PEMAHAMAN UMUM
Oleh : Cikgu Zueliza
PRAKTIS 1
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.
Penganjuran rumah terbuka dilihat dapat meingkatkan imej negara pada peringkat dunia. Hal ini
dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup dalam
keadaan aman dan harmoni, malahan meraikan pelbagai jenis perayaan melalui rumah terbuka bersama-
sama. Selain itu, penganjuran rumah terbuka dapat menyumbang kearah hubungan perpaduan kaum
yang erat. Hal ini dikatakan demikian kerana penganjuran rumah terbuka memberikan peluang kepada
jiran yang berbeza kaum untuk bersua muka, berkenalan dan bertegur sapa antara satu sama lain. Di
samping itu, penganjuran rumah terbuka dapat membuka ruang kepada rakyat untuk mengenali budaya
kaum lain. Masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Iban, Sikh dan
sebagainya berkumpul untuk menyambut satu perayaan. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan tentang budaya kaum lain. Sebagai contohnya, pihak penganjur atau tuan rumah
digalakkan menghidangkan makanan tradisional setiap kaum yang dapat dinikmati oleh semua tetamu
yang hadir di rumah tersebut seperti ketupat, rendang dan sebagainya. Melalui cara aini, sikap
menghormati budaya kaum lain dapat dipupuk. Secara tuntasnya, penganjuran rumah terbuka banyak
memberikan kesan positif bukan sahaja kepada negara, malahan juga kepada rakyat sendiri. Oleh itu,
semua pihak mestilah menyokong usaha penganjuran rumah terbuka ini dengan menghadiri setiap
undangan rumah terbuka atau mengadakan rumah terbuka.
Nabilah (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Manfaat Penganjuran Rumah Terbuka Oleh
Shuhaimi, Dewan Siswa Bil. 6 2018)
1. Berdasarkan petikan di atas, apakah maksud rangkai kata memberikan kesan
positif?
- Maksudnya ialah meninggalkan implikasi yang baik.
2. Untuk mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kekerapan
mengadakan majlis rumah terbuka, penulis mencadangkan majlis rumah
terbuka diadakan bersama. Apakah maksud mengadakan majlis rumah
terbuka secara bersama?
- Maksud mengadakan majlis rumah terbuka secara bersama-sama ialah majlis
ini diadakan bersama-sama pada sesuatu musim perayaan di sesuatu tempat.
Sebagai contohnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua kaum sama
ada Melayu, Cina, India atau kaum lain meraikannya bersama-sama. Apabila
tiba perayaan Hari Tahun Baharu Cina pula semua kaum ini akan meraikan
Tahun Baharu Cina, semasa Deepavali semua kaum akan meraikan Majlis
Rumah Terbuka Deepavali.
3. Ada pihak yang mengatakan bahawa penganjuran rumah terbuka banyak membawa keburukan
daripada kebaikan kerana pembaziran makanan berlaku. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
- Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Pembaziran berlaku bukan disebabkan
penganjuran majlis tersebut, tetapi berpunca daripada sikap pengunjung yang tamak mengikut
nafsu. Oleh sebab tamak, mereka mengambil makanan secara berlebihan, pada hal mereka tidak
mampu menghabiskan makanan yang diambil. Sebagai akibatnya, makanan yang berlebihan
terpaksa dibuang begitu sahaja. Selain itu, pembaziran berlaku kerana makanan tidak mencapai
tahap kualiti yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan mereka telah mengambil makanan tersebut
terpaksa membuangnya.
4. Penganjuran majlis rumah terbuka yang sering diadakan secara besar-besaran pada peringkat
kebangsaan hanya menguntungkan masyarakat yang tinggal di bandar. Masyarakat di luar bandar tidak
dapat menikmati suasana ini. Jika anda sebagai pemimpin negara, bincangkan cara untuk menangani
masalah ini.
- Sebagai pemimpin negara, saya juga akan menganjurkan majlis ini di luar bandar bagi setiap negeri.
Majlis ini boleh diadakan secara bergilir-gilir. Jika pada tahun ini, majlis tersebut diadakan di Ulu
Kelantan, pada tahun depan majlis tersebut akan diadakan di Kawasan pedalaman Sabah atau Sarawak
pula. Selain itu, saya juga akan meminta pemimpin peringkat negeri atau daerah mengadakan majlis
tersebut agar semua rakyat berpeluang untuk menghadirinya.
PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.
Kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat di seantero
dunia. Kewujudan laman sosial Facebook dan Instagram telah memberikan impak yang positif
kepada masyarakat global. Satu daripada impak positif tersebut ialah proses komunikasi menjadi
lebih mudah dan cepat. Hal ini terjadi demikian kerana rangkaian media sosial telah memberikan
akses kepada semua pengguna Internet untuk berhubung dengan lebih cepat berbanding dengan
cara tradisional. Secara tidak langsung, pengguna dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos
daripada terpaksa menghantar surat melalui pos. media sosial pada hari ini juga telah menjadi
wadah untuk menjalankan perniagaan dalam talian. Peniaga dapat mempromosikan produk-produk
mereka melalui media sosial dan berinteraksi dengan pelanggan mereka secara terus tanpa
batasan tempat dan masa. Di samping itu, media sosial juga berperanan sebagai medium hiburan
terutamanya kepada golongan remaja untuk meredakan tekanan yang dialami mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana reka bentuk dan gaya persembahan media sosial yang interaktif
membuatkan pengguna tidak mudah berasa jemu. Sebagai kesimpulannya, media sosial
merupakan rangkaian Internet yang dicipta untuk memudahkan urusan seharian manusia. Setiap
individu perlu menyemai sifat-sifat positif dalam diri supaya penggunaan media sosial menjurus kea
rah pembentukan modal insan dan bukan menyalahgunakannya untuk kejahatan.
1. Apakah maksud rangkai kata meredakan tekanan seperti yang terdapat
dalam petikan?
- Maksud rangkai kata meredakan tekanan ialah mengurangkan stres.
2. Huraikan perbandingan antara komunikasi cara lama dengan cara
komunikasi zaman ini?
- Komunikasi cara lama adalah melalui surat, manakala komunikasi cara baharu
adalah melalui media sosial. Jika dahulu kita terpaksa pergi ke kedai untuk
membeli barangan, namun pada hari ini kita hanya berurusan melalui dalam
talian.
3. Alat komunikasi moden seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sering disalahgunakan
oleh netizen. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani
masalah ini?
- Kerajaan perlu mengadakan kempen antiberita palsu supaya masyarakat tidak menjadikan media
sosial sebagai tempat untuk menyebarkan berita palsu.
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kerajaan perlu bertindak pantas dan
tegas untuk mengambil Tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan media sosial.
4. Pada zaman teknologi yang canggih ini, banyak pihak yang dikenali sebagai “Scammer” sering
menggunakannya untuk menipu pengguna hingga banyak yang mengalami kerugian. Kemukakan
cadangan anda untuk menangani masalah ini.
- Rakyat perlu diingatkan dari masa ke masa tentang modus operandi “scammer” supaya rakyat tidak
terpengaruh atau terjebak dalam kes penipuan.
- Pihak berkuasa hendaklah sentiasa bertindak dengan cekapnya bagi menghalang kegiatan
“scammer” dengan menggunakan segala kepakaran yang ada.
- Rakyat diingatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan yang mencurigakan terutamanya
panggilan daripada nombor telefon yang mencurigakan.
PRAKTIS 3
Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan keganasan rumah tangga berlaku. Puncanya ialah individu
yang dibesarkan dalam suasana penderaan, sama mneyaksikan atau menjadi mangsa dera dan mereka
yang diajar supaya tidak menghormati wanita atau menganggap wanita lebih rendah kedudukannya.
Selain itu juga, individu yang mempunyai kecelaruan personaliti, mengambil alkohol dan ketagihan
dadah mempunyai potensi yang tinggi untuk melakukan keganasan rumah tangga, manakala wanita yang
dibesarkan dalam suasana penderaan cenderung untuk percaya bahawa penderaan merupakan perkara
yang lazim dalam rumah tangga.
Bagi menangani masalah keganasan rumah tangga, semua pihak harus berganding bahu
melaporkannya. Masyarakat harus menjadi mata dan telinga dengan melaporkan segera kepada pihak
berkuasa sekiranya mendapati berlaku keganasan rumah tangga di Kawasan perumahan masing-masing.
Bagi ahli keluarga terdekat yang mengetahui berlakunya keganasan rumah tangga, jangan bersubahat
dengan pendera. Jangan gunakan alasan kononnya mahu menjaga aib keluarga sehingga menyebabkan
mangsa penderaan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
(Dipetik dan disesuaikan daripada “Keganasan Rumah Tangga Meningkat Punca dan Akibatnya,
oleh Zulfiqar Mohd Yusof” Dewan Masyarakat, Julai 2020)
1. Berdasarkan bahan 1, berikan maksud kecelaruan personaliti?
- Tidak tenteramnya keperibadian seseorang.
