The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-BOOK JALANRAYA DAN KEJURUTERAAN TRAFIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN POLIMAS, 2023-12-27 21:43:43

e-BOOK JALANRAYA DAN KEJURUTERAAN TRAFIK

e-BOOK JALANRAYA DAN KEJURUTERAAN TRAFIK

BAHAGIAN 1 MADZURA BINTI MOHAMADSALMA BINTI YAHYA JALANRAYA DANKEJURUTERAAN LALULINTAS


PENAFIAN HAKCIPTA Pengarang / Editor: MADZURA MOHAMAD SALMA YAHYA Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit. Politeknik Sultan AbdulHalim Mu'adzam Shah Bandar Baru Darulaman 06000 Jitra, Kedah Dicetak di Malaysia Cetakan Pertama, 2022 eISBN: 978-967-0830-99-5


Seiring dengan penggunaan teknologi pintar di abad ke 21 ini, bahan bacaan berbentuk ebook boleh dibaca melalui tablet atau telefon pintar.Menariknya aplikasi ebook memberikan pengalaman seperti membaca buku bercetak dengan kemudahan menyelak muka surat ebook ketika membaca. Jalanraya dan Kejuruteraan Lalulintas merupakan salah satu cabang dalam bidang Kejuruteraan Awam. Ebook ini merangkumi bab pengenalan kepada jalanraya dan kejuruteraan lalulintas. Iaitu berkaitan definisi kejuruteraan jalan raya dan lalulintas, sejarah pembinaan jalanraya,kategori jalanraya di Malaysia,agensi-agensi yang berkaitan dengan jalanraya di Malaysia dan akta-akta jalanraya di Malaysia. E-book Jalanraya dan Kejuruteraan Lalulintas ini adalah bahan bacaan digital yang menarik berkaitan pengenalan kepada jalanraya dan kejuruteraan trafik yang komprehensif,efektif,ringkas,padat dan jelas.Ianya sesuai untuk pelajar yang ingin mendapatkan maklumat dengan cepat, menarik dan mudah difahami. PRAKATA


PENGHARGAAN JUTAAN TERIMA KASIH INI DITUJUKAN KHAS KEPADA........ Rakan-rakan sejawat yang sudi membantu dan memberikan sokongan dalam menghasilkan ebook ini,dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. terima kasih...


ABSTRAK


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA JALANRAYA DAN KEJURUTERAAN LALULINTAS


ISI KANDUNGAN DEFINISI JALANRAYA DAN KEJURUTERAAN LALULINTAS SEJARAH PEMBINAAN JALANRAYA AKTA JALANRAYA DI MALAYSIA KATEGORI JALANRAYA DI MALAYSIA AGENSI-AGENSI BERKAITAN JALANRAYA DAN LALULINTAS


Kejuruteraan jalanraya merupakan salah satu cabang atau disiplin di dalam kejuruteraan awam, yang mana berkaitan dengan proses perancangan, rekabentuk, pentadbiran dan pembinaan jalanraya yang sistematik agar dapat menghasilkan insfrastruktur yang berkesan, lancar dan selamat kepada pengguna jalanraya. 1.1 DEFINISI KEJURUTERAAN JALANRAYA


Kejuruteraan Lalulintas pula berkaitan dengan operasi dan pengendalian rangkaian jalanraya dan lebuhraya, penyenggaraan, penyaliran, mod-mod pengangkutan, insfrastukturinsfrastruktur yang berkaitan dengan operasi jalanraya seperti jambatan, terowong, empangan, jejambat, pembetung, laluan basikal dan pejalan kaki serta sebagainya.


Jalanraya merupakan unsur ketamadunan manusia. Sebelum wujudnya jalanraya, manusia menggunakan alur kecil dan sempit untuk berhubung. Alur ini kemudian dibesarkan dan ditambak dengan tanah yang lebih kuat daya tanggungannya untuk permukaan yang kuat dan selesa. 1.2 SEJARAH PEMBINAAN JALANRAYA


Mula dibina 5000 tahun dahulu sejak terciptanya roda untuk kereta kuda dan lembu. Terdapat di Mesopotamia,China,Persia, Jalanraya terawal ialah jalanraya berturap batu. Tujuan dibina adalah untuk mengangkut blok batu kapur yang besar bagi pembinaan piramid. Mesir,India dan Yunani. 1.2.1 JALANRAYA ZAMAN PURBA


