The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-15 09:04:22

BIO TING. 4 : KARBOHIDRAT

KARBOHIDRAT

BAB 4 :
KOMPOSISI
KIMIA DALAM SEL

1

4.1 SIFAT DAN KEPENTINGAN AIR
DALAM SEL

Sifat no. 1 :
KEKUTUBAN AIR.

Ikatan  Air adalah sebatian TAK organik
hidrogen  Terdiri daripada unsur-unsur Hidrogen (H) dan oksigen (O).
 Ikatan hidrogen terbentuk apabila :

Atom-atom hidrogen daripada 1 molekul air tertarik kepada atom
oksigen daripada molekul air bersebelahan. (oksigen lebih
elektronegatif).
 Elektron yang dikongsi di antara oksigen dan hidrogen yang tertarik

ke arah oksigen ini menghasilkan sifat kekutuban air.
 Hasilnya, air adalah molekul berkutub.
 Kekutuban ini membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta.

2

Gam ini Sifat no. 2 :
melekit. DAYA LEKITAN DAN DAYA LEKATAN
Gam dengan
gam  Molekul air melekat antara satu sama lain melalui daya lekitan
mempunyai  Molekul air juga melekat pada permukaan lain melalui daya lekatan.
daya lekitan.  Kedua-duanya menghasilkan tindakan kapilari yang membolehkan air

memasuki dan bergerak di sepanjang ruang yang sempit, misalnya
dalam salur xilem

Gam ini melekat di Kalau tak faham lagi, cubalah bayangkan jari awak
tangan. Gam dengan dengan taik hidung! Mana satu ada daya lekatan,
tangan mempunyai mana satu ada daya lekitan?=D
daya lekatan.

3

Sifat no. 3 :
MUATAN HABA TENTU AIR

Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi iaitu
sebanyak 4.2 kJ kg-1 0C-1

Maksudnya, 4.2 kJ tenaga haba diperlukan untuk
menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 10C

Dengan satu kenaikan suhu yang kecil, air menyerap
banyak tenaga haba. Ciri ini sangat penting untuk
mengekalkan suhu badan organisma.

4.2 kJ kg-1 0C-1

4.2 kilo joule per 1 kilogram per 1 darjah celcius

4

PRAKTIS FORMATIF 4.1

SOALAN 1 :
Apakah ikatan kimia yang terurai semasa air berubah daripada cecair kepada
wap air?

SOALAN 2 :
Mengapakah air dikenali sebagai molekul berkutub?

SOALAN 3 :
Nyatakan maksud daya lekatan dan daya lekitan

SOALAN 4 :
Terangkan bagaimana berpeluh membantu menurunkan suhu badan.

5

HAFAL YANG NI DULU SEBELUM BELAJAQ SETERUSNYA.

SEBATIAN ORGANIK / UNSUR FORMULA
TAK ASAS KIMIA
Air ORGANIK
Karbohidrat H, O H2O
Lipid Tak organik C, H, O (CH2O)n
Protein C, H, O -
Asid Nukleik Organik C, H, O, N -
C, H, O, N, P -
Organik

Organik

Organik

Air HtwoO
Karbohidrat Lipid Protein Asid nukleik – cho, cho, chon, chonp.
(Baca, pronounce it..bukan sebut huruf demi huruf)

6

7

 Sejenis sebatian organik
 Sebatian kompleks dan besar membentuk makromolekul. (makro = besar)
 Kebanyakan makromolekul ialah polimer.
 Polimer terdiri daripada molekul-molekul kecil yang dikenali sebagai

monomer. (monomer = binaan asas)
 Karbohidrat terdiri daripada unsur karbon(C), hidrogen (H) dan oksigen (O)
 Nisbah C : H : O ialah 1 : 2 : 1
 Formula kimia bagi karbohidrat ialah (CH2O)n
 Kepentingan karbohidrat : sumber tenaga dan bahan binaan asas bagi

sesetengah organisma

Kanji

Monomer

monomer + monomer = polimer (Ada 2 monomer je, dah cukup 8
untuk membentuk polimer

JENIS-JENIS KARBOHIDRAT

1.MONOSAKARIDA (Mono = 1)

2.DISAKARIDA (Di = 2)

3.POLISAKARIDA (Poli = Lebih daripada 2)

9

MONOSAKARIDA

GALAKTOSA

FRUKTOSA MONA - monosakarida
GIRL - glukosa
FRIEND - fruktosa
GANESH – galaktosa

(Kena ingat monosakarida dulu! Baru

senang nak ingat disakarida, polisakarida)

