The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU DAN HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 466-8-shaira, 2023-03-25 00:32:10

TUGASAN 3 BMMB 1134

ISU DAN HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA

I S U D A N H A L A N G A N K E T E R A M P I L A N B E R B A H A S A B M M B 1 1 3 4 K E T E R A M P I L A N B E R B A H A S A


I S I K A N D U N G A N 1.0 PENGENALAN 2.0 DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA 3.0 ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 3.1 ISU BAHASA 3.2 ISU BUDAYA 3.3 ISU MEDIA SOSIAL 4.0 HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 4.1 MAKLUM BALAS 4.2 KOMUNIKASI SEHALA 4.3 PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA 4.4 GANGGUAN SARAF PENERIMA 4.5 GANGGUAN EMOSI 4.6 GANGGUAN LUARAN 5.0 PENUTUP 6.0 RUJUKAN 7.0 BIBLIOGRAFI


1.0 PENGENALAN TAKRIFAN KOMUNIKASI MENGIKUT PANDANGAN TOKOH Takrifan yang menekankan penyebaran Theodorson dan Theodorson (1969), komunikasi adalah pengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakan simbol-simbol. Takrifan yang menekankan perkongsian makna Rogers (1969), komunikasi sebagai satu proses, apabila keduadua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan untuk mencapai kesefahaman. Komunikasi merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang .Komunikasi turut memainkan peranan yang besar dalam pelbagai urusan misalnya untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ibu bapa,keluarga,kawankawan,masyarakat ,rakan sepejabat dan sebagainya.Dalam pada itu,komunikasi juga dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi dalam diri,komunikasi dalam dalam kumpulan,komunikasi antara kumpulan dan komunikasi massa.Secara ringkasnya,komunikasi dapat berlaku dalam pelbagai bentuk dan manusia telah mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan persekitaran mereka ,sejak mereka dilahirkan lagi.


Takrifan yang menekankan pemujukan Carl Hovland (1953), membuat takrifan bahawa komunikasi sebagai proses penyampaian rangsangan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi yang menekankan pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu Takrifan yang menekankan aspek tingkah laku Dervin (1983) pula, kita sering menggangap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi makna yang sama kepada semua individu Everett M.Rogers Proses suatu idea dialihkan dari satu sumber kepada satu atau banyak penerima dengan maksud atau mengubah tingkah laku mereka. Carl Hovland Suatu proses yang memungkin seseorang menyampaikan rangsangan (biasanya dengan menggunakan lambang verbal) untuk mengubah perilaku orang lain.


2.0 DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA DEFINSI KETERAMPILAN BERBAHASA MENURUT pandangan TOKOH Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, keterampilan membawa maksud kecekapan atau kemampuan yang bersifat tinggi. Bahasa pula ditakrifkan sebagai suatu lambang sistem bunyi suara,kata-kata yang disusun mengikut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan mahupun tulisan. Menurut Hoetomo MA (2005:531-532) terampil adalah cekap dalam menyelesaikan tugas,mampu dan cekatan. Keterampilan adalah kecakapan untuk menyelesaikan tugas atau kecakapan yang disyaratkan. Tarigan (2011) menyatakan bahawa tahap kualiti seseorang menampilkan keterampilan berbahasa adalah dipengaruhi oleh kosa kata atau perbendaharaan kata yang dimilikinya. Keterampilan berbahasa juga memainkan peranan penting dalam setiap bidang yang melibatkan urusan kehidupan seharian manusia tidak mengira peringkat usia iaitu pada tahap kanak-kanak mahupun dewasa (Suandi,1956)


3.0 ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 3.1 ISU BAHASA 3.2 ISU BUDAYA 3.2 ISU MEDIA SOSIAL