Zaman Rom merupakan era pembinaan jalan yang lebih sistematik dan menjadi asas kepada jalanraya moden. Jalan Rom meliputi pusat bandar Rom sehingga ke penjuru empayarnya seperti Itali, Britian, Pontus, Thrace, Mesir dan Afrika. Jalannya lebih tinggi dari permukaan tanah dan struktur pembinaannya terdiri dari tiga kelas iaitu permukaan tanah yang diratakan, permukaan berkelikir dan berturap. Tujuan utama pembinaan jalan ini adalah untuk ketenteraan. 1.2.2 JALANRAYA ZAMAN ROM


1.2.3 TOKOH PEMBINAAN JALANRAYA PIERRE-MARIE-JÉRÔME TRÉSAGUET Tokoh ini adalah seorang jurutera Perancis yang banyak dikaitkan dengan pendekatan saintifik untuk pembinaan jalan sekitar tahun 1764. Antara inovasinya adalah lapisan dasar atau asas menggunakan batu besar yang ditutup dengan lapisan nipis batu yang lebih kecil. Kelebihan dua lapisan ini ialah apabila dikenakan beban lalu lintas batubatu yang tersekat dan mengisi rongga diantara satu sama lain akan membentuk permukaan tahan haus yang kuat.


JOHN LOUDON MACADAM Merupakan seorang jurutera dari Scotland yang merancang jalan raya moden yang pertama. Beliau memperkenalkan bahan tanah dan batu agregat yang murah yang dikenali sebagai macadam. Kaedah pembinaan jalannya lebih mudah daripada Telford, namun lebih berkesan untuk melindungi jalan raya. JOHN METCALF Tokoh ini juga dikenali sebagai Blind Jack dari Knaresborough atau Blind Jack Metcalf, adalah pembina jalan profesional pertama yang muncul semasa Revolusi Perindustrian. Konsep pembinaan yang ditekankan olehnya adalah jalan yang baik harus mempunyai asas yang baik, disalirkan dengan baik dan mempunyai permukaan cembung yang licin untuk membolehkan air hujan mengalir dengan cepat ke parit di tepi kerana beliau menyedari hujan menyebabkan kebanyakan masalah di jalan raya.


Merupakan seorang juruukur dan jurutera yang membuat kemajuan besar dalam kejuruteraan jalan baru dan pembinaan jambatan. Kaedah pembinaan jalan Telford melibatkan penggalian parit besar di mana menggunakan batu-batu besar sebagai asas. Telford juga membina jalan-jalannya dengan bercerun untuk membolehkan penyaliran berlaku dan ini merupakan penambahbaikan daripada kerja-kerja Trésaguet. Permukaan jalannya terdiri daripada batu-batu pecah. Kaedah pembinaan jalan daripada tokoh ini lebih sistematik dengan meningkatkan pemilihan batu berdasarkan ketebalan dengan mengambil kira keadaan trafik, penjajaran dan cerun. THOMAS TELFORD


JALANRAYA BANDAR LEBUHRAYA LALUAN PERSEKUTUAN JALANRAYA NEGERI 1.3 KATEGORI JALANRAYA DI MALAYSIA JALAN KAMPUNG


LEBUHRAYA Lebuhraya disediakan untuk kenderaan bergerak terus secara sehala dengan jalan keluar/masuk terkawal dan selalunya melibatkan persimpangan bertingkat. Lorong kecemasan turut disediakan dan juga digunakan oleh penunggang motosikal. Bilangan lorong yang disediakan mengikut kepada kepesatan ekonomi sesebuah negeri, kepadatan populasi dan kapasiti muatan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya tersebut. Turut disediakan adalah kemudahan rawat dan rehat (R & R), telefon kecemasan dibeberapa kawasan disepanjang lebuhraya. Kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan pentadbiran lebuhraya dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).