GLUKOSA (ingat contoh bagi semua monosakarida

juga!) 10

1. Monosakarida ialah monomer karbohidrat, iaitu unit karbohidrat yang paling ringkas.
2. Monosakarida boleh bergabung membentuk polimer melalui tindak balas kondensasi.
3. Kebanyakan monosakarida rasanya manis, boleh membentuk hablur dan larut dalam
air.
4. Monosakarida mempunyai kuasa penurunan, iaitu berupaya memindahkan hidrogen
(atau elektron) kepada sebatian lain. Proses ini disebut sebagai penurunan.
5.Apabila monosakarida dipanaskan dalam larutan Benedict, monosakarida akan
menurunkan kuprum (II) sulfat biru kepada mendakan kuprum (I) oksida yang
berwarna merah bata.
6. Semua monosakarida melakukan tindak balas penurunan dan dikenali sebagai gula
penurun

Monosakarida Dipanaskan Mendakan merah 11
+ kuprum (II) bata (CuO)
sulfat

DISAKARIDA

MALTOSA SUKROSA

DIA - Disakarida LAKTOSA 12
MINUM - Maltosa
SUSU - Sukrosa
LEMBU - Laktosa

MONA - monosakarida DIA - Disakarida
GIRL - glukosa MINUM - Maltosa
FRIEND - fruktosa SUSU - Sukrosa
GANESH – galaktosa LEMBU - Laktosa

Molekul disakarida terhasil apabila dua molekul gula ringkas
(monosakarida) bergabung melalui proses kondensasi untuk membentuk
satu unit disakarida.

Proses ini melibatkan penyingkiran 1 molekul air (Air sebagai hasil t/balas)

1. Glukosa + glukosa Kondensasi Maltosa + air
Kondensasi Sukrosa + air
Laktosa + air
2. Glukosa + fruktosa
3. Glukosa + Galaktosa Kondensasi

13

Disakarida juga boleh diuraikan kepada unit-unit monosakaridanya melalui
hidrolisis dengan penambahan 1 molekul air (Air sebagai bahan t/balas)

1. Maltosa + air Hidrolisis Glukosa + glukosa
2. Sukrosa + air Hidrolisis Glukosa + fruktosa
3. Laktosa + air Hidrolisis Glukosa + galaktosa

Laktosa dan maltosa ialah gula penurun manakala sukrosa ialah gula bukan
penurun.

 Sekiranya sukrosa dihidrolisis terlebih dahulu menjadi glukosa dan
fruktosa, maka ujian Benedict akan menunjukkan keputusan positif.

14

Maltosa + air Hidrolisis Glukosa + glukosa
Kondensasi
Lihat sebotol 100 plus yang sejuk.Terdapat
HIDRO = AIR titisan air yang terbentuk di luar botol. Inilah
LISIS = PENGURAIAN satu contoh mudah proses kondensasi.
Kondensai menghasilkan air.
HIDROLISIS = PENGURAIAN MOLEKUL
ATAU SEBATIAN, DENGAN KEHADIRAN
AIR.

15

POLISAKARIDA

KANJI

SELULOSA

POLIS -Polisakarida GLIKOGEN
SELALU - Selulosa
KE - Kanji 16
GYM - Glikogen

 Polisakarida ialah gula polimer yang terdiri daripada monomer
monosakarida.

 Polisakarida terbentuk melalui proses kondensasi
 Proses itu melibatkan beratus-ratus monosakarida untuk membentuk rantai

molekul yang panjang.
 Polisakarida tidak larut dalam air kerana saiz molekulnya yang besar
 Polisakarida tidak mempunyai rasa manis
 Polisakarida tidak menghablur
 Polisakarida boleh diurai melalui hidrolisis dengan bantuan asid cair dan

tindakan enzim.
 Polisakarida :

SELULOSA – struktur utama dalam dinding sel tumbuhan
KANJI - simpanan utama dalam tumbuhan. Kanji juga didapati dalam

kloroplas. Kanji boleh diperolehi daripada sumber bijirin, ubi
kentang dan kekacang.
GLIKOGEN – simpanan utama dalam haiwan.
Dapat djumpai dalam sel otot dan sel hati.

17

Kitin, sejenis polisakarida digunakan sebagai benang pembedahan.
Kitin akan terurai setelah luka yang dijahit sembuh.

18


Click to View FlipBook Version