The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BHG.B-PENGURUSAN(KMK STPM S3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazelhazriey, 2024-03-26 21:37:35

MODUL NOTA PENGURUSAN

BHG.B-PENGURUSAN(KMK STPM S3)

50 Alat-alat Kawalan A Analisis Titik Pulang Modal Secara umumnya, fungsi analisis titik pulang modal sebagai alat kawalan ialah: (a) Mengenal pasti unit minimum yang harus dihasilkan untuk mendapat pulang modal. (b) Mengawal kos pengeluaran agar tidak terlebih belanja. (c) Menentukan harga bagi barang yang dikeluarkan. (d) Merancang pengeluaran untuk mendapat untung yang disasarkan. B Bajet Fungsi bajet sebagai alat kawalan: (a) Merancang pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. (b) Mengawal aliran masuk dan keluar sumber kewangan mengikut keutamaan. (c) Memastikan sumber kewangan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan yang dilakukan. (d) Memastikan sumber kewangan digunakan secara berkesan dan tidak membazir. C Carta Gantt Fungsi carta Gantt sebagai alat kawalan: (a) Memantau kemajuan sesuatu projek dari mula hingga tamat, iaitu memastikan setiap aktiviti disiapkan mengikut tempoh yang telah dirancang. (b) Mengawal masa penggunaan sumber. (c) Memastikan setiap aktiviti dalam sesuatu projek dilakukan mengikut urutan supaya tidak menjejaskan perjalanan aktiviti yang lain.


51 2.2 Kandungan:Terapan terhadap teks. Nota Ringkas dan Teknik Menjawab (Rujuk kepada tiga teks iaitu Sulalatus Salatin, Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan Permata Sastera Melayu) HASIL PEMBELAJARAN:- Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti unsur pengurusan daripada teks kajian; (b) menganalisis asas pengurusan dalam organisasi yang wujud dalam teks kajian. (2.2.TERAPAN TEKS SULALATUS SALATIN) 1. Sulalatus Salatin. Perancangan. Lihat bagaimana Tun Perak merancang strategi peperangan dengan Siam pada kali pertama dan kedua. Perang pertama Tun Perak merancang strategi membawa anak isteri. Perang kedua, Tun Perak merancang untuk mengganggu tentera Siam dengan serangan gila-gila Tun Umar. Pada waktu malam dirancang pula dengan strategi memasang puntung api agar kelihatan ramai rakyat Melaka tidak tidur dan berjaga malam di pantai. Pengorganisasian. Lihat bagaimana Sultan menyusun atur perjawatan dalam negeri Melaka secara umum. Penstafan. Lihat proses melantik pemimpin di Melaka secara umum. Ramai yang dilantik adalah berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing. Tun Perak dilantik kerana beliau bijak merancang, berpandangan jauh dan berani. Begitu juga perlantikan dan naik pangkat Hang Tuah adalah kerana kelayakan beliau menduduki perjawatan yang ada. Kepimpinan. Lihat proses mempengaruhi orang bawahan untuk berbuat sesuatu perlakuan dan arahan. Contoh peristiwa Pembunuhan Tun Besar yang memperlihatkan kepimpinan Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Perak berjaya mempengaruhi pengikutnya dengan menggunakan gaya kepimpinannya. Beliau berjaya menghalang pengikutnya supaya tidak menderhaka kepada raja (Sultan Mansur Syah). Pengawalan. Pengawalan dalam pemerintahan Melaka lebih ditekankan kepada aspek kepatuhan terhadap waad dan perundangan Melaka. Pada masa yang sama pengawalan juga diterapkan melalui adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan secara meluas di kalangan rakyat di negeri Melaka terutama dalam kehidupan masyarakat istana. Lihat proses mewujudkan undang-undang dan peraturan yang merupakan proses kawalan kepada masyarakat Melaka.


52 KEPIMPINAN A.SULTAN MUZAFFAR SYAH -Putera kepada Sultan Muhammad Syah - Nama asal-Raja Kassim -Menyelesaikan perpecahan di antara Tun Perak & Seri Nara Diraja -Suami kepada Tun Kudu BIJAKSANA Contoh: Melantik Tun Perak sebagai Bendahara kerana Tun Perak petah berkatakata dan bijak merancang strategi perang. BERTANGGUNGJAWAB Contoh: Selesaikan perbalahan di antara Tun Perak & Seri Nara Di Raja dan melantik Tun Perak sebagai Bendahara SANGGUP BERKORBAN Contoh: Menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Di Raja BERPANDANGAN JAUH Contoh : Buat Kitab Undang-undang sebagai panduan para menteri dalam menjalankan pentadbiran untuk elakkan konflik dan rampasan kuasa TEGAS Contoh: Enggan tunduk di bawah pemerintahan Siam & enggan hatar surat sembah kepada Siam. B. SULTAN MANSUR SYAH -Putera kepada Sultan Muzaffar Syah - Nama asal- Raja Abdullah -Menjaga keamanan & kedaulatan Melaka - Berkahwin dengan; puteri Majapahit ( Raden Galuh Cendera Kirana), Puteri China (Puteri Hang Liu) BIJAKSANA Contoh: Menghantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera ke Siam untuk memulihkan hubungan Melaka-Siam


