Notis Mesyuarat
Agung
Isi kandungan Bil Perkara
1 Notis Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 41
2 Isikandungan
3 Aturcara majlis dan agenda mesyuarat
4 Jawantankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke
41
5 Senarai nama AJK PIBG 2019/2021
6 Minit mesyuarat PIBG kali ke 40, 2020
7 Penyata kewangan Tahun 2020
8 Laporan perjalanan aktiviti PIBG Tahun 2020
9 Perbahasan usul Mesyuarat Agung PIBG 2021
10 Perlantikan Ahlijawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
11 Sekalung penghargaan
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41
SK SERI PAYA
9.00 pagi Agenda mesyuarat :
Pendaftaran
Bacaan doa 1. Kata-kata aluan Pengerusi
Majlis ucapan: 2. Pengumuman mengenai jumlah
kehadiran.
• Ucapan Guru Besar SK Seri 3. Pembentangan dan pengesahan
minit Mesyuarat Agung PIBG
Paya, Cikgu Zalela Bt Sheran kali ke 40.
4. Pembentangan dan pengesahan
• Ucapan YDP PIBG laporan perjalanan PIBG kali ke 40.
5. Membentang dan menerima
merangkap perasmi,Tn.Hj Penyata Kewangan PIBG berakhir
Hasin@ Hasan B.Salamat pada 31 Disember 2020.
6. Pembubaran jawatankuasa PIBG
Taklimat Program Robotik sesi 2019/2021.
7. Pemilihan Ahlijawatankuasa
Virtual STEM. PIBG sesi 2021/2023.
Mesyuarat Agung PIBG kali 8. Perbahasan usul atau cadangan.
ke 41 dijalankan mengikut 9. Ucapan penangguhan.
agenda mesyuarat.
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 41, SK SERI PAYA
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK SERI PAYA SESI 2019/2021
Yang DiPertua : Tn.Hj Hasin @ Hasan Bin Salamat
Naib Yang DiPertua : Dr Md Zara Bin Ahmad
Setiausaha Kehormat : Cikgu Norha zah Bt Muhamad
Naib S/u : Pn.Serikandi Bt Yaacob
Bendahari Kehormat : Cikgu Raiha Lailly Bt Masri
Ahli Jawatankuasa : (Ibu Bapa)
• Pn.Zabedah Bt Ahiya’
• Pn.Sanisah Bt Sengari
• Pn.Maslina Bt Masri
• En.Mohd Fadzil Bin Rajibun
• En. Zulhelmi Bin Kasmin
• En. Hairul Anuar Bin Ahmad Dariri
• En.Azihan Bin Jaihan
(wakil Guru)
• Cikgu Mohd Bahtiar Bin Harun
• Cikgu Toiyibah Bt Abu Bakar
• Cikgu Sarimah Bt Mohd Ra e
(Pemeriksa Kira-kira)
• Pn Masfaliza Bt Mohsen
• En.Mohd Nazri Bin Othman
if
if
if
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
Tarikh : 08 Mac 2020
Masa : 12.15 tengahari
Tempat : Dewan Aula Perdana
Pengerusi : Tuan Hj Hasin @ Hasan Bin Salamat
Kehadiran(Bilangan) : 85 orang
PERUTUSAN PENGERUSI:
1.1
Tuan Hj Hasin @ Hasan Bin Salamat selaku pengerusi mesyuarat dan Yang Dipertua PIBG sesi 2020 mengucapkan
salam dan mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi serta mengucapkan selamat datang kepada Pn Hjh Zalela Binti
Sheran, guru besar SK Seri Paya, barisan GPK, barisan guru, barisan AJK PIBG dan ibu bapa penjaga yang sudi
hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru bilangan 1 untuk Tahun 2020. Beliau juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung pada kali ini.
1.2
Pengerusi memohon semua AJK PIBG kehadapan dan mengambil tempat bersama-sama beliau.
1.3
Beliau mengharapkan semua yang hadir di mesyuarat ini dapat mengambil bahagian untuk bersama-sama mencari
jalan penyelesaian yang terbaik dan membuat keputusan yang terbaik.
1.4
Beliau mengumumkan kehadiran Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 adalah seramai 85 orang.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39:
2.1
Puan Norha zah Binti Muhamad iaitu Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agong kali
ke 39 seperti di muka surat 6 hingga 9 untuk diterima dan disahkan.
2.2
Dicadang untuk di sahkan dan diterima oleh Encik Rais Bambang Noto Kusumo bin Yaacob.
2.3
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Mohd. Alfarid bin M. Kamal
MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN PERJALANAN AKTIVITI PIBG SESI 2019/2021
3.1
Puan Norha zah Binti Muhamad selaku Setiausaha Kehormat PIBG juga membentangkan laporan perjalanan
aktiviti Tahun 2017 / 2019 PIBG seperti di muka surat 11 untuk diterima.
