GARIS PANDUAN
PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH
NEGERI PERAK
JTK-RS v2
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
KANDUNGAN
1.0 NAMA PROGRAM .................................................................................................1
2.0 PUNCA KUASA......................................................................................................1
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM..............................................................................2
Peranan dan tanggungjawab JTK dalam JTK Rakan Sekolah ....................................................2
Perbezaan JTK Rakan Sekolah dan Smart Team......................................................................2
Rasionalisasi bekerja secara individu ......................................................................................2
4.0 TUJUAN PROGRAM ..............................................................................................2
5.0 OBJEKTIF .............................................................................................................3
6.0 KETETAPAN PROGRAM ........................................................................................3
6.1 Pengurusan Program...............................................................................................3
6.2 Bilangan hari bertugas ............................................................................................3
6.3 Hari bertugas ...........................................................................................................3
6.4 Masa bertugas .........................................................................................................3
6.5 Pakaian.....................................................................................................................3
6.6 Jarak lokasi sekolah khidmat bantu.......................................................................4
6.7 Pemilihan sekolah khidmat bantu ..........................................................................4
6.8 Cuti ...........................................................................................................................4
6.9 Menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ..............................................4
6.10 Rekod kehadiran......................................................................................................5
6.11 Penempatan di sekolah khidmat bantu .................................................................5
6.12 Pelaporan .................................................................................................................5
6.13 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) ...5
6.14 Daftar Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) ..............................................5
7.0 SENARAI TUGAS ..................................................................................................6
8.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN ........................................................................7
9.0 PERTUKARAN, PENGECUALIAN DAN PENGGANTIAN HARI BERTUGAS ............7
10.0 PENAMATAN PROGRAM.......................................................................................8
11.0 PERKARA LAIN YANG PERLU DIPATUHI ............................................................8
12.0 ADUAN DAN PERTANYAAN..................................................................................9
LAMPIRAN ...................................................................................................................10
A. RINGKASAN SENARAI TUGAS............................................................................... 10
B. RINGKASAN DOKUMENTASI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN .......................... 10
C. RINGKASAN PELAPORAN ...................................................................................... 11
I. LOG HARIAN JTK [JTK-RS B1] ...................................................................... 12
II. LOG BULANAN JTK [JTK-RS B2] .................................................................... 13
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 1
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
1.0 NAMA PROGRAM
Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri Perak –
JTK Rakan Sekolah
Nama singkatan atau panggilan rasmi nama program :
JTK RAKAN SEKOLAH
Nama atau singkatan gelaran / penunjuk : ─ PGB
i. Pengetua / Guru Besar ─ PK1
ii. Penolong Kanan (Pentadbiran) ─ GPICT
iii. Guru Penyelaras ICT ─ JTK
─ sekolah asal
iv. Juruteknik Komputer ─ sekolah khidmat bantu
v. Sekolah sedia ada JTK berkhidmat ─ JTKRS
vi. Sekolah penerima khidmat bantu JTK
vii. JTK Rakan Sekolah
2.0 PUNCA KUASA
2.1 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 1 Tahun 2017
bertarikh 4 Januari 2017:
Mesyuarat bersetuju pelaksanaan Khidmat Bantu Sekolah oleh Juruteknik
Komputer (JTK) di negeri Perak.
[ Cabutan minit : Perkara 11 ]
2.2 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 2 Tahun 2018
bertarikh 8 Februari 2018:
Mesyuarat bersetuju Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri
Perak – “JTK Rakan Sekolah” akan dilaksanakan pada tahun ini iaitu :
a. Membantu sekolah yang tiada perjawatan JTK dalam aspek teknikal ICT
iaitu selenggaraan peralatan ICT dan rangkaian komputer serta
pengurusan aset ICT.
b. JTK akan berkhidmat selama satu (1) hari setiap minggu di sekolah
yang dibantu.
[ Cabutan minit : Perkara 4 (b) ]
2.3 Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Bilangan 6 Tahun 2018
bertarikh 28 November 2018:
Mesyuarat bersetuju Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer Negeri
Perak – “JTK Rakan Sekolah” bagi tahun 2019 diteruskan. PPD perlu
memastikan pihak sekolah tidak memberi tugas selain yang telah
ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan.
