Pn Syarifah Kahar
Tajuk : Kuliah 1D
Peranan Seni Visual
P u s at T i n g k at an E n am ( P T E )
Semester 1
SMK Lubok China, Melaka
PERANAN SENI VISUAL
APRESIASI SENI VISUAL
MENGENALI, MEMAHAMI, DAN MENILAI
PERANAN SENI VISUAL
PSIKOLOGI SOSIOLOGI
EMOSI
Nasionalisme, komersial, ritual,
KREATIVITI propaganda, persekitaran,
EKPRESI pemujukan, Pendidikan,
SENSITIVITI kebudayaan, kemasyarakatan
dan warisan
Peranan Seni Visual
I. Peranan Psikologi
[ Kajian mental, pemikiran dan perlakuan ]
[ potensi individu, sosial dan kemasyarakatan ]
[ 4 ] Kreativiti, Ekspresi, Emosi Dan Sensitiviti
II. Sosiologi
[ Kajian perkembangan organisasi dan keperluan
kehidupan manusia]
[ individu, sosial dan kemasyarakatan ]
[ 10 ] Nasionalisme, komersial, ritual, propaganda,
Persekitaran, pemujukan, pendidikan, pengeluaran,
kebudayaan, kemasyarakatan dan warisan .
I. Psikologi
[ Kajian Mental, Pemikiran Dan Perlakuan ]
[ potensi individu, sosial dan kemasyarakatan ]
1. Kreativiti
Pembelajaran seni visual boleh memantapkan
keupayaan mencipta atau menghasilkan idea-idea
baharu dalam aktiviti pengkaryaan dan perekaan.
2. Sensitiviti :
Melalui pembelajaran seni visual menjadikan individu
lebih peka kepada persekitarannya. Berkebolehan
untuk menghayati, memahami, bersimpati dan
bertindak.
kreativiti
sensitiviti
3. Emosi
Pengetahuan seni visual boleh membangkitkan
perasaan individu untuk menikmati, mencorak
perlakuan diri secara semula jadi seperti sayang,
benci, marah, sedih dan bersimpati.
4. Ekspresi :
Pembelajaran seni visual boleh meluahkan perasaan,
menambah idea dalam pemikiran dan memberi makna
melalui perkataan, simbol, isyarat serta berkomunikasi
idea.
emosi
ekspresi
Apresiasi Gambar Berdasarkan Peranan Psikologi
Kreativiti
Merujuk kepada gambar “School Holiday”, kreativiti yang berjaya ditunjukkan dalam karya
tersebut adalah bagaimana pelukis Berjaya mengolah kepelbagaian karektor pokok dan
warna daun pokok. Beraneka warna daun seperti warna hijau, kuning, jingga, merah, ungu dll.
Sensitiviti
Sensitiviti memberi maksud kepekaan. Kepekaan individu terhadap persekitaran kampung
yang cantik dengan keindahan alam semula jadi malah terdapat kolam ikan dan sawah padi.
Panorama ini menjadi sumber idea kepada pelukis dan Berjaya dirakam dalam karyanya yang
berjudul “School Holiday”.
Ekspresi
Ekspresi ialah luahan perasaan atau emosi melalui gerak laku seseorang. Merujuk semula
kepada gambar lukisan “School Holiday” karya Ismail Baba luahan perasaan kegembiraan
kanak-kanak itu berlaku secara sepontan apabila mereka melihat binatang ternakan lalu di
hadapan mereka. Kelihatan mereka bersorak kegembiraan.
Emosi
Karya yang berjudul “School Holiday” Berjaya menggambarkan emosi yang ceria. Ini dapat
dilihat melalui kejayaan pelukis menggunkan warna-warna yang terang dengan banyaknya
seperti kuning, jingga dan merah telah mewujudkan suasana yang harmoni dan ceria. Warna
yang ceria diaplikasi pada hampir semua objek yang terdapat dalam karya berkenaan.
