri swasta, swakarya, swatenaga, swadaya


4 3.1.2 Imbuhan kata Sanskrit (Akhiran) Jadual 2 : Imbuhan kata Sanskrit (Akhiran) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN -wan Merujuk orang yang melakukan sesuatu atau yang mempunyai sifat tertentu bangsawan,karyawan, dermawan, cendekiawan, negarawan, olahragawan -wati Membawa maksud jantina yang merujuk kepada wanita olahragawati, peragawati, seniwati, sukarelawati -man Merujuk orang yang melakukan sesuatu atau yang mempunyai sifat tertentu budiman, seniman -ita Membawa maksud jantina yang merujuk kepada wanita biduanita, pranita 3.2 Imbuhan kata Arab Dalam bahasa Arab, terdapat dua jenis imbuhan yang telah dipinjam oleh bahasa Melayu (Remaja, 2021) yakni : 3.2.1 Imbuhan kata Arab (Awalan) Jadual 3 : Imbuhan kata Arab (Awalan) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN bi- Membawa maksud tidak atau tiada bitara, bilazim, biadap, binormal 3.2.2 Imbuhan kata Arab (Akhiran) Jadual 4 : Imbuhan kata Arab (Akhiran) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN -ah Merujuk kepada wanita atau hafizah, qariah, akidah,


5 perempuan ustazah -at Merujuk kepada orang perempuan atau wanita hadirat, muslimat -iah Membawa maksud perkara atau hal yang berkaitan dengan sifat hurufiah, jahiliah, rohaniah, insaniah, ilmiah -in orang lelaki hadirin, musyrikin, musyrikin -wi Merujuk kepada sifat atau ciri sesuatu duniawi, Romawi, manusiawi -i Merujuk kepada sifat atau ciri sesuatu abadi, insani 3.3 Imbuhan kata Inggeris Sama seperti imbuhan lain, imbuhan kata Inggeris juga melibatkan proses pengimbuhan awalan dan akhiran. 3.3.1 Imbuhan kata Inggeris (Awalan) Jadual 5 : Imbuhan kata Inggeris (Awalan) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN anti- Membawa pengertian menentang, melawan atau membantah antidadah, antisosial, antirokok, antikerajaan, antimatematik pan- Membawa maksud seluruh atau genap pan-Afrika, pan-Asia, pan- Amerika pro- Membawa maksud bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak prokerajaan, prokumunis, prososial sub- Membawa maksud sebahagian subtema, subkelas, subtajuk supra- Membawa maksud melebihi atau mengatasi supranasional, suprakala


6 ultra- Merujuk kepada keterlaluan ataup terlampau ultraungu, ultramlembayung, ultramerah poli- Membawa maksud banyak poligram, poliklinik, politeknik, poligami auto- Membawa maksud dengan sendirinya automobil, autonomi, autograf, autogear, automatik 3.3.3 Imbuhan kata Inggeris (Akhiran) Jadual 6 : Imbuhan kata Inggeris (Akhiran) IMBUHAN MAKNA CONTOH PERKATAAN -is Merujuk kepada ahli kartunis, novelis, sosialis, artis -isme Merujuk kepada fahaman nasionalisme, komunisme, 4.0 ANALISIS KESALAHAN DALAM POS MEDIA SOSIAL, ARTIKEL DAN DIALOG Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (sepertimana yang dipetik oleh Nurfarakhanna et al., 2022) memberikan penekanan terhadap kepentingan penguasaan sistem ejaan menerusi penubuhan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang dilaksanakan atas usaha bagi memudahkan pengguna mengenal pasti makna bagi kosa kata tertentu dan kaedah ejaan yang tepat bagi perkataan-perkataan bahasa Melayu. Sistem ejaan dalam bahasa Melayu merupakan suatu sistem ejaan yang merangkumi pola keselarasan vokal, ejaan kata pinjaman, ejaan kata dasar dan ejaan kata terbitan. Selain sistem ejaan, istilah juga termasuk dalam elemen yang penting dalam bahasa Melayu. Istilah merujuk kepada suatu perkataan ataupun kata majmuk yang memiliki konteks tertentu (Wikipedia, 2022). Penggunaan istilah yang betul dalam bahasa Melayu merupakan suatu perkara yang signifikan