[ Cabutan minit : Perkara 8.2 ]
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 2
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
JTK Rakan Sekolah adalah Program Khidmat Bantu Juruteknik Komputer
Negeri Perak yang mengambil idea asal pelaksanaan Program Sekolah Angkat
yang telah dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung selama empat (4)
bulan iaitu bermula 21 Julai 2016 dan berakhir pada 21 November 2016. JTK
berkhidmat selama dua (2) hari di sekolah angkat pada setiap hari Khamis dan
Jumaat. Penempatan dalam kawasan lingkungan terdekat dengan rumah atau
sekolah berhampiran. Dapatan program ini menunjukkan Program Sekolah Angkat
berjaya membantu sekolah yang tiada perjawatan Juruteknik Komputer dalam
aspek ICT iaitu pengurusan aset, penyelenggaraan dan pelupusan.
Peranan dan tanggungjawab JTK dalam JTK Rakan Sekolah
JTK Rakan Sekolah melibatkan JTK secara individu membantu sekolah yang
tiada perjawatan Juruteknik Komputer (JTK) agar dapat memperkemaskan
pengurusan teknikal ICT di sekolah berkenaan melalui kemahiran dan kepakaran
JTK. Peranan JTK di sekolah khidmat bantu adalah sebagai pegawai teknikal
sokongan tahap pertama (first level support) di mana JTK dikehendaki
menganalisa, mengenalpasti isu ICT di sekolah secara terperinci dan
mengkelaskan isu / kerosakan.
Perbezaan JTK Rakan Sekolah dan Smart Team
Smart Team merupakan konsep kerja secara berpasukan yang menerima
tugasan secara permohonan melalui PPD / JPN. Smart Team menjalankan kerja-
kerja teknikal ICT dalam skala besar mengikut tempoh masa yang sesuai dan
melaksana tugas yang tidak dapat diselesaikan secara individu.
Rasionalisasi bekerja secara individu
Rasionalisasi pentadbiran ini tidak menetapkan pergerakan secara
berkumpulan bagi program ini adalah kerana melatih JTK berkerja secara individu,
JTK mempraktikan ilmu pengurusan ICT di sekolah asal ke sekolah khidmat bantu
dan JTK mempertingkatkan kemahiran komunikasi serta kemahiran interpersonal.
4.0 TUJUAN PROGRAM
Tujuan program ini diadakan untuk pemantapan profesionalisme Juruteknik
Komputer bagi meningkatkan prestasi kerja dengan membantu sekolah yang tiada
perjawatan Juruteknik Komputer (JTK). Pelaksanaan program JTK Rakan Sekolah
ini dapat memperkemaskan pengurusan teknikal ICT di sekolah yang tiada JTK
melalui kemahiran dan kepakaran JTK berkenaan.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 3
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membantu sekolah khidmat bantu yang tiada perjawatan JTK dalam aspek
teknikal ICT iaitu selenggaraan peralatan ICT dan rangkaian komputer
serta pengurusan aset ICT.
5.2 Berperanan sebagai pegawai teknikal sokongan tahap pertama (first level
support) di mana JTK dikehendaki menganalisa, mengenalpasti isu ICT di
sekolah secara terperinci dan mengkelaskan isu / kerosakan di sekolah
khidmat bantu.
5.3 JTK sebagai sumber rujukan ICT di sekolah khidmat bantu.
6.0 KETETAPAN PROGRAM
6.1 Pengurusan Program
i) Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
- Unit Perkhidmatan Teknikal
-
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
6.2 Bilangan hari bertugas
Satu (1) hari
6.3 Hari bertugas
Setiap hari Selasa (kecuali pada cuti sekolah)
6.4 Masa bertugas
8.00 pagi hingga 5.00 petang (mengikut waktu pejabat)
6.5 Pakaian
Pakaian pejabat atau baju korporat pelaksana ICT dan bagi JTK perempuan
dibenarkan memakai seluar kerja semasa program ini.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 4
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
6.6 Jarak lokasi sekolah khidmat bantu
i) Keutamaan jarak sekolah khidmat bantu adalah bersebelahan atau
berdekatan dengan sekolah asal JTK atau berdekatan dengan tempat
tinggal JTK.
ii) PPD boleh menentukan sekolah yang jarak lebih jauh dari sekolah asal
atau tempat tinggal JTK berdasarkan keperluan.
