Kamus Visual Anatomi Untuk Para Pelajar Politeknik Seni Bina AHMAD SID HIJAZ MD SAAID R O S H E L M Y R A M L I
KAMUS VISUAL ANATOMI SENIBINA UNTUK PARA PELAJAR POLITEKNIK AHMAD SID HIJAZ MD SAAID, ROSHELMY RAMLI
COPYRIGHT POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH BANDAR DARULAMAN , 06000 JITRA , KEDAH TEL : 04 914 6100 FAX : 04 917 4232 HTTP://WWW.POLIMAS.EDU.MY/ COPYRIGHT © POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH 2021 ALL RIGHTS RESERVED. NO PART OF THIS BOOK MAY BE REPRODUCED OR USED IN ANY MANNER WITHOUT WRITTEN PERMISSION OF THE COPYRIGHT OWNER EXCEPT FOR THE USE OF QUOTATIONS IN A BOOK REVIEW. ISBN 978-967-0830-81-0 (EBOOK)
Buku ini adalah satu cetusan inovasi yang digarap secara santai untuk memahirkan perbendaharaan kata seni bina (architecture vocabulary) bagi para pelajar Politeknik yang mengikuti kursus Diploma Seni Bina. Berdasarkan kaedah visual dictionary architecture; buku ini menyediakan lakaran-lakaran reka bentuk bangunan bersama anotasi ringkas atau istilah teknikal. Istilah-istilah khusus ini dikekalkan penggunaannya di dalam Bahasa Inggeris (atau istilah asal yang lebih dominan). Bukan menidakkan penggunaan penuh Bahasa Melayu, tetapi kaedah ini diyakini penting untuk memberikan kefahaman teknikal buat para pelajar serta memupuk minat menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar seni bina di Politeknik yang biasanya lebih gemar membaca lukisan berbanding penulisan berbentuk huraian. PENGENALAN i
GLOSARI INDEKS NO. JENIS BUMBUNG ROOF TYPE HALAMAN 1-4 5-6 7-9 10-11 12-13 14-15 16-19 20-23 24-25 26-27 28-29 30-33 34-36 37-38 38-41 42-43 44-45 46-47 48-49 1.0 Limas Hip Roof 2.0 Tebar Layar Gable Roof 3.0 Rata Flat Roof 4.0 Belanda Dutch Gable Roof 5.0 Rama-rama Butterfly Roof 6.0 Julur Cantilever Roof 7.0 Kotak Garam Saltbox Roof 8.0 Layar Kembar Double Shed Roof 9.0 Pisang Sesikat Lean-to Roof 10.0 Kanopi Canopy Roof 11.0 Piramid & Bonet Pyramid&Bonnet Roof 12.0 Lipat Kajang Gullwing Roof 13.0 Gerbang & Kon Conical &Arched Roof 14.0 Heksagon Hexagon Roof 15.0 Gambrel Gambrel Roof 16.0 Mansard Mansard Roof 17.0 Dormer Dormer Roof 18.0 Separuh Limas Half Hip Roof 19.0 Separuh Tebar Half Gable Roof Layar ii
A N A T O M I Bumbung Ringkas Tema edisi ini:- iii
1.0 LIMAS HIP ROOF serta beberapa bentuk kombinasi bumbung mudah 1 Jenis bumbung:
Bumbung asas yang terkenal dalam kalangan para pelajar seni bina ialah bumbung limas, ia juga dikenali sebagai bumbung perabung lima (1 ridge dan 4 hip) atau ringkasnya hip roof. Apabila membina lukisan bumbung ini, setiap garisan limas (hip) perlu memiliki sudut 45⁰. . Sebagai bentuk asas, rumah limas boleh dibuat penambahan dengan menggabungkan bentuk-bentuk lain. Kombinasi ini perlu disesuaikan dengan gaya reka bentuk dan anatomi seni bina yang sesuai. 2
Bentuk rumah kombinasi ringkas ini, dikenali sebagai rumah berbumbung limas atau perabung lima atau hip roof house. Dalam kombinasi ini, bumbung limas atau hip roof ditukar menjadi bumbung tebar layar atau gable roof. Berikut, ditunjukkan berberapa contoh bumbung kombinasi ringkas yang diolah berdasarkan struktur bangunan asal berbumbung limas:- 3
Seterusnya, bumbung ringkas boleh ditukar menjadi Dutch roof atau bumbung Belanda. Sekiranya rumah itu hanya mempunyai tambahan ruang kecil, ia boleh menggunakan dormer roof. 4
2.0 TEBAR LAYAR GABLE ROOF 5 Jenis bumbung:
Bumbung tebar layar ialah sejenis binaan bumbung mudah yang diguna pakai di seluruh dunia. Di Switzerland, bumbung jenis ini dipanggil Käsbissendach atau bumbung potongan keju. Dalam Bahasa Melayu ia disebut tebar atau tebeng layar, berdasarkan bentuk kain layar berbentuk segitiga yang diguna pada kapal-kapal untuk belayar (merujuk pada tradisi pelayaran di peairan alam Melayu zaman dahulu). 6