2. Faktor keganasan rumah tangga ada banyak. Antaranya termasuklah
tekanan emosi atau stres seseorang. Pada pendapat anda, mengapakah hal ini
berlaku?
- Tekanan emosi atau stres seseorang akan menyebabkan keganasan rumah
tangga kerana kehilangan pekerjaan. Contohnya peningkatan kes keganasan
rumah tangga secara global disebabkan kesan pandemik Covid-19. selain itu,
seseorang yang mengalami stress mudah mencetuskan perselisihan faham
dan pergaduhan dengan pasangan atau anak-anak yang akhirnya boleh
menyebabkan serangan fizikal.
3. Kes keganasan rumah tangga di negara kita dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Apakah kesan-kesan yang akan timbul jika pencegahan keganasan rumah tangga masih tidak
berjaya?
- Perceraian ibu bapa kian bertambah di negara ini sehingga melalaikan tanggungjawab
mereka sebagai ketua rumah.
- Kes lari dari rumah turut menjadi ketara terutamanya anak-anak yang didera
- Anak-anak yang hilang penjagaan ibu bapa mudah terjebak dalam pelbagai gejala sosial.
- Perpecahan institusi keluarga akan berlaku akibat ahli keluarga tidak dapat merasai kasih
sayang dan kebahagiaan di rumah.
PRAKTIS 4
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
YOUTUBER, S.Pavithra, 28 tahun mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya semasa mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dahulu mendapat keputusan cemerlang 5A termausk mata pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek kegemarannya. Namun
begitu, Pavithra tidak berpeluang menamatkan persekolahannya di sekolah menengah.
Pavithra belajar setakat tingkatan empat disebabkan kesusahan hidup yang dialaminya dan menamatkan pengajian lebih awal kerana
terpaksa menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian
kerana kefasihan komunikasinya dalam bahasa Melayu ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama-sama suaminya, M. Sugu. 29 tahun.
yBanAgHmAeNngguKnisaakhannynaammean@jaSdui gtuulPaarvbitehrriakuktianni kehidupan sederhana yang dipaparkan tampak realistic dan tidak dibuat-buat. Saluran Youtuber
diikuti melebihi 600 ribu pelanggan. Sekiranya beliau bersungguh-sungguh dalam bidang baharunya
ini tidak mustahil suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian sebagai orang yang hebat dan berjaya.
BAHAN 2
PEPERIKSAAN sering kali dijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaan dan kemampuan seseorang dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana ataupun gagal.
Selalunya, masyarakat berandaian bahawa sekiranya seseorang itu berjaya dalam peperiksaan dengan mengumpulkan banyak “A” dalam keputusannya, maka dirinya akan
berjaya dalam kehidupan dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik menikmati kehidupan yang selesa dan Bahagia. Lantaran itu, berlumba-lumbalah
kalangan ibu bapa mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan mengajar anak mereka. Gambaran
sedemikian dilihat agak berkontradiksi dengan agenda kerajaan yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan yang seimbang dan menyeluruh.
Pernahkah anda berasa kegagalan dalam peperiksaan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gagal membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya, iaitu tidak
mencapai matlamat yang diperlukan. Kegagalan dalam peperiksaan kerana tidak mendapat keputusan “A” seperti sering kali menghantui setiap individu yang mengambil peperiksaan.
Setiap individu menerima kegagalan dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang memilih untuk terus positif dengan ujian kegagalan dalam kehidupan mereka. Pengalaman gagal memburu
kejayaan akan memotivasikan dirinya untuk bangkit daripada belenggu kegagalan. Namun demikian, tidak sedikit individu yang apabila dirundung kekecewaan, mengalami kemurungan,
tertekan serta mengasingkan diri kerana mereka berasa kegagalan tersebut mampu menyentap impian indahnya dan memusnahkan kehidupan bahagia yang dicita-citakannya.
1. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tampak realistik?
- Dapat dilihat/ kelihatan keadaan yang sebenarnya
2. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang
kejayaan dalam pencapaian akademik.
