The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazelhazriey, 2024-05-19 00:53:42

PENULISAN KREATIF CERPEN

BHG.A KMK STPM SEM.3

PENULISAN KREATIF : CERPEN TIP PENULISAN,SOALAN PERBINCANGAN,LATIHAN & BORANG PENYEMAKAN LATIHAN CERPEN TUKILAN AKSARA MOHD HAZLI BIN CHE OTHMAN(MOHAZ) SEMKIP KE MERCU/ KMK MESTI A SEMESTER 3: KREATIVITI,PENGURUSAN & MULTIMEDIA


1 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm PENULISAN KREATIF KMK STPM: CERPEN(CERITA PENDEK) Pengenalan -bentuk prosa,plot tidak bercabang, 500-1000(paling pendek) atau 500- /lebih 10,000/20,000(paling panjang) patah perkataan,watak (1-3),latar terhad -Aspek penting dalam pembinaan cerpen yang ditetapkan dalam STPM (MPM) ada 9 aspek iaitu judul,tema,persoalan,plot,watak dan perwatakan,sudut pandangan, gaya bahasa,teknik naratif dan latar. A) Judul-bebas tapi ikut tema yang telah ditetapkan.Tajuk/judul mesti sesuai dengan tema.Judul mesti berfikir terlebih dahulu sebelum memulakan cerita. Contoh Judul Tema Judul Keagamaan Imam Patriotisme Kanang anak Langkau Cinta Negara Keranamu Malaysia Kemanusiaan& diri Aku dan Jalanan Pepaduan Bola persahabatan Kasih sayang Sesuci Kasih Abah Contoh Tema Tema Judul Persoalan Kasih Sayang Sesuci Abah 1. Tanggungjawab ketua keluarga 2. Mendidik secara tegas 3. Kasih Sayang Tema dan Persoalan 1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). 2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. BINAAN PLOT 1.Permulaan cerita 2.Perkembangan cerita


2 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm 3. Perumitan/konflik cerita 4. Klimaks cerita 5. Pengakhiran cerita/happy ending/tamat 1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. 2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. 3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. 4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian. 5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. 6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik. 7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). 8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. 9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.Akhirnya cerita tamat.Ada sesetengah cerita pengakhiran ceritanya tergantung sebab pengarang mungkin ingin menyambung lagi sesebuah karyanya . Peleraian konflik/penurunan


3 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm WATAK & PERWATAKAN Pelukisan dan peranan watak. Contoh dalam penulisan cerpen MASIH ADA LAGI OLEH MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN Bunyian unggas menemani kesepian kegelapan. Tuan Haji Afiq Husin memandang suasana malam dengan pandangan yang bolos. Kosong. Bercelaru.(*Dalam meniti usia yang semakin senja dan kesihatan yang semakin merudum saban hari. Namun otaknya masih berpusing ligat memikir soal kehidupan setiap ahli keluarganya.) Masih ada lagi seorang anakku yang kurang berjaya. Mengapakah anaknya seorang ini kurang berjaya dalam bidang akademik? Tapi dia sudah nekad untuk membuat perhitungan dengan anaknya yang seorang ini. Anak-anak lain tiada masalah tapi anak keempat ini agak beronal sikit dalam keluarganya. Dia berasa malu kerana anaknya yang seorang ini tidak berjaya seperti yang lain. (* telah diubah suai untuk tujuan peperiksaan KMK STPM-cerpen penuh dimuat turun di blog http://lamanrencahdidik.blogspot.com) Dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu akan makna istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu seperti yang berikut.


4 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm (a) Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu. Watak utama juga dikenali sebagai watak protagonis. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Seorang protagonis merupakan watak utama dalam sesebuah kesusasteraan atau drama yang memegang peranan khas dalam kisahnya. Secara alter natif, frasa ini menandakan pembela utama atau penyokong untuk satu-satu sebab atau gerakan. Watak utamanya boleh diklasifikasikan sebagai hero atau penjahat dalam sesebuah cerita - dia hanya merupakan watak yang memegang peranan utama. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak, atau, kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis adalah watak hitam). Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masing-masing sebagai protagonis dan antagonis. Berlawanan dengan kepercayaan masyarakat, para antagonis tidak semestinya bersifat jahat, tetapi hanya menentang si watak utama. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis. (b) Watak sampingan adalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya. (c) Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya. (d) Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya. (e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci. (f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya. (g) Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering berubah. (h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita. (i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.