7 kerana penggunaan istilah yang tidak tepat dapat mengakibatkan kekeliruan dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Hujah ini disokong oleh Mohd Hazreel dan Shahril (2022) dimana penggunaan perkataan yang tidak jelas akan menyebabkan kecelaruan dan menjejaskan pemahaman pembaca terhadap penulisan. Bukan itu sahaja, aspek tatabahasa juga dilihat sebagai suatu unsur yang perlu diutamakan dalam bahasa Melayu kerana mempengaruhi kegramatisan ayat dan membantu dalam proses penghuraian ayat yang tepat serta relevan (Nur Elliani dan Che, 2017). Ketiga-tiga elemen ini jelas merupakan aspek yang penting dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu dengan betul samada secara lisan mahupun tulisan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kesalahan dalam menggunakan ketiga-tiga aspek ini menerusi bahan-bahan tertentu yakni secara elektronik ataupun tidak. 4.1 Kesalahan ejaan Berikut merupakan hasil analisis kesalahan ejaan menerusi pos Instagram akaun Ebit Lew (2023) dan Wawa Zainal (2023) : Jadual 7 : Kesalahan ejaan JENIS KESALAHAN EJAAN CONTOH KESALAHAN PEMBETULAN 1. Kesalahan tanda baca Muar Johor Kubu bharu Ya Allah tuhanku Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini Majlis agama Islam Johor allah Muar, Johor Kubu Bharu Ya Allah, Tuhanku Ya Allah, ampunilah, sayangilah, rahmatilah keluarga ini Majlis Agama Islam Johor Allah 2. Kesalahan pola keselarasan vokal masok mane rase masuk mana rasa


8 4.2 Kesalahan istilah atau kata Berikut pula merupakan hasil analisis terhadap beberapa pos di Twitter : Jadual 7 : Kesalahan istilah atau kata 4.3 Kesalahan tatabahasa Seterusnya, berikut merupakan hasil analisis terhadap pos Instagram di akaun Ebit Lew pada (2022) dan (2023) : Jadual 8 : Kesalahan tatabahasa kite sebok kita sibuk 3. Kesalahan ejaan kata pinjaman tv staff company televisyen staf kompeni 4. Kesalahan ejaan kata dasar dlm utk dgn org sy mcm ssh dalam untuk dengan orang saya macam susah 5. Kesalahan ejaan kata terbitan meningggal meninggal CONTOH PERKATAAN PEMBETULAN mempamerkan mengibarkan masa ke semasa semasa ke semasa menganjurkan mengadakan JENIS KESALAHAN CONTOH PERKATAAN PEMBETULAN


9 1. Kesalahan kata bilangan semua anak-anak semua anak 2. Kesalahan kata sendi Disaat Besar dari rumah kita Di saat Besar daripada rumah kita 3. Kesalahan kata kerja transitif Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni (penggunaan kata kerja transitif tanpa imbuhan) Terima kasih ustaz sudi datang ziarah saya dari jauh (penggunaan kata kerja transitif tanpa imbuhan) Dari Jakarta terus ke Sabah menziarahi abang ni Terima kasih ustaz sudi datang menziarahi saya dari jauh 4. Kesalahan kata kerja tak transitif Terima kasih @nhtravelsabah mudahkan kami .. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya Anak kecil 10 tahun ini yang tukar lampin ibu .. Terima kasih @nhtravelsabah memudahkan kami Begitulah sifat ayah sanggup memberi nyawa demi anaknya Anak kecil 10 tahun ini yang menukar lampin ibu.. 5. Kesalahan kata penguat Sebak sayu baca kisah .. Sebak baca kisah .. 6. Ayat tergantung (penggunaan kata tanya dalam ayat penyata) Sedih bila terlihat video itu Sedih ketika melihat video itu 7. Ayat tergantung (kesalahan ayat pancangan komplemen) Semoga kakak ni sembuh cepat dan kuat membesarkan anak-anak Semoga kakak ni sembuh cepat dan kuat untuk membesarkan anak-anak 8. Ayat tergantung (kesalahan ayat Melihat bangunan tinggi musnah Melihat bangunan yang tinggi musnah


