The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNIT 5 - Pemeliharaann dan Pemuliharaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-67029969, 2021-10-04 04:06:00

SAINS TAHUN 6

UNIT 5 - Pemeliharaann dan Pemuliharaan

UNIT 5: NOTA Pemeliharaan dan Pemuliharaan

A. Kepupusan Haiwan dan Tumbuhan dan Diancam Kepupusan
1. Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan atau tumbuhantersebut di Bumi ini.
2. Kewujudan haiwan yang telah pupus hanya dapat diketahui melalui penemuan fosil, sejarah dan penyelidikan
3. Contoh haiwan yang sudah pupus:

a) T-Rex
b) Burung Dodo
c) Quagga
d) Mamot
e) Harimau bertaring lengkung
f) Serigala Tasmania
g) Harimau dahan Taiwan
h) Ikan lumba-lumba Sungai Cina
i) Singa laut Jepun
j) Harimau Jawa

4. Di ancaman kepupusan bermaksud populasi atau bilangan sesetengah sepsis haiwan atau tumbuhan yang terlalu
berkurangan. bilangannya dan hampir pupus.

5. Pada masa kini, semakin banyak haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan.Berikut adalah antara haiwan dan
tumbuhan yang diancam kepupusan
a) Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:
i. Gajah .
ii. Tapir
iii. Badak Sumbu
iv. Panda
v. Dugong
vi. Tenggiling
vii. Harimau
viii. Orang Utan
ix. Penyu
x. Gorila

b) Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:

i. Pokok Anggerik Merpati
ii. Pokok Periuk Kera
iii. Pokok Rafflesia
iv. Pokok Orkid Selipar
v. Pokok Kacip Fatimah
vi. Pokok Tongkat Ali
vii. Pokok Cengal
viii. Pokok Keruing
ix. Pokok Meranti
x. Pokok Bakau

B.Punca kepupusan hidupan.

 Aktiviti yang mengancam Haiwan dan Tumbuhan
 Terdapat 3 faktor utama punca kepupusan hidupan haiwan dan tumbuhan:

1. Aktiviti Manusia

a) Kemusnahan habitat.
b) Pemburuan secara haram.
c) Pencemaran .
d) Pembalakan secara haram.
e) Pembersihan hutan

• Pertanian
• Perindusterian
• Perumahan
• Pembangunan

f) Perdagagan haram
• Kulit haiwan
• Sumbu
• Tanduk

• Daging
• Cengkerang
• Telur
• Haiwan

2. Bencana Alam
a) Banjir
b) Gempa Bumi
c) Ribut Taufan
d) Kemarau berpanjangan

3. Pencemaran
a) Pencemaran Air – Tumpahan Minyak
b) Pencemaran Tanah – Pembuangan Sampah
c) Pencemaran Udara – Pembakaran terbuka
d) Pencemaran Sisa toksik - Sisa toksik ialah bahan buangan yang berasal daripada bahan buangan cacair kimia,
bahan buangan industri serta sisa pertanian.

C. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan

1. Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dilakukan bagi menyelamatkan haiwan dan tumbuhan yang diancam
kepupusan.

2. Maksud pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.
3. Contoh-contoh aktiviti pemeliharaan:

1. Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan

a) Kempen-kempen untuk mendidik masyarakat
b) Kempen-kempin untuk mendidik masyarakat dari Jabatan perhutanan, jabatan perlilitan, WWF,

Persatun pencinta Alam.kelab-kelab pencinta Alam.
c) Kempen-kempin untuk mencegah kepupusan haiwan liar.
d) Kempen mengelakkan daripada amembeli atau menggunakan barangan daripada haiwan terancam.
e) Menjalankan penyelidikan tentang kepentingan memelihara alam sekitar.

2. Elak membeli produk yang diperbuat daripada spesies haiwan terancam.
3. Menganjurkan kempen menentang pembalakan dan pemburuan haram.

4. Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan sebagai spesies yang dilindungi.
5. Mewartakan hutan sebagai hutan simpan.
6. Menguatkuasa undang-undang dan peraturan.
7. Mewartakan kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar
8. Mewartakan taman laut.
9. Mewujudkan hutan simpan.

a) Taman negara Rompin di Pahang
b) Taman negara Bakoh. Niah di Sarawak

4. Maksud pemuliharaan: Usaha mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
5. Contoh-contoh aktiviti pemuliharaan:

1. Mendirikan pusat rehabilitasi.
2. Mendirikan pusat perlindungan dan pusat pembiakan.
3. Mendirikan pusat penyelidikan dan pembiakan.

a) Pusat pembiakan penyu di Terengganu.
b) Pusat Pembiakan Tuntung di Perak

c) Pusat kajian Tapak Ramsar
(Tapak Ramsar ialah tapak bagi memelihara dan memulihara tanah lembab daripada terus musnah).

4. Menggunakan sumber hutan secara berkesan.

i. Contoh Pembalakan
» memilih kayu yang sesuai dari segi saiz,ukurlilit dan usia (matang) baru ditebang.
» Selepas ditebang ditanam semula serta anak pokok dijaga sehingga matang.
» Pokok yang belunmatang tidak akan ditebang.
» Peranan badan-badan tertentu.

5. Menguatkuasa undang - undang.
 Mengubal undang – undang yang lebih sesuai untuk memelihara alam sekitar.
 Mewartakan undang – undang tentang alam sekitar.
 Menguatkuasa undang – undang yang telah diwartakan.
 Denda atau hukuman yang lebih berat bagi pesalah alamsekitar.

Nota ringkas

1. Maksud Kepupusan Haiwan
- lenyapnya atau tiadanya haiwan di muka bumi ini

2. Haiwan yang telah pupus
- mamot, burung dodo, serigala tasmania, dinosaur

3. Maksud diancam kepupusan
- apabila bilangannya semakin berkurang dan boleh menjadi pupus pada masa hadapan.

4. Haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
- penyu, badak sumbu, dugong, tongkat ali, periuk kera, rafflesia

5. Aktiviti manusia yang mengancam haiwan dan tumbuhan
- Pembalakan, Pemburuan, Penerokaan kawasan
- Tumpahan minyak, Pembuangan sampah, Pembuangan sisa toksik

6. Maksud Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan

7. Langkah-Langkah Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
 Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
 Menganjurkan kempen menentang aktiviti pembakalan dan pemburuan haram
 Mengelakkan daripada membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan haiwan
 Mewartakan kawasan hutan tertentu sebagai hutan simpan
 Mewartakan sepsis haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan sebagai sepsis yang dilindungi
 Menebang pokok terpilih sahaja
 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan hidupan.
 Menggazetkan kawasan laut tertentu sebagai taman laut
 Mewartakan sesetengah kawasan paya bakau sebagai tapak Ramzar
 Mengadakan Kempen anti pembalakan dan pemburuan haram
 Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara haiwan dan tumbuhan.
 Mewujudkan hutan simpan atau Taman Negara
 Menguatkuasakan undang-undang
 Elakkan membeli atau makan produk daripada haiwan atau tumbuhan yang diancam kepupusan

8. Maksud Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
- usaha untuk mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal
9. Langkah-Langkah Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
• Mewujudkan pusat pemuliharaan ( rehabilitasi ) haiwan
• Menanam semula pokok selepas aktiviti pembalakan

Selamat belajar
Sekian Terima Kasih.

BOLEH RUJUK NOTA DI BUKU TEKS (ms89)



TAHNIAHHH……

Kerana Anda masih bersemangat meneruskan PdPR bersama saya,

Semangat untuk belajar dan tanggung jawab untuk menuntut ilmu,
Menjadikan anda seorang yang Berusaha,

Semuga segala usaha kamu di berkati oleh ALLAH,

AMINNNN………….

C. Wan.wlp2021


Click to View FlipBook Version