5 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya. Teknik sudut pandangan: (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. (d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.


6 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm TEKNIK PLOT JENIS TEKNIK MAKSUD KESAN 1.Pemerian gambaran peristiwa,kejadiantentang watak secara langsung. Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi. berkesan sebagai pengenalan kepada sesuatu keadaan/ suasana 2. Dialog percakapan antara dua watak watak lebih hidup atau realistik 3. Monolog bercakap sendirian Jelaskan perasaan isi hati watak/menjadikan alur cerita berkembang 4.Imbas kembali mengingati semula peristiwa yang berlaku menyerlahkan tempo atau pergerakan alur cerita 5. Imbas Muka ramalan kejadian akan berlaku menyediakan pembaca supaya dapat menerima kejadian/ peristiwa di bahagian berikutnya 6. Didaktik unsur pengajaran mendidik pembaca ambil iktibar/pengajaran CONTOH SOALAN PERBINCANGAN Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan kekeluargaan.[25] Cadangan Jawapan Langkah 1 a) Tema : Kekeluargaan b) Judul : Sesuci Kasih Abah/Masih Ada Lagi c) Persoalan (* sekurang-kurangnya 1..paling banyak 3 ..utk tjn peperiksaan) F1 Sikap tegas F2 Sikap suka mengongkong F3 Kasih Sayang * sentiasa buat draf jawapan semasa hendak menulis cerpen seperti contoh di bawah:-


7 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm BHG ASPEK MKH KETERANGAN A Judul 1 Masih Ada Lagi/Sesuci Kasih Abah B Tema 3 Kekeluargaan (lihat keseluruhan) C Persoalan 3 sikap tegas/suka mengongkong/kasih sayang D Plot 3 E Watak&perwatakan 3 F Sudut pandangan 3 G Gaya bahasa 3 H Teknik penulisan 3 I Latar 3 Langkah 2 & langkah 3: Jalinan plot& teknik penulisan Permulaan pemerian Perkembangan monolog konflik dialog klimaks suspen peleraian pengakhiran pengajaran/imbas kembali Langkah 4: Bina cerita/sudut pandangan Permulaan pemerian pelukisan watak abah/ayah Perkembangan monolog abah kaitkan dengan ibu atau anak-anak konflik dialog masalah(dirancang).cth..ayah marah anak klimaks suspen kesan apa yg terjadi..yg timbul daripada masalah.cth..tak tahan dimarah ayah..lari peleraian cth..ayh cari ank/aku..jumpa..ayh mohon maaf pengakhiran pengajaran/imbas kembali happy ending..cth:..kejayaan aku/ank hari ini atas didikan/sikap ayah yg garang


8 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm Langkah 5 : Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat - terus masuk atau selit semasa membina cerita/sudut pandangan Contoh i: perenggan penulisan lengkap cerpen: eksposisi/permulaan-teknik pemerian Judul : Sesuci Kasih Abah Abah merupakan anak sulong daripada sebelas orang adik-beradik. Keluarga abah bukan keluarga orang senang, nak dikatakan sederhana pun belum boleh ketika itu. Lebih kepada keluarga yang susah dan tidak berharta. Tiada tanah mahupun kebun. Emas permata jauh sekali. Namun, itu tidak menjadikan abah seorang yang suka meminta-minta. Apabila memikirkan tanggungjawab yang semakin besar, abah telah memohon untuk menjadi peneroka. LANGKAH PENYEMAKAN BHG ASPEK MKH KETERANGAN A Judul 1 Sesuci Kasih Abah B Tema 3 Kekeluargaan C Persoalan 3 D Plot 3 Eksposisi E Watak&perwatakan 3 pelukisan/peranan F Sudut pandangan 3 orang ketiga (cerita abah) G Gaya bahasa 3 H Teknik penulisan 3 Pemerian I Latar 3 Abah merupakan anak sulong daripada sebelas orang adikberadik. Keluarga abah bukan keluarga orang senang, nak dikatakan sederhana pun belum boleh ketika itu. Lebih kepada keluarga yang susah dan tidak berharta. Tiada tanah mahupun kebun. Emas permata jauh sekali. Namun, itu tidak menjadikan abah seorang yang suka meminta-minta. Apabila memikirkan tanggungjawab yang semakin besar, abah telah memohon untuk menjadi peneroka.


9 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm LANGKAH 5: Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat Contoh ii: perenggan penulisan lengkap cerpen: Perkembangan-teknik monolog Sungguhpun ketika itu abah tidak tahu ke mana hala tuju dan bagaimana nasibnya nanti. Berbekalkan tekad dan keazaman untuk merubah nasib keluarga, abah telah menyertai projek tanah rancangan FELDA. Pada mulanya abah pergi sendirian untuk meninjau keadaan tanah rancangan ketika itu, setelah memastikan keadaan stabil, ada rumah untuk kami berteduh,barulah abah membawa emak dan kami ke sini. Sejak detik itu, bermulalah hidup aku sebagai anak FELDA. ”Kenapa Abah ni, suka marah-marah aku. Dia nak aku ke sekolah, aku dah ke sekolah. Dia nak aku belajar,aku dah belajar… tapi sikit-sikit je la..Entah-entah dia nak aku jadi katak bawah tempurung”,rungut Angah. LANGKAH PENYEMAKAN LANGKAH 5: Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat Contoh iii: perenggan penulisan lengkap cerpen: konflik-teknik dialog “Sekarang cakap dengan abah,angah nak belajar atau nak bercinta?” Tempik abah sambil melemparkan sehelai kertas betul-betul di hadapanku. Seisi rumah diam terpaku. Suasana malam yang sememangnya sunyi jadi semakin sepi. Mendengar pekikan abah tadi sudah cukup untuk membuat jantung aku tercabut dari tangkainya. Aku tidak berani mengangkat muka,jauh sekali untuk bersuara. “ Kalau angah dah gatal nak bercinta,abah kahwinkan jer. Tak payah susah-susah pergi sekolah belajar…” marah abah masih belum reda. Aku yang masih mengeletar tidak mampu untuk berkata apa. Tiada seorang pun daripada kami yang berani untuk bersuara. Baik emak,along mahupun adik-adikku yang lain. Prapp! Abah menepuk meja di hadapanku. Terkejut aku bukan kepalang. Air mataku bila-bila masa saja akan gugur ke pipi. Takut bercampur sedih melihat kemarahan abah.Aku mengumpul keberanian untuk menjawab. Bukan aku tidak arif dengan sikap abah.Menajdi kepantangan abah pertanyaannya tidak mendapat jawapan. Menjawab kena,tak menjawabpun kena. Lebih baik aku menjawab dan menjelaskan duduk perkara sebenar. BHG ASPEK MKH KETERANGAN A Judul 1 Sesuci Kasih Abah B Tema 3 Kekeluargaan C Persoalan 3 bertanggungjawab D Plot 3 Eksposisi Perkembangan E Watak&perwatakan 3 pelukisan/peranan abah F Sudut pandangan 3 orang ketiga (cerita abah) G Gaya bahasa 3 Peribahasa H Teknik penulisan 3 Pemerian monolog I Latar 3 Sungguhpun ketika itu abah tidak tahu ke mana hala tuju dan bagaimana nasibnya nanti. Berbekalkan tekad dan keazaman untuk merubah nasib keluarga, abah telah menyertai projek tanah rancangan FELDA. Pada mulanya abah pergi sendirian untuk meninjau keadaan tanah rancangan ketika itu, setelah memastikan keadaan stabil, ada rumah untuk kami berteduh,barulah abah membawa emak dan kami ke sini. Sejak detik itu, bermulalah hidup aku sebagai anak FELDA. ”Kenapa Abah ni, suka marahmarah aku. Dia nak aku ke sekolah, aku dah ke sekolah. Dia nak aku belajar,aku dah belajar… tapi sikit-sikit je la..Entah-entah dia nak aku jadi katak bawah tempurung”,rungut Angah.


