The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amin Rahim Ibrahim, 2023-10-19 20:45:10

TS25_TUGASAN MODUL 3_KOHORT 7_SK JALONG

TS25_TUGASAN MODUL 3_KOHORT 7_SK JALONG

Keywords: TS25 SK JALONG,TS25,SK JA;ONG,SK JALONG

MENERAJUI PEMBELAJARAN TUGASAN MODUL 3 Sekolah Kebangsaan Jalong 31100, Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan TS25 : PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 JAWATANKUASA PENGURUSAN TS25 SK JALONG PENGERUSI : Puan Hajah Norazizah binti Salleh (Guru Besar) TIMBALAN PENGERUSI : Encik Anuar bin Abdul Aziz (PK Pentadbiran) NAIB PENGERUSI 1 : Puan Asarussita binti Mohamed Noor (PK Hal Ehwal Murid) NAIB PENGURUSI 2 : Encik Mohd Rokani bin Abdul Rahman (PK Kokurikulum) SETIAUSAHA : Encik Amin Rahim bin Haji Ibrahim PEN. SETIAUSAHA : Puan Noriyah binti Paitin AJK : SU Kurikulum : SU Hal Ehwal Murid : SU Kokurikulum : Semua Ketua Panitia


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 2 TUGASAN 1


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 3 TINDAKAN SLT ❖ Mengedar soal selidik berkaitan TS25 di Sekolah (SK Jalong) menggunakan aplikasi google form. Kajian ini melibatkan semua guru SK Jalong seramai 19 orang dimana seramai 17 orang guru adalah dari aliran Perdana, seorang guru dari aliran Pemulihan dan seorang guru dari Prasekolah. Soal Selidik diberikan menggunakan pautan https://forms.gle/VtwoC2V8GQbmLx8T8 pada 12 September 2023 iaitu pada hari Selasa. ❖ Soal Selidik ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu: • Bahagian 1: Amalan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) (10 soalan) • Bahagian 2: Amalan Pelbagai Gaya Pembelajaran (10 soalan) • Bahagian 3: Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (10 soalan) • Bahagian 4: Amalan Penilaian Bilik Darjah (PBD) (10 soalan) • Bahagian 5: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (10 soalan) ❖ Analisis data berkaitan telah dibuat dan dibentangkan kepada semua guru pada 21 September 2023 iaitu pada hari Khamis untuk makluman dan tindakan penambahbaikan terhadap amalan Pembelajaran PAK21 di sekolah. ❖ Seterusnya hasil dapatan dari kajian ini juga dapat membantu School Leader Team (SLT) merancang dan melaksanakan Professional Learning Community (PLC) berterusan khusus berkaitan amalan PAK21 di Sekolah Kebangsaan Jalong.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 4 BAHAGIAN 1 : AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) Hasil dapatan dari Bahagian 1 ini adalah untuk mengenal pasti Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalong. Terdapat 10 soalan yang dikemukan kepada responden bagi mengukur objektif ini. Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap menggalakkan murid aktif dalam aktiviti kumpulan manakala seramai 5 orang guru (26.3%) sangat kerap menggalakkan murid aktif dalam aktiviti kumpulan. Graf menunjukkan seramai 3 orang guru (15.8%) jarang-jarang melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif, manakala seramai 15 orang guruv(78.9%) kerap melaksanakan aktiviti pembelajaran koperatif dan hanya seorang guru (5.3%) sangat kerap melaksanakan aktiviti pembelajaran koperatif dalam PdPc.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 5 Graf menunjukkan seramai 8 orang guru (42.1%) kerap menggalakkan murid berkomunikasi/berinteraksi secara aktif dalam PdPc dan seramai 11 orang guru (57.9%) sangat kerap menggalakkan murid berkomunikasi/berinteraksi secara aktif. Graf menunjukkan seramai 13 orang guru (68.4%) berada di kerap dan seramai 6 orang guru (31.6%) berada di tahap sangat kerap untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan kolaboratif murid dengan rakan pembelajaran yang lain.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 6 Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) kerap menggalakkan murid memberikan pendapat/idea yang berbeza dan seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap menggalakkan murid memberikan pendapat/idea yang berbeza. Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7) berada di tahap kerap dan seramai 5 orang guru (26.3%) berada di tahap sangat kerap untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang berkaitan kehidupan sebenar murid.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 7 Graf menunjukkan seramai 6 orang guru (31.6%) kerap menerapkan nilai-nilai murni sepanjang proses PdPc manakala seramai 13 orang guru (68.4%) sangat kerap menerapkan nilai-nilai murni sepanjang proses PdPc. Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap melaksanakan aktiviti PdPc berbantukan bahan/peralatan digital, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.6%) jarang-jarang melaksanakan aktiviti PdPc berbantukan bahan/peralatan digital.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 8 Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) berada di tahap sangat kerap memastikan murid seronok dalam proses pembelajaran mereka manakala seramai 7 orang guru (36.8%) kerap memastikan murid seronok dalam proses pembelajaran mereka. Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) kerap menyediakan peluang kepada murid membuat refleksi secara kendiri, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang menyediakan peluang kepada murid membuat refleksi secara kendiri.