UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
SESI DIS 2020
NAMA KURSUS PENGAJIAN ISLAM
KOD KURSUS MPU 23012
NAMA AHLI KUMPULAN • MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN MOHD FARIS ( 16DPM20F1017 )
& NO PENDAFTARAN • MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAKARIA ( 16DPM20F1014 )
• SITI ZAINAB BINTI ISMAIL ( 16DPM20F1037 )
• NUR AIDA AUNI BINTI AZMAN ( 16DPM20F1021 )
SESI PENGAJIAN DIS 2020
TAJUK KERUNTUHAN AKHLAK : PERGAULAN BEBAS
NAMA PENSYARAH PUAN NURHIDAYU BINTI SALLEH
KURSUS
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN CATATAN
1. Muka Depan 1
2
2 Isi kandungan 3
3. Pengenalan 4–5
6–8
4. Punca – Punca Keruntuhan Akhlak 9 - 10
11 – 12
5. Kesan – kesan keruntuhan akhlak 13
14
6. Cara – cara mengatasi keruntuhan akhlak
7. Penutup
8. Rujukan
9. Lampiran
PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak isu berkaitan dengan masalah sosial yang sering
melibatkan remaja. Megapa keadaan ini berlaku? Ini disebabkan di Malaysia, remaja
merangkumi lebih daripada separuh penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka
masalah yang berkait dengan kelompok ini juga banyak. Terdapat pelbagai faktor
menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin meningkat.
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia.
Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Antara tajuk yang dikupas di bawah
keruntuhan akhlak adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanraya, isu buli, isu
seks bebas dan sebagainya. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana
bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan- badan
kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi
masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.
Berdasarkan carta bar di atas, ia menunjukkan peratusan yang tinggi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja di Malaysia.
PUNCA – PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya
ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat
dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah
mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang
sebaliknya. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk
melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda”
remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan
mereka, walaupun mereka tahu perkara itu memudaratkan dan sia-sia. Bak kata pepatah
“menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang
berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia
mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa
juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya
membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media
massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak
memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan
remaja ke arah yang negatif . Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak
ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang
remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin
menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya
mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih
akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram
itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan
remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan
duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh
itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap
perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu
tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak
mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak
juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk
mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesungguhnya, anak-anak merupakan aset
yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada
suatu hari nanti.
KESAN – KESAN KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa
akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan
peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak
yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk.
Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga,masyarakat, dan negara. Antaranya ialah
Kesan Ke Atas Individu
• Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat
penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak
yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai
akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak
yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun
begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai
akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.Banyak kejadian seperti
pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan
sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka
berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya
Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri
mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan
yang mendalam pada diri individu.
• Kesan Ke Atas Keluarga
Benarlah kata-kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-
galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan
kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu.Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi
kekeluargaan ialah: Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang
baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya
ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian. Masa
depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat
bergantung dan bermanja. Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti
budaya lepak, ketagihandadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang lain.
• Kesan Ke Atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat.
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak
dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan
akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu
kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak
dikawal ialah: Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah
dan tidak bersatu-padu. Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam
masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
• Kesan Ke Atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak
remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya
kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu
untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan
berlaku ialah Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar
untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di
kalangan masyarakat.
CARA – CARA MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK
Cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji,
berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan
diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-
anak.
Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga
keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan
keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja
yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal
nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan
akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag
masa. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh
semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system
pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak
hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja
pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan
umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang
dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk
membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana
bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada
pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.
PENUTUP
Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum
arak, berpegangan tangan (bukan muhrim) malah ada juga tidak menghormati ibubapa,
guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain
lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan mereka merasakan
diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.
Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur di antara 11 tahun hingga 19 tahun.
Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau
dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang pemerhatian
dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka
supaya menjadi generasi yang berguna pada suatu hari nanti iaitu dengan cara ibu bapa
perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga perlu dititikberatkan dalam keluarga agar
ia dapat dijadikan panduan untuk membina keluarga yang harmoni.
Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh
dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan
kesedaran dan tindakan semua pihak, daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan
dan bukan kerajaan, dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang
semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simptom-simptom meninggalkan
peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya di dalam pembinaan
akhlak remaja. Seseorang remaja perlu mencari persekitaran bagi memastikan dirinya
mendapat pengaruh yang baik. Seseorang ibu atau bapa perlu menyediakan persekitaran
yang kondusif bagi pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu
menyediakan persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya.
Dan sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana generasi
remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.
Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang
dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.Oleh itu, remaja hendaklah
diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang
supaya masa depan mereka sentiasa cerah. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang
bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan
sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggungjawab menangani masalah
keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif
daripadanya akan lahirlah generasi-generasi muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak
yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan
kesejahteraan.
Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan
bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran
tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama
mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para
remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.
RUJUKAN
INTERNET
• http://dtk5a.blogspot.com/2017/03/kesimpulan.html
• http://akifeen.blogspot.com/
BUKU
• https://books.google.com.my/books?id=SairCzGOf7cC&pg=PP5&dq=kesimpulan+keru
ntuhan+akhlak+remaja&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiFgY7qvuLwAhV-
wzgGHRmACzAQ6AEwAXoECAgQAg#v=onepage&q=kesimpulan%20keruntuhan%20ak
hlak%20remaja&f=false
MAJALAH
• https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/04/416117/akhlak-asas-bentuk-
jati-diri-masyarakat
LAMPIRAN