- Bahan 1 dan bahan 2 mempunyai persamaan, iaitu bahan 1 menggambarkan
seorang youtuber mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya semasa
mengambil peperiksaan UPSR dahulu mendapat keputusan cemerlang 5A. Bahan 2
pula menjelaskan bahawa seseorang itu berjaya dalam peperiksaan dengan
mengumpul banyak “A” dalam keputusannya, maka dirinya akan berjaya dalam
kehidupan dan mempunyai dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat
pekerjaan yang baik menikmati kehidupan yang selesa dan Bahagia. Dari segi
perbezaan pula, bahan 1 menerangkan bahawa Pavithra belajar setakat tingkatan
empat, manakala bahan 2 pula menyatakan bahawa ibu bapa sekarang berlumba-
lumba untuk mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan mahir mengajar tentang
teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan mengajar anak mereka.
3. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin menggambarkan kepentingan laman sosial dalam
kehidupan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan seseorang menjadi Youtuber?
- Dapat berkongsi segala ilmu dan keistimewaan yang ada pada setiap individu dengan warga global melalui video
yang dipaparkan dalam Web Youtube.
- Seseorang dapat mempopularkan diri untuk meningkatkan pendapatan melalui aplikasi yang lain seperti
“Facebook, “Whatsapp” dan “Telegram” kerana dapat memperkenalkan produk yang dihasilkan kepada orang
ramai dengan cara yang pantas dan mudah.
- Penerokaan bidang yang baharu tanpa kos yang tinggi dengan menjadi youtuber juga merupakan satu kebaikan
lagi bagi mengembangkan kerjaya masing-masing.
4. Kegagalan seseorang untuk memburu kejayaan boleh menyebabkan mereka hilang hala tuju dalam kehidupan.
Jika anda mempunyai seorang rakan yang gagal memburu kejayaan, bagaimanakah anda dapat memotivasikan
rakan tersebut agar tidak dirundung kekecewaan sehingga menyebabkan masalah kemurungan?
- Saya akan berkongsi ilmu tentang kejayaan saya atau tokoh lain kepadanya supaya rakan saya dapat memperoleh
pengalaman baharu daripada kegagalan.
- Saya juga dapat akan memberikan galakan yang membina untuk membangkitkan semangatnya semula supaya
rakan saya dapat meneruskan usahanya.
- Saya memberikan saranan kepadanya untuk menghadiri kursus yang dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran
agar usaha seterusnya yang dilakukan tidak mudah menemui kegagalan.
PRAKTIS 5
Baca bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1
Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara. Dengan menggunakan satu bahasa
kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Di samping itu, bahasa Melayu
menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita
telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa
Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu,
bahasa kebangsaan juga dapat memupuk seamangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat
ndBailAasikoHunAkaaNln. Mmeellaalluuii perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan
sistem pendidikan tersebut, bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, banyak negara
yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.
BAHAN 2
Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 152 bahasa Melayu bukan sahaja berperanan penting sebagai bahasa
kebangsaan negara, malah berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.
Dalam konteks penggunaannya yang meluas, bahasa ini berperanan sebagai alat penjalin Kerjasama dan persefahaman antara kaum,
atas dasar toleransi dan saling menghormati untuk mewujudkan semangat kekitaan. Secara konseptualnya, bahasa Melayu sebagai teras perpaduan
bangsa Malaysia bolehlah didefiniskan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan yang berupaya menjadi
tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum, dilatari pelbagai agama dan diwarnai aneka budaya, perpaduan adalah sangat penting untuk
menjamin keharmonian negara.
1. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud padu dan abadi?
- Kukuh / utuh/ teguh dan kekal
2. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang peranan bahasa kebangsaan
selepas kemerdekaan?
Persamaan peranan bahasa Kebangsaan
- Sebagai alat perpaduan
- Merupakan bahasa ilmu
- Mewujudkan semangat kekitaan
Perbezaan
(Bahan 1)
- Simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.
- Bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat.
(Bahan 2)
- Sebagai alat penjalin Kerjasama
- Alat persefahaman antara kaum
3. Pada pendapat anda, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Pada pendapat
anda, apakah sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara Malaysia?
Sebab-sebab
- Bahasa peribumi
- Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara
- Bahasa yang digunakan oleh etnik yang majoriti di negara ini.
4. Bahasa kebangsaan semakin dirosakkan oleh media massa yang sering mengabaikan penggunaan bahasa yang
tepat dan betul. Sebagai rakyat yang mencintai bahasa kebangsaan, apakah peranan yang harus anda lakukan untuk
mengatasi masalah ini?
Peranan
- Menyertai pertandingan menulis rencana dalam bahasa kebangsaan yang dianjurkan oleh media massa
- Menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan
- Melibatkan diri dalam program bahasa kebangsaan
- Hanya membaca artikel atau rencana yang menggunakan bahasa baku.
Sekian
Terima Kasih