SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 2 2023 1.Perihalkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menyatukan masyarakat berbilang bangsa diMadinah. Pengenalan 1. Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, kota tersebut didiami oleh dua kelompok bangsa utama iaitu bangsa Arab yang terdiri daripada Kaum Aus dan Khazraj dan bangsa Yahudi daripada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. 2. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke kota tersebut bukan sahaja telah membawa kepada pembentukan negara Islam, malah telah mengubah lanskap masyarakat Madinah. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi, Baginda SAW telah berusaha untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah dengan bertindak menghapuskan semangat assabiyah, menguatkuasakan Piagam Madinah, melaksanakan amalan syura dan sebagainya. Isi — isi penting 1. Penghapusan semangat assabiyah 1.1 Baginda SAW bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang begitu sebati dengan kehidupan masyarakatsebelum Islam. Penghapusan semangat assabiyahdalamkalangan orang Islam dilakukan melalui konsep persaudaraan dan penerapan iman. lmplikasi dari penghapusan semangat assabiyah ini juga telah membawa kepada penerimaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi di Madinah khususnya dalam kalangan Aus dan Khazraj serta Yahudi yang selama ini tidak boleh menerima orang luar sebagai pemimpin mereka. 1.2 Baginda SAW juga mempersaudarakan orang - orang Islam, golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan saudara seagama itu. Contohnya, Hamzah dipersaudarakan dengan Zaid, Abu Bakar dengan Kharijah bin Zuhayr, dan Umar a1 Khattab dengan Utbah bin Malik. Malah, orang - orang Ansar sendiri turut dipersaudarakan sesama mereka bagi menghentikan perbalahan yang sering berlaku sehingga mencetuskan dendam dan hutang darah dalam kalangan Aus dan Khazraj. 2. Menggubal dan menguatkuasakan Perlembagaan Madinah • 2.1 Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan tertinggi negara telah memperuntukkan hak dan tanggungjawab warga Madinah, umpamanya orang Islam diwajibkan hidup saling bekerjasama sekaligus merealisasikan konsep persaudaraan 2.2 Orang bukan Islam pula diberikan kebebasan bersuara dan mengamalkan agama serta adat istiadat masing — masing. Aspek yang paling penting ialah memastikan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara dan mewujudkan kerjasama dengan umat Islam seandainya negara Islam diancam oleh musuh. 2.3 Peruntukan kewajipan mempertahankan negara adalah tanggungjawab warga Madinah tanpa mengira agama atau bangsa serta keturunan. Warga Madinah dilarang sama sekali bersekongkol dengan musuh-musuh negara. 3. Melaksanakan prinsip dan amalan syura 3.1 Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam pemerintahan bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah,. Tujuan BagindaSAWmemperkenalkan prinsip ini dalam pemerintahan ialah bagi membolehkan semua warga Madinah terlibat dalam pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi
Muhammad b2rsikap berat sebelah dan mendiskriminasikan orang - orang bukan Islam. 3.2 Keterbukaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan Bagñida SAW bukanlah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik atau berkuasa mutlak 4. Melaksanakan sistem ekonomi Islam 4.1 Sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menghapuskan amalan penindasan, malah juga dapat menghentikan monopoli atau eksploitasi kaum Yahudi dalam kalangan masyarakat di Madinah 4.2 Kewujudan sistem ekonomi yang adil ini membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara sama rata. Bagi orang Islam, zakat diwajibkan dan digalakkan bersedekah. Keadilan yang dibawa oleh sistem ekonomi Islam telah melahirkan masyarakat yang harmoni dalamkalangan warga Madinah yang berbilang bangsa dan agama. 5. Mengusir golongan Yahudi 5.1 Kaum Yahudi diusir keluar dari Madinah kerana mereka telah bertindak mencabuli Piagam Madinah berikutan ketidaksetiaan terhadap negara Islam berikutan perilaku merekayangsering menimbulkan huru hara dalam negara Islam Madinah. 5.2 Yahudi Bani Qainuqa’ diusir kerana mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar dan berani menjatuhkan maruah seorang seorang wanita Islam. Bani Nadhir pula dihalau kerana mereka merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Sementara Bani Quraizah pula dihalau keluar kerana mereka telah membuat pakatan sulit, iaitu bersubahat dengan Musyrikin Makkah untuk menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa Perang Khandak. Kesimpulan 1. Kepemimpinan semula jadi yang ada pada diri Baginda SAW merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah yang stabil sekaligus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.
