The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yieb_83, 2021-10-18 22:31:41

Presentation 13-5

Presentation 13-5

Notis Mesyuarat
Agung

Isi kandungan Bil Perkara
1 Notis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 41
2 Isikandungan
3 Aturcara majlis dan agenda mesyuarat
4 Jawantankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke

41
5 Senarai nama AJK PIBG 2019/2021
6 Minit mesyuarat PIBG kali ke 40, 2020
7 Penyata kewangan Tahun 2020
8 Laporan perjalanan aktiviti PIBG Tahun 2020
9 Perbahasan usul Mesyuarat Agung PIBG 2021
10 Perlantikan Ahlijawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
11 Sekalung penghargaan

ATURCARA   MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41
SK SERI PAYA

9.00 pagi Agenda mesyuarat :
Pendaftaran
Bacaan doa 1. Kata-kata aluan Pengerusi
Tayangan Montaj 2. Pengumuman mengenai jumlah
Majlis ucapan: kehadiran.
3. Pembentangan dan pengesahan
•Ucapan aluan Guru Besar SK   minit  Mesyuarat Agung PIBG  kali
ke 40.
Seri Paya, Cikgu Zalela Bt 4. Pembentangan dan pengesahan
Sheran laporan perjalanan PIBG kali ke 40.
5. Membentang dan menerima
•Ucapan perasmian oleh YDP Penyata Kewangan PIBG berakhir
pada 31 Disember 2020.
PIBG, Tn Hj Hasin@ Hasan 6. Pembubaran jawatankuasa PIBG
B.Salamat. sesi 2019/2021.
7. Pemilihan Ahlijawatankuasa PIBG
Taklimat Program Robotik Virtual sesi 2021/2023.
STEM. 8. Perbahasan  usul atau cadangan.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9. Ucapan penangguhan.
41 dijalankan mengikut agenda
mesyuarat.

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 41, SK SERI PAYA

BIL BIDANG TUGAS NAMA GURU

1 JK Pendaftaran • Cikgu Siti Farhana bt Umar

2 Pembaca doa • Ustaz Mohd Bahtiar bin Harun

3 JK Program, Jemputan dan • Cikgu Norha zah binti Mohamad

Montaj • Cikgu Toiyibah binti Abu Bakar


Cikgu Faridah binti Mat Dan
4 Pengacara Majlis
• Cikgu Rohaini bt Suradi
5 JK Teknikal •
• Cikgu Mohd Nazirul bin Ahmad

Tn Hj Asri bin Md Sulaiman
6 JK Pencatat Ucapan •
• Cikgu Kamaliah bt Abd Kadir

• Cikgu Norfarlina bt Parmin
7 JK Pencatat Minit Mesyuarat • Cikgu Zuraidah binti Yakeni


8 JK Promosi dan fotogra • Cikgu Nor Azian bt Muhamad
• Cikgu Shahada binti Mohd Kassim


9 JK Link dan dokumentasi • Cikgu Fauzi bin Hamim
• Cikgu Faridah bt Mat Dan

Cikgu Villiah Pardes Nelson


fif







MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2019

4.1
Puan Raiha Laily binti Masri selaku Bendahari Kehormat PIBG SK Seri Paya
membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 15 Disember 2019 untuk diterima
dan disahkan pada muka surat 13.
 
4.2
Dicadang untuk di sahkan dan diterima oleh Encik Hairul Anuar bin Ahmad Dariri
 
4.3
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Mohd. Alfarid bin M. Kamal

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.

5.1
Usul pertama
 
5.1.1.
Puan Ratna Dewi Binti Daud membacakan usul yang pertama pada muka surat 13 iaitu beliau
mencadangkan agar pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya menerima pelajar baru yang
bukan penduduk Kg Seri Paya tanpa usul periksa. Ini kerana pelajar tersebut membawa
budaya yang kurang sopan dan tidak menyenangkan pihak ibu bapa dan penjaga. Tutur kata
yang tidak sopan dan samseng akan menjadi ikutan suatu hari nanti dikalangan pelajar.
 