Isu bahasa kini sering menjadi isu yang sering diremehkan oleh masyarakat yang hidup dalam keadaan serba canggih ini.Antara permasalahan dalam sistem bahasa ialah kemantapan beberapa aspek bahasa Melayu yang menyentuh berkaitan tatabahasa,kosa kata,ejaan dan sebutan.Di samping itu,masalah diglosia dalam pertuturan seharian juga menyebabkan berlakunya isu bahasa.Diglosia merujuk kepada kewujudan dua variasi bahasa dalam bahasa Melayu.Sekiranya perkara tersebut menjadi semakin berterusan,hal ini akan membawa kepada berlakunya pencampurbauran bahasa dan kecelaruan berbahasa. Memberi gambaran peribadi seseorang itu tidak baik Menghakis nilai berbudi dan santun Kemorosotan kualiti bahasa Melayu Penggunaan bahasa yang tidak sopan atau kasar .Bahasa kasar yang dimaksudkan ialah bahasa yang tidak manis untuk dituturkan atau ditulis.Kebiasaanya,bahasa sebigini dapat didengar apabila berhubung dengan rakan-rakan karib serta berada dalam keadaan yang tidak formal. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri,memaki hamun dan sebaainya akan memberi impak kepada menggambarkan peribadi bangsa yang negatif.Hal ini akan menjadi lebih teruk lagi apabila keindahan sesebuah bangsa itu bukan kerana bahasa yang digunakan. Dunia pada masa sekarang juga telah terdedah kepada perkembangan media sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu telah dicemari dan timbulnya bahasa slanga dan bahasa rojak.Impaknya,kualiti bahasa Melayu akan terjejas.


Pengaruh bahasa ibunda Pengaruh bahasa dialek atau daerah Pengaruh bahasa asing Murid-murid sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda akan terpengaruh dengan bahasa ibunda dan hal ini membawa kepada berlakunya kerancuan bahasa.Selain itu,hal ini juga lebih tertumpu kepada murid sekolah rendah yang bukan Melayu berbanding murid Melayu.Salah satu daripada kesalahan yang sering dilakukan ialah penggunaan bunyi e pepet dan e taling ketika murid membaca dan menulis.Sebagai contoh, semak ( kaji ) dan semak ( kusut ). Kebiasaanya,murid-murid sekolah rendah yang bersekolah di negeri yang berbeza akan menggunakan dialek bahasa mereka berbanding daripada bahasa standard.Guru memainkan peranan yang besar dalam pengajaran di sekolah kerana terdapat guru yang mengambil jalan mudah menggunakan bahasa dialek dengan tujuan untuk menimbulkan situasi menghiburkan dan keselesaan.Hakikatnya,tanpa mereka sedari mereka akan melahirkan murid yang lemah dalam penguasaan bahasa. Pengaruh bahasa asing yang sering menyebabkan bahasa Melayu sering menjadi salah penggunaannya ialah pengaruh bahasa Inggeris .Hal ini turut didorong oleh penggunaan istilah yang tidak betul dan terlalu ghairah dengan penggunaan bahasa inggeris.Misalnya,perkataan "brake" dalam bahasa Inggeris di distandadisasikan kepada bahasa Melayu yang betul menjadi "brek".Namun,terdapat ejaan bahasa Melayu yang penggunaan bahasanya yang salah iaitu "berek".


Isu budaya merupakan isu yang melibatkan komunikasi silang budaya iaitu individu yang mempunyai latar belakang yang berlainan dari segi bangsa,etnik,budaya dan sebagainya.Isu budaya sangat penting kerana sekiranya kita terlibat dalam isu budaya,cara untuk kita berkomunikasi dan bergaul dengan orang yang berbeza bangsa dan budaya daripada kita akan menjadi sukar.Hal ini dapat dilihat apabila sesetengah masyarakat sering hidup berkelompok dan mengasingkan diri daripada bangsa dan agama yang lain daripada mereka.Amalan seperti ini sekiranya berterusan diamalkan dalam masyarakat di Malaysia lama kelamaan akan menjadi suatu kontroversi yang besar kepada negara. Keberkesanan komunikasi tidak dapat dijamin Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan runtuh Menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah Komunikasi yang bercampur dari segi penggunaan bahasa seperti campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika berucap menyebabkan pendengar menjadi bingung dengan maklumat yang disampaikan. Taraf bahasa Melayu akan semakin merundung apabila masyarakat pada hari ini khususnya ibu bapa yang lebih menekankan penggunaan bahasa asing ketika di rumah seperti bahasa Inggeris.Hal ini akan menyebabkan generasi akan datang kian melupakan bahasa Melayu yang menjadi warisan bangsa. Apabila kanak-kanak dibesarkan dengan pendedahan kepada bahasa Inggeris,mereka akan berkomunikasi bersama-sama rakan mereka di sekolah dengan banyak menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.Dengan ini,akah membawa kepada tercetusnya masalah untuk murid belajar dengan berkesan dalam subjek bahasa Melayu kerana mereka kurang memahami aspek tatabahasa dalam bahasa Melayu.