10 5.0 ISU BAHASA 5.1 Bahasa baku Jika mengulaskan berkenaan penggunaan bahasa baku, Tuan Asri Husin (2020) menjelaskan berkenaan konsep “baku” menerusi artikel Berita Harian. Perkataan baku sebenarnya berasal dari bahasa Jawa yang membawa makna yang telah diterima oleh umum sebagai betul dan dapat dijadikan sebagai dasar untuk membuat perbandingan. Seandainya mengambil kira perspektif lain, Kosasih dan Hermawan (sepertimana yang dipetik oleh Rina Devianty, 2021) berpendapat bahawa kata baku merupakan kata yang diungkapkan samada secara tulisan ataupun lisan sesuai dengan kaedah ataupun panduan yang telah ditetapkan. Pedoman ataupun kaedah yang dimaksudkan disini sebenarnya merujuk kepada tatabahasa dewan, kamus pancangan relatif) 9. Ayat tergantung (kesalahan ayat pancangan keterangan) Semoga kakak ni sembuh cepat dan kuat membesarkan anak-anak Ada sekatan jalan terus mereka lepaskan Semoga kakak ni sembuh dengan cepat dan kuat membesarkan anak-anak Jika ada sekatan jalan terus mereka lepaskan 10. Kesalahan penggandaan Berulang kedua berulang-ulang kedua-dua 11. Kesalahan penggunaan “dapat” dan “boleh” - perkataan “boleh” sesuai untuk keizinan, manakala perkataan “dapat” digunakan jika melibatkan kemampuan Matang dan hebat boleh jaga ibu dan adik-adiknya Matang dan hebat dapat jaga ibu dan adik-adiknya


11 dan seumpanya. Menerusi pendapat-pendapat ini, maka dapat kita fahami bahawa kata baku merujuk kepada perkataan yang telah disahihkan sebagai betul dan perlu diungkapkan dengan cara tersebut. Sesuatu perkataan boleh dikategorikan sebagai tidak baku jika kaedah penggunaan perkataan tersebut tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan menerusi panduan-panduan tertentu. Kesalahan ini boleh berlaku jika tersilap dari segi pengucapan, penulisan ataupun ayat yang digunakan tidak cukup gramatis. Penggunaan bahasa baku yang tidak betul juga akan menyebabkan kekaburan makna dan menjejaskan konteks yang ingin disampaikan. Berikut merupakan kesalahan penggunaan perkataan bakudalam artikel Rileklah (2020) : Jadual 9 : Kesalahan penggunaan bahasa baku 5.2 Percampuran kod Isu percampuran kod bukan lagi satu fenomena asing yang berlaku di negara kita iaitu negara yang lazimnya hidup dalam komuniti bervariasi kaum. Asmah (sepertimana yang dipetik oleh Anne dan Saidatul, 2022 ) menjelaskan bahawa percampuran kod merujuk kepada penyisipan kata daripada bahasa- bahasa lain. Walaubagaimanapun, penyisipan ini tidak menjejaskan struktur sebenar ayat dalam bahasa asas yang disisipkan. Siti Zubaidah dan Aminuddin (2022) pula berpendapat percampuran merujuk kepada percampuran bahasa oleh penutur dwibahasa yang selalu berlaku dalam komunikasi harian tanpa melibatkan pertukaran topik ataupun penutur. Kajian- kajian sebelum ini telah memperoleh faktor-faktor yang menjadi asas terhadap wujudnya percampuran kod dalam bahasa Melayu. CONTOH KESALAHAN PEMBETULAN sekaligus sekali gus Mee Goreng Mamak Mi Goreng Mamak Murtabak Martabak Char Kuey Teow Ca kuetiau Chai Tow Kway Cai toukue Wantan Mee Mi wantan Goreng Pisang Pisang goreng


