The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-folio Malaysia Madani (Danial Zharfan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Danial Zharfan, 2023-06-02 03:27:45

e-folio Malaysia Madani (Danial Zharfan)

e-folio Malaysia Madani (Danial Zharfan)

RM13.90 MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN M A L A Y S I A M A D A N I JUNE 2023 Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim


I S I K A N D U N G A N Isi Kandungan Editor & Penghargaan Maksud Madani & Malaysia Madani Pengenalan Konsep Malaysia Madani Rukun-Rukun Malaysia Madani Masyarakat Madani & Malaysia Baharu Kesimpulan Rujukan i JUNE 2023 i ii 1 2 4 7 8 9 10


ii D A N I A L Z H A R F A N B I N M O H A M A D J A M U R I 0 5 D K M 2 0 F 2 0 1 7 E D I T O R P E N G H A R G A A N Bersyukur ke hadrat ilahi atas limpahan dan kurnia-Nya yang telah diberi kepada saya untuk menyelesaikan e-Folio ini. Daripada tugasan ini, saya mendapat impak positif yang besar kepada saya. Selain itu, tugasan ini memberi faedah yang besar kepada saya dari segi pengetahuan dan kemahiran. Justeru, saya merakamkan sekalung penghargaan dan berterima kasih kedapa Puan Faridah binti Husain selaku pensyarah saya yang membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya menyiapkan e-Folio ini. JUNE 2023


1 M A K S U D M A D A N I مدني[ | ma.da.ni[ Definisi : Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni keke-luargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat JUNE 2023 M A K S U D M A L A Y S I A M A D A N I MADANI MERUPAKAN SATU KERANGKA DASAR YANG TERDIRI DARIPADA 6 TONGGAK DASAR MEMBANGUN MALAYSIA MADANI: M > KEMAMPANAN KEMAJUAN MUTU KEHIDUPAN BANGSA DALAM ACUAN YANG SEIMBANG ANTARA MANUSIA DAN ALAM, BERNUANSAKAN CITRA MALAYSIA YANG UNIK. A > KESEJAHTERAAN MEMBAWA MAKNA KESEIMBANGAN ATAU LEBIH TEPAT LAGI KEHIDUPAN DAN SEGALA SISINYA YANG TERANGKUM DALAM KESEIMBANGAN. D > DAYA CIPTA MENGANDUNGI BEBERAPA KONOTASI ANTARANYA PEMBAHARUAN, REKA CIPTA DAN REKA BAHARU. A > HORMAT MENGANDUNGI KONOTASI MARUAH MANUSIA. SUATU KALIMAT LAIN YAKNI ADAB YANG BERASAL DARIPADA BAHASA ARAB. N > KEYAKINAN KEYAKINAN PUNYAI KAITAN YANG ERAT DENGAN AMANAH YAKNI SUATU IKRAR PERTANGGUNGJAWABAN MORAL DUNIAWI DAN UKHRAW


2 P E N G E N A L A N Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep Malaysia Madani yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.Sebenarnya perkataan Madani begitu sinonim dengan Anwar. Malahan istilah Madani yang sememangnya sudah sekian lama dipopularkan dan diungkap beliau suatu ketika dahulu yang memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaan Logo Malaysia Madani 2023 JUNE 2023


3 Tatkala negara dipacu untuk maju dan kadang kala tercemar kerana salah laku serta rasuah, selain keruntuhan nilai, Anwar menyuntik kesedaran dalam kalangan semua pihak untuk menghidupkan semula kekuatan leluhur bangsa dengan nilai murni yang harus dikembangkan semula.Menerusi buku beliau yang dilancarkan, bertajuk Membangun Negara Madani, antara lain mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan menjadi asas penting dalam konteks falsafah negara Madani. Konsep Madani juga meletakkan Islam di kedudukan yang sangat istimewa kepada manusia.Satu di antara konsep penting dalam masyarakat Madani adalah berlakunya keseimbangan dan mampan. Keseimbangan ini memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan diskriminasi, kezaliman dan penindasan. JUNE 2023


4 JUNE 2023 K O N S E P M A L A Y S I A M A D A N I Konsep ini menekankan aspek tata kelola yang menekankan kepada pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini. Gagasan Madani bersifat menyeluruh berdasarkan enam tonggak utamanya iaitu M (kemampanan), A (kesejahteraan), D (Daya cipta), A (hormat), N (keyakinan) dan I (Ihsan).Untuk rekod terdapat banyak kelemahan dari segi tata kelola, terutamanya rasuah yang berleluasa, isu kemiskinan, gejala sosial dan kemusnahan alam sekitar.Maka konsep ini menekankan aspek tata kelola dalam pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya ketika berdepan kemelut politik dan ekonomi negara sekarang ini.Walaupun negara ini mempunyai dasar yang baik mengenai perlindungan alam sekitar, namun kemusnahan tetap berterusan. Masih banyak kes rasuah dilaporkan media saban hari. Kita juga disuakan dengan kelemahan dalam menangani isu sosial dan menangani persoalan kemiskinan baik di luar atau di bandar. Ternyata ini bukan kelemahan dasar namun lebih kepada tata kelola, ketirisan dan penyalah gunaan kuasa. Konsep ini juga menekankan aspek tata kelola yang menekankan kepada pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini. Gagasan Perdana Menteri melalui masyarakat Madani adalah melahirkan Malaysia yang maju dan tinggi tamadunnya. Kemajuan ini bukan dinilai dari segi kebendaan atau ekonomi sematamata, namun yang lebih penting kemajuan dari segi pemikiran dan peradaban.Madani juga berkait dengan dua konsep utama di dalamnya iaitu ketelusan dan kerjasama. Ketelusan penting sebab ia menyentuh soal tadbir urus yang baik dan integriti. Malahan ini sebenarnya menjadi fokus kepada kerajaan dan Perdana Menteri kita masa kini.


