The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Book Nilai Masyarakat Malaysia (ADHWA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN POLIMAS, 2023-12-27 21:43:56

E-Book Nilai Masyarakat Malaysia (ADHWA)

E-Book Nilai Masyarakat Malaysia (ADHWA)

KONSEP NILAI & PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN NAJIAH BINTI MOHD KHOLID SABARIAH BINTI MD. YUSSOF NILAI MASYARAKAT MALAYSIA


K O N S E P N I L A I & P E R P A D U A N M A S Y A R A K A T M A L A Y S I A NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN NAJIAH BINTI MOHD KHOLID SABARIAH BINTI MD. YUSSOF


Hak Cipta Terpelihara. E-book ini adalah hasil karya penulis. Tidak boleh mengulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa sahaja tanpa kebenaran dan izin bertulis daripada pihak Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. PENAFIAN Terbitan Pertama: JULAI 2022 @Hak Cipta Terpelihara 2022 e-ISBN 978-967-0055-04-6 Nama Penerbit: POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS) 06000 JITRA, KEDAH. i


Alhamdulillah, segala pujian milik Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Terima kasih yang tidak terhingga buat Ketua Jabatan Pengajian Am (JPA), Ustaz Mohd Farid Hafidz bin Ahmad dan rakan taulan JPA, yang sentiasa memberikan inspirasi, sokongan dan doa dalam menghasilkan eBook ini. Buat keluarga kami, terima kasih atas sokongan dan doa yang tidak putus-putus untuk kami terus berkarya di dunia digital ini. Akhir kata, semoga naskah kecil ini menjadi sumber pahala dan manfaat berpanjangan buat semua pembaca. Sekian. PENGHARGAAN ii


PENULIS iii NUR ADHWA FARAHIN BINTI SAPARUDIN Ijazah Sarjana Pengajian Islam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian Universiti Kebangsaan Malaysia Pensyarah Jabatan Pengajian Am, Polimas [email protected] NAJIAH BINTI MOHD KHOLID Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Am, Polimas [email protected] SABARIAH BINTI MD. YUSSOF Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Am, Polimas [email protected]


PRAKATA Nilai Masyarakat Malaysia merupakan kursus yang ditawarkan kepada semua pelajar bukan Islam di politeknik seluruh Malaysia khususnya di POLIMAS. Kursus ini membincangkan aspek sejarah pembentukan masyarakat, nilai-nilai agama, adat resam dan budaya masyarakat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tanggungjawab sebagai individu dan nilai perpaduan dalam kehidupan di samping cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia. E-Book yang dihasilkan ini mengkhususkan kepada Course Learning Outcome (CLO) 2 kursus ini iaitu menerangkan etika dan profesionalisme terhadap konsep perpaduan bagi meningkatkan semangat patriotisme masyarakat Malaysia. Tajuk yang akan dikupas dalam e-Book ini adalah Konsep Nilai Dan Perpaduan Masyarakat Malaysia. Seiring peredaran zaman era globalisasi kini, ternyata satu keperluan mendesak kepada penerbitan e-book seperti ini yang membantu pelajar mudah membawanya ke mana-mana, mengurangkan kos percetakan dan penjimatan kertas serta tenaga. E-book yang dihasilkan ini disusun dengan sangat menarik secara infografik dan penggunaan teks yang minimum untuk mempengaruhi pelajar memahami isi kandungan topik dengan lebih pantas. Diharapkan semua pelajar dan pembaca mendapat manfaat berguna dengan penerbitan e-book ini sekaligus membantu dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang mengikuti kursus Nilai Masyarakat Malaysia. Wallahua'lam. iv


Kepercayaan kepada Tuhan Cintakan Negara Kesetiaan kepada Pemimpin Mematuhi Undang-undang Negara Integrasi Nasional Menghormati antara Satu Sama Lain Toleransi Bekerjasama Kasih-sayang Budi Bahasa ISI KANDUNGAN Rakyat Malaysia Mendukung Prinsip Rukun Negara 09 16 NILAI-NILAI PERPADUAN KONSEP PATRIOTISME DAN RUKUN NEGARA 02 KONSEP PATRIOTISME Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. “Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan, Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”. -Tun Abdul Razak07 KONSEP RUKUN NEGARA NILAI-NILAI PERPADUAN "Muafakat Membawa Berkat" - Teras Perpaduan Negara 24 KONSEP NILAI & PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA i PENAFIAN ii PENGHARGAAN iii PENULIS iv PRAKATA PENGENALAN 01 PENUTUP 26


