The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbasmks, 2023-07-15 04:14:41

PEMBERONTAKAN KOL. URABI PASHA

KOL. URABI PASHA

MODUL LATIHAN: Pemberontakan Kolonel Ahmad Urabi yang menjadi reaksi kepada penjajahan kuasa barat di Mesir pada abad ke-19 Masihi.Galurkan PENGENALAN Kolonel Ahmad Urabi, juga dikenal sebagai Urabi Pasha atau Arabi Pasha,merupakan tokoh nasionalis yang terkenal dalam sejarah moden dunia Islam Dilahirkan pada 1840 di Hirriyat Razna berhampiran Zagazig di Sharqia Governorate, kira-kira 80 kilometer ke utara Kaherah. Merupakan anak ketua kampung yang kaya dan hal ini membolehkannya menerima pendidikan yang agak baik. Melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Beliau melibatkan diri dalam ketenteraan dan telah bejaya mendapat pangkat yang cepat sehingga mencapai Leftenan Kolonel pada usia 20 tahun. Merupakan pemimpin tentera Mesir melawan Inggeris ISI-ISI PENTING Umumnya pemberontakan ini dilihat sebagai pemberontakan tentera, namun hakikatnya pemberontakan ini tercetus disebabkan oleh krisis kewangan dan ekonomi negara yang semakin merudum, campur tangan asing yang kian meningkat, dan kesedaran politik yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Mesir. Perkara ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ismail Pasha yang berhasrat untuk menjadikan Mesir seperti sebuah negara Eropah. Lantaran kekangan kewangan yang dihadapi, Ismail Pasha berhutang dengan pelabur asing dan membuat pinjaman jangka masa panjang dengan institusi kewangan dari luar negara. Akibatnya pada tahun 1875, saham negara dalam Syarikat Terusan Suez terpaksa dijual kepada British dengan nilai empat juta Pound Sterling sahaja. Sehingga tahun 1876, jumlah hutang Mesir meningkat menjadi sekitar 90 juta Pound Mesir dan ini menyebabkan Ismail Pasha meminta bantuan daripada kuasa Eropah Pencetus pemberontakan Urabi ialah tindakan Menteri Peperangan iaitu Uthman Rifqi Pasha yang memulakan siri kenaikan pangkat, pertukaran dan penggantian yang memihak kepada gologan Shirkasi dalam perkhidmatan tentera. Perkara ini membangkitkan kemarahan Kolonel Ahmad `Urabi kerana pada masa yang sama, Khedif telah mengarahkan perkhidmatan tentera dihadkan untuk tempoh empat tahun sahaja. Polisi pilih kasih ini dilihat sebagai suatu bentuk kezaliman terhadap tentera berketurunan Mesir kerana kebanyakan rakyat Mesir tidak berpeluang untuk memasuki tentera. Jika berpeluang pun, polisi ini akan membatasi peluang mereka untuk kenaikan pangkat. Sebaliknya golongan Shirkasi yang kaya raya pula diberikan kelebihan tersebut. Oleh itu, pada bulan Januari 1881, kolonel Ahmad Urabi bersama 2 orang kolonel yang lain mengemukakan surat bantahan kepada Riyad Pasha dan menuntut Uthman Rifqi Pasha dipecat.


Pada awal bulan Februari, atas nama Menteri Pertahanan, ketiga-tiga kolonel tersebut dipanggil dengan alasan untuk membincangkan perkahwinan adik Khedif di Qars al- Nil. Namun mereka telah menjangkakan akan diperangkap dan ditahan di sana nanti. Oleh itu, mereka memberikan arahan kepada pasukan masing-masing untuk bersiap sedia sekiranya mereka tidak pulang dalam masa yang ditetapkan. Setelah masa yang ditetapkan luput, pasukan tentera masing-masing mara ke Qasr al-Nil dan membebaskan pegawai mereka. Seterusnya mereka mara ke Istana Abidin dengan tujuan untuk menuntut supaya Menteri Pertahanan dipecat. Khedif terpaksa menuruti tuntutan tersebut dan melantik Mahmud Sami Al-Barudi untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun hal ini hanya bersifat sementara kerana sekali lagi Menteri Pertahanan telah ditukar. Dawud Pasha Yakan dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baharu. Ketika menjawat jawtan ini, beliau telah membuat dasar yang melarang pertemuan dalam kalangan pegawai tentera dan meletakkan mereka di bawah pengawasan. Berasaskan tindakan Menteri Pertahanan yang baharu ini seakan bertujuan untuk memecahbelahkan kekuatan tentera, pada 9 September 1881 semua rejimen telah berkumpul di medan Istana Abidin. Kolonel Ahmad Urabi yang mewakili pihak tentera menyerahkan tuntutan baharu kepada khedif untuk dipenuhi. Hasilnya sebuah kerajaan baharu telah dibentuk pada 14 September 1881 dan Mahmud Sami al- Barudi sekali lagi dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Pembentukan kabinet baharu yang bersifat kebangsaan ini meredakan keadaan yang tegang di Mesir. Slogan `Mesir untuk orang Mesir` telah berjaya diperjuangkan. Namun rombakan kabinet baharu tidak digemari kuasa Eropah kerana berpendapat tindakan ini sebagai penentangan terhadap mereka. Oleh itu, pada 8 Januari 1882, Nota Bersama telah dihantar kepada kerajaan Mesir dengan hasrat untuk mengembalikan kuasa khedif. Tindakan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Khedif melihat nota tesebut sebagai sokongan Eropah terhadapnya dan berpandangan bahawa beliau tidak lagi perlu memberi kerjasama kepada Majlis Perwakilan dan Kabinet. Kehadiran sepucuk lagi nota daripada Konsul-Jeneral British dan Perancis di Mesir kepada Sharif Pasha dilihat sebagai campur tangan yang semakin berleluasa daripada pihak luar. Oleh yang demikian, pada 2 Februari 1882, Sharif Pasha meletakkan jawatan. Kabinet baharu yang diketuai oleh Mahmud Sami al- Barudi telah dibentuk dan Kolonel Ahmad Urabi dilantik sebagai Timbalan Menteri Peperangan. Penentangan yang berterusan oleh kolonel Ahmad Urabi memperlihatkan beliau sebagai wira yang memperjuangkan nasib rakyat Mesir dan membebaskan Mesir daripada campur tangan kuasa asing. Para petani turut menyokong beliau dengan harapan agar mereka dibebaskan daripada belenggu hutang.


