Tajuk: Bapa saya hero saya
Bapa ialah suami kepada seorang isteri dan bapa juga seorang bapa kepada anak-anaknya.Bapa
juga ialah insan yang mendidik keluarganya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
elok.Bapa juga ialah ketua keluarga.Oleh itu, kita mestilah menyayangi, menghormati dan
membalas jasa bapa kita.
Ramai yang fikir bapa hanya bekerja sahaja.Ramai yang tidak tahu erti bapa bekerja.Bapa
bekerja kerana ingin melengkapkan keperluan isteri dan anak-anaknya. Bapa jugalah yang paling
banyak berkorban demi isteri dan anak-anaknya. Jika tiada bapa tidak mungkin kita akan lahir ke
dunia ini.Bapa berkerja berhari-hari tanpa rasa penat dan lelah. Itulah bapa ketua keluarga.
Kita mestilah menyayangi dan menghormati bapa kita walaupun dia selalu marah dengan
kita. Bapa juga mempunyai badan yang sasa untuk mendukung kita ketika kita bermanja dengan
mereka. Misalnya bapa saya, Walaupun sibuk bekerja tetapi dia tetap mengambil berat tentang
pelajaran kami, anak-anaknya. Setiap malam bapa akan menetapkan masa untuk saya mengulang
kaji pelajaran. Pada masa itulah bapa akan memeriksa kerja sekolah saya dan memastikan saya
dapat belajar dengan sempurna meskipun dalam suasana pandemik ini.
Bapa saya juga sayang akan saya. Apabila ada masa lapang, beliau tentu akan membawa
saya melancong ke tempat-tempat peranginan. Saya rasa amat bertuah kerana mempunyai seorang
bapa yang bertanggungjawab,baik hati dan peramah. Saya amat berterima kasih kepada bapa saya
kerana memberi saya sebuah kehidupan yang membahagiakan.
Oleh yang demikian, kita mestilah membalas jasa bapa kita selagi dia masih ada di muka
bumi ini. Sambutlah dan raikanlah hari bapa dan ulang tahunnya setiap tahun ataupun belikan
barang yang diinginkan oleh bapa kita. Ucapkanlah tanda penghargaan atas pengorbanannya
selama ini. Bapa jugalah yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Ingat, kasih ibu bawa
ke syurga,kasih bapa sepanjang masa.
272 Patah Perkataan