12 Jika merujuk kajian yang dilaksanakan oleh (Duli et al., 2022), beliau telah mendapati pelajar Cina telah mencampuradukkan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu untuk berkomunikasi di dalam bilik darjah sehingga mengakibatkan komunikasi tidak dapat dijalankan dengan efektif. Kajian yang dilakukan oleh Mimi et al. (2021) pula mendapati bahawa terdapat tiga akaun perniagaan popular di Instagram yang menyelitkan bahasa lain dengan kerap dalam pengiklananan produk yang ingin dipromosikan. Sehubungan dengan itu, percampuran kod boleh berlaku atas faktor-faktor tertentu yakni faktor bahasa ibunda dan faktor sikap. Segelintir masyarakat secara spontan menggunakan percampuran kod kerana bahasa sebenar yang digunakan semasa komunikasi harian bukanlah bahasa Melayu. Terdapat juga individu yang mencampuradukkan bahasa atas tujuan untuk memastikan laras bahasa yang digunakan menunjukkan ketinggian tahap penguasaan bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris selain untuk menonjolkan imej sofistikated terhadap pendengar. Meskipun isu ini bukan lagi isu yang asing, tetapi masih menimbulkan kebimbangan kerana mampu menggugat kelestarian bahasa Melayu. Percampuran kod dapat dilihat menerusi pos Instagram akaun Uyaina Arshad (2023) dan sedutan dialog daripada animasi Upin Ipin (Opera Cina) : Jadual 10 : Percampuran kod UJARAN PERCAMPURAN KOD JENIS BAHASA PERKATAAN BAHASA LAIN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU First time nak bawa Urhan naik flight tadi risau juga Bahasa Inggeris First time flight Pertama kali penerbangan Dia tak nangis at all! Bahasa Inggeris at all! sama sekali! Cuma tadi, Mama & Baba Urhan yang nervous Bahasa Inggeris nervous gementar Nasib baik officer dekat kaunter tu Bahasa Inggeris officer police report pegawai laporan polis


13 cakap, pergi buat police report Lepas buat report baru boleh dapat boarding pass Bahasa Inggeris report boarding pass laporan pas masuk Konichiwa! Cantik tak Uyaina pakai kimono ni? Bahasa Jepun Konichiwa Hai Disaluti inti kacang merah dan ice cream perisa matcha Bahasa Inggeris Ice cream Aiskrim Okaylah, bye-bye! Bahasa Inggeris Okay bye-bye! Baiklah selamat tinggal! Apa salahnya? Jagung kan sedap. Xie xie. Bahasa Cina Xie xie Terima kasih Cari Uncle Ah Tong Bahasa Inggeris uncle pak cik Itu makanan banyak ong! Bahasa Cina ong tuah Ini chun lian aa orang Cina kasi tampal dekat pintu Bahasa Cina chun lian kuplet Cari siapa? Oh, lai lai lai. Bahasa Cina Lai, lai, lain Baiklah, baiklah, baiklah 6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang unik kerana mampu menjadi bahasa utama di negara ini meskipun realitinya masyarakat di Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan cabang bahasa. Salah satu keunikan bahasa Melayu adalah sifatnya yang fleksibel sehingga mampu berkombinasi dengan bahasa lain tanpa mengganggu struktur ayat dalam bahasa ini sendiri. Walaubagaimanapun, aspek penggunaan bahasa Melayu


14 baku dengan tepat tidak boleh diremehkan kerana penyerapan bahasa asing secara berterusan mampu memberi impak negatif terhadap bahasa ini. Amalan mencampuradukkan bahasa Melayu berupaya mencemarkan struktur bahasa sedikit demi sedikit di samping menggugat kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa utama di Malaysia. Oleh hal yang demikian, usaha memartabatkan bahasa Melayu sepatutnya disambut baik oleh komuniti masyarakat kita demi memastikan bahasa Melayu kekal menerima hak sebagai bahasa pengantar dominan di negara ini.


