The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazelhazriey, 2024-04-01 01:35:59

PENULISAN KREATIF SYAIR

PUISI TRADISIONAL-S3.BHG.A

PENULISAN KREATIF-SYAIR SEM.3/KMK/BHG.A-EDISI KEMAS KINI 31/3/2024 BERSAMAAN 20 RAMADAN 1445 HIJRAH NUKILAN AKSARA OLEH: CIKGU MOHAZ * Nota ini hanya pandangan penulis sahaja.Sila berbincang dengan guru anda


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 1 PENULISAN KREATIF- SYIAR Hasil Pembelajaran: Calon seharusnya dapat: a) menghasilkan puisi secara berpandu b) Menghasilkan puisi berdasarkan kreativiti sendiri. Apa itu Syair? -Istilah ‘Syair’ asal dari Bahasa Arab bermaksud puisi secara umum. -Syair Melayu tidak beracuan syair tradisi Arab atau puisi Arab-Parsi tetapi dalam acuan masyarakat Melayu (Harun Mat Piah,1989) -Justeru, syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. - Ada juga pendapat mengatakan, syair Melayu juga dipengaruhi syair Arab (Islam) (MPM,2003) CIRI-CIRI SYAIR 1. Empat baris serangkap 2. Seluruh empat baris merupakan satu unit kesatuan idea 3. Setiap baris merupakan maksud. 4. Jumlah perkataan dlm setiap baris sekitar 4-5 patah perkataan dasar 5. Jumalah suku kata bagi setiap baris sekitar 8-12 suku kata. 6. Rima syair a/a/a/a PROSES DALAM PENGKARYAAN SYAIR Rajah 1 : Aliran Proses Kreativiti


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 2 Contoh Proses Penulisan Syair Yang Baik Dengar anakku pesan berguna, Benci membenci amalan hina, hindari diri dari durjana, Agar menjadi insan sempurna. PROSES IDEA BILANGAN KATA SUKU KATA RIMA AKHIR pesan berguna 4 10 na (a) amalan hina 4 10 na(a) durjana 4 10 na(a) insan sempurna 4 10 na(a) BAIK BAIK BAIK BAIK -Oleh itu, dalam menentukan syair yang dicipta itu adalah bermutu,pengkarya perlu sama-sama meneliti syair yang dicipta. Analisis berikut akan dapat memberikan gambaran dan kefahaman yang lebih baik untuk memastikan pengkarya berhati-hati dan kreatif dalam mencipta syair. -Lihat contoh rangkap syair dan rima akhir dalam jadual di bawah yang perlu dimurnikan/diperbaiki Tika anaknda ditimpa sakit, a Ibu ayah rasa dihimpit, b Ditelan segala walaupun perit, c Agar terubat segala penyakit. a PROSES SEBELUM DIMURNIKAN IDEA BILANGAN KATA SUKU KATA RIMA AKHIR B1: OK 4 10 -kit(a) B2: dihimpit 4 9 -pit(b) B3:Ditelan segala walaupun perit 4 11 -rit(c) B4: segala 4 11 -kit(a) Murnikan BAIK Murnikan Murnikan PROSES SELEPAS DIMURNIKAN IDEA BILANGAN KATA SUKU KATA RIMA AKHIR B1: OK 4 10 -kit(a) B2: Risaunya ibu bukan sedikit 4 10 -kit(a) B3:Cari penawar sejauh bukit 4 10 -kit(a) B4: akan 4 10 -kit(a) BAIK BAIK BAIK BAIK


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 3 CONTOH SYAIR YANG BAIK SELEPAS DIMURNIKAN Tika anaknda ditimpa sakit, a Risaunya ibu bukan sedikit a Cari penawar sejauh bukit, a Agar terubat akan penyakit. a CONTOH SOALAN PERBINCANGAN 1. Hasilkan lima bait syair yang mengisahkan guru kegemaran anda.[25] Ciri-ciri syair 1. Aspek baris iaitu empat baris serangkap Contoh: Guruku terbilang kurasakan nikmat (baris 1) Ajar didikmu penuh hikmat (baris 2) Sopan tuturmu sebagai azimat (baris 3) Akan kupegang sampailah kiamat (baris 4) 2 Aspek skema rima akhir iaitu a,a,a,a contoh: Tuturmu lembut indah sekali (a) Umpama sejuk air di kali (a) Guruku hebat semenjak azali (a) Jadikan pedoman kan kuamali (a) 3. Aspek jumlah perkataan iaitu empat hingga lima patah perkataan sebaris. Contoh: Sopan /tuturmu/ sebagai /azimat ….4 patah perkataan sebaris 4. Aspek jumlah suku kata iaitu antara lapan hingga dua belas suku kata sebaris. Contoh: So/pan/ tu/tur/mu/ se/ba/gai/ a/zi/mat /…..11 suku kata sebaris


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 4 5. Setiap baris adalah maksud Contoh; Telah kudengar lepas suara Guruku itu bijak bicara Gerak gerinya laksana perwira Dialah guru pengubat lara * setiap baris berkaitan dan memberi maksud yang merujuk kepada tema. 6. Syair memerlukan beberapa rangkap untuk lengkap sebagai sebuah syair. Contoh: Pengenalan, Isi dan Penutup 7. Aspek tema-bergantung kepada tema yang dinyatakan. Contoh: Tema: Guru Kegemaran anda. Pemikiran/persoalan: a) Latar belakang b) Watak dan perwatakan c)… dll 8. Aspek gaya bahasa. Contoh: Perulangan : bunyi, kata a) Asonansi b) Aliterasi c)… dll TEKNIK MENULIS SYAIR MENGIKUT FORMAT PENULISAN KMK STPM S3 Tema: Guru Kegemaran Anda Langkah 1 : Menulis Tajuk * tajuk tidak boleh tulis sama dengan tema Contoh: Tajuk: Guru kegemaranku/ kegemaran anda X Tajuk: Cikgu Adiwiraku (betul)


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 5 Oh, Guruku/Cikguku! (betul) Langkah 2 : Teknik Menulis pemikiran (tema) Proses menyelami hati dan perasaan pelajar terhadap tema/pemikiran Langkah 3 : Teknik mengembangkan pemikiran * Lihat kotak dalam rajah di atas. Langkah 4: Teknik menghasilkan Bait Syair Guruku Adiwiraku Tersebut kisah guru…(ltr blkg) ………………………… Tutur katamu sopan ..(perwatakan) ………………………….. Hendaklah menjaga adab berguru Hendaklah menjaga syarat berguru Pesan guruku tersemat dikalbu Barulah sempurna insan berilmu GURU KEGEMARAN ANDA Latar Blkg Perwatakan luaran Perwatakan dalaman Sikap Pandangan Harapan -Pengalaman Mengajar - memori/kisah di sekolah - -sopan tutur kata -bertanggungjawab/ penyayang/dll -gagah/bengis/tegas sentiasa sihat


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 6 Contoh penuh syair Guruku Adiwiraku Tersebut kisah di bumi hikmat Guruku terbilang kurasakan nikmat Ajar didikmu penuh hikmat Akan kupegang sampailah kiamat Tuturmu lembut indah sekali Umpama sejuk air di kali Guruku hebat semenjak azali Jadikan pedoman kan kuamali Sementelah guru bijak bestari Isi nasihatmu kan kudngari Tersemat kukuh di sanubari Agar muridmu kuat jati diri Telah kudengar lepas suara Guruku itu bijak bicara Gerak gerinya laksana perwira Dialah guru pengubat lara Pabila tiada amatlah terasa Guruku manis sejuta perisa Harapan Aku bersyukur pada yang Esa Beliaulah guru luar biasa Syair asal oleh: Zairi Khan (pemenang hadiah hari guru) Dendangan Irama Hiasan Oleh :Cikgu Mohd Azli Jaafar(SMK Bekok) * Sila tonton di Youtube :- https://www.youtube.com/watch?v=q2Ei5umDC1Q


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 7 *FORMAT SYAIR KMK STPM SEM.3 *Disunting berdasarkan buku model kertas peperiksaan KMK STPM oleh Nur Humaira Haikal (LP:2022) *FORMAT SKEMA PEMARKAHAN SYAIR (*Format markah mungkin tidak tetap-boleh berubah berdasarkan skema semasa) Pecahan Isi Markah Pecahan Markah Keterangan A Ciri-ciri 9 1 isi = 3 markah 3 isi = 9 markah A1: Empat baris dalam satu bait (wajib) A2: Rima akhir sama a/a/a/a(wajib) A3: Setiap baris adalah maksud A4: 4-5 perkataan sebaris A5: 8-12 suku kata sebaris *NOTA:A1 dan A2 adalah ciri wajib. Satu lagi ciri boleh diplih daripada ciri A3,A4 atau A5. B Tema 2 Menepati tema C Pemikiran/ Persoalan 5 kemukakan 5 isi 1 isi=1 m 5 isi=5 m Persoalan berdasarkan tema.Terdiri daripada (pemikiran/persoalan yang berbeza) C1: Persoalan 1 C2: Persoalan 2 C3: Persoalan 3 C4: Persoalan 4 C5: Persoalan 5 C6: Persoalan 6 Nota: lain-lain yang sesuai diterima D Gaya Bahasa 4 1 isi = 1 markah 4 isi = 4 markah mengandungi empat gaya bahasa Aliterasi Asonansi Simile Metafora Pesonifikasi Hiperbola Paradoks Anafora/perulangan kata di awal baris Epifora/perulangan kata di akhir baris Citra dll E Kreativiti 5 E1: Tajuk 1 markah E2: Kesinambungan idea 2 markah (keseluruhannya) 1 markah (sebahagian) E3: Pemikiran kreatif/logik 2 markah (3 persoalan) 1 markah (2 persoalan) 0 markah (1 persoalan) Jumlah 25


d i a d a p t a s i : m o h a z s e m k i p / k m k s t p m s e m . 3 / b h g . A | 8 Latihan 1. Hasilkan lima bait syair yang megisahkan diri anda. cdgn isi: -latar belakang -pendidikan -keluarga -Hobi/kegemaran -Falsafah/pemikiran -keperibadian/pengalaman -harapan 2. Hasilkan sebuah syair terdiri daripada lima hingga tujuh bait berdasarkan maksud peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’. BAHAN SUMBER/RUJUKAN 1) NOTA SLIDE POWER POINT PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (https://anyflip.com/jswff/xuvu/basic) 2) YOUTUBE CIKGU YUYUSNIDA & YOUTUBE DENDANGAN SYAIR OLEH CIKGU MOHD AZLI JAAFAR(SMK BEKOK, SEGAMAT JOHOR) 3) KERTAS MODEL PEPERIKSAAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SEM.3 STPM OLEH NUR HUMAIRA HAIKAL. 4) LAMAN SESAWANG/INTERNET TUNAS CIPTA (https://tunascipta.jendeladbp.my/2023/03/07/4655/ )


Click to View FlipBook Version