6.7 Pemilihan sekolah khidmat bantu
i) Penentuan sekolah khidmat bantu diuruskan oleh PPD.
ii) Justifikasi pemilihan sekolah khidmat bantu mestilah berdasarkan
keperluan teknikal ICT berdasarkan jumlah peralatan ICT yang perlu
diselenggara dan sekolah yang mempunyai matapelajaran ICT (Asas
Sains Komputer dan Sains Komputer).
6.8 Cuti
i) Jika bercuti pada hari bertugas di sekolah khidmat bantu maka tidak
perlu berganti (rujuk senarai cuti dalam Perintah-Perintah Am Bab ‘C’
(Cuti) Tahun 1974).
ii) Sebarang urusan pentadbiran adalah di bawah sekolah asal.
iii) Status tidak hadir hendaklah dimaklumkan kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT dan sekolah khidmat bantu.
iv) Medium makluman adalah mengikut tatacara yang ditentukan oleh PPD
masing-masing (contoh : aplikasi media sosial (Whatsapp / Telegram)
/ e-mel rasmi sekolah / panggilan telefon dan sebagainya) dan selepas
itu mesti disusuli dengan;
v) Surat tidak hadir bertugas melalui PGB sekolah asal dihantar kepada
PPD.
6.9 Menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
i) Jika menghadiri LADAP (Kursus / Bengkel / Seminar / dan semua
berkaitan) pada hari bertugas di sekolah khidmat bantu maka tidak
perlu berganti.
ii) Sebarang urusan pentadbiran adalah di bawah sekolah asal.
iii) Status tidak hadir hendaklah dimaklumkan kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT dan sekolah khidmat bantu.
iv) Medium makluman adalah mengikut tatacara yang ditentukan oleh PPD
masing-masing (contoh : aplikasi media sosial (Whatsapp / Telegram)
/ e-mel rasmi sekolah / panggilan telefon dan sebagainya) dan selepas
itu mesti disusuli dengan;
v) Surat tidak hadir bertugas melalui PGB sekolah asal bersama salinan
surat panggilan LADAP dihantar kepada PPD.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 5
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
6.10 Rekod kehadiran
i) Rekod kehadiran adalah tertakluk kepada tatacara sekolah khidmat
bantu.
ii) Salinan pengesahan kehadiran wajib dihantar kepada Penolong PPD /
Penyelia ICT pada atau sebelum 5hb berikutnya.
iii) Laporan kehadiran [JTK-RS B3] hendaklah dicetak melalui sistem OSC
Pendidikan Negeri Perak sebanyak dua (2) salinan dan mendapat
pengesahan PGB / PK / GPICT dan cop sekolah khidmat bantu.
Nota : 1 salinan asal untuk Penolong PPD / Penyelia ICT dan 1 salinan asal untuk Unit
Kewangan PPD bagi tuntutan elaun perjalanan.
6.11 Penempatan di sekolah khidmat bantu
Lokasi penempatan ditentukan oleh sekolah khidmat bantu dengan syarat
memudahkan JTK untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.
Cadangan tempat di Makmal/Bilik Komputer.
6.12 Pelaporan
Terdapat dua (2) laporan yang perlu disediakan oleh JTK iaitu :
i) Log Harian JTK [JTK-RS B1]
- Pengesahan oleh GPICT pada setiap minggu atau akhir bulan melalui
sistem OSC Pendidikan Negeri Perak.
ii) Log Bulanan JTK [JTK-RS B2]
- Rumusan aktiviti yang dilaksanakan pada akhir bulan. Pengesahan
oleh PGB / GPICT melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak.
Nota : Catatan di dalam Log Harian sekolah asal hanya perlu direkodkan hadir ke sekolah
khidmat bantu.
6.13 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Sasaran Kerja
Tahunan (SKT)
i) Program JTK Rakan Sekolah hendaklah dimasukkan dalam SKT JTK.
ii) Sekolah khidmat bantu tidak akan membuat penilaian LNPT JTK.
iii) Penilaian LNPT JTK masih di bawah tanggungjawab sekolah asal.
iv) PP1 dan PP2 sekolah asal dinasihatkan membuat penilaian prestasi
tahunan JTK dengan turut mengambil kira penglibatan dalam program
ini.
