The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 25ddt21f1090, 2022-10-13 00:43:45

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

1

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA



MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PENSYARAH : AZIZAH BINTI MOHAMAD

NUR AISYAH NADHIRAH SITI HAJAR BINTI
BINTI MOHD NIZAM JAMILUDIN
25DDT21F1141
25DDT21F1090

ISI KANDUNGAN 2

BIL TAJUK M/S

1. Pengenalan 3
2. Sejarah & Latar belakang pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia 4-7
3. Kesan pembentukan masyrakat majmuk di Malaysia 8 - 10
4. Implikasi terhadap kemajuan negara 11 - 14
5. Faktor pembentukan masyrakat majmuk di Malaysia 15
6. Kesimpulan / Rujukan 16-17
7. Bukti pembincangan / Pembahagian tugas 18-20

PENGENALAN 3

Malaysia mempunyai pelbagai kaum , bangsa dan etnik yang memiliki pelbagai budaya
,agama dan adat resam . Pada tahun 1848 , majoriti penduduk Tanah Melayu ialah
orang Melayu . Ketika itu orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala orang India bekerja sebagai buruh .

Senario ini didapati menyebabkan penghijrahan secara besar-besaran ini telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu . Pemajmukan masyarakat
menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di
Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya
masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak
digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum
di negara ini dari semasa ke semasa.

SEJARAH&LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN 4
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan
kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri.

Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah
kemasukannya.

Masyararakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik,
agama, ideologi, bahasa dan budaya.

Masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu
tempat dengan atur dan cara-cara tertentu.

SEJARAH&LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN 5
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat Melayu:
Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.

Mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan dan
mengutip hasil hutan.

Sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah
menganut agama Islam.

Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan
syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

SEJARAH&LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN 6
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat Cina:
Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran.

Kedatangan buruh dari Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19
yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung,
Fukien dan Kwangsi.

Masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga.

Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British.

Kedatan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket
kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah kongsi.

Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan kaum Cina
menganut agama Buddha.

SEJARAH&LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN 7
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat India:
Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau
estet.

Mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang.

Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British
mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah,
patuh dan senang untuk dikawal.

Pada tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit
daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan
bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu.

Kaum India terbahagi kepada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK 8

DI MALAYSIA Masyarakat Melayu:
Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang.
Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’.

Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan
ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga
kriteria tersebut.

Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara
automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya
dengan orang Melayu.

Orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah
yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New
Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat.

Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan.

Teori ini lebih berupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK 9

DI MALAYSIA Masyarakat Cina:
Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi.Orang Cina telah
pun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah
kekuasaan Johor.

Di Perak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-
negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di
Larut. Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-
20 seiring dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah.

Kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an,
timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana
politik dan ekonomi di China yang tidak stabil.

Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada
tahun 1946 dan kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara
dan dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua
terbesar.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK 10

DI MALAYSIA Masyarakat India:
Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”.

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu
(Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran
daripada perjanjian tersebut.

Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan
jambatan.

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai
buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley).

Terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh
ladang.

Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor pada
1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India.

Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah

IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA 11

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat
dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah
Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing

ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris
membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang
majmuk. Seterusnya, merangkumi pelbagai aspek
dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan
mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita
melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian

berikut.

12

1874 1927-1932 1930

Dasar imigrasi Inggeris Orang-orang Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar
berbentuk bebas. asing ini imigrasi dengan bertindak menghantar pulang
Tidak mempunyai keberatan untuk orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
sekatan terhadap pulang ke negara Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah
kemasukan orang asing. asal mereka dan Melayu.
Inggeris seolah-olah ini menjadi Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke
menggalakkan masalah kepada Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris
kemasukan orang asing pemerintah untuk mendapatkan tenaga buruh untuk
melalui sistem-sistem Inggeris. perlombongan dan perladangan selain membina
kemasukan seperti jalan. keretapi dan jalan raya.
kontrak, dan bebas. Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan
Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para
buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan
para kongsi gelap mahupun majikan.

13

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku
menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem

komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku
mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan
industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan
pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di
perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing

14

Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan
lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia.
Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru.
Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta
keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil para guru dari negara asal mereka.
Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang
asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan
walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan
ekonomi penjajah.

15

FAKTOR 1 Penduduk asal negara ini ialah Orang Asli
MASYARAKAT
MAJMUK DI 2 Orang Asli juga dikenali sebagai Orang Melayu
MALAYSIA Proto memiliki tidak jauhnya dengan Orang Melayu
Moden ciri-ciri

3 Kehadiran kaum-kaum lain, seperti etnik Cina
dan India pula telah banyak mempengaruhi dan
mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu

4 Proses perubahan ini dapat dilihat menerusi
pembentukan masyarakat berbilang kaum di negara
ini

16

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga

penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat
berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-

kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar

RUJUKAN 17

https://issuu.com/kumpulan2mpu21032/docs/e-majalah_kumpulan_2

http://ohmypengajianadui.blogspot.com/?m=1

https://www.google.com/search?
q=berbilang+kaum+di+malaysia&rlz=1C1UEAD_enMY995MY995&oq=be
rbil&aqs=chrome.2.69i57j0i512l9.12123j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF-

8#imgrc=biSm3iEvYn-KqM

BUKTI PERBINCANGAN 18

BUKTI PERBINCANGAN 19

20

PEMBAHAGIAN TUGASAN

21


Click to View FlipBook Version