The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 210725, 2022-06-21 11:26:51

Peristiwa Double Six

Peristiwa Double Six

POLITEKNIK KOTA KINABALU
MPU 21032 PERADABAN ISLAM

Topik: Peristiwa Double SIx

Disediakan Oleh : Mohd Hairiel bin Alfred
(07DTP21F1032)

ISI KANDUNGAN

Pengenalan
Kronologi
Mangsa Peristiwa
Punca punca
Kesimpulan

PENGENALAN

Kemalangan Double Six, juga dikenali sebagai Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku
pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Malaysia. Kapal terbang, yang dikendalikan oleh Sabah Air, yang datang dari
Labuan telah terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu. Nahas itu membunuh semua orang di atas kapal penerbangan, termasuk Tun Fuad Stephens, Ketua
Menteri Sabah pada masa itu.
Penumpang lain pada penerbangan tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong
Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion. Turut terkorban adalah Setiausaha Kementerian Kewangan
Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan
(Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun
Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.

KRONOLOGI

Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di
sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50
petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas. Pesawat dari Labuan
itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari
lokasi kejadian.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi
tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh
kejadian itu iaitu 6 jun 1976.
Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah
termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota
rombongannya.

MANGSA PERISTIWA

SENARAI NAMA MANGSA

Tun Mohd Fuad Stephens (ketua Menteri Sabah)
Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah)
Ishak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah)
Koperal Said Mohammad (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
Gandhi J Nathan (Juruterbang)

PUNCA PERISTIWA

Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui. Sejurus selepas kemalangan, terdapat
dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu. Kerajaan
Australia menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.
Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan
faktor utama yang menyebabkan kemalangan. Namun, punca sebenar bagi kemalangan itu masih
belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih
diklasifikasikan.
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-
saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu
Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.
Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi
pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang
sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh
helikopter tentera ke Kota Kinabalu.



Conclusion

Pyppimlktdeteaeuauiubekrannn.sdineuhdKgccatyaakaaaepemanahrdkbanaeuneimatnjismpabdp.uegeakSaoabaananelklatniayjtnawuAlginiiknakrkgauguseymaaskaasmtapnenretsnmaa.rbepkgulTlleaeaiaepaetgrglnpiraabdamidgankuamgaasegaakapnnekantl.mamageanfmnthnaebijatknkuaatunetehglnoaktmniataarnnutarunsguikmspaetapiaaemhtenalkmkn,tpdduiecadaaalaraatnayrmskianianasga

References

1. Tun Fuad Stephen Dan Tragedi double Six. The Patriots.
(2020, September 16). from
https://www.thepatriots.asia/tun-fuad-stephen-dan-
tragedi-double-six

2. Wikimedia Foundation. (2017, May 6). Tragedi Double Six.
Wikipedia from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Double_Six


Click to View FlipBook Version