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 9 BAHAGIAN 1 : RUMUSAN DATA Secara keseluruhannya hasil dapatan Bahagian 1 menunjukkan seramai 17 orang guru (89.5%) berada ditahap KERAP dan SANGAT KERAP berkaitan tentang Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Dapatan ini adalah impak daripada pendedahan dan perkongsian ilmu, pembacaan guru, penglibatan guru dalam taklimat, bengkel, latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan oleh pihak sekolah, peringkat daerah, jabatan, dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) secara bersemuka atau atas talian. Akan tetapi terdapat 2 orang guru (10.5%) yang masih JARANG-JARANG mengamalkan Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) seperti Kemahiran 4C, 5 Standard Asas PAK21, Aktiviti-aktiviti dalam pembelajaran PAK21 dan Ciri-ciri Pengurusan Bilik Darjah PAK21. Melalui hasil dapatan ini dapat membantu School Leader Team (SLT) mengadakan Professional Learning Community (PLC) dengan memberi penekanan kepada 4 aspek di atas.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 10 BAHAGIAN 2 : AMALAN PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN Hasil dapatan dari Bahagian 2 ini adalah untuk mengenal pasti Amalan Pelbagai Gaya Pembelajaran dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalong. Terdapat 10 soalan yang dikemukan kepada responden bagi mengukur objektif ini. Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap merancang aktiviti PdP dengan mengenal pasti gaya pembelajaran semua murid terlebih dahulu, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang merancang aktiviti PdP dengan mengenal pasti gaya pembelajaran semua murid terlebih dahulu. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap melaksanakan pelbagai aktiviti berbantukan bahan audio, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) jarang-jarang dan 2 orang guru (10.5%) sangat kerap melaksanakan pelbagai aktiviti berbantukan bahan audio.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 11 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal berbantukan peralatan/bahan maujud, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal berbantukan peralatan/bahan maujud. Graf menunjukkan seramai 11 orang guru (57.9%) berada di tahap kerap dan seramai 8 orang guru (42.1%) berada di tahap sangat kerap untuk menggunakan BBM dalam bentuk penulisan seperti lembaran kerja, buku kerja, dan buku latihan.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 12 Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) berada di tahap kerap dan seramai 4 orang guru (21.1%) berada di tahap sangat kerap untuk menggalakkan murid aktif dalam aktiviti projek atau penyelesaian masalah. Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) kerap menggalakkan murid mencari sumber Bahan Bantu Belajar mereka sendiri, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat jarang-jarang dan seorang guru (5.3%) sangat kerap menggalakkan murid mencari sumberi Bahan Bantu Belajar mereka sendiri.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 13 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap menggunakan ABM/BBM dalam bentuk visual, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang menggunakan ABM/BBM dalam bentuk visual. Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) kerap melibatkan murid dalam aktiviti penerokaan di luar bilik darjah, manakala seramai 5 orang guru (26.3%) jarang-jarang dan 2 orang guru (10.5%) kerap melibatkan murid dalam aktiviti penerokaan di luar bilik darjah.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 14 Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) jarang-jarang melibatkan murid belajar bersama pihak luar untuk mendapatkan pengetahuan/kemahiran yang luas, manakala seramai 6 orang guru (31.6%) kerap dan seorang guru (5.3%) sangat kerap melibatkan murid belajar bersama pihak luar untuk mendapatkan pengetahuan/kemahiran yang luas. Graf menunjukkan seramai 13 orang guru (68.4%) kerap meminta murid mencadangkan kriteria kejayaan dalam aktiviti pembelajaran yang mereka suka dan seronok, manakala seramai 5 orang guru (26.3%) jarang-jarang dan seorang guru (5.3%) sangat kerap meminta murid mencadangkan kriteria kejayaan dalam aktiviti pembelajaran yang mereka suka dan seronok.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 15 BAHAGIAN 2 : RUMUSAN DATA Secara keseluruhannya hasil dapatan Bahagian 2 menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) berada ditahap KERAP dan SANGAT KERAP berkaitan tentang Amalan Pelbagai Gaya Pembelajaran. Akan tetapi terdapat seramai 5 orang guru (26.3%) yang masih JARANG-JARANG mengamalkan Amalan Pelbagai Gaya Pembelajaran. Melalui hasil dapatan ini dapat membantu School Leader Team (SLT) untuk merancangkan satu Latihan Dalam Perkhidmatan untuk membugarkan kembali PAK21 dalam kalangan guru.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 16 BAHAGIAN 3 : AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Hasil dapatan dari Bahagian 3 ini adalah untuk mengenal pasti Amalan KBAT dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalong. Terdapat 10 soalan yang dikemukan kepada responden bagi mengukur objektif ini. Graf menunjukkan seramai 11 orang guru (57.9%) kerap menggalakkan murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari secara hands-on dan minds-on, manakala seramai 5 orang guru (26.3%) sangat kerap dan 3 orang guru (15.8%) jarang-jarang menggalakkan murid mengaplikasikan konsep yang dipelajari secara hands-on dan minds-on.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 17 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap menggalakkan murid berfikir secara analitikal, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang menggalakkan murid berfikir secara analitikal. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap melaksanakan sesi soal jawab untuk meningkatkan murid berfikir secara kritis, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang melaksanakan sesi soal jawab untuk meningkatkan murid berfikir secara kritis. Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) kerap menggalakkan murid berfikir secara kreatif dalm menghasilkan impak pembelajaran, manakala seramai 3 orang guru (15.8%)


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 18 sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang menggalakkan murid berfikir secara kreatif dalm menghasilkan impak pembelajaran. Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) kerap melibatkan murid secara aktif dalam memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan sekelas, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap, 3 orang guru (15.8%) jarang-jarang, dan hanya seorang guru (5.3%) tidak pernah melibatkan murid secara aktif dalam memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan sekelas. Graf menunjukkan seramai 16 orang guru (84.2%) kerap melaksanakan aktiviti mengikut peningkatan aras KBAT murid, manakala seramai 2 orang guru (10.5%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang melaksanakan aktiviti mengikut peningkatan aras KBAT murid.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 19 Graf menunjukkan seramai 16 orang guru (84.2%) kerap memberi soalan KBAT dalam pentaksiran formatif, manakala seramai 2 orang guru (10.5%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang memberi soalan KBAT dalam pentaksiran formatif. Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) kerap memberi soalan KBAT dalam pentaksiran sumatif, manakala seramai 2 orang guru (10.5%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang memberi soalan KBAT dalam pentaksiran sumatif.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 20 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap merangsang pemikiran murid dengan soalan berbentuk ramalan, dan futuristik, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) jarang-jarang dan 2 orang guru (10.5%) sangat kerap merangsang pemikiran murid dengan soalan berbentuk ramalan, dan futuristik. Graf menunjukkan seramai 13 orang guru (68.4%) kerap melaksanakan aktiviti kontekstual bagi meningkatkan kemahiran untuk kehidupan sebenar murid, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang melaksanakan aktiviti kontekstual bagi meningkatkan kemahiran untuk kehidupan sebenar murid.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 21 BAHAGIAN 3 : RUMUSAN DATA Secara keseluruhannya hasil dapatan Bahagian 3 menunjukkan seramai 17 orang guru (89.5%) berada ditahap KERAP dan SANGAT KERAP berkaitan tentang Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Akan tetapi terdapat seramai 2 orang guru (10.5%) yang masih JARANG-JARANG mengamalkan Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Melalui hasil dapatan ini dapat membantu pihak School Leader Team (SLT) untuk membuat perancangan bagi memperkukuhkan amalan KBAT dalam kalangan guru terutamanya melalui strategi kolaboratif seperti Lesson Study, Bimbingan Rakan Sekerja (Peer Coaching), dan Jelajah Pembelajaran (Learning Walk).