10 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm ***sila buat langkah penyemakan LANGKAH 5: Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat Contoh iv: perenggan penulisan lengkap cerpen: klimaks-teknik suspen Angah! Angah! Angah! Abah mencari Angah di serata alam namun susut tubuh Angah masih tidak kelihatan.Ibu,along,semuanya mencari Angah. Tapi tetap tak jumpa. “Angah dah lari dari rumah,” jelas Abah. Sehingga lewat malam,Angah masih tidak balik ke rumah. Tiba-tiba Abah teringat pondok buruk di hujung tanah rancangan Felda Abah. Abah tergesa-gesa mencapai motor buruknya menuju ke pondok tersebut. ***sila buat langkah penyemakan LANGKAH 5: Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat Contoh v: perenggan penulisan lengkap cerpen: Peleraian-teknik dialog Kelihatan sekujur tubuh terbaring lena di situ. Abah terus memeluk Angah. “Angah,maafkan Abah,” rayu Abah. “Abah,Angah yang patut minta maaf daripada Abah. Angah janji Angah”… ***sila buat langkah penyemakan LANGKAH 5: Mengarang-pelbagai gaya bahasa/ayat Contoh vi: perenggan penulisan lengkap cerpen: Pengakhiran/tamat cerita-teknik imbas kembali/didaktik “ Tahniah! Faradila, anda seorang pelajar yang hebat puji gurunya.Bukan saya yang hebat cikgu, tapi didikan,kasih sayang yang Abah saya curahkan kepada saya yang membolehkan saya berada di sini hari ini. Penghargaan ini patut saya berikan untuk Abah atas kasih sayang yang suci terhadap anaknya yang degil ini. Kelihatan hujan air mata bercucuran sehingga membasihi wajah Angah. Terima kasih Abah.


11 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm CONTOH CERPEN PERBINCANGAN KALIMAH TEKAD Oleh MOHD HAZLI CHE OTHMAN Tak kala bayu pagi menerpa sejuk pipiku, tika diriku mengelamun mengingat jauhnya halaman desa yang aku rindui.Silih pula berganti dengan ribuan permasalahan pelajarku. Realitinya harus aku sedar.Kini aku berada di pedalaman Telaga,Pitas, Sabah.Seribu resah.Sekandung sebak dan sebendung kalut fikir yang susah untuk dirungkai.Betapa susahnya kufikir tugas guru mengajar murid-murid yang daif segala-galanya untuk kenal baitbait ilmu subjek yang aku ajar. “Mengelamun dikau sigu” sapa seorang mak cik menyedarkan aku dari fikiran yang jauh menerawang. “Nda ah, sombo iyananmu bersama Bentayan pagi-pagi begini?” “Pakadai, mahu beli kunau, manuk dan payau buat menjamu keponakanku yang akan sampai dari Kinabalu.Limpas dulu ye sigu.” “Bah”. Anak mataku tertancap melihat anak muridku Bentayan menyusuri belakang ibunya.Mengapa kau begitu susah untuk menerima aku mengajarmu? Apabilaku bertanya kau diam membisu.Aku marah kau menghilang diri dalam hutan paya bakau atau di hilir sungai kau mencari ketam.Hilang marah aku,kau menjawab pendek.Malas dan tidak pandai, itulah jawapan yang kudengar keluar daripada bibirmu. Kau jua sama juga dengan rakan-rakan sekelas 3 Ikhtiar yang lain. Doris, Elster, Ruzi, dan Kusni lagi teruk.Dah mula pandai menghisap tigur. Kalau ponteng kau bercanda dan mandi ria di muara Pitas.Hairan.Tidak pula pak cik-pak cik yang menangkap ketam atau yang berperahu menuju kelong mahu menegur mereka supaya ke sekolah. Mungkin mereka hanya tahu barangkali anak-anak ini mahu mencari rezeki untuk membantu keluarga. Kalau tidak mencari kunau mungkin mencari dalus untuk dijual di Bandar Kudat .Tengah hari nanti tahulah aku apa yang perlu dibuat… Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi.Patutlah tiba-tiba perutku berkeroncong.Lupa yang perut ini belum diberi makaun.Lantas ke restoran Pak cik Pilin ku ke sana untuk sarapan pagi merangkap makaun tengah hari. “Kak Timah buatkan sigu nasi lemak special, daging payaunya goreng kicap ye,err… cuma manuknya saja goreng biasa, airnya tubik ping saja”,pintaku. “Kuah supnya kasi taruh bawang goreng lebih ke sigu” “Yep.err… Si Ujang anak Pak Cik Ohsu kerja kat mana sekarang Kak Timah” “Kat KK,kursus memasak belum kerja lagi” “Oh,begitu!” “Cuma anak Kak Timah tu, bilangnya hari ini tak mahu pergi iskool…berbakul sudah Biuknya memarahi tapi buat tak endah je.Mungkin kalau sigu suruh mahu juga hendaknya ke iskool” “Siapa? Si Raiman ke Raimi” “Raiman.Adiknya tiada masalah.Mahu juga jadi orang pandai.Tapi lain sikit Si Raiman ni.Tapi kalau menyanyi,manau-manau dan ke pesta aramaiti dia yang nombor satu.” “Emm…selepas makan nanti sigu akan pergi pujuklah Si Raiman.Ada di rumah Biuk atau di rumah Kak Timah?” “Di rumah Bentayan.Katanya mahu jumpa kawan lamanya yang baru tiba dari KK pukul 10 tadi.Kawan lamanya tu saudara kepada Bentayan.”


12 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm Aku melahap dengan begitu selera sekali.Dari 4 restoran yang ada di desa ini,hanya restoran ini saja yang berani aku makan. Tiba-tiba menjengah Kusni di depan pintu restoran. “Eh,sigu ada kat sini.Siok betul sigu makaun ye!.” “Kusni nak makaun nasi lemak sekali marilah Sigu belanja” “Boleh juga,rezeki kita tidak tolak sigu” “Awak dari mana? Dah siap ke belum latihan bina ayat adjektif yang sigu beri semalam? Dah siap ke belum nota KOMSAS yang awak janji nak siapkan hari ini?”bertubi-tubi ku bertanya kepada anak muridku yang sangat nakal ini. “Dari perbukitan saanaa,main-main dan mandi warungan.” “Kerja sekolah yang sigu beri camna?”tanyaku lagi. “Belum siap sigu.Buku latihan tatabahasa saya habis.Buku nota KOMSAS pula hilang” “Awak ni Kusni ada-ada saja alasannya.Setahu sigu buku awak bawa ke sekolah satu buah je.Buku BM yang tu ,buku nota sejarah pun yang itu juga.Macam-macam ada dalam buku awak tu.”dengus diriku. “Aik..bah sigu ni macam iklan astro yang saya lihat kat hotel tempat abang aku bekerja”balas Kusni dengan muka lawaknya. “Emm..makanan dah sampai.Awak makan dulu.Nanti kat sekolah jumpa sigu.Sigu nak bagi buku latihan yang baru”. “Baik sigu” Setelah selesai saja membayar makanan kami berdua,aku terus pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke sekolah.Sebelum pulang sempat aku berpesan kepada Kusni supaya hari ini jangan ponteng sekolah.Dalam perjalanan pulang aku singgah dulu di rumah Bentayan.Ingin memujuk Raiman dan Bentayan supaya datang ke sekolah. Aku tahu mengapa mereka kedua-dua ini tidak mahu ke sekolah. Hal ini demikian kerana mereka dimarahi oleh cikgu Ajamain ekoran tidak menyiapkan latihan matematik yang diberi dan juga ditangkap kerana menghisap tigur di belakang semak dekat tandas rumah pengetua.Sampai di sana aku lihat Bentayan, Raiman dan saudara Bentayan yang juga rupa-rupanya Haidi, bekas anak muridku 3 tahun yang lepas berada di bawah kolon, begitu asyik dan leka sedang mengangkat pukat yang ditahan. Aku lihat ikan Sapi-Sapi dan ikan SumpitSumpit turut sama menjadi mangsa pukat. “Bentayan, Raiman, Haidi banyak ke dapat ikan Pengaluwan?” “Eh, sigu…nda banyak. Ikan Pengaluwan susah nak dapat.Mahu ke laut dalam baru ada.Setakat Sumpit-Sumpit yang tidak berguna banyak terjerat.”jawab Raiman. “Yang ada boleh buat lauk ikan mata besar dan kembung saja.Sigu mahuke?”celah Si Bentayan. “Tak mahulah.Tiada orang nak masak.Awak Haidi onu abarmu ? Apa cerita awak sekarang? Seronokke tinggal kat KK?”soalku kepada Haidi bertalu-talu. “Khabar baik.Selepas gagal dalam PMR sigu aku kerja kat kilang pemeprosesan makanan laut di Luyang,bantu orang tuaku.Tentu seronoklah sigu,Bandar KK semua ada.Tidak seperti kampung asal ibuku ini” “Oh,begitu!” “ Ni, Raiman dan Bentayan sigu singgah kat sini nak ajak kau orang berdua pergi sekolah hari ini.” “Nda mahulah aku sigu…benci aku lihat muka sigu Ajamain tu.Sudah aku bilang mengaku salah mengajak Raiman menghisap tigur.Tetapi dibebelnya kami dengan hal yang bukan-bukan.Dituduhnya aku ni keturunan pencopet dan orang sungai yang tidak tahu bersyukur kerana diterima tinggal di desa ini.”ujar Bentayan.


13 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm Patutlah pagi tadi aku melihat wajah Si Bentayan muram dan kelakuannya tidak segalak beberapa hari yang lepas.Rupanya ada cerita disebalik kesuraman wajahnya.Setahu aku memang datuk Ajamain ini ada krisis kekeluargaan dengan datuk Bentayan, ekoran datuk Bentayan mengahwinkan ibu Bentayan dengan orang KK dan bukan dengan bapa saudaranya.Desas desus ini aku peroleh daripada Pak Cik Bahkri ayah angkatku yang juga ketua adat di desa terpencil ini. “Kachivannya.Apapun awak berdua tetap kena pergi sekolah.Masa matematik nanti pun sigu akan masuk ganti. Sigu Ajamain seminggu tiada di sekolah kerana dia pergi berkursus.” “Betulke sigu.Sigu nda membuyuk kami?ujar Raiman. “Betul. Sigu nda memboyot kamu.Apa tu?” “Sigu bukan memboyot la,tapi membuyuk bah…memboyot tu membuncit.Membuyuk ni bilang orang semenanjung menipu”sampuk Haidi. “Oh,sigu salah sebut ye!”…serentak dengan itu kami semua ketawa. Selepas menyuruh anak muridku ke sekolah aku terus pulang.Jam ditangan menunjukkan pukul 12,tinggal setengah jam lagi untuk aku bersiap-siap ke sekolah. Waktu mengajarku telah tiba. Aku gagahi diriku macam hari-hari biasa untuk mengajar kelas itu.Guru lain begitu juga.Semua guru tak sanggup duduk lama-lama mengajar 3 Ikhtiar.Hanya rutin harian menyebabkan mereka mengajar. “Hai, cikgu Hazri…nak ke kelas 3 Ikhtiar ke?Nak belajar ke dia orang? Tadi masa bahasa Inggeris saya pun ada 17 orang je,10 orang lagi tah ponteng kat mana?” tegur cikgu Ma Le Chu. “Ya ke.Hendak belajar ke tak,kita tetap kena masuk kelas dan mengajar.”sambil berjalan longlai ke kelas 3 Ikhtiar. “Semua bangun.Salam sejahtera cikgu”sapa ketua kelas dengan diekori oleh para pelajar lain. “Salam sejahtera.Sila duduk” “Terima kasih cikgu” “Hari ini cikgu nak bincang jawapan latihan bina ayat adjektif yang saya bagi semalam.Semua dah siapke? Ada yang diam.Ada pula yang memberitahu separuh saja yang siapkan kerja rumah.Ada yang tak buat langsung.Ada yang beri alasan buku tertinggal kat rumah.Begitulah alasan kelas ini setiap hari,tidak termasuk lagi kerenah mereka yang pelbagai ragam.Tiba-tiba masuk Raiman, Bentayan,Elster, Saimah dan Jainah ke dalam kelas tika aku sedang mengajar. “Kamu orang ni dari mana?,Saimah dan Jainah kamu pun ponteng juga ke masa bahasa Inggeris tadi?” “Kami dari tempat rahsia sigu”,jawab Elster. “Bukan apa sigu,kami keluar dari kelas sebab kami takut kena denda jalan itik dan lompat katak.Sigu Ma beritahu kalau sesiapa tak lulus ujian vocabulary yang hendak dibuat hari ini akan didenda”celah Jainah. “Habis awak tak membaca apa yang diberi oleh cikgu Ma, sebab itulah hari ini awak semua tak boleh jawab”beritahuku kepada para pelajar. “Bukan tak baca,tapi otak kami tak ingat cikgu,daripada kami malu jalan itik melalui kelas-kelas lain baik kami ponteng cikgu.”jawab Saimah gadis Suluk yang comel paras rupanya. “Emmm…Ruzi, Kusnin, Doris, Kiara, dan Samsuri pula tak join ponteng kau orang ke?” “ Ruzi, Samsuri dan Doris mereka kena denda khidmat masyarakat hari ini.Dia orang kena kemas bilik sukan dengan tolong guru PJ buat line kat padang.Kusnin dan Kiara ke bilik kaunseling kerana kes bercinta,” jelas Alex, ketua kelas 3 Ikhtiar.