Namun penentangan ini tidak disenangi kuasa Barat kerana berasakan dapat menggugat kedudukan mereka di Mesir. Oleh itu, satu pakatan untuk membunuh Kolonel Ahmad Urabi dirancang oleh pegawai Shirkasi. Walau bagaimanapun komplot ini terbongkar pada bulan April 1882. Pada 12 Mei 1882, kerajaan British dan Perancis telah menghantar angkatan laut masing-masing menuju ke Iskandariah. Kerajaan Mesir menyifatkan kedatangan angkatan tersebut hanya sebagai lawatan persahabatan. Pada 25 Mei 1882, sepucuk nota bersama telah dihantar menuntut supaya Kolonel Ahmad Urabi disingkir dari Mesir manakala dua orang kanannya dibuang daerah. Nota itu juga menuntut peletakan jawatan mereka dalam kerajaan. Seperti sebelumnya, kedatangan nota tersebut telah ditolak sama sekali oleh kabinet, namun khedif telah menerimanya tanpa berunding dengan kabinet. Oleh yang demikian, khedif menyandang jawatan Perdana Menteri dan sekali gus sebagai Menteri Peperangan Mesir. Namun perlantikan kabinet baharu mendapat bantahan yang hebat daripada rakyat Mesir. Pihak tentera turut menentang tindakan Khedif dan berkeras menuntut supaya Kolonel Ahmad Urabi dilantk semula. Akhirnya setelah didesak, Kolonel Ahmad Urabi dilantik semula sebagai Menteri Peperangan. Perlantikan ini telah telah mengukuhkan kedudukan golongan nasionalis di Kaherah lantaran perpindahan khedif ke Iskandariah kerana bimbangkan keselamatan dirinya. Pada 10 Julai 1882, Laksamana Seymour pemerintah angkatan tentera laut British memberi kata dua kepada kerajaan Mesir agar menyerahkan Iskandariah atau bersedia untuk dimusnahkan. Penolakan tuntutan tersebut menyebabkan Iskandariah dibom. Pada 12 Julai 1882, Rejimen Kolonel Ahmad Urabi berundur ke Kafr al- Duwar. Pada 13 Julai 1882, Laksamana Seymour menghantar angkatan tentera lautnya untuk mendarat di Mesir. Khedif menggunakan kesempatan ini dengan menghubungi Laksamana Seymour dan meletakkan dirinya di bawah perlindungan panglima tersebut. Angkatan tentera British mara ke Kaherah untuk menjatuhkan pemerintahan Kolonel Ahmad Urabi. Pada bulan september 1882 Kolonel Ahmad Urabi dikalahkan di Tall al- Kabir. Kekalahan ini disebabkan sebilangan besar orang awam serta pegawai tenteranya sendiri menyertai khedif kerana berasakan usaha mereka adalah sia-sia. Akhirnya, Kaherah menyerah kalah kepada tentera British dan Perancis. Sejak itu kuasa barat semakin galak mencampuri dan memegang kuasa politik di Mesir. KESIMPULAN Pada bulan Disember 1882 Kolonel Ahmad Urabi dan pemimpin pemberontakan yang lain dihukum buang negeri. Walaupun pemberontakan Kolonel Ahmad Urabi dikalahkan namun visi dan misi beliau telah diteruskan oleh nasionalis selepas eranya


LATIHAN: Arahan: Berdasarkan kerangka jawapan di atas, hasilkan PETA ALIR menggunakan aplikasi seperti jamboard @ canva @ powerpoint @ google slide atau tulis tangan. Tugasan yang sudah siap hantar melalui link yang diberikan di sites Cth peta alir:


Click to View FlipBook Version