53 BERPANDANGAN JAUH Contoh: Menjalin hubungan diplomatik dengan China & Majapahit untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Melaka BERTOLAK ANSUR Contoh: Terima pandangan Tun Perak yang enggan berajakan Raja Muhammad di Melaka ADIL Contoh: Menghukum puteranya, Raja Muhaamd yang membunuh Tun Besar dengan menghantarnya ke Pahang untuk dirajakan. TEGAS Contoh: Menghukum puteranya, Raja Muhammad yang telah membunuh Tun Besar hanya kerana kesalahan kecil C) SULTAN ALAU’DIN-DIN RIAYAT SYAH - Putera kepada Sultan Mansur Syah - Nama asal- Raja Hussain -Menangani kegiatan pencuri di Melaka BERANI Contoh: Keluar menyamar sebagai pencuri dan membuat rondaan pada waktu malam untuk melihat kegiatan pencuri di Melaka BERTANGGUNGJAWAB Contoh: Berusaha menangani kegiatan pencuri yang berleluasa di Melaka BIJAKSANA Contoh: Membina Balai Simpang Empat sebagai tempat untuk memulangkan harta yang ditemui tercicir agar boleh dituntut oleh empunya ADIL Contoh: Harta yang ditemui tercicir harus dipulangkan ke Balai Simpang Rmpat untuk dituntut oleh empunya. TEGAS Contoh: Mengenakan hukuman bunuh kepada pencuri dan potong tangan kepada mereka yang tidak memulangkan harta yang ditemui tercicir. D) SULTAN MAHMUD SYAH (positif) - Putera kepada Sultan Alau’d-Din Riayat Syah -Nama asal-Raja Mamad


54 - Faktor kejatuhan Melaka - Berkahwin dengan Tun Teja BERANI Contoh : Menentang Feringgi yang menakluk Melaka BERPANDANGAN JAUH Contoh: Menyuruh Bendahara Seri Maharaja untuk menyerang Kelantan bagi meluaskan kawasan jajahan takluk Melaka MENGHARGAI ORANG BAWAHAN Contoh: Menganugerahkan usungan kepada Tun Perak & Hang Tuah yang telah menjaga baginda ketika sakit buang air besar. MERENDAH DIRI Contoh: Menggelarkan dirinya Fakir Mahmud ketika hendak belajar Kitab Maklumat daripada Maulana Yusuf PRIHATIN Contoh: membantu Pahang menyerang Legor SULTAN MAHMUD SYAH ( NEGATIF) PILIH KASIH Contoh: Sangat kasih akan 4 orang besarnya, iaitu Seri Wak Raja, TunUmar, Hang Isa Pantas & Hang Hussain Cengang PENDENDAM Contoh: Menaruh dendam kepada Bendahara Seri Maharaja yang tidak menunjukkan Tun Fatimah kepadanya sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. TERBURU-BURU Contoh: Menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja kerana percaya akan fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendeliar ZALIM Contoh: Membunuh Bendahara Seri Maharaja empat sekeluarga hanya kerana dendamnya terhadap Bendahara Seri Maharaja. MEMENTINGKAN HAWA NAFSU Contoh: Ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang dan sanggup menganiaya rakyatnya untuk memenuhi syarat peminangan Puteri Gunung Ledang.


55 E. BENDAHARA PADUKA RAJA -Anak kepada Bendahara Seri Wak Raja -Nama sebenar Tun Perak -Pernah menjadi Penghulu di Kelang - Adik-beradik Tun Perpatih Putih, Tun Kudu BERTANGGUNGJAWAB Contoh: Mempertahankan Melaka daripada serangan Siam BERANI Contoh: Mengetuai angkatan perang Melaka menentang Siam BIJAKSANA Contoh: Memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai pantai Melaka utuk menakut-nakutkan tentera Siam TEGAS Contoh: Enggan berajakan Raja Muhammad yang telah membunuh puteranya Tun Besar MERENDAH DIRI Contoh: Enggan menggunakan usungan yang dianugerahkan oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak mahu disalah anggap sebagai raja oleh para pedagang Bagaimana cara menjawab soalan kepimpinan dalam pengurusan (terapan teks)? Senaraikan 5 nilai kepimpinan kenal pasti prinsip pengurusan untuk setiap nilai kepimpinan Nyatakan kepentingan prinsip pengurusan dengan nilai kepimpinan yang diberi Masukkan kepentingan prinsip pengurusan tersebut di bahagian huraian fakta Dalam contoh, jelaskan aspek kepimpinan dan bukti yang dikaitkan dengan pengurusan Bina kesimpulan kecil-Buat pengukuhan idea


56 CONTOH SOALAN Kepimpinan merupakan salah satu daripada prinsip asas yang terdapat dalam pengurusan. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan kepimpinan Sultan Muzaffar Syah dalam kerajaan Melaka seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu [25] LANGKAH 1: SENARAIKAN 5 NILAI KEPIMPINAN i) Berpandangan jauh ii) Bertanggunjawab iii) Bijaksana iv) Sangup Berkorban v) Tegas LANGKAH 2 : KENAL PASTI PRINSIP PENGURUSAN UNTUK SETIAP NILAI KEPIMPINAN i) Berpandangan jauh…………………> Perancangan ii) Bertanggunjawab………………….> pengorganisasian iii) Bijaksana ………………………………> Tenaga kerja iv) Sangup Berkorban …………………> kepimpinan v) Tegas …………………………………….> Kawalan LANGKAH 3 : NYATAKAN KEPENTINGAN PRINSIP PENGURUSAN DENGAN NILAI KEPIMPINAN YANG DIBERI i) Berpandangan jauh…………………> Perancangan -Agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai ii) Bertanggunjawab………………….> pengorganisasian -Agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi iii) Bijaksana ………………………………> Tenaga kerja -Agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan iv) Sangup Berkorban …………………> kepimpinan -Agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi v) Tegas …………………………………….> Kawalan


57 Agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. LANGKAH 4 : MASUKKAN KEPENTINGAN PRINSIP PENGURUSAN TERSEBUT DI BAHAGIAN HURAIAN FAKTA i) Berpandangan jauh…………………> Perancangan -Agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai Huraian: Seseorang pemimpin peru berpandangan jauh dalam merancang & menetapkan matlamat organisasi agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai ii) Bertanggunjawab………………….> pengorganisasian -Agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi Huraian : Seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab menyusun organisasi pentadbiran negara agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi iii) Bijaksana ………………………………> Tenaga kerja -Agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan Huraian : Seseorang pemimpin perlu bijak memilih & menetapkan tenaga kerja agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan iv) Sangup Berkorban …………………> kepimpinan -Agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi Huraian : Seseorang pemimpin perlu sanggup berkorban dalam menjalankan tugas agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi. v) Tegas …………………………………….> Kawalan Agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. Huraian: Seseorang pemimpin perlu tegas terhadap pelaksanaan aktiviti organisasi agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai.


58 LANGKAH 5 : DALAM CONTOH, JELASKAN ASPEK KEPIMPINAN DAN BUKTI YANG DIKAITKAN DENGAN PENGURUSAN i) Berpandangan jauh…………………> Perancangan -Agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai Huraian: Seseorang pemimpin peru berpandangan jauh dalam merancang & menetapkan matlamat organisasi agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai CONTOH: Sultan Muzaffar Syah (SMS) berpandangan jauh dengan tetapkan matlamat kekalkan keamanan Melaka. Baginda membuat Kitab Undang-undang sebagai panduan para menteri dalam menjalankan tugas untuk elakkan perbalahan & rampas kuasa yang mengancam keamanan Melaka. ii) Bertanggunjawab………………….> pengorganisasian -Agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi Huraian : Seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab menyusun organisasi pentadbiran negara agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi CONTOH: SMS bertanggunjawab menyusun organisasi kerajaan baginda. Baginda melantik Tun Perak(TP) sebagai Bendahara Melaka kerana TP merupakan waris sah Seri Wak Raja dan kewibawaan TP. Pelantikan Tp mengukuhkan struktur pentadbiran Melaka. iii) Bijaksana ………………………………> Tenaga kerja -Agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan Huraian : Seseorang pemimpin perlu bijak memilih & menetapkan tenaga kerja agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan CONTOH: SMS bijaksana memilih tenaga kerja. Baginda melantik TP yang bukan sahaja merupakan waris yang berhak kerana anak kepada Bendahara Seri Wak Raja tetapi juga kerana kepetahan TP berkata-kata & kebijaksanaan TP merancang strategi perang.


59 iv) Sangup Berkorban …………………> kepimpinan -Agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi Huraian : Seseorang pemimpin perlu sanggup berkorban dalam menjalankan tugas agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi CONTOH: SMS sanggup berkorban demi kekalkan keamanan Melaka. Baginda sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.(SND) Perbalahan SND dengan TP berjaya ditamatkan & SND melepaskan jawatan Bendahara kepada TP. v) Tegas …………………………………….> Kawalan Agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. Huraian: Seseorang pemimpin perlu tegas terhadap pelaksanaan aktiviti organisasi agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. CONTOH: SMS tegas dalam menerajui pemerintahan Melaka bagi memastikan Melaka kekal berdaulat.Buktinya, baginda enggan tunduk dan menyembah Siam malah enggan menghantar surat yang berisi sembah kepada Siam. LANGKAH 6 : BINA KESIMPULAN KECIL-BUAT PENGUKUHAN IDEA i) Berpandangan jauh…………………> Perancangan -Agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai Huraian: Seseorang pemimpin peru berpandangan jauh dalam merancang & menetapkan matlamat organisasi agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. CONTOH: Sultan Muzaffar Syah (SMS) berpandangan jauh dengan tetapkan matlamat kekalkan keamanan Melaka. Baginda membuat Kitab Undang-undang sebagai panduan para menteri dalam menjalankan tugas untuk elakkan perbalahan & rampas kuasa yang mengancam keamanan Melaka.


60 KK: Setiap pemimpin perlu berpandangan jauh agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai ii) Bertanggunjawab………………….> pengorganisasian -Agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi Huraian : Seseorang pemimpin perlu bertanggungjawab menyusun organisasi pentadbiran negara agar mengelakkan pembaziran sumber,pertindihan tugas dan berjaya mencapai matlamat organisasi CONTOH: SMS bertanggunjawab menyusun organisasi kerajaan baginda. Baginda melantik Tun Perak(TP) sebagai Bendahara Melaka kerana TP merupakan waris sah Seri Wak Raja dan kewibawaan TP. Pelantikan Tp mengukuhkan struktur pentadbiran Melaka. KK: Setiap pemimpin perlu bertanggungjawab agar dapat mengoptimumkan penggunaan sumber demi mencapai matlamat organisasi. iii) Bijaksana ………………………………> Tenaga kerja -Agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan Huraian : Seseorang pemimpin perlu bijak memilih & menetapkan tenaga kerja agar memastikan hala tuju organisasi dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan CONTOH: SMS bijaksana memilih tenaga kerja. Baginda melantik TP yang bukan sahaja merupakan waris yang berhak kerana anak kepada Bendahara Seri Wak Raja tetapi juga kerana kepetahan TP berkata-kata & kebijaksanaan TP merancang strategi perang. KK: Setiap pemimpin perlu bijaksana agar memastikan hala tuju organisasi berjaya dicapai. iv) Sangup Berkorban …………………> kepimpinan -Agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi


61 Huraian : Seseorang pemimpin perlu sanggup berkorban dalam menjalankan tugas agar memotivasikan tenaga kerja untuk bekerja secara optimum ke arah pencapaian matlamat organisasi CONTOH: SMS sanggup berkorban demi kekalkan keamanan Melaka. Baginda sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.(SND) Perbalahan SND dengan TP berjaya ditamatkan & SND melepaskan jawatan Bendahara kepada TP. KK: Setiap pemimpin perlu sangggup berkorban agar menjadi teladan kepada tenaga kerja untuk mencapai matlamat organisasi v) Tegas …………………………………….> Kawalan Agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. Huraian: Seseorang pemimpin perlu tegas terhadap pelaksanaan aktiviti organisasi agar dapat mengelakkan sebarang masalah dan dapat mengambil langkah awal untuk memastikan objektif organisasi tercapai. CONTOH: SMS tegas dalam menerajui pemerintahan Melaka bagi memastikan Melaka kekal berdaulat.Buktinya, baginda enggan tunduk dan menyembah Siam malah enggan menghantar surat yang berisi sembah kepada Siam. KK: Setiap pemimpin perlu tegas agar dapat memastikan pematuhan orang bawahan dan memastikan matlamat oragnisasi tercapai. CONTOH SATU PERENGGAN LENGKAP ISI Nilai kepimpinan yang diamalkan oleh Sultan Muzaffar Syah ialah berpandangan jauh. Seseorang pemimpin perlu berpandangan jauh dalam merancang dan menetapkan matlamat organisasi agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. Contohnya, SMS berpandangan jauh dengan tetapkan matlamat kekalkan keamanan Melaka. Baginda membuat Kitab Undang-undang sebagai panduan para menteri dalam menjalankan tugas untuk elakkan perbalahan & rampas kuasa yang mengancam keamanan Melaka. Jelaslah, Setiap pemimpin perlu berpandangan jauh agar organisasi mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai


62 SOALAN LATIHAN Kepimpinan merupakan salah satu daripada prinsip asas yang terdapat dalam pengurusan. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan kepimpinan Tun Perak dalam kerajaan Melaka seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25] 2. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur Perancangan Pengorganisasian Penstafan Kepimpinan Pengawalan PENGURUSAN TERAPAN TEKS DALAM PERMATA SASTERA MELAYU (TERAPAN DALAM TEKS CERPEN DISEBALIK SIRAT MAKNA) Pengurusan Organisasi Asrama Dalam Cerpen Di Sebalik Sirat Makna PERANCANGAN Penetapan matalamat dan objektif yang hendak dicapai dalam pengurusan organisasi Asrama, antara lainnya ialah: 1. Mendisiplinkan pelajar yang tinggal di asrama (asrama sarjana) 2. Menjamin masa depan pelajar (hlm. 181) 3. Berjaya dalam hidup dan membentuk menjadikan mereka sebagai manusia(hlm.185) 4. Meningkatkan tahap disiplin sekolah (hlm.175) 5. Meyakinkan masyarakat tentang disiplin pelajar PENGORGANISASIAN Pengurusan sumber i) Asrama Sarjana Asrama yang kerap mempunyai kes-kes disiplin kerana sekumpulan pelajar yang bermasalah ditempatkan disitu. (hlm.176) Contoh: Keleman yang dibuang sekolah kerana membelasah pelajar tingkatan dua. Sekumpulan pelajar telah digantung sekolah kerana berdua-duaan di Dewan Makan pada jam dua pagi


63 ii) Sampah bertaburan Kebersihan (air kencing berlopak di koridor, mangkuk tandas yang kotor, dindingdinding yang berconteng) iii) Pelajar Bermasalah disiplin seperti bergaduh, merokok , berdua-duaan Tinggal jauh dari sekolah Contoh: Tingang yang tinggal di Long Banga di hujung Sungai Baram ibubapa terpaksa menggunakan kapal terbang untuk menyelesaikan masalah disiplinnya (hlm. 183) iv) Warden Mengikut peraturan yang telah ditetapkan (prosedur) hlm. 183 Hukuman Aktiviti dan Program Mesyuarat mingguan akan dikendalikan oleh PK HEM (hlm. 180) Kajian tentang latar belakang pelajar (hlm. 182) Soal selidik tentang punca masalah disiplin di kalangan pelajar(hlm. 183) Pertemuan dengan ibu bapa pelajar bagi mencari jalan penyelesaian (hlm. 182) cth: Ibu bapa Tingang datang dari Long Banga. Ahli Jawatankuasa / Struktur organisasi Pengurusan Asrama Pengetua Encik Micheal Teo PK Pentadbiran Encik Muthu PK HEM Encik Naszkir b. Zakir Ketua Warden Cikgu Ibau Paul Nyibang Warden Encik Naszkir b. Zakir


64 TENAGA KERJA (STAFFING) Spesifikasi Kerja nama jawatan serta tugas ringkasan kerja . PENGETUA Mengetuai mesyuarat jawatankuasa disiplin sekolah termasuklah unit asrama Menandatangani surat Meneliti laporan yang disediakan termasuklah laporan disiplin asrama. Menyelesaikan masalah yang dimbul di kalangan tenaga kerja (staff) cth: memanggil cikgu Ibau dan Naszkir untuk berbincang PK Hal Ehwal Murid Meningkatkan tahap disiplin sekolah (hlm. 175) Mengendalikan mesyuarat Mingguan warden Membuat keputusan tentang masalah disiplin Bekerjasama dengan ketua warden bagi menyelesaikan masalah disiplin di asrama Mengkaji / menyiasat punca masalah yang berlaku Berbincang dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah KETUA WARDEN Menyelesaikan masalah disiplin pelajar asrama (hlm. 174) Menyediakan laporan disiplin asrama seminggu sekali (hlm.175) Bekerjasama dengan PK HEM Memberi nasihat / kaunseling kepada pelajar bermasalah Menggantung / mendenda pelajar WARDEN Memastikan tahap disiplin pelajar asrama terkawal Meronda asrama Memastikan tahap kebersihan asrama


65 2.3 ORGANISASI SASTERA 2.3.1 PENGURUSAN ORGANISASI - Merujuk sama ada organisasi sastera yang sedia ada seperti DBP,GAPENA dan lain-lain yang berkaitan atau organisasi yang terbentuk dalam mana-mana teks yang dikaji. -Pelajar dapat menjelaskan pengurusan organisasi dalam organisasi sastera tersebut dari aspek pentadbiran,iaitu dengan menyediakan carta organisasi sebagai pentadbiran yang sistematik. - Organisasi yang baik pula akan menyediakan sumber tenaga manusia yang mempunyai kepakaran.Umpamanya,DBP boleh dilihat kepakaran dari sudut kepakaran bahasa dan sastera. -Selain itu, organisasi sastera sudah tentu merancang kegiatan-kegiatan tertentu untuk kemajuan organisasi berkenaan.Contohnya berkaitan dengan penghasilan karya sastera dan bengkel kesusasteraan. -Pengurusan organisasi juga pelu memberikan keutamaan kepada sumber kewangan kerana adanya sumber kewangan maka segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 2.3.2 PENGURUSAN PROJEK Hasil Pembelajaran Calon Seharusnya dapat: -Menghuraikan aspek pengurusan projek seperti seminar,kursus,pertandingan dan pementasan. KONSEP PENGURUSAN PROJEK Mengelola dan melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan sastera. Kaedah yang digunakan bagi melaksanakan kegiatan tersebut. Pelaksanaan


