TUGASAN KELAS PETANG 29.11.2023 Buat perbandingan untuk KEEMPAT-EMPAT soalan. Kemudian, hasilkan peta minda untuk prinsip umum Undang-undang 99 Perakberdasarkan EMPAT contoh esei yang diberi. 1.Undang-Undang 99 Perak memperlihatkan adat tempatan lebih dominanberbanding hukum Islam dalam aspek pelaksanaan hukuman. Bincangkanpernyataan ini. Pendahuluan 1. Undang-Undang 99 Perak mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undangdalam pelbagai aspek. 2. Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistemkehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat padazaman tradisional. 3. Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak daniaberkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional. 4. Namun begitu , undang-undang ini lebih memperlihatkan kepada adat tempatandaripada unsur Islam . Isi-isi utama 1. Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah zina Undang-Undang 99 Perakmemang lebih memperlihatkan kepada adat tempatan berbanding unsur Islam. Hal ini boleh dilihat dalam Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan. Mengikut Undang-Undang 99 Perak , jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanyadiperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. Pernyataansebegini memperlihatkan hukuman dalam Undang-Undang 99 Perak lebih kepadaadat tempatan daripada unsur Islam. Ini kerana mengikut Islam bagi kesalahan zina, seseorang yang belum berkahwin akan disebat 100 rotan. 2. Unsur adat tempatan dalam soal perkahwinan Fasal 65 Undang-Undang 99 Perakjuga memperlihatkan ia condong kepada adat tempatan dalam soal perkahwinan. Mengikut Fasal 65 pasangan yang baharu bernikah tidak dibenarkan bersama selamalebih kurang 40 hari sedangkan mengikut Islam, selepas akad nikah disahkan, suami isteri boleh tinggal bersama. 3. Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah bunuh Undang-Undang99Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur Islamjuga bolehdilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam. Mengikut fasal 23, orang Islamyang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya iadikatakan menjadi kafir. Orang itu juga dikenakan denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas. Hukuman ini tidak selaras dengan pengaruh hukum Islam yang menyatakan seseorang yang membunuh akandihukum bunuh. 4. Unsur adat tempatan dalam pembahagian harta Dalam soal pembahagian harta, Undang-Undang 99 Perak juga memperlihatkan ia condong kepada adat tempatan
berbanding unsur Islam kerana Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalampembahagian harta anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkukdan peralatan dapur. Manakala peralatan besi atau senjata, sawah padi atau lombongdiberikan kepada lelaki. Anak lelaki akan mendapat bahagian dua kali lebih daripadaanak perempuan dalam soal harta dan hutang. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain dalam soal pewarisan harta. Hal ini bermakna Undang Undang 99 Perak tidak merujuk kepada Undang-Undang HartaPusaka Islam. 5. Unsur adat tempatan dalam soal pemerintah Undang-Undang 99 Perak jugamemperlihatkan pengaruh adat berbanding unsur Islam kerana Fasal 77memperuntukkan takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang palingtuadan jika tiada, anak raja yang paling kecil akan mewarisi takhta. Sebaliknya mengikut Islam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui musyawarah . Kesimpulan 1. Berdasarkan fasal hukuman yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Perakdi dapati beberapa aspek seperti pembunuhan, penzinaan dan pewarisan harta tidakselaras dengan pengaruh hukum Islam. 2. Hal ini membuktikan Undang-Undang 99 Perak ini memang memperlihatkanadat tempatan mendominasi aspek hukuman. 2.Sejauh manakah Undang-Undang 99 Perak telah berjaya mewujudkankestabilan politik di Perak pada awal abad ke-19. PENGENALAN - Undang-undang pula sebenarnya wujud bersumberkan daripada adat yang diwarisi itu.Setiap negeri boleh dikatakan ada undang-undang bertulisnya sendiri antaranyaUndang-undang 99 Perak. Undang-undang 99 Perak pula mengandungi 99 perkara. - Undang-undang ini tergolong dalam rumpun adat Temenggung dan dikatakansebagaiundang-undang yang paling bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900. - Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hussain al-Faradzdari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-Undang99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalambentukdialog dan bukannya berasaskan fakta dan fasal. Dialog tersebut dituturkan oleh RajaNusyirwan dengan Menteri Buzurgmihr. - Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan hal ehwal agama dan tradisi Melayu tradisional. Namun begitu, pelaksanaan undang-undangini lebihmemperlihatkan kepada adat tempatan berbanding hukum Islam. Undang- Undang ini telah berjaya mewujudkan kestabilan politik di Perak walaubagaimanapun ia turut memainkan peranan dalam mewujudkan kestabilan ekonomi dan sosial dalam kalangan masyarakat di Perak. B: Peranan Dalam Mewujudkan Kestabilan Politik, Ekonomi Dan Sosial 1. POLITIK /PEMERINTAHAN - Undang-undang ini menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab pemerintahiaitu mengenai perwarisan takhta. Mengikut Fasal 77 menetapkan jika seseorangraja
