The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatee1966, 2021-09-06 23:47:37

Pohon Buluh

Pemahaman Tahun 3

TAHUN TIGA

Baca petikan dan jawab soalan-soalan di bawah.

Buluh ialah sejenis tumbuhan pelbagai guna, Tumbuhan ini biasanya
tumbuh meliar di kawasan pinggir hutan.

Pada masa dahulu, buluh dijadikan dinding dan lantai rumah.
Pokok ini juga turut dijadikan galah. Anak buluh disebut rebung.
Rebung boleh dimasak sebagai sayur

Peredaran zaman turut mengubah kegunaan pokok buluh.
Manusia mula mencipta alat muzik seperti angklung dan serunai.
Buluh yang telah diraut nipis dijadikan hasil kraftangan seperti bakul,
tudung saji dan kipas hiasan.

Bagi penduduk negara China dan Thailand, mereka telah
berjaya mencipta payung dari buluh dan dieksport ke negara luar.

Jawab soalan –soalan di bawah

1. Di manakah pokok buluh biasanya tumbuh?
Pokok buluh biasanya tumbuh………………………………………………………………..

2. Bilakah pokok buluh dijadikan dinding dan lantai rumah?
Buluh dijadikan dinding dan lantai rumah ……………………………………………..

3. Apakah nama bahagian pokok buluh yang boleh dimakan ?
Bahagian pokok buluh yang boleh dimakan ialah…………………………………..

4. Namakan kraftangan yang dihasilkan daripada pokok buluh.
…………………………………………………………………………………………………………………………

5. Penduduk negara manakah yang mengeksport hasil daripada buluh ke
luar negara?
Negara yang mengeksport hasil daripada buluh ke negara luar
ialah…………………………………………………………………………………………………………………………….
.


Click to View FlipBook Version