The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbasmks, 2023-07-03 00:29:14

USAHA PEMBENTUKAN UMMAH DI MADINAH

USAHA PEMBENTUKAN UMMAH DI MADINAH

MODUL ULANGKAJI TEMA 1: Jelaskan usaha pembentukan ummah di Madinah pada zaman Nabi Muhammad Pendahuluan Konsep ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud rakyat, umat atau masyarakat manusia. Umat juga bermaksud pengikut sesuatu agama ataunabi. Dalam konteks di Madinah, ummah merujuk kepada seluruh warga Madinah iaitu masyarakat Islam daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan muslim yang majoritinya berbangsa Yahudi, namun berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammadsaw. Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh NM saw bagi pembentukan Ummah di Madinah. Isi-isi Utama 1. Memperkukuhkan penyatuan golongan Ansar danMuhajirin Nabi Muhammad SAW memperkukuhkan penyatuan golongan Muhajirin dan Ansar melalui semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan. Contohnya Nabi telah melantik kedua-dua golongan dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, utusandiplomatik dan sebagainya. Dengan penyatuan tersebut, maka umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah. Keadaan ini menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat danagama Islam. 2. Memperkasa fungsi masjid sebagai pusat penyatuanummah Masjid berfungsi sebagai tempat penyatuan ummah. Oleh itu tindakan pertama selepas berhijrah ke Madinah ialah mendirikanmasjid. Contohnya NM saw telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Masjid ini berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan ummah Madinah yang bersatu padu. 3. Menjadikan al-Quran sebagai asas penyatuan ummah Bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah, Nabi Muhammad SAW menjadikan al-Quran sebagai dasar dan panduan dalam mentadbir negara. Contohnya al-Quran dijadikan asas kepada pengubalan piagam Madinah. Al Quran dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Dasar ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan pembentukan ummah diMadinah.


4. Penguatkuasaan Piagam Madinah Nabi menggubal dan menguatkuasa Piagam Madinah kepada seluruh warga Madinah. Perlembagaan ini mampu memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama kerana undang- undang menjadi asas dan teras kepada pembinaan masyarakat Madinah yang bersatu. Buktinya antara prinsip dan dasar terpenting dalam Piagam Madinah ialah pembentukan ummah. Contohnya dalam fasal 25 dinyatakan tentang Orang Yahudi Bani’ Auf merupakan ummah bersama orang-orang mukmin. Golongan bukan muslim khasnya Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi dan akan patuh kepada Perlembagaan Madinah. Keadaan ini membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu di bawa pemerintahan kerajaan Islam. 5. Mengawal dan membendung kegiatan kaummunafik Pembentukan ummah Madinah mengalami sedikit kesukaran kerana kaum munafik merupakan golongan masyarakat Islam yang berpura-pura memeluk Islam tetapi berniat jahat untuk memecah belah dan menghancurkan masyarakatIslam Contohnya ketua golongan munafik ialah Abdullah bin Ubay mempunyai hubungan erat dengan golongan Yahudi dan merupakan musuh utama umat Islam Madinah. Melalui wahyu, nabi menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik. Langkah nabi berjaya kerana tiada berlaku permusuhan secara terbuka dan kematian Abdullah bin Ubay melenyap cita-cita kaum Munafik. Golongan ini akhirnya dihapuskan oleh KhalifahAbu Bakar al-Siddiq melalui gerakan al-Riddah. 6. Penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah Kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari kota Madinah kerana melanggar Piagam Madinah Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan berteraskan keadilan. Tindakan nabi berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam dan umatnya di Madinah. Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja yang bersatupadu. 7. Kepimpinanan melalui teladan Sebagai ketua negara, nabi Muhammad saw mempamer dan mengamalkan sifat kepimpinan terpuji seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kepimpinanan nabi berjaya menyatu dan membangunkan warga Madinah yang berbilang kaum. 8. Menegakkan prinsip keadilan dan kesejahteraansosial Nabi menegakkan prinsip keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat Madinah melalui amalan syura, sistem ekonomi Islam dan perundangan. Nabi memperkenalkan amalan syura bersifat demokratik dalam pelbagai bidang termasuk politik,ekonomi dan sosial. Meskipun nabi sebagai ketua negara, peranan ketua-ketua kabilah di Madinah tidak dinafikan. Tindakan nabi berjaya mendapat sokongan mereka dan memudahkan usaha nabi menyatukan ummah di Madinah. Unsur-unsur penindasan dalam ekonomi dihapuskan termasuk amalan riba. Kesimpulan Pembentukan ummah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad saw sebagai seorang pemimpin dalam menyatukan penduduk Islam Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.Penyatuan ummah diteruskan oleh khalifah-khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.


Click to View FlipBook Version