3.0 RATA FLAT ROOF 7 Jenis bumbung:
Bumbung rata atau flat roof ialah sejenis lantai konkrit yang dibina sebagai bumbung. Bumbung rata ditambah dengan asphalt atau lapisan kalis air kerana ia terdedah kepada panas dan hujan. Kebiasaannya bumbung rata dipasang bersama dinding parapet (parapet wall) yang berfungsi sebagai dinding pelindung atau pelengkap kepada bumbung rata. Bumbung rata juga berfungsi dengan sebagai corong air hujan (gutter) dan lantai utiliti yang diguna sebagai ruang peletakan tangki air, antena atau (kondensor dan kompresor) unit luar sistem pendingin hawa. 8
Di Malaysia, sebuah bangunan ringkas yang terkenal dengan reka bentuk bumbung rata ialah bangunan pencawang tenaga elektrik milik TNB. Sistem pencawang pada bangunan ini berfungsi menurunkan arus bekalan kuasa elektrik yang diterima pada voltan tinggi ke tahap rendah untuk diguna dengan selamat oleh para pengguna di kawasan tersebut. 9
4.0 BELANDA DUTCH-GABLE ROOF 10 Jenis bumbung:
11 Ini ialah bumbung Belanda, ia juga dikenali sebagai rumah limas bumbung Perak atau Dutch-gable roof. Pelan bumbung ini, hampir sama dengan bumbung limas (hip roof), cuma perabung utamanya (ridge) dipanjangkan untuk pemasangan tebar layar (gable end) yang menjadi identiti kepada bumbung jenis ini.
5.0 RAMA-RAMA BUTTERFLY ROOF 12 Jenis bumbung:
Bangunan dengan bumbung berbentuk huruf -V ini dikenali sebagai bumbung rama-rama atau 'butterfly roof'. Kebanyakan pelajar yang menggunakan bumbung jenis ini kurang melakukan kajian terperinci tentang kaedah pembinaan bumbung. Para pelajar harus lebih bijak menggabungkan elemen reka bentuk yang lengkap dan sesuai agar bangunan berbumbung rama-rama ini tidak nampak janggal atau membosankan. 13
6.0 JULUR CANTILEVER ROOF 14 Jenis bumbung:
Bumbung julur lebih dikenali sebagai 'cantilever roof'. Tidak seperti bumbung jenis lain yang banyak mempunyai reka bentuk tipikal, tiada reka bentuk am untuk bumbung julur. Kebanyakan bumbung ini direka secara khusus oleh para arkitek dan disahkan kekuatan struktur julurnya oleh jurutera awam & struktur. Bumbung julur yang terdapat pada lakaran A ialah contoh binaan struktur julur ringan yang sesuai untuk struktur mudah seperti garaj kereta. Manakala pada lakaran B ialah struktur julur peredup seperti di sebuah stesen keretapi moden atau astaka tempat duduk penonton. (Terdapat juga sebahagian bumbung julur pada bangunan, seperti pada lakaran bangunan bumbung kotak garam) 15
7.0 KOTAK GARAM SALTBOX ROOF 16 Jenis bumbung:
Bentuk rumah ini dikenali sebagai 'saltbox' bersempena rumah menyimpan garam yang terkenal di New England, Amerika Syarikat sekitar kurun ke-17. Ia merupakan bangunan 2-tingkat dengan satu bahagian bumbungnya mencuram menutupi ruang bangunan di tingkat bawah. 17
Sekiranya kecerunan bumbung adalah simetri serta seimbang di antara keduadua sisi bangunan. Ia hanya akan membentuk sebuah bumbung bangunan ringkas yang dikenali tebar layar atau gable roof. Bangunan yang baik perlu mempunyai tapak yang dikenali sebagai plinth dan tali pinggang (belt-course). Bentuk kotak garam ini dapat dikemaskan dengan soffit yang menutupi bahagian hujung cucur atap (roof eaves). Tiang-tiang berbentuk V pada hadapan bangunan dapat memberikan keseimbangan kepada bentuk salt box yang tidak simetri. 18
Pelbagai explorasi reka bentuk boleh dilakukan terhadap bangunan berasaskan 'saltbox'. Anatomi seni bina yang ditunjukkan pada lakaranlakaran ini dapat mewujudkan penegasan terhadap reka bentuk agar bangunan menjadi lebih unik dan menarik. 19
8.0 LAYANG & LAYANG BERKEMBAR SHED & DOUBLE SHED ROOF 20 Jenis bumbung:
Rumah berbumbung tebar layar yang dipisahkan pada garis tengah akan membentuk bumbung layang atau shed roof. Bangunan ringkas dengan shed roof yang berbentuk segitiga perlu dikemaskan dengan baik agar ia kelihatan menarik. 21
Dalam contoh ekplorasi rumah layang pada lakaran di atas, penulis menerapkan beberapa elemen seni bina seperti fascia, belly band, flat roof serta beberapa tiang yang dipanggil sebagai colonnade. Kombinasi ini dapat memberikan lebih penegasan, namun masih mengekalkan reka bentuk asal rumah yang ringkas. Apabila bangunan layang dibina secara berlawanan dan dicantumkan bersama bumbung rata, ia mewujudkan rumah layang berkembar dengan ruang tengah pelbagai fungsi. 22
Kajian kes; bangunan ini merupakan contoh tipikal sebuah perumahan luar bandar yang dikenali Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M). Seni bina bangunan ini kelihatan begitu ringkas. Terdapat dua bumbung layang berbeza aras; bahagian bumbung layang rendah memberikan perlindungan dari panas dan hujan kepada ruang pintu masuk utama. Rumah ini hanya dicat dengan tiga warna berbeza, terdapat sedikit dekorasi pada dua tiang konkrit di hadapan rumah, namun tiada elemen hiasan pada fasad luaran rumah. (Sumber: SPNB Mesra Sdn Bhd) 23
9.0 PISANG SESIKAT LEAN-TO ROOF 24 Jenis bumbung:
Bumbung pisang sesikat ialah sejenis bumbung tambahan juga disebut 'lean-to roof' bermaksud bumbung yang bersandar yang bahagian tertentu seperti dinding rumah utama. Bentuk bumbung pisang sesikat hampir sama seperti bumbung layang, tetapi bumbung layang mempunyai cucur atap (eave) pada semua bahagian kerana ia adalah bumbung yang tidak bersandar. Kecerunan bumbung utama perlu diambil kira dan diulangi karakter seni bina yang terdapat pada bangunan utama pada bumbung pisang sesikat agar bahagian tersebut tidak kelihatan seperti elemen tambahan. 25
10.0 KANOPI CANOPY ROOF 26 Jenis bumbung:
Seterusnya ialah bumbung berbentuk khemah atau kanopi. Kanopi ini amat terkenal di Malaysia untuk aktiviti keramaian seperti majlis perkahwinan. Diperbuat daripada lapisan fabrik PVC, kanopi ini biasanya berbentuk segiempat sama dengan size 20' x 20'. Menurut sejarah, kanopi ini asalnya ialah rumahrumah tradisional masyarakat Arab Badwi yang hidup secara nomad (berpindah-randah) di Timur Tengah. 27 Kanopi ialah binaan struktur peredup berdiri bebas (free standing structure). Apabila peredup ini dipasang pada permukaaan luar bangunan ia dipanggil sebagai 'awning'. Awning boleh dilaraskan dan berfungsi melindungi bahagian-bahagian tertentu seperti pintu, tingkap atau teres.
11.0 PIRAMID & BONET/ PYRAMID ROOF & BONNET ROOF 28 Jenis bumbung:
Pelan lantai rumah yang berbentuk segiempat sama akan menghasilkan bentuk bumbung piramid, sebaliknya jika pelan lantainya berbentuk segiempat tepat, ia akan memperoleh bentuk bumbung bonnet. Pelbagai reka bentuk boleh diterapkan untuk cuaca di Malaysia, namun, sesebuah rumah ringkas perlu menggunakan unjuran cucur atap (eave overhang) bagi melindungi dan memberikan keselesaan terhadap penghuni rumah tersebut. 29
12.0 LIPAT KAJANG GULLWING ROOF serta beberapa bentuk kombinasi bumbung bertiang 30 Jenis bumbung:
Bentuk rumah ini menggunakan tetiang luaran, namun bahagian tebar layarnya (gable) telah dipanjangkan sehingga menutupi keseluruhan sisi bumbung. Bumbung jenis ini dikenali sebagai 'gullwing roof'. Dalam dunia seni bina tradisional Melayu ia dikenali sebagai bumbung Lipat Kajang. Bumbung jenis ini sesuai untuk bangunan surau atau masjid kecil, manakala bentuk terbuka dengan tetiang luaran sesuai sebagai ruang seperti dewan makan atau restoran. 31
Bentuk bumbung pada lakaran ini, merupakan kombinasi bumbung utama dengan bumbung limas (hip roof) pada bahagian bawahnya. Unjuran bumbung seperti ini mampu mewujudkan ruang teduhan yang lebih luas. Tiang pepenjuru dipasang untuk memberikan sokongan kepada struktur bumbung tersebut. Susunan tetiang pada jarak yang sama dikenali sebagai colonnade. Dalam seni bina moden, aturan tiang-tiang kurus berbentuk bulat seperti ini dikenali sebagai pilotis. 32