2.Zaman pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam. Bincangkan. Pengenalan 1. Khalifah Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah yang dilahirkan di Rayy, dan merupakan individu yang mempunyai keperibadian bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama, dan berfikiran terbuka. 2. Baginda menaiki takhta pada tahun 786 Masihi selepas kemangkatan saudaranya, al Hadi dan pernah menjawat jawatan sebagai gabenor serta menyertai beberapa ekspedisi peperangan termasuk berhadapan dengan Rom Timur. 3. Dasar politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam bidang intelektual telah menyebabkan zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan. Isi — isi penting 1. Sistem pentadbiran yang sistematik 1.1 Khalifah Harun al Rasyid telah mengekalkan Baghdad sebagai pusat pentadbiran memandangkan lokasinya agak strategik dari segi politik dan ekonomi. Kota tersebut dilengkapi dengan pelbagai bangunan yang indah, benteng pertahanan dan pelbagai prasarana bagi memastikan kegiatan ekonomi berkembang. 1.2 Khalifah Harun al Rasyid telah membentuk sistem wazir, dan keluarga Barmaki merupakan antara tonggak yang membantu pembentukan kerajaan ini. Yahya bin Khalid diikuti anak — anaknya Jaafar, al Fadhl, Muhammad dan Musa. Kebijaksanaan pentadbiran yang diketuai oleh keluarga ini telah mengukuhkan kekuasaan kerajaan Abbasiyah. 2. Hubungan diplomatik 2.1 Khalifah Harun al Rasyid berjaya mewujudkan suasana yang aman berikutan kejayaannya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar seperti Perancis, Byzantine ( Rom Timur ), Andalusia, China, India dan lain — lain 2.2 Hubungan dengan Perancis meninggalkan impak yang cukup besar, jalinan hubungan antara Harun al Rasyid dengan Charlemagne telahmenjamin keselamatan kerajaan Islam ini daripada ancaman musuh, sama ada Rom mahupun kerajaan Umaiyah di Andalus. Hubungan yang erat ini dibuktikan dengan pertukaran cenderamata dan kunjungan diplomat kedua—dua kerajaan. 2.3 Hubungan dengan Perancis ini juga menjadi asas kepada perkembangan agama Islam di Eropah Barat dan membolehkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dapat dijalankan. Tegasnya, hubungan ini menggambarkan kerajaan Abbasiyah mendapat pengiktirafan daripada kuasa — kuasa luar. 2.4 Hubungan dengan China dan India dijalinkan berfokuskan kepentingan ekonomi dan intelektual. 3. Pemerkasaan bidang ketenteraan 3.1 Khalifah Harun al Rasyid telah melaksanakan reformasi dalam bidang ketenteraan sekaligus memperkasakan angkatan tentera sama ada tentera darat dan tentera laut khususnya dari segi logistik, pentadbiran dan peralatan. Kawalan rapi di lautan dan pelabuhan dilakukan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah sekaligus memastikan kestabilan politik dalam negeri. 3.2 Kekuatan tentera diperlukan bagi menghapuskan sebarang bentuk ancaman dalam dan luar negeri, contohnya, Khalifah Harun menghantar Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Afrika Utara, dan sebagai membalas budi Ibrahim, Khalifah Harun membenarkan penubuhan kerajaan kecil Aghlabiah. Kerajaan ini akan membayar uftitahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al Rasyid.
3.3 Kejayaan terbesar pada zaman ini ialah mengalahkan Rom sebanyak dua kali, iaitu semasa pemerintahan Irene diikuti zaman Nicephorus. Kemenangan ke aras Rom Timur membolehkan kerajaan Islam pada zaman ini mendapat ufti berjumlah 90 000 dirham dan menandatangani gencatan senjata. Tindakan Nichephorus yang melanggar gencatan senjata telah menyebabkan jatuhnya wilayah di Asia Minor seperti Tyre, Heraclea, Iconium dan Emphesus ke tangan kerajaan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Harun a1 Rasyid. 4. Kemakmuran dan pembangunan ekonomi 4.1 Khalifah Harun al Rashid sangat mementingkan kemajuan dalam bidang ekonomi. Dalam sektor pertanian, Khalifah Harun menggalakkan rakyat bercucuk tanam dengan memanfaatkan tanah yang subur di lembah Sungai Dajlah dan Sungai Furat. Baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada parapetani. Selain itu,baginda jugamembahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan. Sistemsalirandisediakan bagimengairi kawasan pertanian, contohnya ‘Ain Zubaidah. 4.2 Dalam bidang perdagangan pula, Khalifah Harun al Rasyid telah memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan, dengan meluaskan ke Eropah, China dan India serta membina jalan — jalan dari Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi. Antara barang dagangan yang terdapat di Baghdad ialah rempah ratus dan kain dari India,suteradan teh dari Chinaserta kulit dan lilin dari Eropah 4.3 Baghdad bukan sahaja berperanan sebagai ibu kota, malah berfungsi sebagai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kapal berlabuh dan peniaga menjalankan aktiviti jual beli. Jaminan keselamatan turut disediakan untuk menggalakkan kedatangan pedagang Timur dan Barat. 4.4 Pada zaman ini juga, aktiviti industri turut berkembang pesat, antaranya kilang-kilang tekstil, permaidani dan senjata telah dibina. Industri menenun permaidani didirikan di wilayah Tabaristan danArmenia.
5. Perkembangan Intelektual 5.1 Khalifah Harun al Rashid sangat mencintai ilmu pengetahuan dan berperanan sebagai penaung kegiatan keilmuan di Baghdad. Baginda sentiasa menggalakkan para sarjana mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu di kota Baghdad. 5.2 Institusi pendidikan seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan istananya sendiri telah dijadikan pusat pendidikan. Kemuncak perkembangan ilmu pada zaman ini ialah penubuhan Baitul Hikmah, sebagai gedung ilmu yang paling berpengaruh dan sibuk dengan aktiviti ilmiah. 5. Aktiviti penterjemahan buku-buku asing merupakan antara kegiatan yang dijalankan pada zaman ini, antaranya ialah, penterjemahan buku dari China, India, Parsi dan Yunani ke Bahasa Arab, terutamanya dalam bidang astronomi, perubatan, falsafah, sejarah dan sebagainya. 5.4 Majlis forum, syarahan dan perbahasan juga turut dianjurkan oleh Khalifah Harun al Rasyid. Majlis-majlis ini dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual yang diadakan di masjid. Malah, Khalifah Harun telah menyediakan peruntukkan khas untuk dihadiahkan kepada para penulis dan penyelidik sebagai dorongan serta saguhati kepada mereka yang bergiat dalam bidang intelektual. 5.5 Bandar — bandar seperti Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan Balkhs turut berperanan sebagai bandar ilmu pengetahuan, dan disinilah munculnya tokoh — tokoh ilmuwan dalam bidang ilmu aqli dan naqli seperti Imam Muhammad, al Hajjah bin Mattar, Sufian al Thauri dan lain — lain. 6. Infrastruktur dan kebajikan 6.1 Kesan daripada proses urbanisasi, telah muncul banyak kota seperti Baghdad, Damsyik, Basrah, dan Allepo yang berperanan sebagai pusat perdagangan. 6.2 Khalifah Harun juga turut mendirikan masjid, kolej, sekolah, hospital, jambatan, perigi, terusan dan kemudahan sistem pengangkutan di bandar-bandar berkenaan. Sebuah hospitalsakit otak juga telah dibina. 6.3 Isteri khalifah turut memberi sumbangan dengan membina deretan telaga dari Arafah ke Makkah dengan menggunakan wang simpanan sendiri. 6.4 Khalifah Harun juga turut memberikan bantuan kepada orang-orang miskin setiap kali musim haji. Kesimpulan 1. Kerajaan Abbasiyah mencapai kemuncak di bawah kepimpinan Khalifah Harun al Rasyid. Pada zaman ini, Kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemasan. Tindakan baginda yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman membolehkan kerajaan ini berkembang dan diwarisi oleh penggantinya.
3.Huraikan sumber-sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. PENGENALAN Maksud ekonomi Islam ialah satu sistem berteraskan syariah bagi melindungi dan menegakkan keadilan dalam pemerolehan, penggunaan dan pengurusan sumber alam, dengan memenuhi kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah swt dan manusia keseluruhannya Terdapat beberapa sumber-sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah derma, rampasan tunai dan harta benda,rampasan hartanah dan jizyah. ISI-ISI PENTING. 1. Derma / Sedekah Derma merupakan sumber kewangan utama umat Islam di Madinah pada zaman awal yang mencabar sehingga negara Islam sampai ke kemuncak kegemilangannya. Derma disumbangkan dengan rela hati dan tanpa paksaan Derma digunakan untuk menjaga kebajikan kabilah yang memeluk Islam, perkembangan syiar Islam dan peperangan Derma yang disumbangkan berbentuk makanan, pakaian, wang dan hartanah Contohnya, pembiayaan Perang Khandak, Sa’ad bin Ubadah dan Jabir bin Abdullah telah mendermakan makanan dan kurma kepada tentera Islam. Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan semua wang yang dimilikinya berjumlah 4000 dirham manakala Umar al-Khattab mendermakan separuh daripada kekayaannya Antara para dermawan Islam ialah Abbas bin Abdul Mutalib, Talhah bin Ubaidullah, Sa’ad bin Ubadah, Muhammad bin Maslamah, Abdul Rahman bin Auf, Asim bin Adi dan Uthman bin Affan. Jelas bahawa derma juga merupakan salah satu merupakan salah satu daripada sumber- sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w. 2. Rampasan : Tunai, Harta Benda Dan Hartanah Rampasan iaitu dalam bentuk tunai, harta benda dan hartanah merupakan salah satu daripada beberapa sumber-sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w. Sumber ini diperoleh melalui peperangan dan bayaran tebusan tawanan perang Harta rampasan dalam Perang Badar seperti senjata, 150 ekor unta, 10 ekor kuda, tikar kulit dan pakaian Contoh harta benda yang didapati daripada rampasan Perang Khandak, iaitu barangan keperluan asas, pinggan mangkuk, pakaian, binatang ternakan seperti unta dan kambing serta senjata yang telah dirampas daripada orang Yahudi (Bani Quraizah) di Madinah
Tebusan tawanan perang dalam Perang Badar ialah 20 tawanan membayar 75000 dirham, 10 orang membayar 4000 dirham seorang, seorang membayar 2000 dirham dan seorang lagi 1000 dirham Hartanah pertama yang diperolehi daripada puak Yahudi, iaitu Bani Fityun yang diusir keluar dari Madinah. Seterusnya, Amwal Bani Qunaiqa’, iaitu kubu serta pasar mereka diambil alih oleh orang Islam. Manakala, Amwal Bani Nadhir yang meliputi kebun kurma dan ladang yang berhampiran kubu-kubu mereka telah diuruskan oleh Abu Rafil yang dilantik oleh Nabi Muhammad SAW Tanah-tanah yang dirampas ini diisytiharkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai al- fai’ atau safiy, iaitu petani masih memiliki dan menyerahkan 50 peratus daripada hasilnya kepada Nabi Muhammad SAW. Hasil kutipan ini digunakan untuk kebajikan awam terutamanya untuk keperluan musafir Jelas bahawa rampasan dalam bentuk tunai, harta benda dan hartanah juga merupakan salah satu merupakan salah satu daripada