SMK Taman Tasik
Jalan Tasik Tambahan 2
Kampung Tasik Tambahan
68000 Ampang, Selangor D.E
#DERAP TASIK BERBISA
PERTANDINGAN
E-MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
PERINGKAT KEBANGSAAN
2021
NAMA
MURID/ PESERTA
1.Awais Ahmed Bin Jamil Ahmed
2.Muhammad Danish Ajmal Bin Rozaimi
3. Sahatheyvan A/L Ravichandran
E-MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
'BANDAR AURORA'
E-Model Bandar Teknologi Hijau yang diberi
nama "Bandar Aurora". Aurora bermaksud
fenomena yang menghasilkan cahaya.Dalam
situasi pandemik hari ini, kami juga tidak lari dari
pandemik ini dan sentiasa berusaha menyiapkan
tugasan ini.
Bandar Aurora dibangunkan di kawasan
berhampiran pantai dan sungai.Bandar Aurora
telah dibina di atas papan berkeluasan lebar 100
cm x panjang 150 cm dengan ketinggian
maksimum 50 cm.
Bandar Aurora dilengkapi dengan 8 sektor utama.
Sektor-sektor tersebut ialah:
1.Tenaga
2. Pengurusan sisa dan air sisa
3. Bangunan
4. Pengangkutan
5. Industri
6. Pertanian dan perhutanan
7. Teknologi dan maklumat komunikasi
8. Kesihatan
A) Sektor Tenaga
Sektor pertama ialah sektor tenaga.Bandar Aurora
memaksimakan penggunaan tenaga boleh
diperbaharui seperti tenaga hidro elektrik yang
terhasil dari stesen hidro elektrik.Selain itu,
pembinaan kincir angin di tepi-tepi sungai juga
membantu penghasilan tenaga elektrik.
Kebanyakan bangunan di bandar ini dilengkapi
dengan panel solar yang mampu menyerap tenaga
matahari dan seterusnya menjana
elektrik.Penjanaan tenaga gas biojisim dari tempat
pelupusan sampah menghasilkan gas metana.Oleh
itu jejak karbon dapat dikurangkan dan
penggunaan tenaga tidak boleh diperbaharui dapat
dikurangkan.
B) Pengangkutan
Sektor kedua ialah sektor pengangkutan.
Dalam usaha mengurangkan jejak karbon,
penggunaan basikal amat digalakkan.
Penggunaan pengangkutan awam seperti
MRT di pusat bandar membantu
mengurangkan kesesakan lalulintas.
Terdapat lebih banyak stesen
pengecasan kenderaan elektrik dalam
usaha menggalakkan warga Aurora
menggunakan kenderaan hibrid.
C) Pertanian dan perhutanan
Sektor ketiga pertanian dan perhutanan.
Jangan hanya mekar di bibir sahaja,itulah
yang amat kami tekankan.Dengan
wujudnya hutan di pinggir bandar, ia telah
dijadikan hutan simpan bagi memastikan
kelestarian alam.
Selain itu, habitat haiwan dan tumbuhan
juga akan lebih terjamin.Kami lebih
menekankan tanaman hidroponik dan
aquaponik supaya tempoh untuk penuaian
hasil lebih pendek,kurang tanah digunakan
dan kesan eutrofikasi dapat dikurangkan.
D) Bangunan
Sektor keempat ialah bangunan. Bangunan
yang didirikan di sini kebanyakannya
berkonsepkan kehijauan supaya kitar
karbon dapat dikekalkan. Penanaman
veritkal di bumbung dan kaki lima
bangunan membantu mengekalkan
kehijauan dan bidang pertanian.
Warna yang lebih cerah dan tiada filem
tingkap digunakan supaya kurang haba
diserap dan pemanasan global dapat
dikurangkan. Sekolah, universiti,Balai
Bomba dan Balai Polis didirikan di pusat
bandar manakala hospital dibangunkan
berhampiran kawasan penempatan supaya
ia terhindar dari kesesakan.
Hotel-hotel juga ada yang dibangunkan
berhampiran bandar dan laut sesuai bagi
memenuhi keperluan pengunjung.
E) Pengurusan sisa dan sisa air
Keindahan sesuatu bandar tidak akan
kekal lama andainya tiada pemeliharaan
dan pemuliharaan dijalankan.Seperti kita
maklum, setiap hari 1 juta tan sampah
dihasilkan di negara kita.
Oleh itu,kami mewujudkan tempat
pelupusan sampah yang menekankan
konsep 5R.Sisa pepejal seperti ranting
kayu dan barang-barang lain akan
diasing sebelum dikitar semula.
Ranting-ranting kayu,daun dan sisa
makanan boleh dijadikan baja kompos .
lain akan diasing mengikut konsep 5R.Sisa
air yang terhasil daripada air yang telah
digunakan contohnya dari air basuh
pinggan dan air najis akan dirawat dahulu.
F) Industri
Sektor keenam ialah sektor
perindustrian dan pembuatan.Bagi
menjamin kelestarian alam dan
mengurangkan impak kepada manusia,
kilang-kilang dibina jauh dari kawasan
penempatan dan punca air.
Ini supaya tragedi pencemaran air tidak
berlaku di bandar ini.Bagi membantu
ekonomi nelayan,pusat penghasilan
produk nelayan juga dibangunkan.
G) Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Sektor terakhir ialah Sektor Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Seiring dengan keperluan jalur
lebar yang menuju kepada penggunaan 5G, lebih
banyak pencawang telekomunikasi dibina bagi
memudahkan penggunakaan jalur lebar
Bahan yang digunakan untuk
menghasilkan model
Kami telah menggunakan pelbagai bahan dalam
menghasilkan Bandar Aurora. Dalam mencipta
Bandar Aurora ini, kami telah menggunakan 2
strategi iaitu penjimatan kos dan
memperbanyakkan penggunaan bahan kitar
semula.
Bahan yang digunakan untuk
menghasilkan model
Penjimatan kos telah berjaya dilaksanakan dan
terbukti apabila kami berjaya membeli bahan
hanya dengan kos di bawah RM40.00 .Kami
juga berjaya menggunakan banyak bahan kitar
semula
Bahan yang digunakan untuk
menghasilkan model
Bahan Kitar Semula
1. Kotak 5. Surat Khabar
2.Botol plastik 6. Lidi
3.Penutup botol 7. Bekas makanan plastik
4.Papan 'plywood' 8. Paku
Bahan yang digunakan untuk
menghasilkan model
Bahan Bukan Kitar Semula
1. Gam 6. Silotape
2.Span pencuci piring 7. Kapas muka
warna hijau 8. Pencungkil gigi
3.Cat sembur/'spray paint'9. Plastisin / tanah liat
4.Warna air 10. Kertas A4
5. Double tape
Oleh itu diharap Bandar Aurora dapat
menjadi eco bandar yang membantu
kelestarian bandar
GAMBAR SEMASA MENYIAPKAN
E-MODEL BANDAR HIJAU 'BANDAR AURORA"
GAMBAR SELEPAS MENYIAPKAN
E-MODEL BANDAR HIJAU 'BANDAR AURORA"
SEKIAN
TERIMA KASIH
#DERAP TASIK BERBISA