SAINS TAHUN 5
bersama c. wan
UNIT 3 - HAIWAN ( Rantai Makanan)
Rantai Makanan
1. Rantai makanan terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai
2. Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
3. Anak panah bermaksud “dimakan oleh”.
4.
Contoh :- Padi Tikus ular helang.
Matahari, Pengeluar, Pengguna dan Pengurai
1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari
kepada tumbuhan.
2. Tumbuhan hijau dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh menghasilkan
makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
Pengguna
1. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber
tenaga daripada pihak lain.
2. Pengguna terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.
i. Pengguna Primer
Ø Pengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja. Biasanya haiwan hervibor.
Ø contoh : - lembu, kambing, arnab.
ii. Pengguna Sekunder
Ø Pengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer.
Biasanya haiwan karnivor dan omnivor.
Ø contoh : - anjing, beruang, Kucing, burung
iii. Pengguna Tertier
Ø Pengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder.
Ø Biasanya haiwan karnivor dan omnivor.
Ø contoh : - harimau, beruang kutub, singa, burung helang
3. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
a. Hervivor – Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja.
b. Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain sahaja.
c. Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan
haiwan lain.
Pengurai
1. Pengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan
tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh
diguna semula oleh tumbuhan hijau (kompos).
2. Mikroorganisma seperti Bakteria dan kulat adalah contoh pengurai.
Siratan Makanan
1. Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
2. Contoh habitat: padang rumput, Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit,
hutan.
3. Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
4. Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya
untuk membentuk siratan makanan.
Kesan dan Akibat
1. Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan ke
atas hidupan yang lain.
2. Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan
makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau berpindah
untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
3. Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi)
haiwan yang lain juga akan berubah (bertambah/ berkurang).
Padi Ulat Tikus Ular
beluncas
1. Sebagai contoh.
Ø Sekiranya bilangan ulat banyak, maka jumlah padi berkurang sebab di makan oleh ulat.
Ø Apabila hasil padi berkurang tikus akan kekurangan makanan menyebabkan bilangannya
menjadi berkurang.
Ø Kesannya bilangan ular juga berkurang kerana makanannya (tikus) sudah berkurang.
2. Sekiranya pertani (persawah padi) menggunakan Burung hantu untuk mengawal populasi tikus kesanya.
Ø Jumlah hasil padi bertambah kerana ulat dan tikus sudah berkurang dimakan oleh burung
hantu.
Ø Jumlah populasi ular juga berkurang kerana sebahagian ular dimakan oleh burung hantu dan
ada juga ular terpaksa bersaing dengan burung hantu untuk mendapkan tikus.
Ø Jumlah populasi burung hantu bertambah kerana burung hantu dapat banyak makanan.
SELAMAT BELAJAR
SEKIAN
TERIMA KASIH
C. wan