JUNE 2023 5


6 JUNE 2023 K O N S E P M A L A Y S I A M A D A N I J A L A N K E D E P A N U N T U K M A L A Y S I A Lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo itu sebagai simbolisme kepada Rukun Negara selaku asas ideologi Malaysia, manakala bulatan 'tapak tangan' berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, bulan sabit adalah simbol Islam sebagai agama Persekutuan turut dijadikan salah satu elemen logo itu, selain bintang berbucu 14 yang melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. Empat warna digunakan untuk logo berkenaan iaitu biru, melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, jati diri dan keazaman); kuning (nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan; manakala putih (keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni). Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan. Ia berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan


7 JUNE 2023 R U K U N - R U K U N M A L A Y S I A M A D A N I Ke 'M' ampanan Ke s e j'A'ht e r a an 'D' a y a Cipt a H o rm'A't Ke y aki'N' an ' I 'hs an Be r t emakan ‘Memb angun Ma l a y s i a Madani’, kons ep y ang dipe rkena lkan o l eh D a tuk Se r i Anwa r I b r ahim ini t e r l e t ak pada enam t ong g ak ut ama s epe r ti b e r ikut :


JUNE 2023 M A S Y A R A K A T M A D A N I & M A L A Y S I A B A H A R U “Masyarakat Madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan hukum, bukan oleh nafsu manusia yang tidak menentu. Masyarakat di mana pertumbuhan institusi kemasyarakatan – lembaga yang menjadi pengantara antara keluarga dan negara – dipupuk dan bukannya dicantas, di mana kecemerlangan serta cita rasa harus pula menggantikan kelaihan dan kepicisan. Justeru itu, kita perlu menghidupkan semangat kebebasan, menyuburkan kemerdekaan diri, mengembalikan nilai keperimanusiaan dan menyegarkan sikap berlapang dada. Lantaran itu, prinsip musyawarah dan demokrasi didukung, ia tidak pula disogokkan dan dipaksakan, terutama menurut acuan dan pengalaman Barat.” (Anwar Ibrahim, 1997) Pemerkasaan institusi kerakyatan, reformasi institusi, perdebatan polisi dan wacana di ruang awam yang sememangnya menjadi antara medan gerak kerja masyarakat madani haruslah sentiasa berpaksikan prinsip, nilai, etika dan moral yang bukan sahaja universal, bahkan harus adil dan seimbang dengan turut mengambil kira faktor agama, budaya dan sensitiviti kemasyarakatan yang relatif sifatnya.Arakian bukan hanya kerajaan atau konglomerat pasaran yang tertakluk dan dipertanggungjawabkan dalam segala tindak tanduknya kepada masyarakat, pergerakan civil society sebagai suara yang mewakili pelbagai kelompok rakyat terbanyak harus dengan penuh sedar bertanggungjawab dan memainkan peranan yang positif dalam agenda menjunjung nilai, moral, akhlak dan etika. 8 Di sinilah dakwah dan hikmah kebijaksanaan dituntut, bukan sahaja dari pihak pemerintah yang mendepani isu ini, tetapi juga oleh gerakan dakwah dan kemasyarakatan seperti ABIM yang terlibat langsung berdepan dengan sasaran segmen dakwah sebegini.Sesungguhnya kewajipan kita para dai’e lebih banyak dari masa yang kita punyai – al-wajibat akthar min al-awqat. Ruang dakwah yang terbuka lebih luas menuntut peranan dan tanggungjawab yang lebih berat buat ABIM untuk dikerjakan.Atas kesedaran terhadap amanah inilah, maka ABIM bertekad untuk memainkan peranan yang lebih instrusmental dan aktif dalam mencorakkan agenda, orientasi dan masa depan pergerakan masyarakat madani di era Malaysia Baharu. Gerakan masyarakat madani, atas nama kesejagatan dan kemodenan tidak harus membiarkan dirinya terjebak dan terperangkap dalam faham dan pejuangan yang berasaskan kenisbian nilai moral dan akhlak yang jelas bertentangan dengan ajaran agama, tatabudaya dan norma seperti aktiviti Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT).Dalam konteks ABIM, kita tidak rela membiarkan Malaysia era baharu berubah menjadi masyarakat permisif yang merelakan kebejatan menerobos sempadan agama dan menjungkirbalikkan norma masyarakat berwenangan tanpa kawalan.Pada masa yang sama, kita menolak sama sekali pendekatan yang radikal, ganas dan diskriminatif dalam menangani gejala yang telah mewabak dan membarah ke seantero dunia ini.


9 JUNE 2023 K E S I M P U L A N Tuntasnya, Malaysia Madani ini adalah untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan 6 nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama. bak kata pepatah, "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh". Seterusnya


10 JUNE 2023 R U J U K A N MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/MALAYSIA_MADANI FILE:///C:/USERS/HP/DOWNLOADS/MALAYSIA%20MADANI.PDF WWW.PMO.GOV.MY/MS/2023/01/MALAYSIA-MADANI/ MALAYSIAMADANI.GOV.MY WWW.BHARIAN.COM.MY/BERITA/NASIONAL/2023/02/1059047/KONS EP-MALAYSIA-MADANI-JALAN-KE-DEPAN-UNTUK-MALAYSIA


RM13.90 MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN JUNE 2023


Click to View FlipBook Version