Terlalu mengikut arus pemodenan Barat Pemikiran masyarakat yang menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang berkelas rendah Kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia Kebanyakan kanak-kanak yang mahir dalam bahasa inggeris atau bahasa asing yang lain ,mereka mempunyai latar belakang yang berbeza berbanding kanak-kanak yang datang dari keluarga yang susah.Kita dapat lihat hal ini telah banyak berlaku kepada anak-anak artis Malaysia yang diajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya walaupun ibu bapa mereka merupakan kaum Melayu. Sikap masyarakat yang mengagungkan bahasa Inggeris dan mempunyai tanggapan bahawa dengan menggunakan bahasa Inggeris mereka akan dipandang tinggi.Namun mereka lupa akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana semakin hari semakin banyak budaya dan bahasa yang dipelajari oleh masyarakat .Hal ini juga telah membawa kepada berlakunya pencampuran bahasa atau dalam perkataan lain dipanggil bahasa rojak.Penggunaan bahasa rojak ini telah mengakibatkantimbulnya masalah dalam komunikasi terutama dalam bahasa Melayu.


Terdapat pelbagai platform media sosial yang sering menjadi tumpuan masyarakat pada hari ini untuk meluahkan pendapat mereka mengenai sesuatu isu dengan penuh emosi.Tanpa mereka sedari,mereka telah menimbulkan suatu permasalahan iaitu isu media sosial dalam keterampilan berbahasa.Antara contoh platform media sosial yang dilihat semakin menjadi suatu fenomena kepada masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka ialah twitter,facebook,instagram dan sebagainya.Apabila mereka mengeluarkan kata-kata yang penuh emosi pada ruang komen, mereka akan menggunakan bahasa yang kesat dan sekali gus ini akan menggambarkan keperibadian yang tidak elok. Bahasa sistem pesanan ringkas (SMS) Bahasa lucah Bahasa slanga Bahasa jenis ini kerap digunakan dalam kehidupan seharian untuk berkomunikasi dengan seseorang bagi tujuan yang pelbagai.Pada zaman moden ini,segenap lapisan masyarakat telah mahir menggunakan platform digital elektronik dan terdedah kepada tersebar luasnya bahasa sms ini.Misalnya,singkatan sesuatu perkataan menikut dialek masing-masing menjadi isu yang utama. Pencemaran bahasa sering dikaitkan dengan penggunaan bahasa lucah yang kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja mahupun dewasa.Platform media sosial seperti facebook dapat dikatakan banyak mempunyai unsur-unsur lucah ini. Perluasan bahasa slanga telah mencemarkan kebakuan bahasa Melayu standard.Peratusan remaja yang menggunakan platform media sosial semakin meningkat mengikut peredaran masa dan secara tidak langsung bahasa slanga telah dikembangkan.