sumber-sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w. 3. Jizyah Jizyah merupakan salah satu daripada sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman Nabi Muhammad. Jizyah ialah cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang disebut zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh negara Islam ke atas keselamatan jiwa dan harta benda mereka Boleh dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali Mereka yang enggan membayar jizyah dikira tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat Contohnya Nabi Muhammad SAW mengutip jizyah dari Bahrain sebanyak satu dinar setiap kepala (mu’afiri) Yahudi dan Majusi. Dari wilayah Hajar pula, empat dirham dan sepasang jubah daripada setiap lelaki Majusi. Selain itu,Kristian Najran pula membayar dengan bayaran 2000 pakaian. Sebagai balasan membayar jizyah, Nabi Muhammad SAW memberi perlindungan untuk diri, masyarakat, tanah, harta benda dan agama mereka Jelas bahawa jizyah juga merupakan salah satu merupakan salah satu daripada sumber- sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w. 4. Zakat Zakat juga merupakan sumber ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. Zakat diperkenalkan oleh nabi Muhammad SAW ke atas setiap orang Islam, tidak kira lelaki atau perempuan dewasa, merdeka,siuman, yang memiliki simpanan wang tunai, emas atau perak sepanjang tahun. Zakat dikenakan ke atas pemilikan tunai, barang kemas, hasil pertanian dan binatang ternakan. Contohnya,Nabi Muhammad SAW melantik Attab bin asid sebagai wali di Makkah, Bilal sebagai pegawai sadaqat buah-buahan.
Nabi Muhammad SAW mengutus surat kepada Oman, Bahrain, Bahilah dan Bishah yang mewajibkan mereka membayar zakat pertanian dan ternakan. Begitu juga, penduduk Dumah dan Kaib dikehendaki membayar zakat ke atas ternakan, Jelas bahawa zakat juga merupakan salah satu merupakan salah satu daripada sumber- sumber ekonomi bagi negara Islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w. 5. Usyur Usyur pula merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada orang-orang Islamdan bukan Islam. Kadar cukai yang dikenakan berbeza sebagai contoh golongan kafir harbi dikenakan usyur dengan kadar 10% manakala golongan kafir zimmi dikenakan cukai usyursebanyak 5%. Sementara itu orang-orang Islam pula dikenakan cukai usyur sebanyak 2.5% Cukai ini diekankan apabila cukup nisabnya iaitu 200 dirham. 6. Al- Fayy Al-Fayy merujuk kepada harta rampasan perang yang diperolehi berikutan musuh menyerah kalah. Dalam erti kata lain harta ini diperolehi tanpa melibatkan peperangan. Selain itu al-fayy juga merupakan harta peninggalan tanpa waris dan juga harta karun. KESIMPULAN Pelbagai sumber pendapatan diperolehi dalam negara Islam semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Sumber-sumber ekonomi yang banyak ini telah membantu membangunkan negara Islam Madinah yang baru ditubuhkan. Selain itu juga, perolehan sumber ekonomi dalam wilayah terus bertambah walaupun selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W sehingga wujudnya institusi Baitulmal sebagai pusat pengumpulan sumber-sumber ekonomi pada zaman berikutnya.