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 22 BAHAGIAN 4 : AMALAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Hasil dapatan dari Bahagian 4 ini adalah untuk mengenal pasti Amalan PBD dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalong. Terdapat 10 soalan yang dikemukan kepada responden bagi mengukur objektif ini. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) berada di tahap sangat kerap dan seramai 9 orang guru (47.4%) berada di tahap kerap untuk melaksanakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PBD. Graf menunjukkan seramai 13 orang guru (68.4%) kerap melibatkan murid dalam pentaksiran sebagai pembelajaran, manakala seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap dan 3 orang guru (5.3%) jarang-jarang kerap melibatkan murid dalam pentaksiran sebagai pembelajaran.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 23 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) berada di tahap kerap dan seramai 5 orang guru (26.3%) berada di tahap sangat kerap untuk menggunakan bukti pembelajaran dalam penetapan TP yang dikuasai oleh murid. Graf menunjukkan seramai 11 orang guru (57.9%) kerap menggunakan ulasan maklum balas murid lain dalam penetapan TP murid, manakala seramai 6 orang guru (31.6%) jarang-jarang, seorang guru (5.3%) sangat kerap dan seorang lagi guru (5.3%) tidak pernah menggunakan ulasan maklum balas murid lain dalam penetapan TP murid.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 24 Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) kerap merancang PBD menggunakan hasil refleksi PDP yang lepas, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan 3 orang guru (15.8%) jarang-jarang merancang PBD menggunakan hasil refleksi PDP yang lepas. Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap menyediakan BBM yang mencukupi supaya tugas melaksanakan PBD lancar, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang menyediakan BBM yang mencukupi supaya tugas melaksanakan PBD lancar.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 25 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) kerap melaksanakan pentaksiran sumatif dalam PBD mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) tidak pernah melaksanakan pentaksiran sumatif dalam PBD mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap melaksanakan pertimbangan profesional dalam menetapkan TP bersama-sama rakan guru yang mengajar kelas yang sama, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang melaksanakan pertimbangan profesional dalam menetapkan TP bersama-sama rakan guru yang mengajar kelas yang sama.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 26 Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap melaksanakan pertimbanagan profesional dalam menetapkan TP bersama rakan guru dalam panitia, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) tidak pernah melaksanakan pertimbanagan profesional dalam menetapkan TP bersama rakan guru dalam panitia. Graf menunjukkan seramai 11 orang guru (57.9%) kerap mengambil kira maklum balas pentadbir yang memantau sebagai satu penambahbaikan proses PBD yang dilaksanakan, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang mengambil kira maklum balas pentadbir yang memantau sebagai satu penambahbaikan proses PBD yang dilaksanakan.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 27 BAHAGIAN 4 : RUMUSAN DATA Secara keseluruhannya hasil dapatan Bahagian 4 menunjukkan seramai 18 orang guru (94.7%) berada ditahap KERAP dan SANGAT KERAP berkaitan tentang Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Akan tetapi terdapat seorang guru (5.3%) yang masih JARANG-JARANG mengamalkan Amalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Melalui hasil dapatan ini dapat membantu pihak School Leader Team (SLT) untuk meminta penyelaras PBD untuk memberikan pembugaran kepada guru untuk mengurus PBD dengan lebih baik melalui penjaminan kualiti PBD seperti pementoran, penyelarasan, pemantauan, dan pengesanan.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 28 BAHAGIAN 5 : PENULISAN RPH Hasil dapatan dari Bahagian 5 ini adalah untuk mengenal pasti Amalan Penulisan RPH dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Jalong. Terdapat 10 soalan yang dikemukan kepada responden bagi mengukur objektif ini. Graf menunjukkan seramai 8 orang guru (42.1%) jarang-jarang menyediakan Rancangan Pengajaran Harian selepas sesi PdPc berlangsung, manakala seramai 4 orang guru (21.1%) tidak pernah, 4 orang guru (21.1%) kerap dan seramai 3 orang guru (15.8%) sangat kerap, menyediakan Rancangan Pengajaran Harian selepas sesi PdPc berlangsung. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap menyediakan RPH mengikut format penulisan RPH PAK21, manakala seramai 7 orang guru (36.8%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang menyediakan RPH mengikut format penulisan RPH PAK21.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 29 Graf menunjukkan seramai 12 orang guru (63.2%) kerap merancang penggunaan BBM dalam RPH yang dihasilkan, manakala seramai 5 orang guru (26.3%) sangat kerap dan 2 orang guru (10.5%) jarang-jarang merancang penggunaan BBM dalam RPH yang dihasilkan. Graf menunjukkan seramai 11 orang guru (57.9%) berada di tahap sangat kerap dan seramai 8 orang guru (42.1%) berada di tahap kerap untuk Menyusun aktiviti penulisan dalam RPH PAK21 mengikut urutan pelaksanaan yang betul.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 30 Graf menunjukkan kefahaman guru berkaitan tentang maksud objektif pembelajaran (OP) dan kriteria kejayaan (KK) dalam penulisan RPH. Seramai 11 orang guru (57.9%) berada di tahap kerap dan seramai 8 orang guru (42.1%) berada di tahap sangat kerap. Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) berada di tahap kerap dan seramai 9 orang guru (47.4%) berada di tahap sangat kerap untuk merancang/menggunakan pelbagai gaya pembelajaran untuk murid dalam merancang penulisan RPH.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 31 Graf menunjukkan seramai 10 orang guru (52.6%) kerap menyediakan RPH yang berpusatkan kepada murid, manakala seramai 8 orang guru (42.1%) sangat kerap dan seorang guru (5.3%) jarang-jarang menyediakan RPH yang berpusatkan kepada murid. Graf menunjukkan keyakinan amalan penyediaan RPH yang baik akan membantu proses pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih lancar. Seramai 14 orang guru (73.7%) berada di tahap sangat kerap dan seramai 5 orang guru (26.3%) berada di tahap kerap.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 32 Graf menunjukkan seramai 14 orang guru (73.7%) berada di tahap sangat kerap dan seramai 5 orang guru (26.3%) berada di tahap kerap dalam penyediaan RPH yang baik dapat membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid. Graf menunjukkan seramai 15 orang guru (78.9%) berada di tahap sangat kerap dan seramai 4 orang guru (21.1%) berada di tahap kerap untuk merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan sepenuhnya untuk penyediaan RPH.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 33 BAHAGIAN 5 : RUMUSAN DATA Secara keseluruhannya hasil dapatan Bahagian 5 menunjukkan seramai 18 orang guru (94.7%) berada ditahap KERAP dan SANGAT KERAP berkaitan tentang Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Akan tetapi terdapat seorang guru (5.3%) yang masih JARANG-JARANG mengamalkan penulisan RPH sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, melalui hasil dapatan ini dapat membantu School Leader Team (SLT) memberi penerangan dan gesaan dari masa ke semasa kepada guru untuk menulis RPH mengikut aturan yang telah dibentuk oleh pihak KPM. Amalan penulisan RPH melalui aplikasi CIDs sebagaimana yang telah dipersetujui memudahkan lagi penulisan RPH oleh guru.


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 34 TUGASAN 2


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 35


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 36


TUGASAN MODUL3 | KOHORT 7 37


38 CONTOH INSTRUMEN


40 INSTRUMEN BERGAMBAR


Click to View FlipBook Version