SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI
14120 SIMPANG AMPAT
MINIT MESYUARAT AJK PIBG
KALI PERTAMA 2022
Tarikh : 22 Januari 2022
Masa : 10.30 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tasek Permai
Kehadiran :
1) Pn. Masitah binti Mohammad Yulan 8 ) Pn. Norafidaizyani binti Yusoff
2) En. Rosmizam bin Omar 9)Pn. Noorfaizah binti Che Halim
3) Pn Mariah binti Abd Wahab 10)Pn. Nurfazira binti Hussin
4) Pn. Rosni binti Mat Saleh 11) Pn. Nurhazimah binti Deraman
5) Pn. Farina binti Bahari 12) Pn. Norbaizura binti Zulkifli
6) En. Mohd Amin bin Sudin 13) En. Wan Shahril Zariff bin Wan Omar
7) En. Shahriman bin Hussain 14) En Shahizan bin Saad
15) En Mohd Azmi bin Abu Bakar 16) En. Zool Fadli Ruhaifi bin Salleh
Tidak hadir bersebab :
1) Pn. Norizan binti Mohd Nor 6) Pn. Noor Azimah binti Khamis
2) Pn. Sharifah binti Abdullah 7) Pn Fadhlina binti Ahmad Tarmizi
3) Pn. Dayangku Hasmimi binti Abd Majid 8) En. Mohd Shafie bin Junus
4) Pn. Muniamah A/P Subramaniam 9) Pn. Jeyanthi A/P Kanapathy
5) En. Mohd Azizi bin Ahmad
Agenda
1) Ucapan pengerusi
2) Ucapan penasihat
3) Sesi suai kenal
4) Laporan Kurikulum,HEM dan Kokurikulum
5) Hal-hal lain
1.0 Perutusan pengerusi
1.1 Pengerusi mesyuarat iaitu En. Rosmizam mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua AJK PIBGSKTP ke Mesyuarat AJK Kali Pertama.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG 2021/2022.
2.0 Perutusan Penasihat
2.1 Pn. Masitah mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sudi meluangkan
masa menyertai mesyuarat kali ini.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah atas lantikan barisan AJK PIBG 2021/2022.
2.3 Beliau memaklumkan bahawa telah menerima surat arahan daripada pihak JPN
bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada atau sebelum 30 Jun 2022.
2.4 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah juga telah menerima surat bagi
menjalankan pentaksiran dan penilaian.Pentaksiran akan dijalankan pada 7 Februari
2022 hingga 16 Februari 2022.
2.5 Beliau memohon sumbangan kewangan daripada pihak PIBG bagi mengadakan
Hari Anugerah Kecemerlangan.
2.6 Beliau memaklumkan bahawa cuti Tahun Baru Cina adalah pada 29 Januari 2022
hingga 6 Februari 2022.
2.7 Beliau juga telah memaklumkan bahawa proses penyelenggaraan bumbung bagi
kelas 3 Optimis dan bilik En. Azmi telah dijalankan.
3.0 Sesi Suai Kenal
3.1 En. Rosmizam memohon Kerjasama semua AJK waris bagi memperkenalkan diri
masing-masing.
4.0 Laporan Kurikulum,HEM dan Kokurikulum
4.1 Kurikulum
4.1.1 En. Shahizan memaklumkan pentaksiran Sumatif akan dijalankan bagi murid
tahun 1 hingga 6.
4.1.2 Beliau memaklumkan bahawa objektif utama KPM PERKASAKU adalah untuk
mengurangkan jurang pembelajaran murid yang berlaku semasa pandemik.
4.1.3 Beliau memaklumkan bahawa Penilaian PKSK bagi murid tahun 6 sedang
berjalan.
4.1.4. Beliau memaklumkan bahawa semua guru telah menerima suntikan vaksin.
4.1.4 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah menerima tiga orang guru
baharu manakala 2 orang guru telah berpindah.
4.2 HEM
4.2.1 En. Azmi memaklumkan bahawa sesi persekolahan bermula jam 7.30
pagi.Namun begitu, masih ada waris yang menghantar anak pada pukul 7.50
pagi.
4.2.2 Beliau memaklumkan bahawa murid kelihatan tidak mempunyai persediaan
dari segi pakaian ketika hadir ke sekolah serta memotong rambut mengikut
fesyen terkini.
4.2.3 Beliau memaklumkan bahawa masih terdapat waris yang menghantar anak
terlalu awal serta ada di kalangan waris yang mengganggu laluan.
4.2.4 Beliau memaklumkan bahawa murid akan dilepaskan secara berperingkat
jika waktu pulang sama bagi setiap kelas.
4.2.5 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima pengusaha
kantin yang baru.
4.2.6 Beliau memaklumkan bahawa lokasi penapis air akan diubah berdekatan
dengan bilik guru.
4.2.7 Beliau memohon supaya pihak waris perlu memaklumkan kepada sekolah
sekiranya terdapat sebarang komen berkaitan kantin sekolah.
4.2.8 Beliau memohon Kerjasama para waris untuk mengingatkan anak-anak
berkaitan dengan SOP semasa berada di sekolah.
4.2.9 Sekiranya mempunyai sebarang masalah, para waris boleh terus
menghubungi sekolah dengan menyatakan secara lengkap butir peribadi
anak-anak masing-masing.
4.3 KOKURIKULUM
4.3.1 En. Zool Fadli memaklumkan bahawa aktiviti luar masih belum dapat
dijalankan.
4.3.2 Beliau memaklumkan bahawa SK Tasek Permai telah dipilih sebagai Tunas Bola
Sepak.Sebarang Latihan tidak boleh dijalankan di sekolah manakala
pertandingan secara atas talian.
4.3.3 Aktiviti Pendidikan Jasmani boleh dijalankan tetapi meti mengikut SOP.
4.3.4 Program merentas desa dicadangkan pada bulan Oktober semasa Hari
Sukan Negara.
5.0 Hal-hal lain
5.1 En. Rosmizam memaklumkan bahawa kutipan sumbangan penapis air boleh
mula dibuat bermula bulan Januari hingga Oktober.Kutipan sumbangan PIBG
masih belum mendapat kelulusan pihak JPN.
5.2 Pn. Faizah memaklumkan bahawa masih terdapat 12 kekosongan murid
Prasekolah.Murid-murid diasingkan mengikut kelas 5 dan 6 tahun.
5.3 Pn. Haziemah memohon supaya dibina bumbung pada laluan masuk murid
bagi mengelakkan hujan dan panas.
5.4 Pn. Norafidaizyani memaklumkan bahawa pihak PPD akan mengadakan
lawatan bimbingan bagi memantau murid tahun 6 yang masih membaca Iqra’.
5.5 Pn. Baizura memaklumkan bahawa pihak sekolah boleh menghubungi beliau
sekiranya ingin mengadakan program dengan Kerjasama pihak USM.
5.6 En. Azmi memaklumkan bahawa Bantuan Khas Awal Persekolah akan
disampaikan kepada waris pada hari Khamis dan Jumaat iaitu 27 & 28 Januari
2022.
5.7 Pn. Masitah memaklumkan bahawa kutipan sumbangan surau pada setiap
Jumaat belum dimulakan dan akan dijalankan nanti.
5.8 Pn. Masitah memaklumkan bahawa jadual PdPR berjalan seperti biasa bagi
murid yang terlibat dengan kelas penggiliran.Guru subjek akan menghantar
tugasan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5.9 Pn. Masitah memaklumkan bahawa SK Tasek Permai belum menerima Pegawai
Prosa.
6.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang sudi
hadir dan menyumbangkan idea pada mesyuarat kali ini.Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………… ………………………………….
(MARIAH BT ABD WAHAB) (ROSMIZAM BIN OMAR)
Setiausaha, YDP PIBG,
PIBG Sk Tasek Permai SK Tasek Permai