5.1.2
Cikgu Hajah Zaleha Binti Yahya selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi respon
dan menyatakan beliau telah memohon untuk block (tahan) dari menerima murid luar. Tetapi
di peringkat PPD, mana-mana pegawai boleh ada kuasa dan cop untuk kelulusan kemasukan
ke sekolah ini. Oleh itu, kemasukan ke sekolah ini adalah diluar kuasa pihak sekolah.
 

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.

 
5.1.3
Beliau juga menyatakan apabila pengawai di PPD telah meluluskan kemasukan murid ke
sekolah ini, pihak sekolah tiada kuasa untuk menolak kemasukan murid tersebut. Pihak
sekolah juga akan menerima murid tersebut.
 
 
5.1.4
Beliau juga menerangkan untuk pengetahuan kepada semua ahli mesyuarat iaitu sekiranya
murid melakukan 3 kali kesalahan kecil berturut akan dikira 1 kesalahan besar. Ponteng 3
hari berturut-turut tanpa alasan akan diberi surat amaran pertama.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.
5.2
Usul Kedua
 
 5.2.1
Pengerusi menyatakan pengusul yang kedua tidak hadir iaitu Encik Abu Samad bin Kamson. Beliau
membaca usul tersebut iaitu mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan “Program makan sihat”
untuk murid-murid dengan memberi contoh saya akan membuat bayaran secara bulanan untuk makan
rehat anak. Pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan dan murid akan terus mengambil dan
makan. Murid tidak perlu membawa duit untuk membayar. Program ini seakan-akan program RMT
yang membezakannya ialah ibu bapa yang akan membayar makanan untuk sebulan. Program ini
tidak wajib tetapi yang berminat boleh turut serta. Peruntukan makan untuk sehari boleh diiancangkan
nanti.  
  
 

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.

 
 5.2.2
Pengerusi menyatakan ini adalah merupakan cadangan (usul) umum, tidak perlu diputuskan
dalam mesyuarat jadi terpulang kepada ibu bapa untuk menerima cadangan tersebut.

  
5.2.3
Puan Hajah Sarimah binti Mohd Ra e selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Seri Paya memberi respon dengan menyatakan kembali maksud usul tersebut iaitu ibu bapa
membuat bayaran bulanan untuk murid dan murid tidak perlu membayar duit waktu rehat.
Beliau menyatakan boleh dan bergantung kepada ibu bapa. Sekiranya, ibu bapa yang
berminat boleh meletakkan nombor telefon dan berurusan terus dengan pengusaha kantin.
Pengusaha kantin akan menyatakan jumlah bayaran tersebut.

 



if

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.
6.1
Selaraskan warna tudung untuk murid perempuan untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani.
 
6.1.1
Pn Laily Azliza Binti Salikin mengusulkan agar diselaraskan warna tudung untuk murid perempuan
ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan iaitu warna gelap.
 
6.1.2
Puan Hjh Sarimah binti Mohd Ra e memberi respon dengan menyatakan pada masa kini, murid akan
memakai tudung yang dipakai sedia ada mengikut warna jawatan. Untuk jawatan pengawas,
pengawas pusat sumber dan ketua atau penolong ketua kelas mereka sedia ada memakai tudung biru
manakala yang lain memakai tudung warna putih.
 
6.1.3
Pengerusi juga memberi respon jika usul ini diterima, beliau berharap tiada keluhan daripada pihak
ibu bapa untuk mengeluarkan duit untuk membeli tudung.
 
6.1.4
Ahli mesyuarat bersetuju dan memutuskan usul ini dterima dan pengerusi memutuskan warna tudung
adalah biru gelap.
 









if

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

MEMBAHASKAN USUL.

6.2
Papan Tanda

6.2.1
En Mohd Fadzil bin Rajibun mengusulkan untuk pihak sekolah menyediakan signboard ( papan
tanda) bertujuan untuk memperlahankan kenderaan yang melalui di hadapan sekolah.

6.2.1
Respon daripada Encik Rais Bambang Noto Kusumo bin Yaacob iaitu supaya pihak PIBG atau
pihak sekolah untuk memohon dan membuat surat ke Jawantankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Paya dan JKKK Seri Paya akan membuat permohonan ke
Majlis Pengurusan Ketua Kampung.