4.Nilaikan sumbangan-sumbangan Ahmad ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi sehingga digelar sebagai ‘Singa Laut’. Pengenalan ● Ahmad Ibn Majid merupakan ahli pelayaran Arab yang terkemuka abad ke 15M/9H. Beliau amat mahir dalam perlayaran di kawasan Laut Merah dan Laut Hindi. ● Kemahiran beliau tersebut menyebabkan Ibn Majid pernah digelar sebagai Singa Laut kerana kemahiran beliau menguasai perlayaran di Laut Hindi. Terkenal di kalangan orang barat kerana sejarahnya yang pernah membantu Vasco Da Gama menyeberangi Laut Hindi ke India 1498M. ● Menghasilkan lebih 40 buah buku berkaitan dengan kelautan. Isi - Sumbangan dalam bidang Perlayaran 1.Menghasil Karya ilmu Kelautan ● Ibn Majid menghasilkan buku berkaitan ilmu laut yang berjudul Al-Fawaid fil Usul ilm al Bahar (Kaedah dan Faedah Ilmu Laut). Buku ini mengandungi tentang ilmu kelautan spt permulaan pelayaran, magnet, kompas, bulan & bintang, laluan di Laut Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal dll. ● Tujuan beliau menulis buku ini adalah untuk memperbetulkan kesilapan catatan ahli pengembaraan sebelum itu tentang dunia perlayaran. Buku ini menjadi merujuk kepada ahli perlayaran Arab, Eropah selepas itu menyemarakan lagi dunia pelayaran dan penjelajahan. 2.Hasil buku tentang sejarah LautArab ● Melalui bukunya Hawiyat al Ikhtisar. Melalui buku tersebut beliau telah menulis tentang sejarah laut yang di berada di sekitar Tanah Arab yang memnjadi laluan perdagangan dan pusat kegiatan orang Arab seperti Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. ● Beliau juga menjelaskan tentang penggunaan ilmu bintang dan astronomi spt garis lintang dan ilmu falak dan mengunakan bahasa yang mudah untuk menjelaskan perkara tersebut. Membolehkan orang Arab memahami dunia mereka di TanahArab. 3.Pelayaran di TelukAden ● Ibn Majid telah membuat kajian dan tulisan yang lengkap tentang pelayaran di Teluk Aden. Sejarah pelayaran beliau tersebut terdapat melalui bukunya yang bertajuk al Urjuzah al Muarrabah. ● Mencatatkan pelayaran yang terperinci tentang Teluk Aden Afrika. Buku ini telah menarik perhatian ramai pengkaji sejarah dan ahli pelayaran yanglain.
Isi - Sumbangan dalam bdang Geografi 1.Huraian pengunaan bintang dalam pelayaran ● Ibn Majid telah menghasilkan buku tentang penggunaan bintang dalam dunia pelayaran. Melalui bukunya yang bertajuk Aribah al Daraib. Mengandungi bagaimana ahli pelayaran mengunakan bintang sebagai panduan arah kapal di laut. ● Beliau juga menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di Kutub Utara melalui bukunya Urjuzah al-Maimiyah. 2.Jurupandu kepada Vasco Da Gama ● Ibn Majid amat dikenali oleh orang barat. Beliau telah memandu pelayaran Vasco Da Gama iaitu ahli pelayaran Portugis yang terkenal. ● Menjadi jurupandu dari Malindi (Pantai Timur Afrika) untuk menyeberangi Lautan Hindi hingga ke Kalikat India. Sumbangan ini membolehkan Vasco Da Gama berjaya sampai ke Timur yang mengunakan jalan laut sehingga Portugis berjaya meluaskan tanah jajahannya ke timur apada abad ke 15 dan 16M. Di atas sumbangannya tersebut, Ibn Majid telah diiktiraf oleh orang Portugis dan digelar sebagai Malemo Canaqua. 3.Sumbangan bidang lain ● Ibn Majid juga merupakan seorang ulama dan sasterawan. Beliau banyak menghasilkan karya dengan diselitkan ayat-ayat al-Quran sebagai hujah untuk mengambarkan kebesaran Allah swt. ● Beliau juga menghasilkan buku Qailah al-Isla yang berbentuk puisi yang mengandungi huraian lengkap tentang arah kiblat sama ada di darat atau lautan. Bagi memastikan nilai-nilai keindahan dari sudut sastera beliau juga banyak mengunakan syair-syair Arab dalam karya pelayarannya Kesimpulan • Sumbangan Ibn Majid dapat dilihat dalam pelayaran dan geografi. • Telah merangsang tokoh-tokoh pelayaran Islam yang lain. • Memberi maklumatserta gambaran kepada masyarakatsejagat. *Jawapan mesti mempunyai huraian kedua-dua bidang iaitu perlayaran dan geografi.
