The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT 5
Pemeliharaann dan Pemuliharaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-67029969, 2021-10-05 07:46:31

SAINS TAHUN 6

UNIT 5
Pemeliharaann dan Pemuliharaan

SAINS TAHUNN 6

PEMELIHARAAN &
PEMULIHARAAN

BERSAMA
CG WAN

UNIT 5: NOTA Pemeliharaan dan Pemuliharaan

A. Kepupusan Haiwan dan Tumbuhan dan Diancam Kepupusan

1. Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan atau tumbuhantersebut di Bumi ini.
2. Kewujudan haiwan yang telah pupus hanya dapat diketahui melalui penemuan fosil, sejarah dan penyelidikan
3. Contoh haiwan yang sudah pupus:

a) T-Rex
b) Burung Dodo
c) Quagga
d) Mamot
e) Harimau bertaring lengkung
f) Serigala Tasmania
g) Harimau dahan Taiwan
h) Ikan lumba-lumba Sungai Cina
i) Singa laut Jepun
j) Harimau Jawa
4. Di ancaman kepupusan bermaksud populasi atau bilangan sesetengah sepsis haiwan atau tumbuhan yang terlalu

berkurangan. bilangannya dan hampir pupus.
5. Pada masa kini, semakin banyak haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan.Berikut adalah antara haiwan dan

tumbuhan yang diancam kepupusan
a) Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:
i. Gajah .
ii. Tapir
iii. Badak Sumbu
iv. Panda
v. Dugong
vi. Tenggiling
vii. Harimau
viii. Orang Utan
ix. Penyu
x. Gorila

b) Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:
i. Pokok Anggerik Merpati
ii. Pokok Periuk Kera
iii. Pokok Rafflesia
iv. Pokok Orkid Selipar
v. Pokok Kacip Fatimah
vi. Pokok Tongkat Ali
vii. Pokok Cengal
viii. Pokok Keruing
ix. Pokok Meranti
x. Pokok Bakau

B.Punca kepupusan hidupan.

 Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
 Terdapat 3 faktor utama punca kepupusan hidupan haiwan dan tumbuhan:

1. Aktiviti Manusia

a) Kemusnahan habitat.
b) Pemburuan secara haram.
c) Pencemaran .
d) Pembalakan secara haram.
e) Pembersihan hutan

• Pertanian
• Perindusterian
• Perumahan
• Pembangunan

f) Perdagagan haram
• Kulit haiwan
• Sumbu
• Tanduk
• Daging
• Cengkerang

• Telur
• Haiwan
2. Bencana Alam
a) Banjir
b) Gempa Bumi
c) Ribut Taufan
d) Kemarau berpanjangan
3. Pencemaran
a) Pencemaran Air – Tumpahan Minyak
b) Pencemaran Tanah – Pembuangan Sampah
c) Pencemaran Udara – Pembakaran terbuka
d) Pencemaran Sisa toksik - Sisa toksik ialah bahan buangan yang berasal daripada bahan buangan cacair kimia, bahan
buangan industri serta sisa pertanian.

C. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan

1. Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan bagi menyelamatkan haiwan dan tumbuhan yang diancam
kepupusan.

2. Maksud pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
3. Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan:

1. Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan

a) Kempen-kempen untuk mendidik masyarakat
b) Kempen-kempin untuk mendidik masyarakat dari Jabatan perhutanan, jabatan perlilitan, WWF, Persatun

pencinta Alam.kelab-kelab pencinta Alam.
c) Kempen-kempin untuk mencegah kepupusan haiwan liar.
d) Kempen mengelakkan daripada amembeli atau menggunakan barangan daripada haiwan terancam.
e) Menjalankan penyelidikan tentang kepentingan memelihara alam sekitar.

2. Elak membeli produk yang diperbuat daripada spesies haiwan terancam.
3. Menganjurkan kempen menentang pembalakan dan pemburuan haram.
4. Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi.
5. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.

6. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan.
7. Mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar
8. Mewartakan taman laut.
9. Mewujudkan hutan simpan.

a) Taman negara Rompin di Pahang
b) Taman negara Bakoh. Niah di Sarawak

4. Maksud pemuliharaan: Usaha mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
5. Contoh-contoh aktiviti pemuliharaan:

1. Mendirikan pusat rehabilitasi.
2. Mendirikan pusat perlindungan dan pusat pembiakan.
3. Mendirikan pusat penyelidikan dan pembiakan.

a) Pusat pembiakan penyu di Terengganu.
b) Pusat Pembiakan Tuntung di Perak
c) Pusat kajian Tapak Ramsar

(Tapak Ramsar ialah tapak bagi memelihara dan memulihara tanah lembab daripada terus musnah).

4. Menggunakan sumber hutan secara berkesan.
i. Contoh Pembalakan
» memilih kayu yang sesuai dari segi saiz,ukurlilit dan usia (matang) baru ditebang.
» Selepas ditebang ditanam semula serta anak pokok dijaga sehingga matang.
» Pokok yang belunmatang tidak akan ditebang.
» Peranan badan-badan tertentu.

5. Menguatkuasa undang - undang.
 Mengubal undang – undang yang lebih sesuai untuk memelihara alam sekitar.
 Mewartakan undang – undang tentang alam sekitar.
 Menguatkuasa undang – undang yang telah diwartakan.
 Denda atau hukuman yang lebih berat bagi pesalah alamsekitar.

Nota ringkas

1. Maksud Kepupusan Haiwan
- lenyapnya atau tiadanya haiwan di muka bumi ini

2. Haiwan yang telah pupus
- mamot, burung dodo, serigala tasmania, dinosaur
3. Maksud diancam kepupusan
- apabila bilangannya semakin berkurang dan boleh menjadi pupus pada masa hadapan.
4. Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
- penyu, badak sumbu, dugong, tongkat ali, periuk kera, rafflesia
5. Aktiviti manusia yang mengancam haiwan dan tumbuhan
- Pembalakan, Pemburuan, Penerokaan kawasan
- Tumpahan minyak, Pembuangan sampah, Pembuangan sisa toksik
6. Maksud Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan

7. Langkah-Langkah Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
 Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
 Menganjurkan kempen menentang aktiviti pembakalan dan pemburuan haram

 Mengelakkan daripada membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan haiwan
 Mewartakan kawasan hutan tertentu sebagai hutan simpan
 Mewartakan sepsis haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan sebagai sepsis yang dilindungi
 Menebang pokok terpilih sahaja
 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan hidupan.
 Menggazetkan kawasan laut tertentu sebagai taman laut
 Mewartakan sesetengah kawasan paya bakau sebagai tapak Ramzar
 Mengadakan Kempen anti pembalakan dan pemburuan haram
 Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara haiwan dan tumbuhan.
 Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara
 Menguatkuasakan undang-undang
 Elakkan membeli atau makan produk daripada haiwan atau tumbuhan yang diancam kepupusan

8. Maksud Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal

9. Langkah-Langkah Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
• Mewujudkan pusat pemuliharaan ( rehabilitasi ) haiwan
• Menanam semula pokok selepas aktiviti pembalakan

Selamat belajar
Sekian Terima Kasih.

BOLEH RUJUK NOTA DI BUKU TEKS (ms89)



TYRANNOSAURUS
REX

Tyrannosaurus rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex merupakan satu dinasour yang paling terkemuka di seluruh
dunia. Ia berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai barat Amerika Utara. T-Rex merupakan makhluk yang
berkaki 2 dengan tengkorak yang besar diimbangkan oleh ekor yang panjang dan berat. Kakinya besar tetapi
tangannya kecil dan hanya mempuyai 2 jari. Dari segi saiz,ia diketahui sebagai sejenis pemangsa daratan
terbesar,berukuran lebih 13 meter. Berat T- Rex ialah sehingga 6.8 tan metrik. Fosil T-Rex telah dijumpai di
formasi batu Amerika Utara bertarikh sejak tiga juta tahun dahulu pada Zaman Batu Kapur. Ia merupakan
antara dinasour terakhir yang wujud sebelum kejadian kepupusan besar-besaran.

