The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by einasafeza19-1080, 2023-07-15 10:54:11

ASSIGNMENT FKIK 3013 (FULL)

ASSIGNMENT FKIK 3013 (FULL)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR FKIK 3013 FIQH KEKLUARGAAN ISLAM (KONSEP HADHANAH DALAM ISU PENJAGAAN ANAK ) Nama : NUR EINASAFEZA BINTI MOHD BASERI No. K/P : 010329-10-1202 Angka Giliran : 2020112350193 Program : PISMP Ambilan : JUN2020 Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2 Nama Pensyarah : DR. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN Tarikh Hantar : 17 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Eina Tarikh : 17 JULAI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 PENGERTIAN HADHANAH 1 3.0 HUKUM PELAKSANAAN HADHANAH 2 4.0 DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN HADHANAH 2 5.0 SYARAT-SYARAT HADHANAH 3 6.0 PROSEDUR MAHKAMAH BERKAITAN HADHANAH 4 7.0 KESIMPULAN 5 RUJUKAN 6 LAMPIRAN 7


1.0 PENDAHULUAN Hadhanah merupakan penjagaan dan Pendidikan kanak-kanak yang masih kecil dalam semua hal kehidupan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur yang tertentu. Walaubagaimanapun orang yang berhak menjaganya juga merupakan orang yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak tersebut sama ada daripada kaum kerabat atau mahramnya. Meskipun hak penjagaan tersebut melibatkan kaum kerabat atau mahram bagi kanak-kanak itu, keputusannya tetap bergantung atas budi bicara mahkamah. Dengan itu, dapat difahami secara umum bahawa hadhanah merupakan penjagaan anak yang masih kecil setelah berlakunya penceraian antara ibu dan ayahnya. Ia juga dapat dilihat sebagai suatu urusan yang mengurus kepentingan anak-anak sama ada lelaki atau perempuan yang belum mumayyiz atau yang telah dewasa namun tidak mampu mengurus diri kerana kelainan Upaya. 2.0 PENGERTIAN HADHANAH Menurut Wahbah Al-Zuhaili (2001), definisi hadhanah dari segi bahasa ialah di samping yang membawa maksud himpun di samping atau di sisi. Hadhanah berasal daripada perkataan hidhnu yang membawa maksud tepi atau sisi. Hal ini adalah disebabkan oleh orang yang ingin mengambil kanak-kanak itu sisinya (Mustofa Al-Khin, 2002). Dalam buku Subul AsSalam hadhanah berasal dari kata احضن dengan kasrah huruf “ha” adalah masdar dari kata حضن hadhanah syabiyyah yang membawa maksud dia mengasuh atau memelihara bayi. Masdarnya hadhanan wa hidhanah yaitu asuhan atau pemeliharaan, الحضن dengan kasrah huruf “ha” juga berarti bagian badan mulai dari bagian bawah ketiak hingga bagian antara pusat dan pertengahan punggung diatas panggul paha, termasuk dada atau dua lengan atas dan bagian antara keduanya. Dari segi istilah pula, hadhanah boleh ditakrifkan dengan hak mendidik dan menjaga mereka yang tidak mampu mengurus diri sendiri bagi menjauhkan daripada perkara-perkara yang buruk kerana tidak dapat membezakan antara baik dan buruk. Mereka ini dijaga dari segi makan dan minum, pakaian, tempat tidur dan kebersihannya dalam tempoh umur yang tertentu. Hadhanah dari segi istilah juga boleh didefinisikan sebagai menjaga serta memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang sudah dewasa tetapi belum mumayiz dari sebarang anasir yang boleh merosakkan fizikal mahupun mental mereka sehingga kanak-kanak tersebut mampu berdikari dan memikul tanggungjawab (Azhar b Abd Aziz, 2006). Perngertian hadhanah secara umumnya bermaksud pemeliharaan kanak-kanak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang belum berakal yang tidak mumaiyiz setelah berlaku penceraian antara kedua ibu bapa mereka (Mat Saat Abd. Rahman, 2002). Jika dari segi syara’ terdapat banyak definisi hadhanah. Dalam mazhab al-shafie ia


