MODUL PENULISAN KREATIF PUISI TRADISIONALSTPM/SEM.3 PANTUN 4 KERAT EDISI KEMAS KINI RAMADAN 1445H(MAC 2024) NUKILAN CIKGU MOHAZ SEMKIP
1 PENULISAN KREATIF:STPM KMK SEM. 3 BAHAGIAN A SEM.3 KMK:PENULISAN KREATIF -Pelajar mempelajari tentang: 1.1 Puisi tradisional 1.2 Sajak 1.3 Cerpen Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: a) Menghasilkan puisi secara berpandu b) Menghasilkan puisi berdasarkan kreativiti sendiri ANALISIS SOALAN PUISI TRADISONAL TAHUN GENRE PUISI TEMA 2013 SYAIR DIRI 2014 PANTUN(4 KERAT) KEMASYARAKATAN 2014(U) SYAIR AUR DENGAN TEBING 2015(U) MANTERA KESELAMATAN DIRI 2016 PANTUN(4 KERAT) BUDAYA KERJA CEMERLANG 2018 SYAIR RAKAN SEKOLAH ANDA 2019 PANTUN SEMANGAT KESUKANAN 2023 GURINDAM KEPENTINGAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR 2024 * Genre puisi tradisional yang perlu diberi perhatian seperti seloka, talibun dan teromba PANDUAN PENULISAN UMUM PUISI TRADISIONAL:PANTUN/SYAIR A) Ciri-ciri/teknik/bentuk B) Tema C) Pemikiran/persoalan D) Gaya Bahasa E) Kreativiti A) Ciri-ciri/teknik/bentuk 1. Merangkumi struktur binaan puisi tradisional tersebut 1.1 Bilangan baris ( mengikut hukum dan peraturan puisi) - 4 baris serangkap seperti pantun
2 1.2 Bilangan rangkap (biasanya dinyatakan dalam soalan) -lazim 5 rangkap 1.3 Jumlah patah perkataan -lazim untuk pantun & syair 4-5 patah perkataan 1.4 Jumlah suku kata 1.5 Pembayang/maksud (pantun/syair) 1.6 Rima akhir B) Tema (satu sahaja ) (bergantung kepada soalan)-tema tidak boleh dijadikan tajuk puisi tradisional C) Pemikiran/persoalan -Sekurang-kurang 5 pemikiran -bergantung pada kehendak soalan -menyokong kepada tema -aspek nilai-nilai atau kemanusiaan D) Gaya Bahasa -Aliterasi,asonansi,anafora,epifora,simile,personifikasi,metafora,hiperbola dll -sekurang-kurangnya ada 5 gaya bahasa E) Kreativiti -Tajuk - kesesuaian bergantung kehendak soalan - kesinambungan idea-kelancaran dari segi isi yang ditulis oleh calon -Laras bahasa- pemilihan kata/diksi yang digunakan dalam puisi KRITERIA PENULISAN PANTUN BERDASARKAN ASPEK SEPERTI BERIKUT:- ASPEK KETERANGAN MARKAH A.Ciriciri/teknik Memenuhi 3 aspek pantun 4 kerat: - ada pembayang dan maksud(wajib) -Rima akhir a/b/a/b(wajib) -4 baris dalam rangkap bait -Bil perkataan dlm baris antara 4-5 pp -Jumlah suku kata dalam baris antara lapan hingga 12 suku kata 9 B.Tema menepati tema yang diberikan dalam soalan 2 C. Pemikiran mesti ada sekurang-kurangnya 5 pemikiran (dicadangkan setiap rangkap ada pemikiran=5 isi) 5 D. Gaya Bahasa Gaya bahasa yang berlainan-dicadangkan setiap rangkap ada gaya bahasa/sekurang-kurangnya dapat 4
3 kemukakan 4 isi gaya bahasa (seperti asonansi,aliterasi,simile,metafora,anafora,epifora dll) E.Kreativiti Terdiri daripada: 1.Tajuk yang dicipta mesti berkaitan tema 2.Mesti ada kesinambungan idea/pemilihan kata 3.Pemikiran kreatif/logik 5 KENALI CIRI-CIRI PANTUN 1)- 2 baris pertama ialah pembayang - 2 baris terakhir ialah maksud 2) Rima mesti a/b/a/b…lihat/guna/reka yang suku katanya ada kat belakang. …. belayar(a) …. peti(b) …. bayar(a) …. mati(b) 3) mesti ada 4-5 patah perkataan 4) mesti ada 8-12 suku kata 5)Rangkap-4 baris serangkap Analisis ciri-ciri atau bentuk pantun Contoh Baris 1-Pisang emas di bawa belayar, …suku kata -yar (a) Baris 2-Masak sebiji di atas peti;..suku kata -ti (b) Baris 3-Hutang emas boleh dibayar, …-yar (a) Baris 4-Hutang budi di bawa mati. …-ti (b) Keterangan: -Baris 1& 2 ialah pembayang manakala baris 3&4 ialah maksud.Keseluruhan baris dipanggil rangkap. -Dalam baris 1-4,bilangan baris setiap rgkp sama.ada 4 patah perkataan -suku kata 9-10,contoh baris 4- 9 suku kata,baris 1=10 suku kata
