The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-67029969, 2021-10-04 10:44:10

SAINS TAHUN 3

UNIT 6 - pengukuran

UNIT 6 : PENGUKURAN

A.Pengukuran.

1. Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih panjang. Kemudian,
pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang setiap pensel itu menggunakan
pembaris.

2. Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas?
Sesuatu objek itu boleh kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan
sebenarnya.

3. Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk mengukur kuantiti seperti
panjang dengan lebih tepat. Penggunaan teknik-teknik yang betul juga penting dalam
mendapatkan bacaan yang tepat.

B. Pengukuran panjang

1. Panjang ialah jarak di antara dua titik atau tempat.
2. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan anggota badan untuk mengukur Panjang. Seprti

jengkal, hasta, depa, langkah dan tapak kaki.
3. Kini, pembaris dan pita pengukur digunakan sebagai alat pengukur piawai untuk mengukur

panjang.
4. Unit metric digunakan untuk mengukur panjang. Milimeter (mm) dan sentimeter (cm) digunakan

untuk mengukur jaraka yang pendek. Meter (m) dan kilometer (km) digunakan untuk mengukur
jarak yang panjang.
5. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan pembaris meter.
6. Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm). Setiap
sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter tersebut
adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).

1mm
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

C. Mengukur panjang lengkung (curve).
1. Ukur lilit sesuatu objek atau garis lengkung boleh diukur menggunakan pembaris dan benang.

Mengukur panjang lengkung (curve).

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

2. Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan pembaris.
Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan lebih tepat.

3. Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) dan angkup dalam (internal
calipers). Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman
sesebuah objek.

Mengukur diameter “luran” sebuah bikar.

Mengukur diameter “dalam” sebuah bikar.

Pengukuran Panjang

Pembaris Pita Pengukur
Ukuran terkecil 0.1 cm.

Angkup Vernier dan Micrometer Screw Gauge
Ukur panjang objek, Diameter luar objek berbentuk sfera @

silinder,Diameter dalam paip,
Kedalaman lubang

D.Pengukuran luas kawasan

1. Luas sesuatu permukaan ialah saiz aatau besarnya sesuatu permukaan itu.

2. Luas sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir permukaan tersebut.
3. Unit SI (International System of Units @ SI units), untuk luas adalah meter persegi (m2).
4. Luas permukaan yang kecil diukur dalam millimeter persegi (mm2) atau sentimeter persegi

(cm2).
5. Luas permukaan yang besar diukur dalam meter persegi (m2) atau kilometer persegi (km2).

1 cm2 = 100 mm2
1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2

6. Luas segi empat sama atau segi empat tepat boleh diperolehi dengan pengiraan menggunakan

formula yang berikut.

Luas = Panjang X Lebar

LUAS 3 cm (Lebar)

5 cm (Panjang)

Luas = Panjang X Lebar
= 5 cm X 3 cm

Luas = 15 cm2
Di baca seperti ini – lima belas sentimeter persegi

E. Konsep satu unit persegi ( cm2)
 memperkenalkan konsep “1 petak” bersamaan luas 1 unit persegi atau 1 cm persegi (1 cm2)

Contoh 1

1 cm

1 cm

a) Formula luas = panjang x lebar
b) Panjang = 1 cm
c) Lebar = 1 cm
d) Luas = 1 cm x 1 cm = 1 cm2
e) Luas = 1 cm2

Di baca seperti ini – Satu sentimeter persegi

Contoh 2

1 cm

2 cm

a) Formula luas = panjang x lebar
b) Panjang = 2 cm
c) Lebar = 1 cm
d) Luas = 2 cm x 1 cm = 2 cm2
e) Luas = 2 cm2

Di baca seperti ini – Dua sentimeter persegi

F. Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun
1. Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap

segiempat sama berkeluasan 1 cm2.
2. Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala kawasan

yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.
3. Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas

permukaan daun tersebut.

Contoh 1

Menganggar luas permukaan daun
 Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh = 4 kotak A
 kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama"= 8 kotak B

 Bilangan tanda dalam kertas graf = 4 kotak A + 8 kotak B = 12 kotak

 Luas 1 segiempat sama (persegi) = 4 cm + 8 cm = 12 cm2
 Luas permukaan daun = 12 cm2

Contoh 2

Menganggar luas permukaan daun
 Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh = 5 kotak
 kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama"= 7 kotak

 Bilangan tanda dalam kertas graf = 5 kotak + 7 kotak = 12 kotak

 Luas 1 segiempat sama (persegi) = 5 cm + 7 cm = 12 cm2
 Luas permukaan daun = 12 cm2

G.Mengukur Isipadu

1. Isi padu sesuatu objek ialah saiz ruang dalam objek itu.
2. Isipadu kubus atau kuboid boleh diperolehi dengan penghitungan menggunakan formula yang

berikut:
Isipadu = Panjang x lebar x tinggi

5 cm 2 cm ( lebar)
(tinggi)

7 cm ( panjang)
Isipadu = Panjang X lebar X tinggi

= 7 cm X 2 cm X 5 cm
Isipadu = 70 cm³

Di baca seperti ini – tujuh puluh sentimeter pedu

3. Isipadu diukur dalam

i). millimeter padu (mm³),
ii.) sentimeter padu (cm³),
iii). meter padu (m³)

Contoh 1

5 cm

4 cm

6 cm
 Formula Isipadu = Panjang x Lebar x Tingggi.
 Panjang = 6 cm
 Lebar = 4 cm
 Tinggi = 5 cm
 Isipadu = 6 cm x 4 cm x 5 cm = 120 cm³
 Isipadu = 120 cm³

Di baca seperti ini – Seratus dua puluh sentimeter padu.

Contoh 2

7 cm 3 cm

10 cm

 Formula Isipadu = Panjang x Lebar x Tingggi.
 Panjang = 10 cm
 Lebar = 7 cm
 Tinggi = 3 cm
 Isipadu = 10 cm x 7 cm x 3 cm = 210 cm³
 Isipadu = 210 cm³

Di baca seperti ini – Dua ratus sepuluh sentimeter padu.

TAHNIAHHH……

Kerana Anda masih bersemangat meneruskan PdPR bersama saya,

Semangat untuk belajar dan tanggung jawab untuk menuntut ilmu,
Menjadikan anda seorang yang Berusaha,

Semuga segala usaha kamu di berkati oleh ALLAH,

AMINNNN………….

C. Wan.wlp2021


Click to View FlipBook Version