disebut sebagai menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitkannya kerana seseorang itu tidak mumaiyiz lagi seperti kanak-kanak dan orang besar yang gila. Mazhab Hanafi pula mentakrifkan hadhanah sebagai mendidik kanak-kanak yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menurut umur tertentu oleh orang yang berhak terhadapnya iaitu dalam kalangan ahli keluarganya (Ahmad Mahmud Al-Shafi’I, 1991). 3.0 HUKUM PELAKSANAAN HADHANAH Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan, hadhanah membawa hukum wajib ke atas kanak-kanak. hal ini kerana mengabaikannya beraksud kita telah mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya dan kebinasaan. Kewajipan hadhanah ini lebih tertumpu kepada ibu berikutan ibu mempunyai ciri-ciri dan sifat yang lebih sesuai untuk tujuan pengasuhan jika dibandingkan dengan bapa meskipun bapa telah berkahwin lain. Tambahan pula, seorang ibu tiri tidak akan dapat mengasuh seorang kanak-kanak dengan sebaik mungkin jika dibandingkan dengan ibu kandung. Berdasarkan kedudukan ini, Islam telah menetapkan hak hadhanah kepada seorang ibu. Rasulullah s.a.w pernah menetapkan hak hadhanah kepada seorang ibu selama mana dia belum berkahwin lain. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum berkahwin” (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud). Hak dan tanggungjawab ibu akan berterusan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur mumaiyiz iaitu 7 tahun. Selepas itu, kanak-kanak tersebut boleh membuat pilihan sama ada ingin terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama bapanya. Rasulllah s.a.w bersabda yang bermaksud “Wahai anak! Ini bapamu dan ini ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu suka antara mereka berdua. Lalu anak itu memegang tangan ibunya, lantas membawa ia pergi.” (Riwayat Imam Ahmad) 4.0 DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN HADHANAH Islam telah mewajibkan pemeliharaan ke atas kanak-kanak sehingga ia mampu berdikari. Oleh itu, mengasuh kanak-kanak yang masih kecil adalah wajib kerana pengabaian terhadap anak-anak bererti mendedahkan anak-anak tersebut kepada bahaya. Terdapat bayak dalil yang menunjukkan kepada kewajipan mengasuh anak ini sama ada daripada al-Quran mahupun as-Sunnah atau sirah sahabat. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. dan kewajiban bapa ialah memberi makan dan Pakaian kepada ibu dengan cara ma'ruf. Tidaklah dibebani seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita Kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris juga menanggung


kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Apabila keduanya ingin menjaga (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan Ketahuilah bahawa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. Di dalam hadith nabi juga dijelaskan kewajipan penjagaan anak ini, antaranya yang bermaksud “Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya telah datang seorang perempuan (menemui Rasulullah dan bertanya), ya Rasulullah, ini adalah anakku, perutku yang mengandungkannya, susuku yang memberi minumnya, pangkuankulah yang memangkunya. Sesungguhnya bapanya telah menceraikan aku dan dia hendak merampasnya dariku. Rasulullah s.a.w. bersabda: Engkaulah yang berhak ke atasnya selagimana engkau belum berkahwin.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud) Kisah tentang hadhanah ini juga terdapat dalam sirah para sahabat. Salah satunya ialah kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. Didalam satu riwayat ada menceritakan bahawa Saidina Umar Ibn al-Khattab telah menceraikan isterinya yang bernama Jamilah (seorang wanita Ansar) dan mereka meninggalkan sorang anak bernama ‘Ashim. Mereka berebut tentang siapakah yang berhak untuk menjaga anak itu. Lalu mereka telah merujuk kepada Saidina Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu. Saidina Abu Bakar memutuskan bahawa ibunya lebih berhak. Daripada dalil-dalil ini jelaslah bahawa hadhanah merupakan satu kewajipan kepada ibu bapa ataupun penjaganya. Pengabaian terhadap hadhanah ini adalah satu penganiyaan terhadap anak-anak (Raihanah Abdullah, 2001). 5.0 SYARAT-SYARAT HADHANAH Walaupun telah jelas bahawa tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak kecil menjadi tugas ibu, namun dia harus memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang telah digariskan oleh fuqaha. Dengan ini barulah mereka benar-benar layak untuk menjadi hadhinah. Imam syafie telah menggariskan tujuh kriteria yang utama untuk menjadi hadhinah. Antara syarat yang perlu ada pada si ibu sebelum mendapat hak hadhanah ialah berakal. Berakal membawa maksud orang yang warasa kerana orang gila tidak layak menjadi hadhinah kecuali gilanya amat sedikit. Selain itu, ibu juga hendaklah seorang yang merdeka. Perempuan yang masih hamba tidak layak menjadi hadhinah kerana hamba bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuannya. Dengan itu, jika seorang ibu ingin menjdai hadhinah, dia perlulah merdeka. Seterusnya, syarat yang perlu ada ialah islam. Orang kafir sama sekali tidak layak menjadi hadhinah kerana dikhuatiri akan merosakkan akidah anak tersebut. Kemudian, si ibu juga perlulah baik akhlaknya. Orang yang buruk serta rosak akhlak tidak layak menjadi hadhinah kerana akhlak tersebut dikhuatiri akan mempengaruhi


tumbesaran anak. Si ibu juga hendaklah seorang yang Amanah. Orang yang mempunyai sikap khianat terhadap Amanah yang diberikan kepadanya tidak layak menjadi hadhanah. Hadhinah juga mesti tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu dipelihara. Hal ini bagi memudahkan mereka menjalankan urusan penjagaan. Akhir sekali, ibu yang menjadi hadhinah tidak berkahwin dengan lelaki lain. Namun begitu, syarat ini hanya tertakluk kepada pihak isteri sahaja. Jika ibu itu berkahwin lain, maka hak penjagaannya akan gugur. Pengecualian ini akan terbatal jika lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan kanak-kaak tersebut. 6.0 PROSEDUR MAHKAMAH BERKAITAN HADHANAH Apabila sesuatu keputusan penjagaan diputuskan oleh hakim, maka surat keputusan tersebut hendaklah diberi kepada kedua-dua belah pihak. Dengan ini kedua-dua belah pihak hendaklah mematuhi segala perintah yang dikeluarkan. Pihak suami hendaklah menyerahkan anak kepada bekas isterinya dan pihak isteri mempunyai hak untuk menuntut penjagaan anak daripada pihak suami, begitu juga sebaliknya. Perlaksanaan ini hendaklah berkuatkuasa bermula dari tarikh yang ditetapkan didalam surat keputusan mahkamah. Tetapi jika tarikh penyerahan tidak ditetapkan, maka menurut seksyen 152(3) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 menetapkan bahawa: “Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah dibawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan”. Surat ini hendaklah dihantar kepada pihak suami supaya dia menyerahkan hak jagaan anak kepada pihak isteri. Apabila pihak suami tidak menyerahkan hak penjagaan kepada pihak isteri, maka perbuatan pihak suami ini dikira sebagai ‘menghina mahkamah’ dan boleh dikenakan tindakan. Menurut seksyen 229(1) menyatakan bahawa: “Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit” Manakala perenggan (3) pula menyatakan bahawa: “Dalam hal penghinaan yang dilakukan diluar mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu”. Dengan ini, pihak isteri dikehendaki menyediakan ‘surat tunjuk sebab’ kepada mahkamah. Apabila surat ini telah disediakan, maka ia akan diendorskan oleh mahkamah untuk dihantar kepada pihak suami. Contoh surat ini terdapat didalam Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1998 dan ditandakan sebagai Borang MS 45. Pihak suami dikehendaki hadir ke mahkamah bagi