4 -Gaya bahasa-i) asonansi-bunyi vokal a ( ada 6) Pisang emas di bawa belayar ii) aliterasi-konsonan t (ada 2) Masak sebiji di atas peti; -rima a/b/a/b-lihat suku kata diakhir perkataan dalam baris 1,2,3&4 pantun.sila rujuk pantun FORMULA MENGINGATI CIRI PANTUN Rekod dulu PmR- leni PBS R= Rangkap Pm= P-pembayang, m-maksud(*Wajib) R=Rima (*Wajib) P=Perkataan B= Baris S=suku kata TEKNIK MENULIS PANTUN Pantun bertemakan tentang kawan Langkah 1: Kemukakan tajuk pantun * Ingat Tema tidak boleh dijadikan tajuk pantun Tajuk :”Mengenang Persahabatan Kita” Langkah 2 -Berdasarkan formula Rekod dulu PmR- leni PBS, maka Pelajar diharap menulis dua baris maksud terlebih dahulu kemudian urutan berkaitan bagi membina serangkap pantun yang lengkap. - semasa membina maksud pantun pelajar perlu fikirkan pemikiran dalam setiap rangkap yang hendak dikemukakan.Jika bina/hasilkan 5 rangkap pantun,maka kena ada 5 pemikiran - gaya bahasa boleh ditulis dimana-mana baris dalam pantun sama ada di baris pembayang atau maksud . _____________________________ _____________________________
5 Nama yang baik jadi ingatan suku kata tan,rima a Seribu tahun terkenang juga suku kata ga,rima b Langkah 3 -Kemudian pelajar perlu fikir untuk membina pembayang dalam rangkap yang dibina diatas dan terus fikirkan perkataan yang mempunyai suku kata yang sama dengan baris 3&4 maksud.Untuk membina pembayang pelajar dinasihatkan menggunakan/menerapkan unsur alam Ayam rintik dipinggir hutan, suku kata tan,rima a Nampak dari tepi telaga; suku kata ga,rima b Nama yang baik jadi ingatan, suku kata tan,rima a Seribu tahun terkenang juga. suku kata ga,rima b * ayam,hutan- unsur alam * Gaya bahasa yg digunkan asonansi-pengulangan vokal i sebanyak 5 kali Ayam rintik dipinggir hutan BAGAIMANA CARA HENDAK MENDAPATKAN SUKU KATA & RIMA(a,b) YANG SAMA DI RANGKAP PEMBAYANG? - Caranya ialah apabila kita sudah mengenal pasti suku kata dan rima di rangkap maksud, iaitu -tan dan -ga, maka pelajar boleh senaraikan perkataan-perkataan lain yang berakhir dengan suku kata -tan dan -gan yang menjadi rima pantun tersebut. Lihat contoh di bawah:- 1) Perkataan ingatan... suku kata akhirnya ialah -tan muatan hutan lautan rambutan dll maksud maksud pembayang
6 LATIHAN PERBINCANGAN 1 Sila tulis pembayang pantun di bawah berdasarkan maksud pantun yang telah diberikan ________________, suku kata ? ,rima ? ________________________; suku kata ? ,rima ? Kawan yang baik umpama pelita, suku kata ?,rima ? Menyuluh diri dalam kegelapan. suku kata ?,rima ? - Sila senaraikan perkataan-perkataan lain yang berakhir dengan suku kata yang hampir sama untuk pembayang setelah pelajar telah kenal pasti terlebih dahulu rima di bahagian rangkap maksud yang menjadi rima pantun tersebut.Boleh senaraikan dalam bentuk jadual atau peta minda. * PERINGATAN:- Sebaik-baiknya pantun tidak menggunakan nama orang kecuali tokoh yang dikenali masyarakat seperti Tun Teja, Hang Tuah dan rakanrakan.(Menurut Datuk Dr.Zurinah Hassan,Sasterawan Negara:Mestika Pantun) PRAKTIS DIRI 1 i) Sila analisis pantun tema perayaan di bawah berkumandang takbir di pagi raya, memecah sunyi alam dengan alunan; Salam dikirim daripada saya, Buat semua tanda ingatan. ii) Sila beri tajuk pantun diatas. iii) Sila hasilkan 1 rangkap pantun berdasarkan tema diatas dan tajuk pantun yang telah anda kemukakan. PRAKTIS DIRI 2 Berdasarkan sajak bertemakan tentang kawan yang bertajuk :”Mengenang Persahabatan Kita” sila hasilkan 5 rangkap pantun . pembayang maksud