Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet,
dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:
langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya.
Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi
sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.
Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya. Jika
kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me- mengalami
perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m,
n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung,
penyanyi dan sebagainya.
Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet,
dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:
langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya.
Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi
sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu.
Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya. Jika
kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan me- mengalami
perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m,
n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung,
penyanyi dan sebagainya.
Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k,
maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-.
Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali,
penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok, mengelak,
mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata
dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang
mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam perkataan
mengkemudiankan. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap
dieja dengan sempang, dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf
besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, silaki, si-
Abu, di-bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan
perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.
Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama
pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah,
kemudian daripada tanda tanya jika bukan percakapan pengarang,
kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan
pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris
syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama
dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama
khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat, nama
bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar,
tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya,
nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda
yang diserukan.
3.1.3 sistem EJAAN jawi ZA'BA
Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru
kerana beberapa sebab:
Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti
yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba
ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40
tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih
ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan
"kebiasaan penulis-penulis yang ramai" itu pun "ada banyak
tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang".
Kedua, usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau
beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong
Melayunya. Bila ini dicuba lakukan maka "telah menjadi gempar dan hebuh
sungutan di antara penulis-penulis Melayu apabila terjadi kacau bilau pada ejaan
Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala Daeng Abdul Hamid kerani Melayu Sir
Richard Winstedt masa itu mencuba hendak memandai-mandai memakai setengah
daripada ejaan cara lama yang telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di
sekolah-sekolah Melayu".
Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang
Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta
dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu,
Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk
kata-kata dasar, dan 20 "undang-undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.
3.1.4 tahap perkembangan ejaan jawi
Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan
syaddah;
Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi
menanggalkan penggunaan tanda;
Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada
suku kata pertama;
Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila
terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata
pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua
perkataan.
3.1.5 ciri-ciri sistem ejaan jawi za'ba
(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan
perkataanperkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja;
(b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri
Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam
menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak
perkataan pula.
(c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya.
(d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej
Tanjung Malim" bergilirgilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan
lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan daripada pelajar-
pelajar Maktab.
(e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar ini
beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan
dia kamus betul-betul itu tidak juga dapatdapatnya".
(f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan
mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang
susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam
ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.
(g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak
menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja
makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulansimpulan bahasa yang
terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus
kita yang sedia ada"
3.1.6 ciri-ciri sistem ejaan za'ba
Tidak menggunkan teori atau kaedah linguistik kerana Sistem Ejaan
Jawi Bahasa Melayu hanya menggunakan huruf Rom untuk bunyi
bahasa Melayu.
Tidak cukup huruf Jawi dan Rumi untuk mewakili bunyi yng digunakan
dalam bahasa Melayu.
Setiap ejaan perkataan ditentukan oleh bunyinya.Tiga bunyi diftong
iaitu ai,au,dan oi te;ah ditetapkan sebagai huruf "bunyi beragkai"
dalam sistem ejaan ini.
Partikel "pun mesti digunakan secara berasing apabila menggunakan
kaedah ejaan ini.Sebagai contoh 'ada pun dan 'atau pun'.
3.2 SISTEM
EJAAN RUMI
KONGRES
3.2.1 pengenalan ejaan rumi
kongres
Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres.
Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang
di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-
21 September 1956. Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas
kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut
telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2
ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang
tulisan Jawi.Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah
menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan
satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Ketiga, tanda
sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama
sekali dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan
sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja.
Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang
menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak sekali
menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu
sahaja.Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan
mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan
Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan
sebutannya yang asal.Kelima, terdapat perubahan dalam
penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata
depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya
daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan
sempang.
3.2.2 latar belakang ejaan rumi
kongres
Pada tahun 1950-an, dua ortografi berbeza digunakan di Dunia berbahasa Melayu, iaitu
Sistem Ejaan Republik dalam Indonesia dan Ejaan Za'aba dalam Tanah Melayu Britain dan
Borneo. Sistem Ejaan Za'ba,diperkenalkan pada tahun 1933, adalah versi improvisasi dari
ortografi sebelumnya yang diperkenalkan oleh sarjana Inggeris, R J Wilkinson. Begitu juga
di Indonesia, Sistem Ejaan Republik diperkenalkan pada tahun 1947 untuk menggantikan
Belanda yang lebih tua Sistem Ejaan Van Ophuijsen.
Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura dari 16 hingga 21
September 1956, berusaha menyatukan kedua ortografik yang berbeza ini ke dalam satu
sistem. Ortografi baru, dibayangkan menjadi sistem yang lebih baik dan praktikal, yang
disederhanakan dan menggunakan kaedah ejaan standard, dan lebih menekankan pada
penggunaan sistem fonologi bahasa Melayu.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya secara amnya
menolak penggunaan digraf dan dengan gigih mempromosikan unsur
ejaan Indonesia. Konsensus dicapai semasa kongres,dan ortografi baru
kemudian dinamakan Ejaan Kongres (ejaan kongres ').Pada tahun
1957, Sistem Ejaan Kongres diterbitkan untuk pertama kalinya oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam risalah bahasanya, DBP bilangan
(1), dengan judul Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu
(keputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III) (Bahasa
Melayu untuk 'Kaedah Baru Ejaan Rumi Bahasa Melayu (berdasarkan
keputusan Kongres bahasa Melayu dan huruf III)'
Sistem Ejaan Kongres tidak mendapat penerimaan orang secara umum. Hal ini
disebabkan tidak praktikal untuk digunakan oleh orang biasa dan grafik tertentu
yang diusulkan oleh sistem tidak diwakili dalam mesin taip. Walaupun begitu,
kumpulan tertentu, terutama yang berafiliasi dengan Serakan Sastera 1950
menggunakan grafik grafik Kongres untuk diphthong dalam penerbitan mereka
sendiri. Kumpulan ini malah kembali ke gaya menulis huruf vokal Wilkinson dalam
suku kata akhir tertutup, yang serupa dengan gaya Republik di Indonesia.Oleh
kerana bahagian penerbitan Melayu dikendalikan oleh anggota Gerakan Sastera
1950 atau penyokongnya, gaya ejaan Gerakan mendapat mata wang yang meluas
melalui karya terbitan. Sementara itu, sekolah dan penerbitan pemerintah masih
menggunakan ejaan Za'aba atau sistem sekolah. Oleh itu, orang ramai menjadi
keliru mengenai sistem mana yang harus diikuti