II. Sosiologi
[ Kajian perkembangan organisasi dan keperluan
kehidupan manusia]
[ individu, sosial dan kemasyarakatan ]
Nasionalisme
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. menyumbang idea dan berbakti kepada negara
ii. membentuk jati diri dan berkorban untuk negara
iii. bangkitkan semangat cinta kepada bangsa dan negara
Propaganda
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. penyebaran idea, maklumat, kepercayaan, pengaruh dll
Ritual
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. mencipta objek, barangan untuk istiadat, adat,
kehidupan, kepercayaan dll
nasionalisme
propaganda
ritual
II. Sosiologi….sambungan
Persekitaran
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Membangkitkan kesedaran, rasa tanggungjawab, menjaga
dan pemuliharaan terhadap persekitaran.
ii. Mereka bentuk persekitaran sehingga mewujudkan nilai-nilai
estetik.
Budaya
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Memahami amalan dalam kehidupan individu /
masyarakat
Warisan
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Menjadikan kita peka dengan nilai seni terutama
kraftangan merupakan warisan dan khazanah yang perlu
dihargai, dijaga, dikekalkan dan dimajukan.
PERSEKITARAN
BUDAYA
WARISAN
II. Sosiologi….sambungan
Masyarakat
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Memupuk masyarakat yang harmoni, bertanggungjawab,
Bersatu padu, bekerjasama dan saling memahami.
ii. Melatih individu menjadi seorang yang tekun, kreatif dan penyabar
– membentuk masyarakat yang makmur dan berdaya maju.
Pengeluaran
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. menghasilkan satu ciptaan teknologi terbaharu sehingga boleh
meningkatkan pengeluaran.
Komersial
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Menghasilkan barangan, produk yang berkualiti dengn reka
bentuk tertentu yang berpotensi untuk dikomersialkan.
MASYARAKAT
PENGELUARAN
KOMERSIAL
II. Sosiologi….sambungan
Pendidikan
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Memberi pelbagai idea dalam perekaan seperti kulit buku,
penulisan yang kreatif, mereka bentuk alat bantu mengajar
dengan visual dan persembahan yang menarik dll.
ii. Menimbulkan keinginan audien untuk melihat persembahan
maklumat dan visual serta ingin membacanya.
Pemujukan
Pembelajaran, aktiviti dan apresiasi seni visual :
i. Memahami bahawa melalui komunikasi visual adalah satu cara
yang berkesan mengiklankan produk baharu, poster dan
sepanduk dalam kempen pilihan raya.
ii. Sebagai alat pemujukan, serta mempengaruhi pemikiran
individu atau masyarakat.
PENDIDIKAN
PEMUJUKAN
Apresiasi Gambar Berdasarkan Peranan SOSIOlogi
Nasionalisme
Merujuk kepada karya yang berjudul “Market” semangat nasionalisme yang Berjaya
digambarkan melalui karya tersebut adalah dari segi perniagaan di pasar dan petani yang
membekalkan barangan pertanian. Aktiviti perniagaan dan pertanian ini secara tidak langsung
dapat menyumbang kemajuan ekonomi negara.
Masyarakat
Masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang boleh Bersama. Ini telah digambarkan
melalui karya Sin Pao di atas. Kehidupan manusia saling memerlukan. Peniaga amat
memerlukan barangan daripada petani untuk diniagakan.
Komersial
Kemahiran dalam seni visual dapat menghasilkan barangan yang berkualiti dengan reka
bentuk tertentu yang berpotensi untuk dikomersialkan. Sebagai contoh bakul yang diperbuat
daripada buluh digunakan untuk mengisi barangan pertanian yang digunakan di pasar.
Pendidikan
Peranan sosiologi dari aspek Pendidikan yang terdapat dalam karya Sin Pao ialah pekerjaan
sebagai peniaga, nelayan dan petani. Secara tidak langsung karya berkenaan memberi
Pendidikan kepada audien bahawa pekerjaan sebagai peniaga, petani dan nelayan
merupakan satu pekerjaan yang murni dan boleh memberi cahaya dalam kehidupan.