menunjukkan sebab mengapa dia tidak dapat melaksanakan perintah mahkamah. Jika alasan pihak suami tidak dapat memuaskan mahkamah, maka pihak suami boleh dikenakan tindakan pengkomitan sepertimana yang tertakluk dibawah seksyen 229(1) Akta 585. 7.0 KESIMPULAN Daripada perkara yang telah dihurai, dapat difahami bahawa tugas seorang hadhinah ini bukanlah satu tugas yang ringan. Tetapi ia memerlukan kita memberikan sepenuh perhatian dan tanggungjawab. Hal ini adalah kerana kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Islam adalah bagi menjamin kemaslahatan dan masa depan anak-anak agar mereka tidak menjadi mangsa disebabkan peneceraian di antara kedua ibu bapanya.


RUJUKAN Abdul Monir Yacoob & Siti Shamsiah Md Supi. Undang-undang Keluarga Islam: 2006: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dr. Mat Saad Abd. Rahman. Undang-undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan: Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa: 2007: Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Kitab Fikah Mazhab Syafie: 2002: Prospecta Printers Sdn. Bhd. Halim, S. H., & Abdurrazaq, M. (2022). Settlement of the Hadhanah Dispute After Divorce of a Husband and Wife of Different Ethnicities in Indonesia (Case Study of Rao Pasaman). Jurnal Al-Qadau: Peradilan dan Hukum Keluarga Islam, 9(2). Najmiddin, H. (2021). HISTORY OF FIQH. Galaxy International Interdisciplinary Research Journal, 9(9), 199-203. Raihanah Abdullah. Wanita Dan Perundangan Islam: 2001: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd. Wahbah Al-Zuhaili. Fiqh & Perundangan Islam: 2001: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


LAMPIRAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK 2023 Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Nama Pelajar : Kod: FKIK3013 Semester / Tahun: Semester 3 / Tahun 3 Ambilan: Jun 2020 Kumpulan: PISMP Nama Kursus: Fiqh Kekeluargaan Islam (Elektif Terbuka) Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penulisan laporan ( 50% ) 12.6.2023 17.7.2023 2. Pembentangan ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 3. Kuiz ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghuraikan konsep asas pembinaan insan menurut Islam (C2, LO1). 2. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam (C2, LO3, CTPS1). 3. Menjelaskan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara pembentangan berkumpulan.(C2, LO4, LO5, LO6, CS1, TS1, LL1) 4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan (C4, A3, LO6, LL3). 5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia (C2, A4, LO1). Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, 4 dan 5.


Objektif Pentaksiran Berterusan: Pelajar akan dapat: 1. Menghuraikan konsep dan proses perkahwinan dan pembubaran dalam Islam serta prosedur perkahwinan menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber secara penulisan laporan yang komprehensif. (CLO2, CLO3, CLO5) 2. Melaksanakan pembentangan multimedia berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini (CLO3) 3. Menerangkan asas pembentukan insan dalam Islam dan menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan berdasarkan sumber yang muktabar dalam bentuk jawapan daripada soalan kuiz. (CLO1 & CLO4).


Isu perkahwinan hari ini sering dipaparkan dalam media massa. Isu pemilihan jodoh, wang hantaran, kenduri kahwin dan pergolakan rumahtangga sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita. Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mewartakan undang-undang keluarga Islam melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wliayah Persekutuan bagi menangani isu-isu tersebut. Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 50%) - (CLO2, CLO3, CLO5) 1. Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan penulisan laporan dengan mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. Maklumat boleh diperolehi secara kolaborasi dengan Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah serta Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia. (KPPB) 2. Panjang laporan ialah 1500 patah perkataan. 3. Tugasan ini adalah secara individu dan tajuk-tajuk seperti pada Lampiran A. 4. Laporan perlu dipersembahkan di dalam betuk anyflip atau seumpamanya dan juga dicetak. Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia. 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. 3. Soalan tugasan pembentangan kumpulan pada Lampiran B. Tugasan 3 : Kuiz (Wajaran 25%) – (CLO1, CLO4, CLO5) Kuiz : Anda dikehendaki menjawab soalan berbentuk struktur berdasarkan tajuk berikut: a. Konsep pembinaan Insan menurut Islam. b. Pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan. c. Prosedur perkahwinan di Malaysia.


Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu, manakala tugasan 2 adalah secara berkumpulan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat bagi tugasan 1 dan tugasan 2. 3. Format penulisan tugasan 1 adalah seperti yang berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font jawi-biasa dan yang berhubungan dengannya atau Font rumi Arial. 3.3 Saiz huruf - 18 poin (Jawi) atau Saiz huruf – 11 poin (rumi) 3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 4. Panjang laporan adalah 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain). 7. Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda. 8. Tugasan 2 secara pembentangan berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan. Pembentangan secara powerpoint dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan softcopy perlu diserahkan kepada pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian dan pemberian markah. 9. Tugasan 3 dijalankan secara kuiz – ujian kertas/pensil (Pen). Disediakan oleh, Disemak oleh,


............................................................ ......................................................... (DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) (ZULQUARNAIN BIN ALI) Penyelaras Kursus FKIK3013. Pakar Bidang(SME) (FIQH KEKELUARGAAN ISLAM) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam Moral, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Kuala Lipis, Pahang. Disahkan oleh, ............................................................. (DR. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG. Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.


LAMPIRAN A SENARAI TAJUK TUGASAN INDIVIDU KURSUS FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 1: Penulisan Laporan : ( Wajaran 50%) 1. Anda dikehendaki mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. BIL NAMA PELAJAR Tajuk Tugasan 1 Konsep memilih jodoh dan peminangan dalam perkahwinan menurut Syariat Islam 2 Perbincangan tentang rukun nikah 3 Pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan dalam Islam. 4 Poligami : Tuntutan atau keperluan. 5 Perbincangan tentang talak (perceraian perkahwinan). 6 Perbincangan tentang idah dan rujuk. 7 Perbincangan tentang fasakh dan khuluk. 8 Analisis Konsep Li’an, Nusyuz dan Sulh dalam isu pembubaran perkahwinan. 9 Konsep hadanah dalam isu penjagaan anak. 10 Perbincangan terhadap hak-hak selepas perceraian menurut undangundang keluarga Islam di Malaysia 11 Prosuder perkahwinan di Malaysia menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang. 12 Prosuder Perceraian di Malaysia menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang


13 Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perkahwinan 14 Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perceraian 15 Prosuder perkahwinan di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 16 Prosuder Perceraian di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 17 Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perkahwinan 18 Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perceraian 19 Prosuder Perkahwinan di luar Malaysia bagi warganegara Malaysia beragama Islam. 20 Prosuder Perkahwinan dengan warganegara asing beragama Islam.


LAMPIRAN B SOALAN PEMBENTANGAN FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. Kumpulan 1 : UNIT 1: Persediaan sebelum Perkahwinan & Asas Pemilihan Jodoh UNIT 2: Proses sebelum berkahwin (Peminangan & Pertunangan) Kumpulan 2 : UNIT 1: Rukun Kahwin & Syarat-syaratnya. UNIT 2: Tanggungjawab suami isteri di dalam perkahwinan Kumpulan 3 : UNIT 1: Hikmah Pensyariatan Poligami UNIT 2: Syarat-syarat Berpoligami Kumpulan 4 : UNIT 1: Talak, Iddah dan rujuk UNIT 2: Fasakh, Khulu’, Lian dan Nusyuz


Kumpulan 5 : UNIT 1: Proses Perceraian Pasangan Islam UNIT 2: Hak-Hak selepas Cerai: Hadanah & Nafakah * UNIT 1: ARO (Dr. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) * UNIT 2: WAN (Dr. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN)


Click to View FlipBook Version