The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wzueliza, 2020-11-22 00:36:54

BAHASA KLASIK-BAHASA STANDARD

BAHASA KLASIK-BAHASA STANDARD

BAHASA KLASIK KEPADA
BAHASA MELAYU STANDARD

Oleh : Cikgu Zueliza binti W Mahyeddin

LATIHAN 1

Nyatakan maksud perkataan yang bergaris dalam ayat yang berikut.

1. Lalu ia beradu tersangat jendera.
➢ jendera – lena atau nyenyak
2. Maka sirih pada jorong emas dipersembahkan oranglah kepada raja

➢ jorong – tempat letak sirih yang berbentuk bulat
3. Maka dihimpunkan delapan puluhan jong.

➢ kapal besar China
4. Kalakian tersebutlah pula baginda berdua-duaan dengan inang istana.

➢ Kalakian – ketika itu
5. Bunga Kembojandi tepi kali.
➢ kali - sungai

LATIHAN 2

Nyatakan maksud kata pangkal ayat yang bergaris dalam bahasa klasik dalam setiap ayat.
1. Hatta beberapa lama Tuah menghilangkan diri, Jebat pun mula membuat angkara.

Hatta – lalu/ maka

2. Kalakian, Tuah dan empat bersaudara lain sedang berunding untuk belayar mencari ilmu.
kalakian – ketika itu

3. Sebermula, maka sampailah umurnya delapan belas tahun.
sebermula – permulaan sesuatu kisah

4. Arakian, maka tersebutlah kisah sebuah negara yang rajanya baik pemerintahannya.
arakian – sesudah itu/ selepas itu

5. Syahadan datanglah kepada suatu hari, maka gajah itu pun sampailah.
syahadan – selanjutnya / lalu

LATIHAN 3 tujuan

Nyatakan maksud frasa yang bergaris dalam ayat yang berikut.

1. Maka Laksamana berdatang sembah, berjahat Bendahara.
berjahat Bendahara – bendahara bercakap-cakap tentang orang lain dengan
untuk menjatuhkannya.

2. Maka Raja Merong Mahawangsa pun terlalu mashghulnya kerana ia suatu harapan yang
besar kepada Sultan Rom itu.
terlalu mashghulnya – amat sedih

3. Terimalah anak-anakan kencana ini.
anak-anakan kencana – patung emas

4. Benarlah titah duli kesuma.
titah duli kesuma – kata-kata orang atasan atau raja

5. Hatta antara itu Hang Kasturi pun berkendak dengan seorang dayang.
berkendak – berzina/ bermukah

LATIHAN 4

Tukarkan ayat bahasa Melayu klasik di bawah kepada ayat bahasa Melayu standard.

1. Arakian terkejut tapirlah akan sekalian orang yang melihat akan kelakuan lebai itu terlalulah akan mabuk
berahinya pada main layang-layang itu terbahak-bahak ketawanya.
✓ Semua orang yang melihat kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa

terbahak-bahak itu terkejut seperti tapir.

2. Hamba minta tuan tolong belikan kaus barang sepasang.
✓ Hamba meminta tuan membelikan hamba sepasang kasut.

3. Tiap-tiap malam perempuan itu akan memasang semua kandilnya.
✓ Perempuan itu akan memasang semua pelitanya pada setiap malam.

4. Ada dua keti rakyat berhimpun di depan istana.
✓ Ada dua ratus ribu orang rakyat berhimpun di depan istana.

5. Maka berbunyi pada orang sampai di tengah pesara.
✓ Berita tersebut diperkatakan oleh semua orang di tengah pekan.

LATIHAN 5

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semua dalam bahasa
Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratinya
telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “inilah tandanya patik
membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi
hairan.

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

JAWAPAN

Apabila sampai waktu siang, orang ramai telah berlalu di tempat tersebut. Mereka terjumpa
Kertala Sari yang telah meninggal dunia. Pada masa itu, mereka telah bertindak segera dengan
memotong telinga Kertala Sari lalu menghadap raja dan mengakui bahawa merekalah yang
membunuh Kertala Sari yang sangat kejam itu.

kemudiannya, ada seorang lagi yang memenggal kepala Kertala Sari dan dia juga
menghadap raja serta mengakui dirinya telah membunuh Kertala Sari semalam.

Oleh hal yang demikian, anggota badan Kertala Sari habis dipotong dan dibawa oleh mereka
untuk menghadap raja. Lalu, raja juga aneh dengan peristiwa yang berlaku.

LATIHAN 6

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semua dalam bahasa
Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi mengenal segala harta,
seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “ini harta patik, tuanku.”

Maka seorang,”ini pun ia harta patik, tuanku.” Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”Kata seorang ,” Ini bantal
patik, tuanku.”

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja,”Hai segala kamu sekalian hendaklah segala
harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana hart aini sudahlah hilang
beroleh akan Laksamana.”

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)

JAWAPAN

Semua pemilik barang yang dicuri itu berkumpul untuk menuntut barang kepunyaan masing-
masing. Seorang daripada mereka mengatakan bahawa itu hartanya.

Seorang lagi mengatakan bahawa itu hartanya, manakala seorang lagi memberitahu bahawa
benda itu miliknya. Seorang pula mengatakan bahawa itu bantalnya.

Setelah semua barang dituntut oleh pemiliknya, sultan telah menitahkan mereka untuk
membahagikan barangan mereka kepada tiga bahagian. Pemilik barang mengambil satu bahagian dan
dua bahagian pula diberikan kepada Laksamana dengan alasan Laksamana yang menemui barang-
barang yang sudah hilang itu.

Sekian
Terima Kasih


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BEST PDF The Madwoman and the Roomba My Year of Domestic Mayhem Full Online
Next Book
BEST PDF Kayak Fishing A Practical Sea Angler’s Guide for Catching Your Favorite Big Fish from a Kayak (Kayaking) READ ONLINE