RUJUKAN Anne Jeffrey Kihob., & Saidatul Nornis Mahalil. (2021). Penguasaan murid tentang penggunaan imbuhan meN-, di- dan beR- dalam penulisan karangan respons terbuka. MANU, 32 (2), 89-110. Duli Kamit., & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2022). Percampuran kod guru bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4 (4), 475-486. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.1.38 Ebit Lew [@ebitlew]. (2023, Mac 27). Ibubapa hilang 4 anak serentak. Menangis sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah 4 adik beradik kecil meningggal dunia lemas akibat rumah terbakar. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/Cqahj1Xjyho/?utm_source=ig_web_copy_link Ebit Lew [@ebitlew]. (2023, Februari 16). Sedihnya rasa melalui bandar-bandar yang musnah kerana gempa bumi. Sepanjang jalan jumpa orang menangis menanti jenazah keluarga mereka. Kehilangan rumah . [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/CotylFij9nL/?utm_source=ig_web_copy_link Ebit Lew [@ebitlew]. (2022, Disember 6). Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya. Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur 2 tahun. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/Clz_lB_DNj8/?utm_source=ig_web_copy_link Ebit Lew [@ebitlew]. (2022, November 30). Sebak sayu baca kisah anak 10 tahun urus ibu kanser selepas kematian suami di Harian Metro. Terus pagi ni dari kl ke Kuala Ketil Kedah. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/CllERkaj2FQ/?utm_source=ig_web_copy_lin k Istilah (Bahasa). (2022, Mac 24). Dalam Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Istilah_(bahasa) Kho, T. E. (2021, Jun 9). Kata pinjaman daripada bahasa Cina. Buletin JendelaDBP. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/06/09/736/


Kho, T. E. (2021, September 8). Mengenal kata ganda berentak. Buletin JendelaDBP. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/09/08/1534/ Mimi Suhana Hakim., Nur Afiqah Mohd Raof., & Sa’adiah Ma’alip. (2021). Percampuran kod dalam kalangan peniaga dalam talian di Instagram. Jurnal Melayu, 1 (1), 579-601. https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446 Mohd Hazreen Shah Hassan., & Sharil Nizam Sha’ri. (2019). Analisis kesalahan penggunaan bahasa dalam renca akhbar. Jurnal Pengajian Minda Malaysia, 21 (2), 55-71. Mohd Rasdan Ahmad. (2022, April 19). Bahasa Melayu, bahasa ilmu. Kosmo!. https://www.kosmo.com.my/2022/03/19/bahasa-melayu-bahasa-ilmu/ MuazzinTravelHQ [@MuazzinTravel]. (2023, Mac 22). Berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dan melaksanakan isi kandungan. [Tweet]. Twitter. https://twitter.com/MuazzinTravel/status/1638480949452378112?s=20 Nazilah Mohamad., & Karim Harun. (2019). Konsep peminjaman kosa kata: suatu tinjauan terhadap soroton literature [The concept of loanword: an overview of literature]. Trends in Social Sciences, 1 (2), 77-83. Ni Made Sri Ramayanti. (2021). Dinamika pemajemukan dengan morfem unik dalam bahasa Bali. Jurnal Ilmu-ilmu Budaya, 21 (2), 110-115. https://garuda.kemdikbud.go.id/journal/view/18606?issue=Vol%2021%20No %202%20(2021)#! Nur Aziatul Khazizi., & Nora’Azian Nahar. (2021). Istilah Covid-19: Satu analisis teori pembentukan kata. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (1), 65-79. Nur Eliani Husaini., & Che Ibrahim Salleh. (2017). Kesalahan tatabahasa Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu. MAHAWANGSA, 4 (2), 273-284. http://www.mahawangsa.upm.edu.my/