3.2
Dicadang untuk di sahkan dan diterima oleh En Mohd Nazri bin Othman.
3.3
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Yusnizam Bin Kosnan
if
if
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR
PADA 31 DISEMBER 2019
4.1
Puan Raiha Laily binti Masri selaku Bendahari Kehormat PIBG SK Seri Paya
membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 15 Disember 2019 untuk diterima
dan disahkan pada muka surat 13.
4.2
Dicadang untuk di sahkan dan diterima oleh Encik Hairul Anuar bin Ahmad Dariri
4.3
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Mohd. Alfarid bin M. Kamal
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBAHASKAN USUL.
5.1
Usul pertama
5.1.1.
Puan Ratna Dewi Binti Daud membacakan usul yang pertama pada muka surat 13 iaitu beliau mencadangkan agar
pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya menerima pelajar baru yang bukan penduduk Kg Seri Paya tanpa usul
periksa. Ini kerana pelajar tersebut membawa budaya yang kurang sopan dan tidak menyenangkan pihak ibu bapa
dan penjaga. Tutur kata yang tidak sopan dan samseng akan menjadi ikutan suatu hari nanti dikalangan pelajar.
5.1.2
Cikgu Hajah Zaleha Binti Yahya selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran memberi respon dan menyatakan beliau
telah memohon untuk block (tahan) dari menerima murid luar. Tetapi di peringkat PPD, mana-mana pegawai boleh
ada kuasa dan cop untuk kelulusan kemasukan ke sekolah ini. Oleh itu, kemasukan ke sekolah ini adalah diluar
kuasa pihak sekolah.
5.1.3
Beliau juga menyatakan apabila pengawai di PPD telah meluluskan kemasukan murid ke sekolah ini, pihak sekolah
tiada kuasa untuk menolak kemasukan murid tersebut. Pihak sekolah juga akan menerima murid tersebut.
5.1.4
Beliau juga menerangkan untuk pengetahuan kepada semua ahli mesyuarat iaitu sekiranya murid melakukan 3 kali
kesalahan kecil berturut akan dikira 1 kesalahan besar. Ponteng 3 hari berturut-turut tanpa alasan akan diberi surat
amaran pertama.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBAHASKAN USUL.
5.2
Usul Kedua
5.2.1
Pengerusi menyatakan pengusul yang kedua tidak hadir iaitu Encik Abu Samad bin Kamson. Beliau
membaca usul tersebut iaitu mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan “Program makan sihat” untuk
murid-murid dengan memberi contoh saya akan membuat bayaran secara bulanan untuk makan rehat
anak. Pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan dan murid akan terus mengambil dan makan.
Murid tidak perlu membawa duit untuk membayar. Program ini seakan-akan program RMT yang
membezakannya ialah ibu bapa yang akan membayar makanan untuk sebulan. Program ini tidak wajib
tetapi yang berminat boleh turut serta. Peruntukan makan untuk sehari boleh diiancangkan nanti.
5.2.2
Pengerusi menyatakan ini adalah merupakan cadangan (usul) umum, tidak perlu diputuskan dalam
mesyuarat jadi terpulang kepada ibu bapa untuk menerima cadangan tersebut.
5.2.3
Puan Hajah Sarimah binti Mohd Ra e selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Paya
memberi respon dengan menyatakan kembali maksud usul tersebut iaitu ibu bapa membuat bayaran
bulanan untuk murid dan murid tidak perlu membayar duit waktu rehat. Beliau menyatakan boleh dan
bergantung kepada ibu bapa. Sekiranya, ibu bapa yang berminat boleh meletakkan nombor telefon dan
berurusan terus dengan pengusaha kantin. Pengusaha kantin akan menyatakan jumlah bayaran tersebut.
if
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBAHASKAN USUL.
6.1
Selaraskan warna tudung untuk murid perempuan untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani.
6.1.1
Pn Laily Azliza Binti Salikin mengusulkan agar diselaraskan warna tudung untuk murid perempuan
ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani dijalankan iaitu warna gelap.
6.1.2
Puan Hjh Sarimah binti Mohd Ra e memberi respon dengan menyatakan pada masa kini, murid akan
memakai tudung yang dipakai sedia ada mengikut warna jawatan. Untuk jawatan pengawas,
pengawas pusat sumber dan ketua atau penolong ketua kelas mereka sedia ada memakai tudung biru
manakala yang lain memakai tudung warna putih.
6.1.3
Pengerusi juga memberi respon jika usul ini diterima, beliau berharap tiada keluhan daripada pihak
ibu bapa untuk mengeluarkan duit untuk membeli tudung.
