The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-67029969, 2021-10-11 11:13:02

SNT3 UNIT 6 : Pengukuran isipadu cecair - CG WAN

Pengukuran isipadu cecair
Keadah sasaran air

A. Pengukuran isipadu (Measurement of volume)

1. Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek
tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).

2. Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).
3. Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3),

mililiter ( l ) dan liter ( l ).

1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml

4. Isipadu cecair boleh diukur dengan menggunakan objek piawai seperti Bikar, Silinder
penyukat atau Silinder bersenggat, bikar bersenggat, jag pengukur bersenggat,Kelalang
Konikal, Picagari, Pipet,Buret dan Flask Volumetrik.

B. CONTOH SILINDER DAN BIKAR BERSENGGAT

Silinder penyukat atau Silinder bersenggat Flask Volumetrik Bikar

Pipet Buret Picagari

C. Contoh penggunaan alatan ukuran Kelalang Konikal
Senggatan adalah anggaran
Bikar Tidak boleh digunakan untuk mendapatkan
Senggatan adalah anggaran tidak boleh
digunakan untuk mendapatkan ketepatan ketepatan pengukuran

pengukuran

D. Contoh penggunaan alatan ukuran tidak piawai

E. Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan.
Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

F. Miniskus (miniscus) cecair
Miniskus (miniscus) ialah bahagian melengkung yang terdapat pada permukaan cecair.

Garisan Miniskus (miniscus) air

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke bawah.

G. LANGKAH-LANGKAH SEMASA MEMBUAT PENGUKURAN

TUJUAN: Untuk meningkatkan kemahiran membaca aras air di dalam silinder
bersenggat dengan betul.

(1). Gunakan silinder penyukat yang sesuai dengan isi padu cecair yang ingin disukat.
Contoh:

Isi padu cecair Jenis / saiz / Isi padu silinder
yang ingin penyukat yang sesuai digunakan
diukur (ml)
5 10 ml
43 50 ml
134 250 ml

Rajah: Contoh-contoh silinder penyukat.

(2) Letakkan silinder penyukat pada permukaan yang rata. Elakkan daripada memegang
silinder penyukat semasa cecair dituang dan diukur. Tuang cecair secara perlahan-lahan.

(3) Semasa membaca skala untuk pengukuran, pastikan aras mata selari dengan aras meniskus
cecair. Ini untuk mengelakkan ralat paralaks dan memastikan pengukuran adalah jitu.

(4) Letakkan kertas putih di belakang silinder penyukat semasa membaca skala supaya
senggatan pada skala dapat dilihat dengan lebih jelas.

(5) Rekod atau catatkan jumlah bacaan.

H. Cuba cari jumlah bacaan isipadu cecair di bawah

-------------- ml -------------- ml -------------- ml -------------- ml

Kaedah Sesaran air adalah satu kaedah yang digunakan bagi menyukat isipadu
bagi sesuatu objek. Sama ada objek tersebut mempunyai bentuk yang sekata
seperti guli, atau pun objek yang tidak mempunyai bentuk yang tidak sekata
seperti batu.

Objek yang diletakkan di dalam bekas akan menyesarkan (meningkatkan aras)
air. Isipadu air yang disesarkan tersebut adalah sama dengan isipadu objek
tersebut.



KAEDAH SESARAN AIR DIJALANKAN DENGAN MEMASUKKAN OBJEK KE
DALAM AIR DAN KEMUDIANISIPADUAIRYANGDISESARKAN KELUAR

DIKIRA SEBAGAI ISIPADU OBJEK.

KAEDAH 1: Sasaran air

KAEDAH 2: Menggunakan tin eureka.

TAHNIAHHH……

Kerana Anda masih bersemangat meneruskan PdPR bersama saya,

Semangat untuk belajar dan tanggung jawab untuk menuntut ilmu,
Menjadikan anda seorang yang Berusaha,

Semuga segala usaha kamu di berkati oleh ALLAH,

AMINNNN………….

C. Wan.wlp2021


Click to View FlipBook Version