atau pemerintah di negeri tersebut mangkat, maka takhta pemerintahan tersebut akandiwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya' jika tiada' maka anak raja yangumurnya paling kecil akan mewarisi takhta. raja tersebut. Berdasarkan undang- undang tersebut, syarat utama bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahanialah anak raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh raja danpermaisurinya daripada golongan diraja. Seterusnya mengenai protokol istana di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkankepalanya semasa duduk dalam balairung seri, menumpukan perhatian (tidak bolehmenolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidakboleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diamberdasarkan adat menghadap raja atau pembesar. Undang-undang ini turut menggariskan tentang tatacara peperangan dalamFasal 74. Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripadanegeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang. Perlembagaan Fasal 99. Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar. Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan pembesar negeri yang mesti memaklumkan segalaperkara baik dan buruk kepada raja. 2. EKONOMI Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat bahagiandua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahagikan sama ratakepada semua anak secara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluhperatus lebih daripada anak lain. Ternakan: Fasal 14 Ternakan Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlumembayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya binatang tersebut. Jikaseseorang itu memelihara binatang yang haram dan binatang itu mencederakan oranglain, hukumannya ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut perlumembayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan oleh binatangnya. Jika orangyang dicederakan oleh binatang tersebut mati, maka binatang tersebut perludipulangkan kepada waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar denda sebanyak setahil sepaha emas. Jika binatang yang haram mencederakan oranglain dan orang tersebut meninggal dunia, maka tuan punya binatang tersebut hanyaperlu membayar denda sebanyak sepaha emas sahaja.
Tanaman: Fasal 15 Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi, walaupun tuan punyatanaman itu tidak meminta sebarang pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlumembayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha emas. Tetapi, jikatanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut masih berguna, orang yangmemusnahkan tanaman tersebut perlu membayar harga tanaman tersebut dan dendasebanyak sepaha emas. 3. SOSIAL Hal ehwal agama: Fasal 58 Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari, bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah demi kebaikan orang lain, bersikappemurah, menjadi orang yang awal masuk ke masjid pada hari ]umaat, dan sanggupmembaiki masjid yang rosak. Hakim/ Kadi: Fasal 79 Fasal 79 menyatakan syarat menjadi Kadi di dalamnegeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan Nabi Muhammads.a.w, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia. Mengganggu isteri orang: Fasal 6 Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang. Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri oranglainakan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas)' Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda. Zina: Fasal 50 Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina. Fasal 50 adalah tentangpenzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkanbernikah dan membayar, denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiadakesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan. Perkahwinan: Fasal 65 Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan bersamaselama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing. 4. HUKUMAN JENAYAH Membunuh Fasal 23: Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam. Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang Islamyang membunuhorang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana keduaduanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialahdenda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas. Hukum membunuh orang kafir membunuh orang Islam. Fasal 4 memperuntukkanseorang kafir membunuh seorang Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak bolehdibunuh balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir tersebut memeluk Islam.Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga simati. 5. HAL-HAL LAIN Hal ehwal di kampung: Fasal 2l Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu kesalahandari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. Jika orang itu melakukan kesalahan buat kali kedua, barulah pesalah itu bolehdiambil tindakan yang sesuai.