6.1.4
Ahli mesyuarat bersetuju dan memutuskan usul ini dterima dan pengerusi memutuskan warna tudung
adalah biru gelap.
if
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
MEMBAHASKAN USUL.
6.2
Papan Tanda
6.2.1
En Mohd Fadzil bin Rajibun mengusulkan untuk pihak sekolah menyediakan signboard ( papan
tanda) bertujuan untuk memperlqhankan kenderaan yangvmelalui di hafapan sekolah.
6.2.1
Respon daripada Encik Rais Bambang Noto Kusumo bin Yaacob iaitu supaya pihak PIBG atau
pihak sekolah untuk memohon dan membuat surat ke Jawantankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Paya dan JKKK Seri Paya akan membuat permohonan ke
Majlis Pengurusan Ketua Kampung.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40
BIL 1 / TAHUN 2020
UCAPAN PENANGGUHAN
7.1
Pengerusi mengharapkan jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa terus terjalin dan
mengharap ibu bapa dapat memberikan komitmen dan kerjasama dalam program-
program yang dijalankan.
7.2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.46 tengahari
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………….. ……………………………..
(NORHAFIZAH BINTI MUHAMAD) (TN HJ HASIN @ HASAN BIN SALAMAT)
Setiausaha Agung PIBG Yang Dipertua PIBG
21 Mac 2020 21 Mac 2020
LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
berakhir pada 31 Disember 2020
boleh dirujuk melalui link yang diberikan bersama-sama borang kehadiran, buku
program dan sebagainya.
LAPORAN PERJALANAN AKTIVITI PIBG
TAHUN 2020
Bil AKTIVITI
1 Mesyuarat AJK PIBG
2 Sukan Tahunan Peringkat Sekolah
3 Mesyuarat Agung PIBG
4 Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) sepanjang PDPR
Program gotong-royong menghias kelas Tahun 6.
5
6 Program motivasi ibubapa murid Tahun 6.
7 Menaja hadiah bertuah Mesyuarat Agung kali ke 40/2020
8 Pemeriksaan pendawaian elektrik di bangunan baru SK Seri Paya.
9 Menaja jamuan makan ibubapa, guru dan VIP dalam Mesyuarat Agung
PIBG.
PERBAHASAN USUL ATAU CADANGAN
USUL OLEH IBU BAPA
Usul 1
Mohon adakan satu webinar motivasi yang sesuai menggunakan youtube atau facebook.
Pembawa usul : Encik Zaharudin Bin Damiran
Nama anak : Nor Damia Bt Zaharuddin (Tahun 2)
Usul 2
Penambahbaikkan laluan hantar/ambil murid pada waktu hujan
Pembawa usul : Puan Siti Farfarhana binti Md Amil
Nama anak: Siti Nurfazura Binti Hazrul Hisham
PERBAHASAN USUL ATAU CADANGAN
USUL OLEH IBU BAPA
Usul 3
Yuran PIBG, yuran tahunan dan buku latihan utk tahun ini di bawa ke tahun depan.
Pembawa usul : Puan Ismadiana Bt Husin
Nama anak: Muhammad Izz Raiykal bin Mond Iskandar
Usul 4
Mohon sama-sama kita bantu pihak sekolah bagi memastikan kawasan sekolah terjamin
selamat dan selesa sebelum anak-anak memulakan sesi persekolahan. Contohnya memastikan
bawah meja, belakang almari, sudut-sudut terpencil, sirau dan tandas bebas daripada
binatang berbisa dan berbahaya. Juga memastikan kipas berfungsi dan sebagainya.
Pembawa usul : Puan Sanisah bt Sengari.
Nama anak: Muhammad Eman Danial bin Masnizan
PEMBUBARAN
AHLIJAWATANKUASA PIBG SESI
2019/2021
(DITANGGUHKAN)
PERLANTIKAN
AHLIJAWATANKUASA PIBG SESI
2021/2023
(DITANGGUHKAN)
Sekalung penghargaan
1. YANG DIPERTUA PIBG
TN.HJ HASIN@HASAN BIN SELAMAT
2. GURU BESAR SK SERI PAYA
CIKGU ZALELA BT SHERAN
3. NAIB YANG DIPERTUA PIBG
DR MD ZARAFI BIN AHMAD
4. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
CIKGU ZALEHA BT YAHYA.
5. GURU PENOLONG KANAN HEM
CIKGU SARIMAH MOHD RAFIE
6. GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
CIKGU ABD RAZAK BIN MOHD AINI
7. JAWATANKUASA PIBG
8. GURU-GURU DAN KAKITANGAN SERTA WARGA SK SERI PAYA
9. IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK SERI PAYA
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Paya amat menghargai segala sumbangan anda dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Sesungguhnya jasa dan keringat anda amatlah kami hargai.
Hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya. Terima Kasih.