The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ciknurfatehaaris, 2020-11-04 01:06:27

MAJLIS PERSARAAN ENCIK GUNASAKARAN

MAJLIS PERSARAAN (2)

KOLEJ VOKASIONAL DATO LELA
MAHARAJA REMBAU

MAJLIS
JASAMU DIKENANG

EN.GUNASAKARAN A/L MURUGAYA
PEMANDU H14

1995 HINGGA 2020

&
PERHIMPUNAN BULANAN RUMAH

MASWANGI

NOVEMBER 12, 2020 | 10 PAGI-12 TENGAHARI
DEWAN MAKAN ASPURI KVDLM

SEKAPUR SIREH

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG

EN.GUNASAKARAN A/L MURUGAYA

1995 HINGGA 2020

Encik Gunasakaran a/l Murugaya dilahirkan di Labu Bandar Ainsdale, Negeri Sembilan
pada 16 November 1960. Putera pasangan Encik Murugaya a/l Veloo dan Chellamah a/p
Nadasan ini merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik yang terdiri
daripada 7 orang putera dan 4 orang puteri. Beliau memulakan alam persekolahan di
SJK(Tamil) Ladang Batu Hampar Rembau dari tahun 1967 hingga 1972.Seterusnya beliau
menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sedia Raja Rembau
dari tahun 1973 hingga 1976 dan mendapat sijil SRP. Hasil perkongsian hidup bersama-
sama isteri tercinta, Puan Chandra a/p Moni yang dimeterai pada 8 Februari 1987 dan
mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata penyeri kehidupan.Permata sulung diberi
nama Sivarajah a/l Gunasakeran yang bekerja sebagai pemandu lori.Putera kedua diberi
nama Subramaniam a/l Gunasekaran yang kini bekerja sebagai teknikal operator di
Nestle Chembong Malaysia dan beliau sudah berumah tangga pada 30 Ogos
2020.Isterinya bernama Dhachaine a/p Ananthan.Puteri ketiga diberi nama Deivamalar
a/p Gunasakaran bekerja sebagai kerani di City Link Shah Alam.Putera keempat diberi
nama Dhayalan a/l Gunasakaran dan bekerja sebagai operator kilang Nestle Chembong
dan putera kelima beliau pula diberi nama Sharvin Raj a/l Krishan. Beliau adalah anak
angkat kepada Encik Gunasakaran.Beliau mula bekerja di Kilang Tego Sdn Bhd pada
tahun 1978 hingga 1981. Selepas itu beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Vokasional
(Pertanian) Rembau sebagai tukang sapu bermula dari 14 Januari 1982 hingga 15
Disember 1995. Kemudian beliau dapat kenaikan pangkat sebagai pemandu bas pada 16
Disember 1995 hingga 16 November 2020. Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa
berbincang dan sentiasa berusaha mempermudahkan urusan serta sikap suka membantu
orang yang menghadapi masalah dan kesusahan merupakan amalan terpuji yang perlu
dicontohi dan diteladani oleh semua warga kolej. Kolej sudah pastinya akan kehilangan
sebutir bintang yang bercahaya. Walaupun patah tumbuh hilang berganti, namun
kehilangannya sukar dicari ganti.Kepada Encik Gunasakaran, terima kasih diucapkan
daripada kami warga KVDLM atas budi dan jasa yang telah ditabur.Jasa dan baktimu
akan kami kenang sepanjang hayat. Akhir kata, kami warga KVDLM mengucapkan
selamat bersara dan selamat maju jaya.

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya

TENTATIF PROGRAM

9.45 Pagi : Pendaftaran pensyarah dan AKP di Dewan KVDLM

10.00 Pagi:Perarakan masuk yang diraikan diiringi dengan persembahan
oleh pelajar

10.15 Pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
:Bacaan doa
:Nyanyian lagu Negaraku / Guru Malaysia/Go green
:Ikrar guru

10.45 Pagi: Ucapan oleh pengarah
: Ucapan wakil guru
:Ucapan yang diraikan
:Tayangan video

11.10 Pagi:Penyampaian hadiah dari warga kolej kepada yang diraikan
:Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat
:Tayangan video HIP
:Penyampaian Anugerah HIP
:Penyampaian hadiah sempena Program banyak Membaca Nilam
:Penyampaian Anugerah Ikon Bulanan
:Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pakaian
terbaik mengikut tema

11.45 Pagi : Jamuan

12.30 tgh : Bersurai
hari

FOTO KENANGAN

JAWATANKUASA
PELAKSANA

PENGERUSI NAIB PENGERUSI
PUAN HAJAH MINAH BINTI AHMAD PUAN HAJAH YUSNI BINTI ABDUL

PENASIHAT MURAD
PUAN ROZI BINTI TAHER
ENCIK SUHAIRI BIN SAAD PENOLONG PENYELARAS
PN NOOR AINI BINTI KHALID
BENDAHARI PN NOR AFIFAH BINTI JAMAL
PN NUR AHSYAINA BINTI MD RAZALI

PERSIAPAN DEWAN DAN KEMAS DEWAN SAMBUTAN& PROTOKOL
EN.MOHAMMED HAKIM BIN ABDUL ENCIK SUHAIRI BIN SAAD

RAZAK PN ROZI BINTI TAHER

EN.MOHD NIZAM BIN MD SALLEH PN. NURASMIZA BINTI MD RAZALI

EN MUHAMMAD FAQIH BIN MAT HUSIN HADIAH DAN CENDERAMATA
EN MOHD ZULFIKAR BIN MAT RIPIN PN NOR LAILA BINTI ABD SUKOR

PN NOR ADNIN BINTI NOR AZHAR

MPP

HIASAN PENTAS

PN ROSHIDAH BINTI MOHD ZIN

CIK NURLINA FADILAH BINTI TAMBY PA SISTEM/SIARAYA
SUBYR ENCIK FARID ABDULLAH AIZAT BIN

PN NORARMIZA BINTI ANUAR ZAINUDDIN

JAMUAN

PN NADIAH BINTI ABDUL SYUKOR

PN NOOR ZILANI BINTI MD NOOR

PN SITI ROHAYA BINTI YAAKOB

BUKU PROGRAM & PENDAFTARAN
PN NUR FATEHA BINTI MOHD ARIS

PN NURUL FARHANA BINTI MD DAUD

JAWATANKUASA
PELAKSANA

MULTIMEDIA

PN NUREZZATI BINTI ABDUL KADIR

PN ROSWATI BINTI MOHD YUSOFF

ENCIK AZUHAR ASHRAM BIN RAZALI

BACAAN DOA JURUACARA
EN AHMAD SAFWAN BIN RAIHAN EN MOHD HASRUL BIN SALAMAT

& MPP

JURUGAMBAR & DOKUMENTASI HIASAN KENDERAAN
PN NOR AFZAN EN MOHD AMIRUL FIRDAUS BIN ABD

PN SHAHRIZ AZRIFFA BINTI MOHD RAZAK
SABRI
PN DIANA AZIERA BINTI RAMLI
PN SITI NAJWA BINTI ANUAR IDRIS

TANDA KENANGAN PERSEMBAHAN
PN SYAZWA BINTI MUHD NOR CIK FARAHIS NUR AZREEN BINTI RAMLI

PN NUR AHSYAINA BINTI ABDULLAH MPP

PENGHARGAAN

TERIMA KASIH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN

MAJLIS HARI PERSARAAN DAN PERHIMPUNAN BULANAN RUMAH MASWANGI
PADA HARI NI

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version