6.14 Daftar Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
i) JPN akan mendaftarkan penglibatan JTK dalam SPLKPM berdasarkan
pengesahan kehadiran yang dihantar kepada Penolong PPD / Penyelia
ICT.
ii) Pendaftaran hanya pada bulan semasa sahaja.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 6
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
7.0 SENARAI TUGAS
BIDANG TUGAS AKTIVITI
7.1 Selenggara
i. Membantu menyelenggara peralatan ICT dan
peralatan ICT perisian aplikasi yang telah didaftarkan sebagai
dan rangkaian Aset Alih Kerajaan.
komputer
ii. Membantu memeriksa dan menyelenggara
7.2 Aset ICT kelengkapan ICT yang rosak seperti Komputer
desktop, notebook, netbook, chromebook,
pencetak, projektor dan lain-lain peralatan ICT
berkaitan di sekolah khidmat bantu.
iii. Membantu menyelenggara peralatan ICT seperti
switch, konfigurasi talian internet, wireless dan
Local Area Network (LAN).
iv. Peralatan ICT yang tidak didaftarkan sebagai
Aset Alih Kerajaan, peranti Smartphone Altitude
(Yes) dan Tablet Guru adalah tidak termasuk
dalam senarai tugas JTK.
v. Kemasukan data bagi aplikasi online adalah tidak
dibenarkan termasuk menyelesaikan kerja-kerja
dokumentasi pihak sekolah seperti mencetak,
mengimbas dokumen, mengemaskini sistem fail
serta mengendalikan siaraya dan fotografi.
i. Membantu PK1 dan GPICT melaksanakan
pelupusan aset ICT dengan memberi khidmat
nasihat teknikal dan memberi panduan
mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Pihak
sekolah hendaklah menguruskan proses
pelupusan.
ii. Membantu PK1 dan GPICT memeriksa KEW-PA
berkaitan dengan peralatan ICT sahaja. KEW-
PA hendaklah disediakan oleh pihak sekolah.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 7
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
8.0 TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
8.1 JTK dibenarkan membuat tuntutan perjalanan mengikut pekeliling yang
berkuatkuasa dan tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan.
8.2 Tuntutan elaun perjalanan yang dibenarkan hanya pada jarak paling
terdekat sama ada dari sekolah asal ke sekolah khidmat bantu atau
tempat tinggal ke sekolah khidmat bantu.
8.3 Tuntutan perjalanan hendaklah dihantar ke Unit Kewangan PPD masing-
masing pada atau sebelum 5hb bagi bulan berikutnya (Contoh : Tugasan
bagi bulan Mei, tuntutan akan dihantar pada atau sebelum 5hb Jun).
8.4 Tuntutan perjalanan bagi JTK dari sekolah Pusat Tanggung Jawab (PTJ)
adalah diuruskan oleh masig-masing.
8.5 Tuntutan yang melangkaui bulan adalah tidak dibenarkan.
8.6 Dokumentasi yang diperlukan oleh Unit Kewangan PPD untuk membuat
tuntutan adalah :
a. Borang KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
yang lengkap disahkan oleh PGB sekolah asal.
b. Surat Program Khidmat Bantu bersama lampiran nama JTK yang telah
disahkan.
c. Salinan nombor akaun bank yang telah disahkan.
d. Salinan asal Pengesahan Kehadiran JTK Rakan Sekolah [JTK-RS B3]
sekolah yang dicetak melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak yang
telah mendapat pengesahan PGB / PK / GPICT dan cop sekolah
khidmat bantu.
Peringatan : JTK dinasihatkan menyimpan maklumat atau membuat salinan
tuntutan elaun perjalanan supaya pihak penyelaras program boleh membuat
semakan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran.
9.0 PERTUKARAN, PENGECUALIAN DAN PENGGANTIAN HARI BERTUGAS
9.1 Pertukaran hari bertugas (Selasa) kepada hari lain mestilah dengan
kebenaran PPD. Pihak yang hendak membuat pertukaran hari perlu
membuat permohonan dengan justifikasi yang kukuh kepada PPD.