Tayangan televisyen Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi Sikap dan emosi seseorang Penggunaan kata-kata kasar yang dianggap sebagai perkara biasa dan dipandang remeh oleh pihak media.Setelah itu,ungkapan ini sering ditiru dan dicontohi oleh remaja atau kanak-kanak apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain.Misalnya,filem seperti KL Gangster ,Kongsi dan lain-lain yang memaparkan perkataan seperti "lu" ,"gua", "bro" dan "beb" yang tidak sopan. Penggunaan bahasa yang tidak sopan atau kasar dilihat kerap menjadi hiasan di ruangan-ruangan laman sesawang di Internet dan untuk menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melalui telefon bimbitAntara contoh penggunaan perkataan seperti "syok giler"."aweks" dan sebagainya.Fenomena ini dilihat semakin hari semakin merebak bagaikan wabak. Seseorang yang tidak mempunyai emosi yang stabil akan cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan terhadap orang di sekelilingnya.Hal ini boleh terjadi apabila mereka dihina dan dimarahi lalu perasaan dendam dan benci yang dipendam telah dilafazkan di media sosial secara tidak berhemah.


C O N T O H P E N G A R U H B U D A Y A A S I N G D A L A M K E T E R A M P I L A N B E R B A H A S A Bahasa slanga dalam pertuturan kehidupan seharian. Bahasa rojak ketika berkomunikasi Keracuan bahasa dalam platform media sosial


C O N T O H P E N G G U N A A N B A H A S A Y A N G K U R A N G S O P A N Bahasa slanga dalam pesanan ringkas (SMS) Penggunaan unsur lucah dalam perkataan ketika memberi komen di Instagram


4.0 HALANGAN DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA


4.1 MAKLUM BALAS Maklum balas menurut suatu kajian komunikasi ialah tindak balas daripada penonton terhadap mesej atau aktiviti yang disampaikan daripada sumber.Dalam pada itu,maklum balas dapar dikategorikan kepada maklum balas postif dan maklum balas negatif.Dalam pada itu,maklum balas juga dapat ditunjukkan melalui bahasa badan seseorang itu. Maklum balas positif mendorong seseorang itu menunjukkan ekspresi atau tanggapan yang baik terhadap rangsangan yang diberikan.Manakala,maklum balas negatif pula merujuk kepada kegagalan untuk menerima rangsangan yang diberikan disebabkan oleh wujudnya beberapa halangan dalam komunikasi seperti bercakap dalam keadaan jarak yang jauh menyebabkan penerima tidak dapat mendengar dengan jelas dan respon tidak dapat diberikan. Antara reaksi ketika seseorang itu mempunyai maklum balas yang positif adalah dengan menganggukan kepala dan memberikan senyuman.Terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu memberikan maklum balas positif kepada seseorang seperti bertanyakan soalan atau membuat ringkasan maklumat daripada apa yang telah disampaikan oleh penutur. Jelas dapat dilihat bahawa,halangan maklum balas dalam keterampilan berbahasa adalah seperti penerima tidak mengemukakan sebarang soalan kepada pengantar ,tiada reaksi daripada penerima secara lisan mahupun bukan lisan serta penerima tidak memahami konteks yang ingin disampaikan.Oleh hal yang demikian,maklum balas sangat penting dalam keterampilan berbahasa supaya komunikasi berkesan dapat berlangsung.


4.2 KOMUNIKASI SEHALA Komunikasi sehala berlaku apabila seseorang itu menyampaikan maklumat tanpa menerima sebarang bentuk maklum balas daripada pendengar.Komunikasi sehala ini dapat dikatakan komunikasi yang kurang berkesan dan bersifat pasif.Hakikatnya ,suatu komunikasi dikatakan mencapai target apabila adanya timbal balik antara penyampai dan pendengar. Suatu proses komunikasi memerlukan respon daripada pendengar tidak kira ketika akhir penyampaian mahupun pada awal penyampaian maklumat berlangsung.Hal ini demikian kerana komunikasi sehala akan mengakibatkan pendengar tidak berupaya mendengar dan memahami maklumat dengan jelas. Sebagai contoh,ketika proses pembelajaran sedang berlangsung di dalam kelas,guru hanya menjalankan komunikasi secara sehala bukan dua hala.Impak yang dapat dilihat pada akhir pembelajaran ialah proses penyampaian ilmu di dlalam kelas tersebut tidak efektif. Di samping itu,kesan yang akan mula wujud ialah murid sukar untuk memahamai kandungan pembelajaran dan murid berkemungkinan hanya mendengar apa yang dijelaskan oleh guru namun tidak berupaya menjelaskan semula pemahaman mereka apabila cuba ditanya semua untuk menguji pemahaman mereka. Oleh itu,benarlah komunikasi sehala juga merupakan salah satu halangan yang menyukarkan keterampilan berbahasa berlaku dengan berkesan antara dua pihak.