Apresiasi Gambar Berdasarkan Peranan SOSIOlogi
Warisan
Warisan merupakan sesuatu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi
yang lain. Merujuk kepada gambar di atas warisan yang boleh dilihat adalah Rumah Melayu
Tradisional. Reka bentuk Rumah Melayu Tradisional begitu unik dan diperbuat daripada kayu.
Budaya
Budaya memberi maksud sesuatu tamadun atau peradaban yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Aspek budaya yang terdapat dalam gambar berkenaan ialah pakaian
dan tarian tradisional Melayu. Pergerakan bunga tari yang lembut mengikut rentak irama
muzik tradisional yang dimainkan.
Persekitaran
Persekitaran bermaksud kawasan sekeliling sesuatu tempat atau Kawasan sekitar. Kalau dilihat
pada gambar, Kawasan sekitar Rumah Melayu Tradisional dikelilingi dengan tumbuhan alam
semula jadi iaitu pokok-pokok. Pokok juga berfungsi sebagai pelindung daripada cahaya
matahari dan keadaan akan menjadi sejuk selain mengindahkan Kawasan.
Ritual
Ritual adalah tatacara yang dilakukan dalam upacara keagamaan. Merujuk kepada gambar
terdapat sebuah masjid. Masjid merupakan tempat menjalankan aktiviti keagamaan khasnya
masyarakat yang beragama Islam terutama melakukan ibadah.
Apresiasi Gambar Berdasarkan Peranan SOSIOlogi
Pemujukan
Pemujukan ialah kata-kata yang digunakan untuk memikat hati seseorang. Dalam bidang
komunikasi visual terutama pengiklanan barangan yang menggunakan poster sebagai contoh
menggunakan pemujukan warna merah sebagai daya tarikan dan teks yang bertulis “Jualan
Gudang” dengan potongan sehingga lapan puluh peritus merupakan teks yang boleh memikat
pengguna untuk membeli barangan yang diiklankan.
Propaganda
Merupakan satu cara mengiklankan barangan dagangan dengan harapan penjual dapat
mempengaruhi orang ramai supaya membeli barangan berkenaan. Sebagai contoh poster
jualan Gudang di atas merupakan satu propaganda syarikat barangan yang mengadakan
jualan murah dengan potongan harga sebanyak lapan puluh peritus.
Pengeluaran
Pengeluaran merupakan satu proses atau usaha untuk menghasilkan sesuatu barangan.
Merujuk kepada gambar di atas adalah jelas barangan yang dihasilkan ialah peralatan
elektronik seperti perakam video, computer dan telefon bimbit. Sebenarnya yang menjadi
tumpuan utama ialah penghasilan sebuah poster. Kemahiran dalam seni visual boleh diaplikasi
dalam menghasilkan sebuah poster yang berkualiti.
Latihan
Gambar di atas adalah karya Roy Lichtenstein yang berjudul
“ Hopeless “, tahun 1963. Jelaskan tiga peranan psikologi yang
digambarkan melalui karya tersebut.
Karya Yeong Seak Ling ‘My Country , My Love , My Sky’
Makna
interpretasi
sosiologi
psikologi
analisis
Peranan Psikologi
Lukisan “ Naif “ ( emosi, ekspresi - ceria )
sosiologi
Berdasarkan karya. Chia Yu Chian Berjudul “ Malayan Life “ ,
Bincangkan peranan sosiologi yang terdapat dalam karya berkenaan
Kebudayaan, kemasyarakatan, persekitaran pendidikan,
Nasionalisme, ritual, warisan
Berdasarkan karya Redza
Piyadasa, “Two Malay Women “,
tahun 1985.
Bincangkan tiga peranan
sosiologi yang terdapat dalam
karya berkenaan
Sekian terima kasih
Daripada saya …
Cikgu SK