Rumah Lipat Kajang kelihatan hampir seiras seperti bentuk rumah berbumbung piramid, bonet atau limas yang ditambah dengan dua sayap sisi kiri dan kanan iaitu 'eaves overhang' untuk mewujudkan ruang teduhan yang lebih besar. Lakaran-lakaran ini sekadar memberikan gambaran kasar, reka bentuk yang sebenar perlu disesuaikan dengan elemen seni bina yang berpadanan dengan bangunan tersebut. 33
13.0 GERBANG & KON ARCHED ROOF & CONICAL ROOF 34 Jenis bumbung:
Kebiasaannya, amat jarang bangunan berbentuk melengkung dibina pada skala yang kecil. Ini kerana struktur gerbang bumbung (arched roof) biasanya diperbuat dari besi. Kerangka besi berupaya dipasang pada alang (beam) yang berada pada satu jarak yang besar (long span structure) Bangunan begini biasanya sesuai untuk kegunaan orang ramai seperti dewan, masjid atau gereja. Mengambil bentuk lengkungan bumbung, ruang tambahan perlu menggunakan bentuk bersifat seirama seperti bulatan gendang dan bumbung kon. 35
Sekiranya bumbung kon atau conical roof dan struktur bangunan ini dibina terus dari aras lantai; struktur dinding utama atau tiangtiangnya akan berbentuk seperti bulatan atau gelung. Kerangka bumbung dipasang di atas alang gelung (ring beam) yang merupakan bahagian paling atas bagi bulatan dinding (drum wall). Elemenelemen lain pada bangunan akan turut mengambil bentuk gelung atau kon tersebut. Oleh kerana bangunan ini mempunyai kerangka yang rumit, ia jarang dibina sebagai rumah atau binaan kecil. 36
14.0 HEKSAGON HEXAGONAL ROOF 37 Jenis bumbung:
Terdapat bumbung berbentuk poligon enam sisi iaitu bumbung heksagon. Ia merupakan struktur binaan bersaiz kecil. Dibina sebagai gazebo atau astaka riadah di negara China dan Jepun. Astaka di Jepun buatan kayu kelihatan lebih ringkas serta kurang ketahanan berbanding astaka di China dengan bumbung melengkung dan perincian yang rumit. Terdapat sistem tanggam kayu iaitu dougong yang berfungsi sebagai kerangka bumbung. Astaka China yang dibina masa kini tiada lagi perincian rumit (tiada dougong) kerana ia dibina dari konkrit. 38
15.0 GAMBREL GAMBREL ROOF 39 Jenis bumbung:
Bumbung gambrel ialah sejenis bumbung simetri yang mempunyai empat permukaan kecerunan. Dua permukaan bumbung ini berkecerunan curam. Bumbung ini terkenal di benua Amerika Utara, pada asalnya ia digunakan sebagai rumah ladang untuk menempatkan haiwan ternakan. Struktur bumbung gambrel diperbuat dari kayu dan di dalam struktur tersebut terdapat ruang loteng yang boleh didiami. 40
Inovasi bumbung gambrel adalah berasaskan bumbung Mansard yang banyak terdapat pada bangunan-bangunan lama di serata Eropah. Para arkitek yang lebih kreatif kemudiannya telah menggunakan bangunan berbumbung gambrel sebagai bangunan agam, gereja dan lain-lain. Bangunan gambrel ini di dalam lakaran ini, sesuai dijadikan bangunan balai bomba komuniti (dengan dua jentera bomba serta ruang pejabat dan dormitori anggota bomba ditempatkan di tingkat atas (pada ruang tambahan shed dormer). 41
16.0 MANSARD MANSARD ROOF 42 Jenis bumbung:
Dua jenis bangunan iaitu mansard dan gambrel biasanya mengandungi tingkap dormer kerana bangunan jenis ini mempunyai ruang loteng atau struktur bumbung yang tinggi. Bumbung mansard boleh dibiarkan terbuka atau tertutup. Mansard terbuka bermaksud ia mempunyai bumbung rata konkrit pada bahagian atas bumbung yang boleh diakses sebagai lantai utiliti. Mansard tertutup pula ditutup menggunakan bumbung limas kecerunan rendah seperti bumbung piramid atau bonet. 43
17.0 DORMER DORMER ROOF 44 Jenis bumbung: