MARHAIN BINTI OSMAN
TUGASAN 1 BMMB1104 :
MARHAIN BINTI OSMAN
ProdukTUGASAN 1 BMMB1104 :
INSTITUT PENDIDIKAN
GURU MALAYSIA
KAMPUS GAYA
ISI-ISI
Kandungan
Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu 1
1
2.1 Prosa Tradisional 2
2.2 Puisi Tradisional 4
2.3 Prosa Moden
2.4 Puisi Moden 6
3.0 Fungsi 6
3.1 Hiburan 6
3.2 Dakwah 6
3.3 Pendidikan 6
3.4 Kritikan Sosial 7
4.0 Manifesti Akal Budi Masyarakat Melayu 7
4.1 Pantun 8
4.2 Syair 8
4.3 Seloka
4.4 Gurindam 9
5.0 Rumusan
Lampiran
Rujukan
1.0 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu sememangnya merupakan suatu bidang
yang universal dan mencakupi pelbagai manfaat mahupun
faedah. Kesusasteraan juga sebenarnya mempunyai definisi
ataupun konsep yang luas untuk difahami. Jika merujuk kepada
pernyataan Samsudin (2010), dalam Islam sastera diungkapkan
sebagai al-adabi iaitu sastera yang lahir daripada kehalusan jiwa
(kesopanan) dan bermatlamat untuk mendidik masyarakat
dengan nilai-nilai murni sehingga hati mereka menjadi halus dan
lembut. Abdul Halim Ali (2011) turut menjelaskan definisi sastera
dimana sastera merujuk kepada perkataan Sanskrit yang
membawa maksud pengajaran, manakala awalan su merupakan
perkataan yang bermaksud indah. Oleh itu, penulisan ini akan
mengupas pula dimensi-dimensi yang perlu diketahui dalam
Kesusasteraan Melayu.
2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu
2.1 Prosa Tradisional
Jabatan Warisan Negara (2021) ada menyatakan bahawa
dari segi bentuk, Kesusasteraan Melayu Tradisional
terbahagi kepada prosa tradisional dan puisi tradisional.
Bukan itu sahaja, prosa tradisional juga mampu
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
Naratif Lisan Naratif Tulisan
- mitos, legenda dan - sastera agama, sastera
cerita rakyat. Cerita pijin, sastera hikayat,
rakyat pula terdiri sastera epik dan sastera
daripada cerita jenaka, sejarah
lipur lara dan cerita
binatang Prosa bukan naratif
- sastera kitab, sastera
undang-undang dan
sastera keatanegaraan
Prosa Tradisional
Rajah 1 : Bentuk dan jenis prosa tradisional berdasarkan
Sulaiman Masri et. al. (2006)
1
Rosli Saludin (2013) telah memberikan beberapa
gambaran ciri-ciri prosa tradisional seperti berikut :
Banyak Banyak
bersumberkan menggunakan
tradisi lisan tulisan jawi
Bersifat Menonjolkan
tradisional ataupun budaya dan
turun-temurun pedoman
masyarakat silam
Menunjukkan
corak
pemerintahan
masyarakat dahulu
Rajah 2 : Ciri-ciri prosa tradisional
2.2 Puisi Tradisional
Kholida (2021) telah menjelaskan definisi puisi tradisional
dimana puisi tradisional merupakan sejenis puisi yang terikat
dengan pelbagai peraturan, misalnya jumlah perkataan dan
suku kata yang perlu diikuti bagi menghasilkan sesuatu puisi
itu. Puisi tradisional juga mempunyai bentuk mahupun jenis
tersendiri. Abd Rahman Ismail (2008) telah menyatakan
bahawa puisi tradisional terbahagi kepada bentuk-bentuk
berikut :
2
Naratif Syair
Puisi
Tradisonal
Bukan Naratif - Pantun
- Gurindam
- Seloka
- Talibun
- Teromba
- Mantera dan
seumpanya
Rajah 3 : Bentuk dan jenis puisi tradisional
Ciri-ciri puisi tradisional iaitu pantun dan gurindam pula
dapat dihayati melalui rajah ini :
Terdiri daripada Setiap baris terdiri
sejumlah baris daripada 4
perkataan
yang genap
(rangkap)
Jumlah suku kata Separuh rangkap
biasanya 8-12 suku adalah pembayang,
kata manakala
selebihnya disebut
isi
Rima akhir yang
selari seperti aa-aa
dan ab-ab
Rajah 4 : Ciri-ciri pantun
3
Gurindam bersifat nasihat
dan terikat
Ciri-ciri Mempunyai dua baris
gurindam serangkap
Rima hujungnya serupa iaitu aa.
Baris pertama disebut syarat,
baris kedua disebut jawab
Rajah 5 : Ciri-ciri gurindam daripada Sulaiman Masri
et. al. (2006)
2.3 Prosa moden
Prosa moden merupakan suatu bentuk karya sastera yang
berubah menjadi lebih terbuka dan kurang terikat hasil
cetusan Abdullah Kadir Al Munsyi iaitu Bapa Kesusasteraan
Melayu Moden. Hashim Awang (1985) ada menyatakan
bahawa dalam prosa berbentuk naratif, kesusasteraan
Melayu moden terbahagi kepada tiga jenis sahaja iaitu novel,
drama dan cerpen.Ketiga-tiga jenis prosa ini juga
mengandungi ciri-ciri khusus yang menggambarkan
karyanya berbentuk prosa moden. Ciri-ciri cerpen dapat
difahami melalui rajah berikut :
Bersifat rekaan dan pendek
Ciri-ciri Bersifat rekaan
cerpen
Bersifat naratif dan tunggal
Rajah 6 : Ciri-ciri cerpen menurrut Sumarjo dan Saini (1994)
4
2.4 Puisi Moden
Dalam puisi moden, satu-satunya puisi yang dihasilkan
adalah sajak.Puisi ini juga similar dengan jenis karya sastera
moden yang mana tidak terikat dan lebih bebas berbanding
karya Kesusasteraan Melayu Tradisional.Perkara ini
bertepatan dengan pernyataan Nawawee Mohamad (2018)
dimana sajak merupakan puisi moden yang bersifat
bebas.Bahkan, kebebasan ini dapat dilihat melalui bait atau
bentuk sajak tersebut.Dalam penulisan ataupun penghasilan
sajak, tiada jumlah ataupun skala khusus bagi rangkap, baris
dalam rangkap dan jumlah perkataan dalam baris. Secara
ringkasnya, penghasilannya bergantung kepada kehendak
dan kreativiti pengkarya itu sendiri.
5
3.0 Fungsi
3.1 Hiburan
Kesusasteraan Melayu berfungsi menjadi suatu hiburan
kepada masyarakat berikutan karya sastera yang bersifat
bebas dan santai.Perkara ini sesuai dengan pernyataan
Othman Puteh (1989) dimana beliau menjelaskan bahawa
kesusasteraan berupaya untuk menjadi hiburan kerana dapat
menimbulkan ketenangan dan kenyamanan minda serta
dapat memuaskan fikiran dalam bentuk intelektual melalui
cerita rekaan dan fantasi.
3.2 Dakwah
Teks-teks sastera Islam telah dijadikan wadah bagi
menyemarakkan penyebaran dakwah iaitu agama Islam.
Karya sastera seperti cerpen, drama dan puisi berelemenkan
dakwah telah membantu dalam menyampaikan sesuatu
mesej sesusai dengan dakwah Islamiah.Pernyataan ini
disokong oleh Mana Sikana (2020) dimana karya sastera
Islam mengajak manusia bagi memuhasabahkan diri,
menuju ke arah kebaikan dan menonjolkan gaya hidup
Islam.
3.3 Pendidikan
Karya sastera membantu dalam meningkatkan pengetahuan
masyarakat kerana karya sastera lazimnya diterapkan
dengan ilmu pengetahuan dan pemikiran para pengkarya.
Hal ini bersesuaian dengan pernyataan Othman Puteh yang
dipetik oleh Ani Omar (2015) dimana kesusasteraan bukan
sahaja mengandungi unsur hiburan untuk berseronok,
bahkan berguna bagi kesejahteraan moral dan
meningkatkan tahap intelektual.
3.4 Kritikan Sosial
Nur Farhana dan Nur Afifah (2020) telah menjelaskan bahwa
kritikan sosial dalam karya seni merupakan satu pendekatan
bagi seorang pengarang itu melakukan penelitian sosial
kehidupan masyarakat melalui pandangan pengarang
tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa, karya sastera
merupakan suatu platform bagi para pengkarya
mencurahkan pandangan, kritikan mahupun sindiran
terhadap perilaku masyarakat sama ada positif ataupun
negatif.
6
4.0 Manifesti Akal Budi Masyarakat Melayu
4.1 Pantun
Gambar 1 : Pantun Budi dalam Permata Sastera Melayu
rianndgivk
iadpu
Berdasarkan Pantun Budi pertama di atas, dapat kita
fahami bahawa setiap itu sudah tentu akan
meninggal dunia pada suatu hari nanti dan jasadnya akan
dimamah bumi. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang
itu melakukan amal kebaikan kepada orang lain sewaktu
masih hidup, maka kebaikan ataupun budi tersebut akan
selalu dikenang oleh masyarakat sekeliling. Pemikiran yang
ingin disampaikan oleh pekarya adalah, fizikal manusia tidak
akan kekal lama tetapi kebaikan akan sentiasa diingati oleh
orang ramai. Oleh itu, kita perlulah sentiasa melakukan
kebaikan sepanjang diri masih ada di muka bumi ini.
4.2 Syair
Syair Ikan Terubuk merupakan syair yang bertemakan
percintaan iaitu kegagalan dalam percintaan yang tidak
kesampaian. Penyair menyampaikan kisah percintaan
tersebut dengan mewujudkan watak Ikan Terubuk yang
mengalami kekecewaan kerana cintanya yang tidak diterima
oleh Puteri Ikan Puyu-puyu sehinggalah Ikan Terubuk tidak
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai sultan. Melalui
syair ini, pengkarya cuba mengingatkan audiens untuk tidak
sentiasa berharap kepada sesuatu yang tidak pasti. Kita juga
diingatkan untuk tidak terlalu mengikuti perasaan sehingga
lalai dalam menjalankan suatu amanah.
7
4.3 Gurindam
Gambar 2 : Gurindam Taat Setia Raja dan Rakyat dalam
Permata Sastera Melayu
Gurindam Taat Setia Raja dan Rakyat adalah gurindam
bertemakan politik dimana pengkarya memaparkan peranan
penting pemimpin dalam memegang tampuk
kepimpinan.Melalui rangkap yang telah dipilih, dapat kita
telusuri makna di sebaliknya iaitu seseorang pemimpin
perlulah bersifat adil ke atas rakyat tanpa mengira lapisan
masyarakat yang dipimpin, terutamanya dalam menjatuhkan
sesuatu hukuman. Hukuman yang djatuhkan itu juga perlulah
berlandaskan sifat kemanusiaan dan petunjuk daripada Allah
SWT.Oleh itu, sebagai pemimpinkeadilan dalam mentabir
sesebuah organisasi ataupun kelompok perlulah diutamakan
dan jangan berlandaskan kepuasan diri semata-mata.
4.3 Seloka
Gambar 2 : Seloka Pak Pandir dalam Permata Sastera
Melayu
8
Seloka Pak Pandir merupakan sebuah seloka yang
memaparkan kisah hidup Pak Pandir yang sentiasa
mementingkan orang lain berbanding keluarganya sendiri.
Pengkarya sebenarnya ingin menyindir sesetengah
masyarakat yang lebih mempercayai orang lain berbanding
mendengar nasihat orang yang terdekat. Pengkarya turut
menyelitkan implikasi-implikasi seandainya sikap tersebut
diteruskan iaitu individu akan mudah ditipu serta
dipergunakan.Oleh hal yang demikian, kita hendaklah
sentiasa berfikiran rasional semasa melakukan sesuatu
keputusan dan sentiasa mengasuh minda untuk tidak mudah
mempercayai hasutan daripada orang lain.
9
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu sememangnya sebuah
bidang yang unik dan meluas, tidak kira dari segi bentuk
hinggalah fungsinya.Karya-karya sastera yang dihasilkan, jika
diteliti dan dihayati mempunyai banyak kebaikan dan nilai moral
yang boleh kita pelajari.Oleh itu, kita hendaklah berusaha dan
memastikan kesusasteraan Melayu dtidak ditelan zaman agar
sentiasa berterusan sekali gus melahirkan generasi yang
unggul.
10
RUJUKAN
Abd Rahman Ismail. (2008). Seni Silat Melayu : Sejarah
Perkembangan dan Budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep Keindahan dalam
Kesusasteraan Melayu Tradisional. PENDETA, 2, 99-117.
Ani Omar. (2014). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia
dalam Membina Generasi Unggul Berasaskan Falsafah
Pendidikan Negara. PENDETA, 5, 1 - 22.
Hashim Awang. (1985). Mendekati Kesusasteraan Melayu.
Fajar Bakti.
Jabatan Warisan Negara. (2021). Kesusasteraan Melayu.
Tradisional.
https://www.heritage.gov.my/kesusasteraan- melayu-
tradisional.html
Kholida. (2021, November 4). Ciri-ciri puisi, Jnies dan unsur-
unsurnya. DetikEdu.
https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5797091/ciri-ciri-puisi-
jenis-dan-unsur-unsurnya
Mana Sikana. (2020, Oktober 4). Islam Memartabatkan Sastera.
Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/103791/KHAS/Pen
dapat/Islam-memartabatkan-sastera
Mohd Rosli Saludin (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal
Peradaban Melayu, 8, 1-13.
Nawawee Mohamad. (2018). Sajak-sajak Ketika. UUM Press.
Nur Farhana Amali dan Nur Afifah Abdullah (2020). Kritikan
Sosial dalam Skrip Monodrama Menunggu Lampu Hijau
Karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-12.
11
Othman Puteh. (1989). Sastera Remaja Ditinjau Daripada
Beberapa Perspektif. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samsudin A. Rahim. 2001. Media dan identiti budaya:
membangunkan industri kandungan tempatan yang
berdaya tahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal
of Communication, 17, 67-80.
Sulaiman Masri., Mashudi Bahari., & Juliliyana Mohd Junid.
(2006). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan Bahasa
Melayu Rujukan Menengah. Utusan Publications &
Distributions.
Sumarjo., & Saini. (1994). Apresiasi Kesusasteraan. PT
Gramedia.
12
LAMPIRAN 1
Syair Ikan Terubuk
13
LAMPIRAN 2
14
LAMPIRAN 3
15
LAMPIRAN 4
16
MARHAIN BINTI OSMAN
INSTITUT PENDIDIKAN
GURU MALAYSIA
KAMPUS GAYA