66 memerlukan penyelarasan yang teratur dengan gabungan prinsip-prinsip pengurusan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan jaya dan berkesan. SKOP SOALAN PENGURUSAN PROJEK Kerap kali mengemukakan soalan yang berkaitan seperti berikut:- i) seminar iii) Pertandingan ii) kursus iv) Pementasan PENGURUSAN PROJEK KONSEP SEMINAR Persidangan atau perjumpaan untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu. KURSUS Pelajaran mengenai sesuatu perkara yang diberikan dalam jangja masa yang singkat. PERTANDINGAN Perihal bertanding,berlawan,bersaing untuk mencapai kejayaan dengan matlamat mencapai kejayaan PEMENTASAN Perbuatan mementaskan sesuatu hasil karya seperti drama, sandiwara,puisidra, sajak dan sebagainya. CONTOH SOALAN PENGURUSAN PROJEK DAN PANDUAN MENJAWAB U3 2013 Guru sastera di sebuah sekolah menengah telah meminta pelajarnya di Tingkatan 6 menguruskan Pertandingan Deklamasi Sajak. Setelah berakhirnya pertandingan,guru sastera itu amat gembira dengan pengurusan pertandingan tersebut. Para hakim dan peserta berpuas hati. Pertandingan dijalankan dengan teratur. Keperluan teknikal disediakan dengan lengkap. Persiapan pentas disediakan dengan rapi. Acara berjalan lancar. Para penonton mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan pertandingan itu. Berdasarkan gambaran di atas, ulaskan kejayaan jawatankuasa pengurusan pertandingan sajak mengikut prinsip-prinsip pengurusan. [25] S3 2014 Pihak sekolah ingin mengadakan majlis bacaan puisi sempena hari kemerdekaan. Anda dilantik sebagai pengerusi untuk menguruskan majlis tersebut. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelolakan majlis tersebut.[25] S3 2017 Guru penasihat tidak berpuas hati dengan pengurusan Pertandingan Berbalas Pantun yang telah dijalankan oleh Persatuan Sastera di sekolah anda. Bincangkan gambaran di atas berdasarkan prinsip asas pengurusan. [25]


67 GARIS PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENGURUSAN PROJEK A: PENGENALAN (3m) -Latar belakang projek (dinyatakan dalam soalan) - menyatakan isi/fakta…perancangan,pengorganisasian,tenaga kerja,kepimpinan,kawalan B: PERENGGAN ISI Perancangan Pengorganisasian Apa? (konsep) (definisi) Tenaga Kerja Mengapa? ( Huraian Fakta) Kepimpinan *Contoh (projek/KBAT) Kawalan * Contoh wajib ada dan dalam bentuk KBAT berdasarkan imaginasi pelajar secara kreatif. Dalam Setiap contoh juga perlu dinyatakan nama projek yang dilaksanakan berdasarkan soalan. CADANGAN JAWAPAN ISI/FAKTA FAKTA Perancangan merupakan asas dalam pengurusan HURAIAN Perancangan adalah kaedah terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pertandingan,seminar atau kursus. Objektif atau matlamat harus dibuat agar perancangan tercapai. CONTOH Dalam Pertandingan Berbalas Pantun, saya sebagai pengerusi telah menetapkan beberapa objektif dalam perancangan seperti mencungkil bakat baru dalam berbalas pantun untuk ke peringkat negeri. Atau mendedahkan pelajar kepada seni berbalas pantun. INFO BERKAITAN BENTUK SOALAN PENGURUSAN 1. Soalan Pengurusan dibahagikan kepada 2 iaitu:- a) Soalan terapan teks- Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu), Novel SBDKL & Permata Sastera Melayu. b) Soalan Pengurusan projek sastera: i) Umum ii) Situasi- so guru berasa berjaya(sukacita)/Gagal(dukacita) iii) Salah satu prinsip asas pengurusan diterapkan dalam pengurusan projek ANTARA TOKOH PEMIMPIN YANG BOLEH DIKAITKAN DALAM SOALAN PENGURUSAN SS SBDKL PERMATA SAS.MELAYU Sultan Muzaffar Syah Sultan Mahmud Syah Bendahara Tun Mutahir Bendahara Paduka Raja YB Mohd Yusof Tuan Syeikh Alam Di-Rimba Cikgu Micheal Teo Cikgu Naszkir


68 - mana-mana tokoh yang bersesuaian/menonjol - mana-mana tokoh yang bersesuaian/ menonjol - mana-mana tokoh yang bersesuaian/menonjol CONTOH SOALAN TOKOH YANG DIKAITKAN DENGAN PRINSIP ASAS PENGURUSAN 3. Sultan Alauddin Riayat Syah dalam SS merupakan pemimpin yang berjaya sehingga Melaka kekal stabil dan membangun. Bincangkan pernyataan ini berdasarkan prinsip-prinsip asas pengurusan.[25] CONTOH SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN SATU HINGGA 5 Kejayaan Kelab Sastera sekolah anda menganjurkan pertandingan deklamasi sajak baru-baru ini mendapat pujian guru dan pengetua. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan prinsip asas pengurusan.[25] SOALAN PERBINCANGAN 1 Huraikan proses perancangan dalam sesebuah organisasi [25] Penerangan teknik menjawab…sila kenal pasti perkara-perkara seperti berikut: 1. Jenis soalan ----> so.tunggal 2. Kata tugas----- Huraikan 3.Kehendak soalan-------- proses perancangan-organisasi 4. Contoh--ambil mana2 cth yg sesuai berkaitan dgn sastera. PERENGGAN PENDAHULUAN A1-- Konsep Pengurusan A2-- Definisi perancangan A3 - senaraikan isi PERENGGAN ISI ITEM KATA KUNCI HURAIAN FAKTA APA? Proses menetapkan matlamat atau objektif Huraian apa, bagaimana& mengapa Perancangan sesuatu program/projek ada matlamat atau objektif yang hendak dicapai.Hal ini penting kerana ia akan memudahkan pengurusan sesuatu program/projek tersebut menepati kriteria yang telah ditetapkan Contoh siapa, apa, bagaimana & mengapa Selaku pengurus sesuatu program /projek perlu menetapkan matlamat atau objektif dengan membincangkan matlamat program dengan ahli jawatankuasa yang dibentuk supaya dapat mencapai matlamat.Nyatakan contoh matlamat (perlu ada-adakan yang logik/kesesuaian…contoh pertandingan


69 mendeklamasi sajak yang bertujuan untuk mencungkil bakat ( yang berkaitan subjek KMK) kk Penanda wacana, Rumusan Cadangan Pandangan Harapan Jelaslah…menetapkan matlamat atau objektif penting kerana.. SOALAN PERBINCANGAN 2 Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan pemimpin yang berjaya sehingga Melaka kekal stabil dan membangun. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan prinsip kawalan.[25] CADANGAN FAKTA/ISI 1. Langkah memmbasmi pencuri/menguatkuaskan undang-undang 2. Membina sebuah balai di simpang empat ditengah negeri. 3. Menyekat amukan Haru 4. Tindakan/usaha mengawal negeri di bawah naungan-Terengganu & Siak 5.Membuat rondaan / Mengetatkan kawalan 6. Memastikan Temenggung menjalankan tugas 7. Menjatuhkan hukuman kepada pencuri SOALAN PERBINCANGAN 3-CONTOH SOALAN PROJEK/ORGANISASI Anda dilantik sebagai pengerusi untuk mengadakan majlis bacaan puisi sempena Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Huraikan kesesuaian pengagihan tenaga kerja dalam menjayakan majis tersebut. Analisis Soalan kata tugas---Huraikan kehendak soalan---- kesesuaian pengagihan tenaga kerja(fakta/isi) Kesan/kepentingan--dalam menjayakan majlis Cadangan Jawapan fakta/isi 1. Kesesuaian tenaga kerja yang dipilih berdasarkan kebolehan. 2. Keupayaan tenaga kerja yang dipilih dalam melaksanakan tugas. 3. Aspek ketrampilan terutama dalam komunikasi 4. Minat tenaga kerja dalam bidang tugas yang diberikan 5. Pengalaman dalam menjalankan tugas 6. Kemahiran khusus 7. kecekapan 8. Berilmu pengetahuan CONTOH LENGKAP CARA MENJAWAB DALAM PERENGGAN Kesesuaian tenaga kerja yang dipilih berdasarkan kebolehan. Setiap tenaga kerja yang dilantik mempunyai kebolehan dalam bidang tertentu seperti kebolehan dalam bidang ICT. Ini akan menyebabkan matlamat dan objektif akan tercapai. Contohnya, sebagai pengerusi, saya harus memastikan Suffiyah yang dilantik sebagai pengurus


70 publisiti mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam megendalikan ICT. Jelaslah di sini bahawa kebolehan Suffiyah dapat memudahkan kerja-kerja promosi agar majlis bacaan puisi Hari Kebangsaan peringkat sekolah mendapat sambutan orang ramai. Soalan Perbincangan 4 : Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan prinsip asas pengurusan yang boleh anda aplikasikan sebagai pengurus Firma Serba Dagang Internasional.[25] CADANGAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pengurusan yang efektif perlu dalam sesebuah organisasi. Pengurus dan staff perlu kerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain demi mencapai matlamat dan objektif.(AYAT 1) Menerusi novel SBDKL, En. Muhammad merupakan saudagar yang berjaya dan menjadi pengurus bagi Firma Serba Dagang Internasional.(Ayat 2) Antara prinsip asas pengurusan yang perlu diaplikasikan saya ialah merancang,mengorganisasi dan memilih tenaga kerja. CADANGAN JAWAPAN PERENGGAN ISI Pertama, membuat perancangan yang teliti dan berkesan. Sebagai seorang pengurus, saya akan membuat perancangan yang teliti dengan menetapkan matlamat dan objektif syarikat,menentukan bagaimana mencapainya,mengumpul dan menganalisis maklumat, menentukan agihan tugas yang sesuai, menilai alternatif dan menjangkakan masa depan. Hal ini penting bagi mencapai misi dan visi syarikat saya untuk membekalkan lada hitam ke Jerman dalam masa yang ditetapkan. Seandainya saya tidak membuat perancangan yang teliti dan berkesan,maka sudah tentu saya mungkin tidak mampu membawa Firma Serba Dagang Internasional untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Contohnya, saya akan mengambil langkah seperti En. Muhammad, iaitu membuka ladang hitam bagi mendapatkan bekalan lada hitam untuk memenuhi kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman. Kesimpulannya, dengan mempunyai perancangan yang teliti dan berkesan syarikat saya akan lebih dikenali di mata dunia dan mendapat lebih banyak lagi tender dari negara-negara luar. Soalan Perbincangan 5 : Kelemahan pengurusan Sultan Mahmud Syah seperti yang digambarkan dalam SS membawa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan prinsip asas pengurusan. Contoh cadangan jawapan isi/fakta 1. Perancangan yang lemah 2. Struktur organisasi yang tak sesuai 3. Tenaga kerja (staffing) yang tidak cekap/wibawa 4.Kepimpinan yang lemah 5.Tiada kawalan


71 Contoh menjawab Antara kelemahan pengurusan Sultan Mahmud Syah ialah penetapan tenaga kerja yang tidak cekap/wibawa. Sebuah kerajaan yang kuat memerlukan tenaga kerja yang cekap dan berwibawa. Kecekapan dan kewibawaan tenaga kerja yang dilantik atau dipilih menjamin kekuatan dan kestabilan kerajaan berkenaan. Pelantikan tenaga kerja yang berkebolehan,cekap dan wibawa mampu mempertahankan negara dari ancaman musuh sama ada dari luar atau dari dalam negara. Sebaliknya jika tenaga kerja yang dilantik untuk mengurus dan mentadbir sesebuah kerajaan atau negara tidak cekap dan berwibawa,maka akan berlaku kepincangan dan kelemahan dari sudut urus tadbir. Kepincangan ini akan menyebabkan kelemahan kerajaan tersebut. Kelemahan ini akan mendorong kepada ancaman sama ada dari dalam atau dari luar negara. Ancaman ini mungkin boleh menyumbang kepada kejatuhan/keruntuhan kerajaan tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui kelemahan Sultan Mahmud Syah memilih dan menetapkan tenaga kerja di bawah pentadbirannya. Kelemahan Sultan Mahmud yang paling ketara dalam pemilihan tenaga kerja ialah apabila baginda melantik Bendahara Paduka Tuan (BPT)sebagai Bendahara Melaka setelah kematian Tun Mutahir. Pelantikan BPT yang telah tua,uzur, dan tepok/cacat tidak mampu menandingi kecekapan dan kewibawaan Tun Mutahir. Kelemahan ini mendorong tindak balas Peringgi untuk menyerang Melaka buat kali kedua. Serangan Peringgi ini akhirnya menyebabkan kejatuhan Melaka. Soalan Praktis Diri 1 hingga 5: 1.Sekiranya anda menjadi pemimpin seperti Encik Muhammad dalam Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, gaya kepimpinan yang manakah yang menjadi pilihan anda. Bincangkan.[25m] 2. Bincangkan pengorganisasian yang dilaksanakan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) sebagai sebuah organisasi sastera. [25 m] 3. Berdasarkan Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ), Tun Perak merupakan pemimpin yang bijaksana sehingga Melaka menjadi sebuah negara yang dihormati di Nusantara. Huraikan pernyataan ini berdasarkan prinsip-prinsip asas pengurusan.[25m] 4. Dengan mengambil contoh kepimpinan En. Muhammad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, huraikan usaha-usaha yang akan anda laksanakan sebagai pemimpin sesebuah organisasi.[25m] 5. Anda telah dilantik untuk menganjurkan Pertandingan Teater Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.Seluruh ahli jawatankuasa telah memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan acara tersebut.Justeru, pertandingan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak. Berdasarkan gambaran di atas,ulaskan kejayaan jawatankuasa penganjuran pertandingan teater kemerdekaan itu berdasarkan prinsip asas pengurusan. [25m]


Click to View FlipBook Version