9.2 Sekiranya sekolah asal menjalankan program pada hari berkenaan dan
memerlukan khidmat JTK maka PGB sekolah asal hendaklah memaklumkan
kepada PGB sekolah khidmat bantu dan Penolong PPD / Penyelia ICT.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 8
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
9.3 Sekolah khidmat bantu tidak dibenarkan menetap penggantian hari
bertugas atas sebab JTK tidak hadir bertugas kerana cuti / LADAP /
program di sekolah asal.
9.4 Sekiranya sekolah khidmat bantu memohon diganti hari maka hendaklah
membuat permohonan secara rasmi kepada PPD (untuk perhatian
Penolong PPD / Penyelia ICT) dan jika permohonan diluluskan, tarikh
adalah ditentukan oleh pihak PPD.
10.0 PENAMATAN PROGRAM
10.1 JTK yang telah selesai melaksanakan tugas di sekolah khidmat bantu dan
hendak membuat penamatan program maka perlu memaklumkan kepada
Penolong PPD / Penyelia ICT disertakan bersama senarai tugas yang telah
dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut. Penolong PPD / Penyelia ICT
berkenaan akan membuat semakan kerja dengan sekolah khidmat bantu.
JTK boleh ditempatkan disekolah baharu atau terus ditamatkan dari
program.
10.2 Bagi sekolah khidmat bantu yang ingin membuat penamatan khidmat
bantu JTK atas sebab kerja telah diselesaikan maka dikehendaki membuat
surat rasmi kepada PPD.
10.3 Manakala, jika sekolah khidmat bantu yang terpilih tidak memerlukan
khidmat bantu teknikal ICT (JTK Rakan Sekolah) hendaklah membuat
penolakan secara bersurat kepada PPD dalam tempoh dua (2) minggu
selepas surat rasmi program ini diterima.
11.0 PERKARA LAIN YANG PERLU DIPATUHI
11.1 PGB sekolah asal hendaklah membenarkan pergerakan JTK seperti yang
telah ditetapkan perkara 6.0 dan PGB sekolah khidmat bantu hendaklah
menerima kehadiran JTK berkenaan.
11.2 Peranan JTK adalah MEMBANTU pihak sekolah khidmat bantu dan
TANGGUNGJAWAB tugasan tersebut masih pada sekolah khidmat bantu
untuk memastikannya selesai.
11.3 Mana-mana sekolah khidmat bantu yang menghadapi masalah besar
berkaitan penyelenggaraan setelah dikenal pasti oleh JTK, sekolah khidmat
bantu hendaklah memohon bantuan Smart Team dari PPD bagi membantu
menyelesaikan masalah tersebut.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 9
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
11.4 Penyelenggaraan peralatan ICT dan rangkaian yang melibatkan implikasi
kewangan (kos item) maka pihak sekolah khidmat bantu perlu
menyediakan peruntukan mengikut peraturan sedia ada. Jika tidak dapat
menyediakan alat ganti / perkakasan yang dicadangkan dan proses baik
pulih tidak dapat diselesaikan maka ia adalah di bawah tanggungjawab
pihak sekolah khidmat bantu.
11.5 Walaubagaimanapun, sekolah khidmat bantu boleh terus merujuk dengan
JTK dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi selenggaraan peralatan ICT dan
isu teknikal ICT di sekolah.
11.6 Bagi sekolah yang tiada dalam senarai sekolah khidmat bantu, isu teknikal
ICT adalah dibawah tanggungjawab JTK PKG atau boleh mendapatkan
bantuan Smart Team melalui PPD masing-masing dan tertakluk kepada
PPD / PKG.
12.0 ADUAN DAN PERTANYAAN
12.1 Sekiranya sekolah asal, sekolah khidmat bantu atau JTK menghadapi
masalah dengan pelaksanaan program ini, boleh merujuk terus dengan
pihak Pengurusan Program (perkara 6.1).
12.2 Sebarang aduan dengan program JTK Rakan Sekolah hendaklah dibuat
secara rasmi kepada :
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT),
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK,
JALAN TUN ABDUL RAZAK,
30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon : 05-5015204
Faks : 05-5279809
Emel rasmi : [email protected]
Untuk maklumat lanjut berkenaan JTK Rakan Sekolah, pihak tuan boleh
melayari Portal SPMICT di alamat http://jpnperak.moe.gov.my/spmict/.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 10
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
LAMPIRAN
A. RINGKASAN SENARAI TUGAS
TUGAS UTAMA LAIN-LAIN TUGAS (KESESUAIAN MASA)
7.1 SELENGGARA PERALATAN 7.2 ASET ICT
ICT DAN RANGKAIAN
12 SEMAKAN PENDAFTARAN ASET
1. KOMPUTER Membantu membuat semakan kad
daftar harta modal KEW.PA-2.
