The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAMALA DEVI A/P VYRAVAN KPM-Guru, 2024-06-27 21:54:47

ETIKA PAKAIAN PELAJAR TINGKATAN 6

PENDAFTARAN & ORIENTASI TINGKATAN 6

Keywords: HAL EHWAL PELAJAR

Antara kod etika pakaian Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan adalah seperti berikut :- PAKAIAN • 1) Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain • 2) Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah • 3) Bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan • 4) Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan. • 5) Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’ tidak boleh melebihi 5 sentimeter. • 6) Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim (jeans). • 7) Pelajar wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.


• 8) Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan. • 9) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat. • 10) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan. • 11) Bagi aktiviti luar dan pada hari kokurikulum, pelajar dibenarkan memakai seluar panjang hitam dan kemeja-T sekolah berlengan panjang atau pendek. • 12) Tali leher mestilah tali leher SMK Anderson (boleh diperoleh dari koperasi sekolah).


• RAMBUT DAN KUKU ▪ RAMBUT ▪ SETIAP PELAJAR HENDAKLAH SENTIASA BERAMBUT KEMAS DAN RAPI ▪ SEMUA PELAJAR TIDAK DIBENARKAN MEWARNA RAMBUT ▪ PELAJAR LELAKI - BERFESYEN RAMBUT KETERLALUAN ADALAH DILARANG (SKIN CUT, PUNK, BEREKOR DAN SEBAGAINYA) ▪ PELAJAR PEREMPUAN - PELAJAR MESTI MENYISIR RAMBUT DENGAN RAPI DAN DIIKAT JIKA RAMBUT MELEBIHI PARAS BAHU ▪ KUKU ▪ KUKU SENTIASA DIPOTONG PENDEK ▪ TIDAK BOLEH DIWARNAKAN


Click to View FlipBook Version