- Orang dagang Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalamkampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak dibenarkan ataudibenarkan bermalam tetapi hanya diberi makanan cukup hingga satu kali pada satumalam, mereka dianggap bersalah. C: KESIMPULAN Undang-undang 99 Perak telah berjaya mewujudkan kestabilan politik di Perak sebelum campur tangan barat. Walau bagaimanapun kestabilan turut diwujudkanmelalui ekonomi, sosial dan hal-hal lain yang berkaitan. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak. Berdasarkanfasal hukuman yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak, didapati beberapaaspek seperti pembunuhan,penzinaan, dan perwarisan harta tidak selaras denganpengaruh hukum Islam. Hal ini membuktikan Undang-Undang 99 Perak memangmemperlihatkan adat tempatan mendominasi undang-undang tersebut. Undang- undang ini walau bagaimanapun tidak digunakan lagi setelah Undang-Undang Barat diperkenalkan menerusi Sistem Residen. 3.Pengaruh adat tempatan yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Peraklebihmenonjol berbanding dengan pengaruh agama Islam. Buktikan pernyataanini. A.PENGENALAN Undang- undang tertua di negeri Perak yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perakpada abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut . Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yangdilakukan oleh masyarakat pada masa itu. Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur IslamdalamUndang-undang 99 Perak. Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perakmerangkumi aspek pemerintahan, jenayah, pembahagian harta, penzinaan danperkahwinan. a) Pemerintahan Undang- undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbandingunsur Islam. Fasal 77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akandi warisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada , takhta tersebut akandiwarisi oleh anak gahara yang kecil. Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada pengaruh adat kerana mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsepmusyawarah Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripadaIslam Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu . b) Jenayah
Undang – undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat tempatan berbanding unsur Islam Situasi ini jelas dapat dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islammengikut fasal 23. Orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain tidakboleh dijatuhi hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir Hukuman ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukumIslam yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuhjuga. Contohnya, seorang pembunuh akan dikenakan denda empat tahil dua paha emas , atau dua dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas. Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan kes pembunuhandalam kalangan masyarakat Islam dengan adanya denda yang dikenakan . c) Pembahagian harta Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta. Mengikut fasal 33 iaitu mengenai pembahagian harta.Pembahagian harta kepada orang yangbaharu meninggal dikenakan syarat – syarat tertentu. Dalam hal ini, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkukdanperalatan dapur manakala anak lelaki pula diberika alatan senjata besi, sawah padi, lombong Pembahagian harta dalam undang – undang Perak menjelaskan bahawa anaklelaki mendapat dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anaklain. Pembahagian harta dengan syarat- syarat dan secara adil menjamin keharmonianhidup masyarakat d) Penzinaan Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut fasal 50 yangmenyentuh tentang hal-hal berkaitan penzinaan. Mengikut undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yangdilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas perlu dilaksanakan dengan segera. Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebihkepada adat tempatan daripada unsur Islam Jika didapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkanatau dimaafkan. Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akandikenakan hukuman sebat 100 kali rotan . Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaandapat dibendung pada masa itu . e) Perkahwinan Mengikut fasal 65, undang – undang Perak memperuntukkan bahawa pasanganyang baharu berkahwin tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari di atas alasan untuk menjaga keimanan masing – masing.
Namun begitu, keadaan ini berbeza dengan syariat Islam iaitu selepas akad nikahdilangsungkan atau disahkan maka secara automatiknya suami isteri boleh tinggal bersama . Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung perbuatan khalwat sekaligus suasana kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke – 19 dapat diwujudkan C. KESIMPULAN Hukuman yang terdapat dalam undang - undang 99 Perak lebih memperlihatkanadat tempatan daripada unsur – unsur Islam . Undang – undang ini berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalammasyarakat Melayu . 4.HURAIKAN PRINSIP-PRINSIP UMUM UNDANG-UNDANG99 PERAKDALAM MEWUJUDKAN SUASANA HARMONI MASYARAKAT MELAYUPADA ABAD KE-19. Pendahuluan 1. Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua di Perak. 2. Undang-undang yang dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehinggatahun 1900. Ini dikatakan dibawa dari Hadramaut oleh Syed Hassan al-Farodz padazaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini dipercayai telahditerjemah dan diubahsuai terlebih dahulu sebelum dilaksanakan supaya bersesuaiandengan keadaan masyarakat Melayu. 3. Undang-undang yang berbentuk dialog ini mengandungi 99 perkara berkaitanundang- undang dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan hal ehwal agama dantradisi masyarakat Melayu tradisional. 4. Secara umumnya Undang-undang 99 Perak telah berjaya mewujudkan suasanaharmoni dalam masyarakat Melayu Perak pada abad ke-19. Isi- isi utama 1. Prinsip berkenaan perlantikan pengganti raja Fasal-fasal yang terkandung di dalam undang-undang ini memberikan panduankepada raja, pembesar dan rakyat dalam mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Contoh, Fasal 77 iaitu peraturan raja menetapkan jika seseorang raja atau pemerintahtersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jikatiada, maka anak raja yang paling kecil akan mewarisi takhta.Syarat utama untukmewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara iaitu putera yang dilahirkan olehpermaisuri yang sah.