4.3 PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Penyampaian sebarang maklumat menerusi saluran kedua akan mengakibatkan mesej yang ingin disampaikan dengan jelas tidak mengikut seperti kehendak yang diinginkan oleh pengirim.Situasi ini akan mendorong berlakunya salah tafsir terhadap apa yang cuba disampaikan sebenarnya dan seterusnya maklum balas yang diterima oleh penutur kurang tepat kerana ketidakjelasan kefahaman dalam berkomunikasi. Saluran yang dimaksudkan disini ialah penghantar akan memilih saluran yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej dan kalau dapat dilihat pada era yang serba canggih ini saluran media yang sering digunakan untuk menghantar maklumat seperti Whatsapp,Telegram, Instagram dan sebagainya. Terdapat pelbagai contoh yang mampu diberikan untuk menjelaskan halangan jenis ini iaitu antaranya ialah penyampaian mesej melalui aplikasi Whatsapp dengan menggunakan huruf besar pada seluruh perkataan bagi menyampaikan maklumat pengirim lalu penerima tersebut mengandaikan penyampaian mesej tersebut adalah dalam nada yang marah malah adalah sebaliknya.Selain itu,gangguan komunikasi seperti salah menaip ejaan juga menjadi halangan. Mesej tersebut juga mungkin disampaikan melalui alat elektronik seperti telefon pinta,surat,memo dan lainlain.Halangan penyampaian maklumat menerusi saluran kedua ini sewajarnya dipandang serius kerana kesalahfahamn antara dua pihak berkemungkinan atau berpotensi untuk mencetuskan pergaduhan.


4.4 GANGGUAN SARAF PENERIMA Gangguan ialah halangan yang berlaku dalam pelbagai bentuk ketika proses komunikasi dilaksanakan.Gangguan ketika berkomunikasi berlaku apabila penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat berkaitan maklumat yang disampaikan oleh sumber. Masalah berkaitan gangguan saraf penerima dapat dihuraikan melalui tiga aspek utama iaitu gangguan komunikasi suara,pertutuuran dan pendengaran Pertama,gangguan suara iaitu berlaku apabila bunyi yang cuba dilontarkan tidak mampu difahami oleh orang lain atau keadaan ini juga dapat dikategorikan sebagai penutur mungkin mengalami maslah sengau dan suara serak. Kedua,gangguan dalam aspek pertuturan turut menjejaskan seseorang itu untuk terampil berbahasa.Gangguan pertuturan bermaksud seseorang itu tidak mampu untuk mengeluarkan bunyi dan perkataan termasuk artikulasi suara dan kepekatan yang berkesan dalam sesebuah komunikasi.Misalnya dalam segelintir masyarakat yang berhadapan masalah gagap iaitu pertuturan menjadi tidak lancar atau tersekatsekat.Golongan dewasa yang mengalami keadaan ini selalunya bersifat gagap neurogeni yang berpunca darpada kerosakan saraf. Akhir sekali,masalah pendengaran juga akan mempengaruhi keterampilan berbahasa seseorang kerana pertuturan akan tidak lancar dan hal ini juga telah berpunca daripada apabila kita tidak boleh mendengar dengan jelas apa yang hendak disampaikan.


4.5 GANGGUAN EMOSI Gangguan berbentuk emosi ketika melaksanakan keterampilan berbahasa ialah gangguan yang wujud daripada diri sendiri.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih,gembira,takut dan sebagainya. Apabila melibatkan proses komunikasi,emosi yang dihadapi atau dialami oleh pengirim dan penerima boleh memberi pengaruh terhadap objektif sebenar daripada maklumat yang ingin dituju kepada sesuatu kelompok tertentu.Emosi juga menjadi penentu atau keberkesanan proses komunikasi sesama individu.Apabila seseorang itu,memahami atau bijak dalam mengawal emosi ,maka seseorang itu akan berupaya menangani kemarahan dan berhati-hati dalam pemilihan kata terutama ketika komunikasi lisan iaitu pertuturan. Elemen emosi memainkan peranannya yang tersendiri bagi mewujudkan sebuah komunikasi yang berkesan.Penyampai sesuatu maklumat yang mempunyai kecerdasan dalam mengawal emosi pada semua kedaaan akan mampu memahami orang lain dengan baik dan mudah. Misalnya,sekiranya seseorang itu tidak mampu atau berupaya untuk mengurus emosi ketika melakukan komunikasi,maka hal tersebut akan menimbulkan perselisihan faham di antara dua pihak iaitu pengirim dan penerima.Hal ini demikian kerana pengirim tersebut mungkin akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan komunikasi yang berkesan seterusnya tidak mampu dicapai. Jelas dapat dilihat bahawa gangguan emosi juga menjadi halangan atau cabaran ketika melakukan keterampilan berbahasa.


4.6 GANGGUAN LUARAN Gangguan luaran merujuk kepada pelbagai halangan yang wujud ketika penerima maklumat berada dalam keadaan komunikasi sedang berlangsung.Selain itu,gangguan luaran ini berlaku disebabkan oleh berpunca daripada faktor persekitaran atau masalah teknikal. Sebagai contoh,keadaan bising yang menganggu proses komunikasi antara penceramah dan penonton.Halangan bising ini wujud dalam keadaan luaran (bunyi fizikal) dan dalaman (gangguan mental).Antara contoh bunyi luaran adalah bunyi yang memberi rangsangan atau menarik perhatian pendengar. Dalam pada itu,gangguan yang datang daripada fisiologi juga menyebabkan gangguan ketika komunikasi.Sebagai contoh,kelaparan,keletihan dan faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada bagaimana kita rasa dan berfikir. Jenis-jenis gangguan luaran yang lain ialah kerosakan peralatan,suasan tidak selesa,jarak lokasi komunikasi berlangsung dan lain-lain.Kesemua jenis gangguan ini akan mengganggu tumpuan seseorang untuk mendapatkan makna mesej yang disampaikan. Oleh itu,gangguan luaran juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan keterampilan berbahasa tidak dapat berlangsung dengan lancar.


5.0 PENUTUP Tuntasnya,keterampilan berbahasa mempunyai banyak halangan dan isu yang menyebabkan komunikasi menjadi gagal atau tidak mencapai sasaran dan matlamat sebenar.Masalah seperti ini sewajarnya dibendung dengan usaha yang penuh swadaya dan dibendung sebelum menjejaskan komunikasi.Hal ini demikian kerana komunikasi dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang sangat penting.Secara fungsi mahupun lokasi anatomi,komunikasi memberi impak yang sangat penting.Oleh hal yang demikian,masyarakat perlulah memahami halangan dan cabaran ini kerana yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.


6.0 RUJUKAN (Tarigan, HG, (2011) membaca sebagai keterampilan berbahasa. Bandung: Angkasa. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7.0 BIBLIOGRAFI (Asmah, Chomsky, Dardjowidjajo, & Jakobson. (n.d.). Bbm 3411 keterampilan berbahasa melayu. SlidePlayer https://slideplayer.info/slide/14526696/ Takrifan Dan model Komunikasi. (n.d.). prezi.com. https://prezi.com/brvq9ytqoitq/takrifan-dan-modelkomunikasi/ Takrifan Komunikasi. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/WanZaitulZulkifli/takrifankomunikasi Komunikasi - Coggle diagram. (n.d.). Simple Collaborative Mind Maps & Flow Charts - Coggle. https://coggle.it/diagram/Yl7QbCaOf2ZqXI5U/t/komunik asi Definisi komunikasi. (n.d.). Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/31225886/DEFINISI_KOMUNI KASI


-SEKIAN -


Click to View FlipBook Version