2. PENCETAK Pastikan pihak sekolah tahu dan dapat
menunjukkan peralatan ICT tersebut
3. SISTEM (TEKNIKAL SAHAJA) ditempatkan.
Bukan tugas JTK mencari peralatan
4. PERISIAN ICT tersebut di sekitar sekolah jika
tidak ditemui.
5. CHROMEBOOK
13 SEMAKAN SENARAI PELUPUSAN
6. NOTEBOOK / NETBOOK ASET ICT
Semakan senarai yang disediakan oleh
7. SWITCH pihak sekolah dan peralatan ICT yang
telah dikumpulkan.
8. AP (ACCESS POINT) Bukan tugas JTK mencari peralatan
9. PROJEKTOR ICT tersebut disekitar sekolah jika
10. NODE NETWORK tidak ditemui.
11. TALIAN INTERNET
B. RINGKASAN DOKUMENTASI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN
DOKUMEN TUNTUTAN UNIT UNIT
KEW PPD ICT PPD
1. Borang KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM
NEGERI yang lengkap disahkan oleh PGB sekolah asal
2. Surat Program Khidmat Bantu bersama lampiran nama JTK dokumen asal
yang telah disahkan
3. Salinan nombor akaun bank yang telah disahkan
4. Pengesahan kehadiran JTK Rakan Sekolah [JTK-RS B3] yang
salinan disah
dicetak melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak dan
disahkan oleh PGB / PK / GPICT serta cop sekolah khidmat
bantu
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 11
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
C. RINGKASAN PELAPORAN
TINDAKAN
NAMA PENERANGAN TARIKH SEK ASAL SEK
BORANG/ SERAHAN KHIDMAT
DOKUMEN & CATATAN
BANTU
KOD
PGB /
PGB JTK GPICT PK
LOG HARIAN Pengesahan SETIAP
JTK ditandatangani oleh AKHIR
GPICT pada setiap BULAN
[JTK-RS B1] akhir bulan. Format
sama seperti Senarai SETIAP 1 Salinan asal –
LOG Tugas Harian / Buku AKHIR Unit ICT PPD
BULANAN Log JTK. BULAN (PGB/PK/GPICT)
1 Salinan asal –
JTK Rumusan aktiviti SETIAP Unit Kew. PPD
[JTK-RS B2] yang dilaksanakan AKHIR
pada akhir bulan. BULAN 1 Salinan Fail JTK
PENGESAHAN Pengesahan oleh
KEHADIRAN GPICT dan PGB. (sebelum atau * Sekolah asal
[JTK-RS B3] pada 5hb. kepada semak dari salinan
Pengesahan JTK
SASARAN Kehadiran JTK untuk PPD)
KERJA kegunaan Tuntutan PP1
Elaun Perjalanan dan Tertakluk
TAHUNAN daftar SPLKPM pada Bukti melalui
(SKT) pelaporan Log
(2 salinan asal) HRMIS PP1 Harian, Bulanan
LAPORAN & dan pengesahan
NILAIAN JTK merekodkan AKHIR kehadiran JTK
PRESTASI program ini di dalam TAHUN PP2
TAHUNAN SKT individu. PP1
(LNPT) mengesahkan SKT.
PP1 dan PP2
membuat penilaian
prestasi tahunan JTK
dengan turut
mengambil kira
penglibatan dalam
program ini
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 12
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
I. LOG HARIAN JTK [JTK-RS B1]
Pelaporan adalah direkodkan melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak (https://oscict.sictperak.com).
Gambar dibawah adalah contoh format pelaporan :
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0
GARIS PANDUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU 13
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI PERAK (v.2)
II. LOG BULANAN JTK [JTK-RS B2]
Pelaporan adalah direkodkan melalui sistem OSC Pendidikan Negeri Perak (https://oscict.sictperak.com).
Gambar dibawah adalah contoh format pelaporan :
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) | Jabatan Pendidikan Negeri Perak JTK-RS v2.0