14 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm “Kamu semua ni macam-macam masalah.Baiklah mana yang ada dalam kelas hari ini kita teruskan dengan pembelajaran kita.Elster cuba buat ayat adjektif yang menggunakan perkataan cantik” “Saimah sumandak yang paling cantik dalam kelas ini” “Bukan sumandak,tapi gadis” Setelah beberapa minit bersoal jawab dan membimbing anak-anak didikku membina ayat adjektif, mereka mula kelihatan rimas.Ada yang beritahu kepala mereka nak pecah.Malas nak berfikir.Ada yang berkali-kali diberitahu dan dibuat pengulangan tapi tetap tidak faham atau mungkin berpura-pura tidak faham.Itu desis hati kecilku.Seksa dan dalam keadaan dilema sungguh mengajar kelas ini.Patutlah semua guru asyik bercerita tentang para pelajar kelas ini.Melihat keadaan sedemikian rupa,maka aku pohon pelajarku mengambil nota,sambungan nota semalam yang berkaitan jenis-jenis kata adjektif.Tetapi tidak kuduga ada yang menjawab malas nak tulis.Ada yang bagi tahu patah jari. Ada yang bagi tahu dah lenguh salin nota kerana tadi dah banyak salin nota geografi.Jawapan-jawapan begini buat aku meradang.Apabila aku meradang ada seorang dua pelajar yang meniru gayaku meradang.Hal ini menyebabkan egoku tercabar dan lantas tanpa sedar tanganku telah membaling pemadam papan hijau dan memang kena tepat pada muka pelajar berkenaan.Seluruh kelas jadi gamat.Mereka ketawa kerana muka kawan mereka macam artis opera Jepun memakai bedak tebal Sakura.Hatiku bertambah marah,bukannya mereka terkejut dan diam tapi kawannya itu menjadi bahan ketawa pula.Tanpa kusedar sebelum apa-apa terjadi kakiku melangkah keluar dari kelas.Rasa meluat dengan kelakuan para pelajar.Bentayan dan Raiman diam membisu.Mereka tahu hatiku terluka.Masa matematik yang kujanji dengan mereka berdua untuk aku masuk ganti tidak ditunaikan.Selagi pelajar yang meniru gayaku tidak datang meminta maaf aku tidak akan masuk ke kelas.Begitulah hari yang seterusnya,melihat muka Albert je aku cukup benci dan amat meluat.Hubungan kami semakin renggang.Hal ini disedari oleh Kusni,Raiman dan Bentayan.Mereka cuba menjernihkan kembali situasi aku dengan Albert dan secara tidak langsung mengembalikan semula suasana keceriaan kelas 3 Ikhtiar. Mereka bertiga dan kawan-kawan sekelas yang lain mahukan suasana seperti dulu. Saat cikgu Hazri yang pernah mengajar mereka dalam keadaan senyum manis, ceria dan bersemangat dalam mendidik kelas 3 Ikhtiar. “Assalamualaikum,sigu Hazri” laung Bentayan,Raiman dan Kusnin memberi salam serentak. “Walaikumussalam,…ah,kamu bertiga rupanya!” sahutku. “Ye sigu.Kami bertiga datang ni ada hajat” “Oh, ada hajat,kalau ye pun naiklah dulu” “Terima kasih kerana sudi jemput naik dan sudi mendengar hajat kami” Ketiga-tiga anak muridku silih berganti menceritakan hal sebenar berkaitan Albert yang kematian kedua-dua orang tuanya.Albert kini hanya tinggal dengan kakaknya di rumah kongsi pekerja-pekerja kayu balak di bukit Pitas.Kerja kakaknya hanya menanda cat merah di batang-batang kayu balak dan mengira jumlah kayu balak yang ditebang.Mereka juga memberitahu sikap Albert yang keras kerana berkawan dengan orang dewasa yang tidak berpelajaran.Namun,hati kecil Albert ingin memohon maaf dariku tapi bibirnya kelu untuk berkatakata.Malah aku sendiri tidak memberi ruang walau sekelumit untuk Albert. Tika aku tahu kebenaran ini,maka hati ini tersentuh pilu.Tahulah aku bahawa keegoan diriku dan diri kau menyusahkan kita sebenarnya…menyebabkan kau dan aku terkongkong dalam kepompong yang kita cipta sendiri. Kedegilanmu menjadikan aku sedar,payahnya merealisasikan sebuah impian.Dan kerana kepayahan itu jualah kau bagai helang bebas di angkasa. Hanya sesekali hinggap di dahan apabila sayapmu lelah mengepak.Lantas,aku perlu bertekad supaya tidak pernah jemu menunggumu yang sesekali itu… Esoknya aku tampak bersemangat kembali.Dengan niat yang murni dan demi tugas mendidik anak bangsa aku ingin merubah mereka.Aku mula uzlahkan diriku dulu.Aku persiapkan bahan bantuan mengajar yang lebih baik dan kaedah baru dalam mengajar.Umpamanya kalau hendak mengajar KOMSAS untuk mengharapkan mereka baca buku langsung tak baca.Kalau sekadar bercerita sahaja langsung tak menarik minat mereka.Lantas, sinopsis