LALUAN PERSEKUTUAN Laluan persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT. Jalan-jalan persekutuan dikategorikan kepada empat kategori utama, iaitu :- 1) Jalan Persekutuan Utama (Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan) - Contoh seperti Jalan Kuala Perlis-Changlun, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Jalan Temerloh-Jerantut, Jalan Alor Setar-Padang Besar, Lebuhraya KLIA, Jalan Alor Setar- Kuala Kedah, Jalan Kota Kinabalu – Tawau, Jalan Bintulu – Miri, Jalan Damai / Jalan Mohammed Salleh dan banyak lagi. 2) Jalan Persekutuan Felda - Contoh Rimba Mas, Chuping (Perlis), Bukit Tangga, Bukit Tembaga (Kedah) dan banyak lagi. 3) Jalan Persekutuan ke Institusi 4) Jalan Persekutuan ke kawasan industri


JALANRAYA NEGERI Jalanraya negerimerupakan cabang-cabang dari Laluan Persekutuan untuk menghubungkan bandar dan pekan di dalam sesebuah negeri dan menjadi sistem peredaran utama di dalam negeri tersebut. Rangkaian jalanraya negeri dibiayai oleh negeri masing-masing dan diuruskan olehJabatan Kerja Rayanegeri tersebut. Jalanraya negeri dikodkan dengan kod negeri diikuti dengankod laluan contohnya negeri Perlis berkod R, Kedah kodnya K, manakala Selangor berhuruf B, Pahang berkod C dan sebagainya. Jalanraya negeri ini dipertanggungjawabkan di bawah pentadbiran dan seliaan Jabatan Kerja Raya di negeri masing-masing.


JALANRAYA BANDAR Jalanraya bandar atau tempatan merupakan jalanjalan yang menghubungkan bandar-bandar di dalam sesebuah negeri. Pihak yang bertanggungjawab mengurus dan membina jalanraya bandar adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya.


JALAN KAMPUNG Jalan kampung selalunya berada di kawasan luar bandar yang berfungsi untuk menghubungkan kampung ke kampung di dalam sesebuah bandar atau daerah. Kebiasaannya, dimensi jalan kampung adalah lebih kecil berbanding jalan-jalan yang lain. Pihak yang bertanggungjawab mengurus dan membina jalan jenis ini adalah seperti Pejabat Daerah atau Majlis Tempatan.


1.4 AGENSI PENTADBIRANJALANRAYA DAN LALULINTAS DI MALAYSIA


Merangka dan merancang polisi untuk semua aspek pembangunan sosioekonomi negara. Berperanan mengesan, menganalisis, menilai dan menyelaras segala rancangan pembangunan jalanraya dan melibatkan semua sektor pengangkutan. 1 Unit Perancang Ekonomi (UPE) 2 Jabatan Kerja Raya (JKR) Bertanggungjawab ke atas perlaksanaan projek pembangunan seperti pembinaan bangunan, jalanraya, jambatan, lapangan terbang dan sebagainya. JKR terlibat dari peringkat perancangan, pembinaan sehinggalah kerja-kerja penyenggaraan. 3 Bahagian Perancang Jalan (BPJ) Menjalankan kajian kejuruteraan lalulintas seperti kajian isipadu, asalantujuan (OD), kadar pertumbuhan lalulintas, laju kenderaan, kawasan kemalangan dan lain-lain untuk mengumpul data lalulintas.


Menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuhraya, kawasan rawat dan rehat serta kemudahan-kemudahan lain. Memungut tol daripada pengguna lebuhraya dan melaksanakan sebarang tindakan lain untuk memajukan lagi lebuhraya. 4 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 5 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaksanakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk meningkatkan keselamatan pengguna dan keberkesanan jalanraya. Membuat pungutan cukai jalan dan khidmat pelesenan kenderaan. Membantu kerajaan dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar dari kenderaan bermotor. 6 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan pengawalan permit/lesen kenderaan perdagangan seperti teksi, bas, van dan kereta sewa. Fungsi LPKP terhad kepada kepada membuat pertimbangan terhadap permohonan untuk mendapatkan lesen dan mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas lesen yang diluluskan.


Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan disiplin pengguna di atas jalanraya, menguatkuasakan dan melaksanakan undang-undang lalulintas. Mengeluarkan saman dan mengutip kompaun daripada pengguna yang melanggar undang-undang lalulintas. Memastikan lalulintas berjalan lancar dengan membuat rondaan dan menyuraikan kesesakan lalulintas. Merekod, menganalisis dan menyiasat kemalangan jalanraya. 7 Polis Diraja Malaysia 8 Jabatan Alam Sekitar (JAS) Bertanggungjawab mengawal dan mengawasi pencemaran, memelihara serta mengekalkan keharmonian alam sekitar terutamanya pencemaran bunyi dan asap dari kenderaan bermotor. Mengkaji dan menganalisis kesan persekitaran daripada projek pembinaan jalan dan lebuhraya bagi menyediakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). 9 Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Mengatur dan mengawal pembangunan selaras dengan peruntukan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. JPBD berperanan melaksanakan perancangan pengangkutan bandar, guna tanah dan mengawal pembangunan supaya selaras dengan polisi negeri terbabit.