01 Perpaduan yang diterapkan dalam diri masyarakat Malaysia turut menekankan aspek patriotisme dan penghayatan kepada Lima Prinsip Rukun Negara. Kedua-dua aspek ini merupakan tonggak kepada pembentukan jati diri yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi negara. Nilai patriotisme mendesak seseorang itu melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedaulatan negara secara tidak langsung mengikis sikap penting diri dan individualistik. Seterusnya, memupuk nilai bersatu dan mementingkan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia. PENGENALAN Pada masa yang sama, terdapat banyak nilainilai perpaduan yang mesti dihayati oleh setiap rakyat Malaysia bagi memastikan keutuhan hubungan antara kaum. Dengan mengetahui dan memahami setiap nilai perpaduan seperti kasihsayang, bekerjasama, toleransi dan banyak lagi mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang masyhur dan menjadi contoh kepada negara-negara lain yang turut sama berusaha ke arah perpaduan kaum.


KONSEP PATRIOTISME


03 Konsep Patriotisme Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary). Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (New Webster's Dictionary). P A T R I O T


04 Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Perbincangannya perlu diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan sumbangan tokoh-tokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Pertamanya melalui pendidikan. Semangat patriotisme ini mampu disuburkan melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia. Kegiatan Belia (Program Rakan Muda, Seminar atau kursus patriotik belia) Media Massa (komik/ cerpen dan filem) berbentuk patriotik. Media Elektronik (lagu=lagu patriotik dan dokumentari tokoh-tokoh perjuangan negara. Kegiatan sukan, seni dan budaya. Usaha pihak kerajaan dan NGO - memperbanyak program-program berbentuk patriotisme dan aktiviti kesukarelaan seperti membantu mangsa bencana alam atau peperangan di dalam atau luar negara.


05 Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda. Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran. Sudut Pandang Patriotisme


N I L A I - N I L A I P A T R I O T I S M E Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bergandingan ke mercu jaya Berdisiplin Berusaha dan produktif bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh maka mereka pun akan lenyap. 06


KONSEP RUKUN NEGARA


08 K O N S E P R U K U N N E G A R A Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul Razak: “Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”. “.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiaptiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.”


09 Kesetiaan kepada Raja dan Negara Kepercayaan kepada Tuhan PRINSIP RUKUN NEGARA Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undangundang Kesopanan dan kesusilaan


10 Kepercayaan kepada Tuhan PRINSIP RUKUN NEGARA Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


11 Kesetiaan kepada Raja dan Negara PRINSIP RUKUN NEGARA Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara dan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.


12 Keluhuran Perlembagaan PRINSIP RUKUN NEGARA Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.


13 Kedaulatan Undangundang PRINSIP RUKUN NEGARA Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.


14 Kesopanan dan kesusilaan PRINSIP RUKUN NEGARA Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.


15 (a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. (b) Untuk memelihara cara hidup demokratik. (e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. (d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. (c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. OBJEKTIF PENGGUBALAN RUKUN NEGARA


NILAI-NILAI PERPADUAN


17 Jules Henry (1975), mentakrifkan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih-sayang, baik hati, keseronokan, kepuasan hati, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Perpaduan tidak mungkin dicapai jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia tidak mengamalkan nilai-nilai ke arah Raths, et al. (1980) merumuskan bahawa nilai ialah garis panduan umum terhadap tingkah laku. NILAI NILAI-NILAI PERPADUAN Perpaduan menurut Kamus Dewan (2005) ialah penggabungan, persesuaian dan perihal berpadu. Perpaduan merupakan satu keadaan yang menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bersatu dan menerima antara satu sama lain. PERPADUAN perpaduan.


18 Mematuhi undang-undang NILAI-NILAI PERPADUAN Kepercayaan kepada Tuhan Cintakan Negara Kesetiaan kepada Pemimpin Integrasi Nasional Toleransi Hormat Kasih-sayang Bekerjasama Budi bahasa


19 Kepercayaan kepada Tuhan Nilai ini merupakan satu panduan dan pedoman kepada individu dan masyarakat. Mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajar dalam agama. Pegangan ini mendorong manusia bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga keharmonian dan menjauhi perkara yang mengundang perbalahan.