15 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm cerita novel Ekspedisi aku buat dengan kaedah bermain wayang kulit. Harap-harap kaedah baru main wayang kulit ini dapat menarik minat mereka dalam belajar KOMSAS nanti. Pelbagai kaedah telah aku laksanakan sehingga menjadi bahan bualan guru-guru lain.Ah, tak kupeduli apa orang kata!.Hargaku bukan di mata manusia.Jika ajal maut di tangan tuhan,maka rezekiku untuk menggapai kejayaan untuk mendidik anak-anak didikku sehingga jaya merupakan anugerah-Nya. Bulan Mei hampir mengengsot pergi dan Jun akan menjengah tiba.Pengetua memanggilku kerana katanya ada suratku yang diambil di PPD Pitas.Hatiku begitu melonjak gembira kerana surat pertukaran balik ke semenajung telah diluluskan.Kali ini aku akan berkhidmat di Daerah Kemaman,Terengganu. Di sekolah yang baru aku tetap diberi kelas hadapan dan kelas corot. Ragam anak-anak didikku di kelas corot sekolah baru ini juga hampir sama,cuma beza budaya dan dialek bahasanya saja.Aku kenal Darimi, Farid, Hishabudin,Anizam,Fieqa,Azizi,Aiman dan semuanya yang tidak dapat kusebut.Untuk mengajar didikmu aku pohon sekali lagi kekuatan dari-Mu supaya kalimah tekadku untuk mengajar tiada kekangan. Aku perlu mengerti kalimah ini dengan lebih jauh dan mendalam selaku penjunjung amanah untuk menyebar luas kalam ilmu pengetahuan. nukilan: MOHD HAZLI CHE SEMAN (mohaz) SOALAN LATIHAN PEYEMAKAN CERPEN Berdasarkan cerpen di atas, sila tulis jawapan pelajar berdasarkan kotak penyemakan yang disediakan di bawah.


16 nukilan/mohaz/cerpen/sem.3/kmk/stpm KOTAK JAWAPAN PENYEMAKAN BHG ASPEK KETERANGAN A Judul B Tema C Persoalan D Plot E Watak&perwatakan F Sudut pandangan G Gaya bahasa H Teknik penulisan I Latar


Click to View FlipBook Version