Membuat peruntukan insfrastruktur dan perancangan jalanraya. Mengurus dan mengawal kesesakan jalanraya. Menyediakan ruang letak kereta yang mencukupi dan membuat kutipan. Mengawal pembinaan dan menyenggara jalanraya. 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


1 .5 AKTA BERKAITAN JALANRAYA DI MALAYS IA 1 2 3 4 5 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1976 (ROAD TRANSPORT ACT 1976) AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 (ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974) AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (URBAN AND RURAL PLANNING ACT 1976) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (LOCAL GOVERNMENT ACT 1976) AKTA WILAYAH PERSEKUTUAN 1974 (FEDERAL TERRITORY ACT 1974)


Mengurangkan kadar kemalangan dan kematian pengguna jalanraya. 1.6 KEPENTINGAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN AKTA JALANRAYAMeminimumkan kerosakan harta benda akibat kemalangan jalanraya. Menyalurkan maklumat, panduan dan kesedaran terhadap sikap semasa pemanduan Mengubah pandangan dan mentaliti pemandu serta pengguna terhadap keselamatan di jalanraya.


Memberi panduan kepada pengguna jalanraya terhadap kawalan pencemaran daripada bunyi dan asap kenderaan bermotor. Memberi panduan kepada pengguna atau orang awam berkenaan dengan penjagaan alam sekitar akibat daripada pembinaan jalanraya.


1. Terangkan definisi Kejuruteraan Trafik SOALAN TUTORIAL


SOALAN TUTORIAL 2. Senaraikan akta-akta berkaitan jalanraya.


SOALAN TUTORIAL 3. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembinaan jalanraya


SOALAN TUTORIAL 4. Terangkan mengenai John Metcalf dan Thomas Telford dan mengenai jalan yang dibina berdasarkan idea mereka.


SOALAN TUTORIAL 5. Senaraikan LIMA(5) kategori jalanraya di Malaysia


SOALAN TUTORIAL 6. Terangkan ciri-ciri jalan raya berikut di Malaysia (i) Lebuhraya


SOALAN TUTORIAL 6. Terangkan ciri-ciri jalan raya berikut di Malaysia (ii) Laluan persekutuan


SOALAN TUTORIAL 6. Terangkan ciri-ciri jalan raya berikut di Malaysia (iii) Jalan Raya Negeri


SOALAN TUTORIAL 6. Terangkan ciri-ciri jalan raya berikut di Malaysia (iv) Jalan Raya Bandar/Tempatan


SOALAN TUTORIAL 6. Terangkan ciri-ciri jalan raya berikut di Malaysia (v) Jalan Kampung/Luar Bandar


SOALAN TUTORIAL 7. Senaraikan agensi atau badan berkaitan pentadbiran jalanraya dan lalulintas di Malaysia


8. Bincangkan mengenai kepentingan penguatkuasaan akta dan undang-undang jalanraya SOALAN TUTORIAL


SOALAN TUTORIAL 9. Bincangkan mengenai kaitan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan kesan daripada kenderaan bermotor daripada aspek pencemaran alam sekitar.


RUJUKAN 2 4 5 1 Meor Othman Hamzah, Asri Hasan & Mohamed Rehan Karim(1992).Rekabentuk Jalanraya Untuk Jurutera.Dewan Bahasa dan Pustaka:Malaysia:Jiwamas Printers Sdn.Bhd. Encyclopedia Britannica. Inc (1999). History of road. Retrieved June 29, 2022 , from britannica.com/technology/road. E Encyclopedia Wikipedia (n.d).John Loudon McAdam Retrieved July 04, 2022 , from https://en.wikipedia.org/wiki/John_Loudon_McAdam Encyclopedia Wikipedia (n.d).Thomas Telford. Retrieved July 04, 2022 , from https://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Telford 3 Encyclopedia Wikipedia (n.d). John Metcalf (civil engineer) Retrieved July 04, 2022 , from https://en.wikipedia.org/wiki/John_Metcalf_(civil_engineer). 6 Encyclopedia Wikipedia (n.d).Pierre-Marie-Jérôme Trésaguet. Retrieved July 04, 2022 , from https://en.wikipedia.org/wiki/Pierre-Marie-Jérôme Trésaguet


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version