Tegasnya, fasal ini dapat mengelakkan daripada tercetusnya perebutan takhta yangmembawa kepada wujudnya suasana harmoni dalam masyarakat Melayu Perak padaabad ke-19. 2. Prinsip berkaitan protokol istana Fasal 24 Undang-undang 99 Perak telah menetapkan beberapa peratuan jikamengadap raja atau pembesar. Seseorang perlu menundukkan kepalanya semasa duduk dalambalairung seri, menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak bolehmemandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalamnada suara yang tinggi dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja ataupembesar. Justeru fasal ini telah berjaya memupuk perasaan hormat dan taat setia rakyat kepadaraja yang menjadi lambang perpaduan dan membawa kepada keharmonianmasyarakat Melayu. 3. Prinsip berkaitan jenayah Undang-undang 99 Perak lebih kepada mengenakan denda wang dalambentuk emas dan hukuman yang dikenakan atas kesalahan jenayah sangat ringan serta bersifat bertimbang rasa. Contohnya, Fasal 23 yang melibatkan pembunuhan sesama orang Islam. Orang Islamyang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua- duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukumanyang dikenakan ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dandisedekahkan setahil sepaha emas. Fasal 4 pula menggariskan tentang hukuman terhadap orang kafir yang membunuhorang Islam. Orang kafir tersebut tidak boleh dibunuh kerana jika dibunuh orang kafir tersebut tidak lagi berpeluang untuk memeluk Islam. Sebaliknya pewaris pembunuh hanya dikehendaki membayar sejumlah wang dalam bentuk emas kepadakeluarga si mati. Tegasnya, keharmonian masyarakat Melayu Perak pada abad ke-19 dapat diwujudkankerana Undangundang 99 Perak memastikan pihak yang teraniaya mendapat ganti rugi yang setimpal dan hukuman denda yang dikenakan dapat mengurangkankesalahan jenayah dalam kalangan masyarakat. 4. Prinsip berkaitan penzinaan Fasal 50 menggariskan hukuman bagi kesalahan zina. Jika kedua-dua penzinamengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepahaemas. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu bolehdibincangkan atau dimaafkan.
Fasal 6 pula menyentuh tentang hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orangiaitu akan dibuang dari mukimnya atau dikehendaki membayar denda dalambentukemas. Bagi pesalah perempuan, hukumannya ialah dicukur rambutnya tetapi akandilepaskan sekiranya membayar denda. Jelaslah bahawa Undang-undang 99 Perak digubal bagi menjaga hal-hal kemasyarakatan dan dapat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat Melayu. 5. Prinsip berkaitan pembahagian harta Undang-undang 99 Perak juga memberi panduan yang jelas tentang pembahagianharta. Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta, anak perempuan akandiberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan dapur. Manakala anak lelaki akan diberikan peralatan besi atau senjata, sawah padi ataulombong. Anak lelaki akan mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan dalamsoal harta dan hutang. Harta lain akan dibahagikan sama rata kepada semua anaksecara adil. Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anaklain. Jelas bahawa fasal ini mampu mengelakkan berlakunya masalah perebutan hartapusaka dalam kalangan ahli keluarga dan mampu membawa kepada wujudnyakeharmonian dalam masyarakat. Kesimpulan Undang-undang 99 Perak berperanan menjadi panduan dan amalan masyarakat Melayu di Perak dalam mengawal perlakuan anggota masyarakat untuk mewujudkankeharmonian dan kesejahteraan hidup. Undang-undang ini juga digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golonganpemerintah dan menjamin hak setiap anggota masyarakat. Namun selepas campur tangan British, Undang-undang 99 Perak digantikan dengan undang-undang lain iaitubab Federated Malaya States (FMS) 197.