20 Cintakan Negara Cinta kepada negara perlu disemai dari kecil lagi. Perasaan ini mampu melahirkan rakyat yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan memajukan negara dalam pelbagai bidang. Kesetiaan kepada Pemimpin Kesetiaan kepada pemimpin merupakan nilai asas dalam membentuk keharmonian dan keamanan. Seseorang yang taat kepada pemimpin akan patuh kepada arahan daripada ketuanya. Rakyat perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah supaya tidak berlaku perbalahan, demonstrasi dan huruhara.


21 Patuh kepada Undangundang Negara Undang-undang yang digubal mestilah dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Mesej utama undang-undang digubal adalah untuk menjamin keadilan dan memastikan semua orang mendapat hak masing-masing. Oleh itu, patuh kepada undang-undang ialah nilai yang mampu memberikan kehidupan yang harmoni dalam sesebuah negara.


22 Integrasi Nasional Integrasi nasional merupakan satu agenda kerajaan membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Penggabungan antara pelbagai kaum di negara ini mewujudkan persefahaman dan keharmonian yang melahirkan satu bangsa beridentiti yang sama, iaitu identiti Malaysia. Toleransi Toleransi ialah sikap sabar, bertolakansur serta menerima dan menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. Sikap toleransi telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara contoh dalam penyatuan dan perpaduan antara pelbagai kaum. Tanpa toleransi, negara kita mudah dikuasai musuh kerana rakyatnya yang tidak bersatu hati dan enggan menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.


23 Hormat antara satu sama lain Hormat didefinisikan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang, memberi penghargaan dan bersopan-santun. Dengan adanya rasa hormat, hidup aman dan harmoni akan terjamin kerana setiap rakyat memahami batas-batas yang perlu dijaga. Contohnya, kita perlu menjaga sensitiviti agama, hormat kepada pemimpin dan layanan yang sama kepada semua orang. Sekiranya tiada rasa hormat dalam diri seseorang, negara akan menjadi huru-hara disebabkan oleh perselisihan sehingga mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.


24 Kasih-sayang merupakan fitrah manusia. Bekerjasama Manusia tidak mungkin dapat hidup bersendirian tanpa bantuan dan kerjasama orang lain. Dunia hari ini semakin mencabar dan kita memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan hidup sama ada dari segi material mahupun spiritual. Contohnya, menjaga alam sekitar memerlukan kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat. Bentuk kerjasama meliputi pelbagai aspek seperti perhubungan sosial, ekonomi dan politik tanpa mengira bangsa. Kasih-sayang Kasih-sayang menjadi titik permulaan kepada hubungan murni sesama manusia. Dengan adanya rasa kasih-sayang, perasaan kasihan dan simpati terhadap nasib orang lain akan wujud, maka, timbullah rasa tanggungjawab untuk membantu dan membela nasib orang yang memerlukan.


25 Budi bahasa yang baik merangkumi Budi Bahasa pekerti, akhlak, watak dan tingkah laku yang baik, sopan dan sebagainya. Tujuan amalan berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, makmur, kerjasama, kasihsayang dan sejahtera. Pada 11 Januari 2005, kerajaan telah melancarkan Kempen Budi Bahasa sebagai usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi pekerti dan bersopan-santun.


PENUTUP Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. Kita harus sedar kepelbagaian keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam yang dimiliki rakyat Malaysia adalah satu rahmat dan anugerah buat kita. Negara kita seringkali disebut sebagai negara masyarakat plural yang berjaya dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Justeru, setiap rakyat mestilah tidak lupa mengamalkan nilai-nilai perpaduan bagi mengekalkan persefahaman dan toleransi antara kaum agar negara kita kekal harmoni dan sejahtera. 26


Uji Minda Uji Minda Uji Minda Imbas QR Code berikut untuk menjawab soalan pengukuhan. Victory Success Champion Konsep Patriotisme Konsep Rukun Negara Nilai-nilai Perpaduan


All rights reserved. 2022 by JPA POLIMAS Konsep Nilai & Perpaduan Masyarakat Malaysia


Click to View FlipBook Version