PENULIS NUR’ALYA HAZIQAH BINTI HELMI
CETAKAN 2024 ILUSTRASI PENULIS KULIT DAN GRAFIK NUR'ALYA HAZIQAH BINTI HELMI NUR'ALYA HAZIQAH BINTI HELMI NUR'ALYA HAZIQAH BINTI HELMI
“Cici, Cici, Cici…” “Mari sini, ibu beli ayam goreng….” aku mendengar namaku dipanggil dari ruangan dapur. “Meoww…” Cici, seekor kucing yang berwarna kelabu. Matanya bulat bak bulan purnama, dikelilingi celak mata hitam. Semasa kecil , kekadang Cici dipanggil ‘OWL’ kerana matanya menyerupai burung hantu. Hidungnya hitam seperti arang, putih di kaki seakan stokin dan bulunya gebu gebas seperti kapas. Cici telah dibela selama lapan tahun oleh sebuah keluarga yang penyayang sejak Cici masih kecil. Cici sangat disayangi oleh tuannya kerana Cici adalah satu-satunya kucing yang mereka miliki. Makanan kegemaran Cici ialah ayam goreng. 1
2
Semuanya tenang sehinggalah tuannya membawa pulang seekor anak kucing berwarna oren yang diberi nama Yoyen. Sejak kehadiran Yoyen, Cici berasa telah disisihkan. Kini, Cici kurang diberi perhatian. Tidak seperti dahulu. Selama ini, Cici hidup di rumah itu dengan tenang tanpa gangguan oleh sesiapa. Namun, kehadiran Yoyen telah membuat hidup Cici kucar kacir. Cici sering diganggu, dikacau dan dikejutkan oleh si kucing oren, Yoyen. Yoyen tidak boleh melihat Cici berehat dengan tenang. Paling menyedihkan, Yoyen sering memanggil Cici ‘kucing tua’. 3
4
“Kucing tua, kucing tua… HAHAHAHA kau tu dah tua, kecomelanmu tidak seperti aku yang muda. Kerja kau tidur sahaja. Oh lupa kamu sudah tua HAHAHAHA , ” kata Yoyen kepada Cici. ”Mentang-mentanglah aku dah tua, boleh kau kacau aku. Kau tahu, aku abang long kawasan ini. Aku hidup lebih lama daripada kau, ” kata Cici dalam hati. “Kini tuan kita lebih manjakan aku berbanding kau. Aku rasa tuan kita sudah perlahan-lahan lupakan kaulah Cici. Habislah kau….“ kata Yoyen kepada Cici. 5
6
Kata-kata yang dilontarkan Yoyen menyebabkan Cici berasa tersinggung dan sedih. Cici mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan. ”Arghh, aku sudah tidak tahan lagi dengan Yoyen. Lebih baik aku keluar daripada rumah ini. Pasti semua akan gembira, ” Cici berkata sendirian. Akhirnya, Cici membuat keputusan untuk membawa diri ke tempat lain bagi mencari ketenangan. 7
8
Seminggu berlalu begitu sahaja sejak kehilangan Cici tanpa sebarang jejak. Sepanjang tempoh tersebut, Yoyen terkenang akan Cici si kucing tua. Yoyen mula berasa kesunyian sejak ketiadaan Cici. Suasana di rumah itu turut menjadi muram disebabkan kesedihan yang melanda semua orang apabila Cici menghilangkan diri. ”Di manalah abang Cici. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah. Adakah dia merajuk disebabkan aku? Aku tidak sepatutnya mengusik dia sehingga dia terasa akan perbuatanku. Tuanku sekeluarga kini sentiasa bersedih kerana kehilangan kucing kesayangannya yang sudah dibela lebih lama berbanding diriku, ” Yoyen berkata dalam hati. 9
10
Setiap hari usaha mencari Cici diteruskan, tetapi masih tidak berjaya. Suatu hari ketika aku sedang makan, tuanku telah meninggalkan pesanan kepadaku sebelum beliau pergi ke kerja. ”Yoyen, Ibu dah lama cari Cici. Tapi tetap tidak menjumpainya. Yoyen cubalah pergi cari Cici, pujuk dia balik rumah…” pesan Ibu kepada Yoyen. 11
12
13 Pada keesokan harinya, Yoyen memulakan misinya untuk mencari Cici. Yoyen mula mencari Yoyen di kawasan perumahan. Dia juga cuba untuk mencari Cici jauh ke luar kawasan perumahan. Namun, dia takut akan bahaya yang akan menimpa dirinya. Namun, memikirkan semula akan kesilapannya Yoyen memberanikan dirinya untuk meneruskan misi mencari Cici. ”Cici oh Cici, di manakah kau. Pulanglah Cici. Aku rindu pada kamu. Aku minta maaf atas kesilapanku. Munculkanlah diri segera, ” kata Yoyen.
