The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-67029969, 2021-10-11 11:20:26

SNT5 UNIT4 - Tumbuhan melindungi diri dari musuh - CG WAN

TCara tumbuhan melindungi diri dari musuh

Pertahanan Semula Jadi Tumbuhan

A. Berlindung daripada musuh

1. Bagaimana tumbuhan melindungi diri daripada musuh ?

Tumbuhan mempunyai pelbagai cara atau ciri-ciri khas yang istimewa untuk melindungi
dirinya daripada musuh. Contohnya; berduri, bergetah, berbulu halus, beracun,
mengeluarkan bau.

2. Ciri-ciri tumbuhan Melindungi diri daripada musuh.

i/. Ciri khas pada pokok

• Beracun
• Bergetah
• Berduri
• Berbulu halus yang miang
• Berkulit tebal dan keras
• Mengeluarkan bau busuk.

ii/. Ciri khas pada buah

• Berduri
• Bergetah
• Beracun
• Berbulu
• Mengeluarkan bau busuk
• Berkulit tebal atau keras

1. Menghasilkan bahan beracun

 Pokok Rengas, Pokok Cerbera. Cendawan dan Pokok Pong - pong menghasilkan bahan
beracun untuk melindunginya daripada dimakan.

2. Tumbuhan yang mempunyai susu getah

Keladi
Keladi akan merembeskan susu getah yang menyebabkan haiwan lain berasa gatal.

Pokok Betik, Pokok Nangka, Pokok Cempedak dan Pokok Getah menghasilkan cecair
bergetah untuk menghalangnya daripada dimakan.

3. Tumbuhan yang berduri
Pokok kaktus, bunga ros, buah nanas dan durian mempunyai duri untuk melindungi dirinya

 Daun pokok semalu akan tertutup apabila disentuh.

4. Tumbuhan yang mempunyai bulu halus

Bulu halus yang ada pada labu air akan menyebabkan manusia atau haiwan lain yang
menyentuhnya berasa gatal. Bulu pada daun tebu berbeza dengan labu air, bulu halus pada
tebu bersifat tajam dan miang.

Pokok buluh, tebu, bendi, daun labu dan buah kiwi mempunyai bulu halus yang boleh
menyebabkan kegatalan.

5. Berkulit tebal dan keras

Pokok kelapa, pokok meranti dan pokok durian antara contoh pokok yang mempunyai kulit kayu
yang tebal yang dapatmelindugi batangnya dari dimakan oleh haiwan.

Buah kelapa mempunyai kulit sabut yang tebal dan
tempurung yang keras menyukarkan haiwan untuk
memakanya.

6. Mengeluarkan bau busuk

Cendawan

Rafflesia bunga tahi ayam

Pokok Rafflesia, pokok bunga tahi ayam dan cendawan mengeluarkan bau yang sangat
busuk yang menyebabkan haiwan tidak mahu memakanya.

TAHNIAHHH……

Kerana Anda masih bersemangat meneruskan PdPR bersama saya,
Semangat untuk belajar dan tanggung jawab untuk menuntut ilmu,

Menjadikan anda seorang yang Berusaha,
Semuga segala usaha kamu di berkati oleh ALLAH,

AMINNNN………….

C. Wan.wlp2021


Click to View FlipBook Version