Nur Farakhanna Mohd Rusli., Norfaizah Abdul Johar., & Nur Faaizah Md Adam. (2022). Hubung kait antara kesalahan ejaan murid dengan ragam bahasa dalam ujaran guru. e-jurnal Bahasa dan Linguistik, 4 (1), 58-65. Norliza Jamaluddin. (Eds). (2017). Persidangan Simposium Internasional Upaya Peningkatan Kembali Bahasa Melayu sebagai Alat Pemersatu Kawasan Asia Tenggara. Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://www.researchgate.net/publication/321904798_UPAYA_BAHASA_MEL AYU_SEBAGAI_SARANA_ILMU NR UITM Puncak Alam (Alumni) [@nr_puncakalam]. (2016, Mei 26). Tahniah buat pelajar event UiTM Puncak Alam kerana berjaya menganjurkan perkahwinan beramai2 & harumkan nama UiTM . [Tweet]. Tweeter. https://twitter.com/nr_puncakalam/status/732070596595486721?s=20 Pareeda Hayeeteh., Shahidi A.H., & Rahim Aman. (2020). Penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Rajabhat Yala (Yru) Thailand. AKADEMIKA, 90 (3), 105-115. https://doi.org/10.17576/akad-2020-9003-09 Remaja. (2021, Mac 23). Imbuhan : Asli atau pinjaman. https://www.remaja.my/imbuhan-asli-atau-pinjaman/ Rileklah. (2020, Julai 1). CNN senaraikan 40 makanan paling top wajib cuba kalau datang Malaysia. https://rileklah.com/makan-makan/cnn-senaraikan-40- makanan-paling-top-wajib-cuba-kalau-datang-malaysia Rina Devianty. (2021). Penggunaan kata baku dan tidak baku dalam bahasa Indonesia. EUNOIA, 1 (2), 121-132. http://jurnaltarbiyah.uinsu.ac.id/index.php/eunoia/index Sarjan Upin [Sarjan Upin]. (2022, Januari 15). Full Movie Upin & Ipin Musim 6 - Opera Cina - Upin Ipin terbaru 2012. [Video]. Youtube. https://youtu.be/Zxzl7L_EcXg Siti Zubaidah Raja Mhd Shahnuddin., & Muhammad Aminuddin Ahmad Nor. (Eds). (2022). Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-7 (PASAK 7 2022 – Dalam Talian 22 & 23 Jun 2022. e-Prosiding PASAK7 2022.


http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak7/eprosiding2022/3/PASA K7_038__SITI_ZUBAIDAH_RAJA.pdf Tasneem Zaini [@na6neem]. (2013, Jun 28). Masing masing menunjuk kesemangatan mereka dengan mempamerkan bendera negeri tercinta. Gittewww punya semangat. [Tweet]. Twitter. https://twitter.com/na6neem/status/350634399978631169?s=20 Tuan Asri Husin. (2020, November 22). Martabatkan bahasa Melayu tinggi. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/111327/khas/pendapat/martabatkan- bahasa-melayu-tinggi Uyaina Arshad [@uyainaarshad]. (2023, Mac 17). @rajaurhan ‘s first flight. First time nak bawa Urhan naik flight tadi risau juga. Before this memang ada niat nak bawa dia travel jauh2. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/p/Cp5DlHWv2Th/?utm_source=ig_web_copy_link Uyaina Arshad [@uyainaarshad]. (2023, Mac 21). Konichiwa! Cantik tak Uyaina pakai kimono ni? Love kan! Haaa Yana pakai kimono sebab nak matching dengan the new Nestlé Mochi. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/CqCPMEhDJ- V/?utm_source=ig_web_copy_link Wawa Zainal [@w4w4_zainal]. (2023, Januari 18). staff kesayangan. impian saya semoga staff2 @wawacosmeticshq dapat capai impian mereka berada dlm WAWA.. impian saya company auto pilot, gaji staff. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/CnjVtH5Jrao/?utm_source=ig_web_copy_link Wawa Zainal [@w4w4_zainal]. (2022, Disember 29). Mesti x sangka kn dari awal mcm mane kite lepas kawen xade ape2 tp usaha selagi boleh dgn direzekikan anak. [Pos]. Instagram. https://www.instagram.com/reel/CmvRbQcJoLE/?utm_source=ig_web_copy_l ink


LAMPIRAN 1 Pos Instagram Ebit Lew untuk analisis kesalahan ejaan Pos Instagram Wawa Zainal untuk analisis kesalahan ejaan Tweet daripada Tasneem Zaini untuk kesalahan istilah


LAMPIRAN 2 Tweet daripada MuazzinTravelHQ untuk kesalahan istilah Tweet daripada NR UiTM Puncak Alam (Alumni) untuk kesalahan istilah Pos Instagram Ebit Lew untuk analisis kesalahan tatabahasa


LAMPIRAN 3 Pos Instagram Uyaina Arshad untuk analisis percampuran kod


Click to View FlipBook Version