14
”Meoww...awak nampak tidak kucing tua berwarna kelabu lalu di kawasan ini?” tanya Yoyen kepada kucing putih. ”Maaf, saya tidak nampak akan kelibatnya, “ balas kucing putih kepada Yoyen. ”Baiklah kalau begitu. Sekiranya awak nampak kucing itu, pesan kepadanya untuk pulang ke rumah. Tuannya sangat merindukannya, ” pesan Yoyen kepada kucing tersebut. 15
16
Setelah puas mencari Cici, Yoyen kembali ke rumah dengan rasa kecewa. Tiba-tiba, kedengaran suara kucing mengiau bertalu-talu dari taman permainan yang terletak tidak jauh dari rumah. Yoyen segera bergerak ke taman permainan. Dia terlihat seekor kucing hitam di situ. Lantas dengan berani, Yoyen mendekatkan diri mendekati kucing tersebut dan memarahinya. “Hei, kenapa awak buat bising, ” marah Yoyen. ”Meow, meow, meow…...Saya sedang kesedihan. Saya mencari anak saya yang hilang. Awak Nampak anak saya? Tadi dia ada bersama-sama saya. Namun, dalam sekelip mata dia menghilang begitu sahaja dari pandangan saya. Tolonglah saya….“ balas kucing tersebut dengan nada yang sedih. Yoyen meminta maaf kerana memarahi kucing tersebut tanpa mengetahui situasi yang berlaku. 17
18
Tiba-tiba Cici memunculkan diri. Yoyen amat terkejut. “ Syukur, awak selamat, “ kata Yoyen. ”Apa kata kita pergi mencari anak kamu bersamasama, “ kata Yoyen. Mereka pun mencari anak kucing itu di sekitar taman permainan. Akhirnya, mereka menjumpai anak kucing tersebut di kawasan semak samun. 19
20
“Oh anakku, kenapa kamu menghilang begitu sahaja, ” kata kucing hitam kepada anaknya. ”Maafkan saya ibu, saya tertarik dengan bola yang dibaling oleh kanak-kanak itu. Lalu saya pun mengejar bola tersebut sehingga ke sini, ” balas anak kucing tersebut. Setelah kucing hitam beredar bersama-sama anaknya, tinggallah Cici dan Yoyen di taman permainan itu. Suasana menjadi kekok seketika. 21
22
“Yoyen, apa yang awak lakukan di sini. Bukankah awak patut berada di rumah pada waktu ini. Waktu sudah semakin senja. Sekarang ini, tuan pasti berasa risau. Kalau perkara buruk menimpa awak. Saya juga yang akan dipersalahkan, ” ujar Cici kepada Yoyen. ”Cici, saya ingin meminta maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan kepada awak. Saya berjanji , saya tidak akan lagi mengganggu dan mengejek awak selepas ini. Saya tidak sepatutnya memanggil awak kucing tua sedangkan awaklah yang paling lama tinggal di rumah itu. Saya berjanji akan menghormati awak selepas ini dan tidak akan bergurau kasar dengan awak, Cici, ” balas Yoyen. 23
24
Yoyen mendekati Cici dan menggosokkan tubuhnya ke badan Cici. ”Marilah pulang wahai Cici. Tuan sangat rindukan awak. Sudah seminggu mereka mencari awak. Tetapi awak tetap tidak memunculkan diri. Saya tidak menyangka bahawa awak akan berada di sini. Puas saya mencari awak hingga ke luar kawasan perumahan ini, “ kata Yoyen kepada Cici. ”Ooh, saya minta maaf Yoyen. Kehilangan saya telah menyusahkan semua pihak termasuk awak. Terima kasih kerana berusaha mencari saya walaupun tahu bahaya yang akan menimpa awak. Saya bukan sengaja menghilangkan diri. Saya hanya ingin mencari ketenangan. Secara tidak sedar, seminggu sudah berlalu. Saya berniat ingin pulang ke rumah. Namun, saya masih berat hati untuk pulang kerana saya bimbang akan dimarahi atas perbuatan saya menghilangkan diri sehingga membuatkan tuan berasa sedih, ” balas Cici . 25
26
Lalu, Cici dan Yoyen pulang ke rumah dengan senang hati. Tuannya menyambut mereka dengan sangat gembira. Cici telah diberikan makanan kegemarannya iaitu ayam goreng yang baru sahaja dimasak oleh tuannya. Sejak kejadian itu, Cici dan Yoyen sudah menjadi sahabat baik. Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka kecuali ajal dan maut. -TAMAT27
28
PENGAJARAN 29
Mengisahkan kehidupan seekor kucing bernama 'Cici' . Cici telah dibela oleh sebuah keluarga penyayang selama lapan tahun. Kehidupannya tenang sehinggalah seekor kucing oren bernama 'Yoyen ' dalam hidupnya.