 

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
                   BIL  1  / TAHUN   2020

UCAPAN PENANGGUHAN

 

7.1

Pengerusi mengharapkan jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa terus

terjalin dan mengharap ibu bapa dapat memberikan komitmen dan kerjasama

dalam program-program yang dijalankan.

 

7.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.46 tengahari

  Disemak oleh:

Disediakan oleh:

…………………………….. ……………………………..
(NORHAFIZAH BINTI MUHAMAD) (TN HJ HASIN @ HASAN BIN SALAMAT)
Setiausaha Agung PIBG Yang Dipertua PIBG
21 Mac 2020 21 Mac 2020

 

LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
berakhir pada 31 Disember 2020

boleh dirujuk melalui link yang diberikan bersama-sama borang kehadiran, buku
program dan sebagainya.

 

LAPORAN PERJALANAN AKTIVITI PIBG
TAHUN 2020

Bil AKTIVITI

1 Mesyuarat AJK PIBG

2 Sukan Tahunan Peringkat Sekolah

3 Mesyuarat Agung PIBG

 4 Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) sepanjang PDPR
Program gotong-royong menghias kelas Tahun 6.
5

6 Program motivasi ibubapa murid Tahun 6.

7 Menaja hadiah bertuah Mesyuarat Agung kali ke 40/2020

8 Pemeriksaan pendawaian elektrik di bangunan baru SK Seri Paya.
9 Menaja jamuan makan ibubapa, guru dan VIP dalam Mesyuarat Agung

PIBG.

PERBAHASAN USUL ATAU CADANGAN

USUL OLEH IBU BAPA

Usul 1
Mohon adakan satu webinar motivasi yang sesuai menggunakan youtube atau facebook.
Pembawa usul : Encik Zaharudin Bin Damiran
Nama anak : Nor Damia Bt Zaharuddin (Tahun 2)

Usul 2
Penambahbaikkan laluan hantar/ambil murid pada waktu hujan
Pembawa usul : Puan Siti Farhana binti Md Amil
Nama anak: Siti Nurfazura Binti Hazrul Hisham

 

PERBAHASAN USUL ATAU CADANGAN

USUL OLEH IBU BAPA
Usul 3
Yuran PIBG, yuran tahunan dan buku latihan utk tahun ini di bawa ke tahun depan.
Pembawa usul : Puan Ismadiana Bt  Husin
Nama anak: Muhammad Izz Raiykal bin Mond Iskandar

Usul 4
Mohon sama-sama kita bantu pihak sekolah bagi memastikan kawasan sekolah terjamin
selamat dan selesa sebelum anak-anak memulakan sesi persekolahan. Contohnya memastikan
bawah meja, belakang almari, sudut-sudut terpencil, surau dan tandas bebas daripada
binatang berbisa dan berbahaya. Juga memastikan kipas berfungsi dan sebagainya.
Pembawa usul : Puan Sanisah bt Sengari.
Nama anak: Muhammad Eman Danial bin Masnizan

 

PEMBUBARAN
AHLIJAWATANKUASA PIBG SESI

2019/2021

(DITANGGUHKAN)

PERLANTIKAN
AHLIJAWATANKUASA PIBG SESI

2021/2023

(DITANGGUHKAN)

Sekalung penghargaan

1. YANG DIPERTUA PIBG
TN.HJ HASIN@HASAN BIN SELAMAT

 
2. GURU BESAR SK SERI PAYA

CIKGU ZALELA BT SHERAN
 

3. NAIB YANG DIPERTUA PIBG
DR MD ZARAFI BIN AHMAD

 
4. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

CIKGU ZALEHA BT YAHYA.
 

5. GURU PENOLONG KANAN HEM
CIKGU SARIMAH MOHD RAFIE
 

6. GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
CIKGU ABD RAZAK BIN MOHD AINI
 
7. JAWATANKUASA PIBG
 

8. GURU-GURU DAN KAKITANGAN SERTA WARGA SK SERI PAYA
 

9. IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK SERI PAYA
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Paya amat menghargai segala sumbangan anda dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Sesungguhnya jasa dan keringat anda amatlah kami hargai.
Hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya. Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version