BURUNG
DODO

Dodopupusantara pertengahan sampai akhir ke-17. Kepupusannya sering dijadikan

contoh tipikal kerana ia terjadi dalam sejarahpenulisan manusia dan

akibat aktiviti manusia.Pohon Tambalaqoque,juga dikenali sebagai ‘pohon dodo’

,dihipotesiskan Stanley Temple telah dimakan oleh dodo.Dodo ialah burung yang tidak

takut pada manusia , dan ditambah ketidakmampuannya untuk terbang membuatnya

menjadi mangsa yang mudah ditangkap.Orang yang mendarat di Mauritis memakan burung

ini .Namun,banyak jurnal melaporkan rasa dodo tidak enak dan dagingya yang

keras,sementara spesies tempatan lainnya seperti Rail Merah enak rasanya.

QUAGGA

Quagga ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang.Ia pernah
ditemui dalam jumlah yang besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda
belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh.Seperti kuda belang yang
sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai , begitu juga quagga.Quagga pupus
akibat perburuan lampau manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya .

MAMMOTH

Mammoth menyerupai seekor gajah yang hidup pada zaman ais.Mammoth atau dikenali
sebagai gajah purba merupakan salah satu mamalia terbesar dalam sejarah planet
kita.Selain dikenali dengan ciri bulunya yang tebal,mamot turut dikenali dengan gadingnya
yang panjang di mana ia boleh mencecah sehingga 15 kaki.Mammoth terakhir pupus 4000
tahun lalu.Ada yang mengatakan mammoth berbulu memiliki tinggi yang sama dengan
gajah Afrika.

LUMBA-LUMBA
AMBU

Lumba-lumba Ambu atau digelar Lumba-lumba Sungai Cina merupakan salah satu daripada enam
spesies lumba-lumba.Nama saintifiknya ialah Neophocaena phocaenides.Ia hidup di perairan pinggir
laut Asia, khususnya di sekitar India,China,Indonesia, dan Jepun.Lumba-lumba Ambu yang seragam
mempunyai warna kelabu yang seragam.Kebanyakn bayi haiwan ini mempunyai warna hitam dengan
warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal.Lumba-lumba Ambu makan berbagai ikan,udang
atau apa-apa sahaja yang ada.

HARIMAU
JAWA

Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) ialah subspesies harimau yang pernah kelihatan

di Pulau Jawa, Indonesia. Nampaknya subspesies ini sudah pupus sejak 1980-an, akibat

kegiatan memburu dan kemusnahan habitat, namun kepupusan harimau Jawa sudah diduga
sejak 1950-an, ketika dipercayai bahawa cuma kurang daripada 25 ekor yang hidup di
alam liar. Spesimen terakhir harimau ini dijumpai pada tahun 1972. Kiraan jejak pada
tahun 1979 membuat kesimpulan bahawa tiga ekor harimau Jawa masih wujud. Ada
kemungkinan bahawa sebuah kelompok harimau Jawa yang kecil masih wujud di Jawa
Barat, di mana timbulnya desas-desus kelihatan harimau subspesies ini pada 1990-an.

SEMOGA PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBERI ILMU
PENGETAHUAN KEPADA SEMUA

SEKIAN TERIMA KASIH

TAHNIAHHH……
Kerana Anda masih bersemangat meneruskan PdPR bersama saya,
Semangat untuk belajar dan tanggung jawab untuk menuntut ilmu,

Menjadikan anda seorang yang Berusaha,
Semuga segala usaha kamu di berkati oleh ALLAH,

AMINNNN………….

C. Wan.wlp2021


Click to View FlipBook Version