5.Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke 19 dan 20 Masihi. Pengenalan ● Perancis menduduki Algeria dari kekuasaan Turki pada tahun 1827M. Thomas Robert Bugeaud dilantik sebagai Gabenor Jeneral yang pertama. Beliau melaksanakan dasar penjajahan yang di kenali sebagai “ScorchedEarth”. ● Dasar tersebut merupakan polisi yang menekan rakyat Algeria. Dasar ini menekan masyarakat majoriti Islam samada dalam bidang pendidikan, politik dan ekonomi. Kesan mencetus kebangkitan menentang penjajahan Perancis diAlgeria. Isi - Reaksi rakyat Algeria abad ke 19 1.Penentangan Amir AbdulQadir ● Gerakan kemerdekaan Algeria di pelopori oleh Amir Abdul Qadir awal abad ke 19M.Beliau merupakan Gabenor Wilayah Mascara telah menentang Perancis tahun 1832M. Beliau berjaya menyatukan rakyat Algeria dari pelbagai puak menentang Perancis. ● Abdul Qadir menggunakan taktik perang secara gerila selama 10 tahun. Berjaya mengalahkan Perancis dalam beberapa pertempuran. Menguasai wilayah barat Algeria. Walaupun dapat dihapuskan oleh Perancis. Kesan berjaya membangkitkan semangat rakyat Algeria menentang Perancis selepasitu. 2.Penentangan Abu Ma’zi ● Abu Mazi berasal dari Maghribi dan berperanan menentang Perancis di bahagian selatan Algeria. Beliau telah bergabung dengan Abdul Qadir dan dilantik sebagai Amir di wilayah Zawawah. ● Beliau berjaya mengalahkan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim tahun 1845. Walau bagaimanapun selepas itu, Tentera Perancis yang dipimpin oleh Jeneral Marshall Bugeaud berjaya mengalahkan pasukan Amir Abdul Qadir dan Abu Ma’zi. Isi - Reaksi rakyat Algeria terhadap Perancis abad ke 20M 1.Penentangan Syeikh Abd Hamid al Badis (IbnBadis). ● Ibn Badis merupakan seorang ulama dan tokoh reformis menentang penjajahan Perancis. Beliau menerbitkan akhbar Al Shihab yang menjadi suara tokoh reformis Algeria dalam Peperangan Rif terhadap Perancis. ● Ibn Badis telah mengasas Kesatuan Muslim Ulama tahun 1931 yang berperanan menyedarkan masyarakat Islam di Algeria. Walaupun kesatuan ini bukan bersifat politik namun berjaya menimbulkan semangat kesedaran kebangsaan di kalangan rakyatAlgeria. ● Ibn Badis melalui Kesatuan Muslim Ulama juga berperanan dalam bidang Pendidikan dengan membuka sekolah-sekolah, menerbitkan akhbar dalam Bahasa Arab, menyebar dakwah Islam dan menentang ajaran sesat iaitu Mazhad Murabitisme dan lain-lain. ● Kemuncak kebangkitan anjurkan Kongres Muslim Algeria tahun1932.
2.Penentangan Ferhat Abbas ● Gerakan penentangan Ferhat Abbas muncul semasa Perang Dunia kedua tahun 1943. Perjuangan menuntut kemerdekaan Algeria dari penjajahanPerancis. ● Peringkat awal Gerakan ini mencadangkan kepada Perancis supaya Dasar kolonisasi Perancis di Algeria ditamatkan dan menubuhkan sebuah negara merdeka selepas Perang Dunia ke - 2 tamat. ● Selepas PD2 berakhir Ferhad Abbas memimpin rakyat Algeria menuntut kemerdekaan tetapi ditolak. ● Pada 4 Mei 1945, beliau telah mengibarkan bendera Algeria bagi meraikan Perang Dunia 2 tamat tetapi ditembak oleh tentera Perancis yang dikenali sebagai “Peristiwa Pembunuhan Setif”. Semua aktiviti politik di Algeriadiharamkan. 3.Penubuhan Parti Politik ● Selepas tahun 1950-an, gerakan kemerdekaan Algeria menjadi semakin matang melalui penubuhan parti - parti politik. Dapat dilihat melalui penubuhan parti politik iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN). ● FLN merupakan parti politik bersifat sosialis berjaya menggabungkan beberapa parti lain menuntut kemerdekaan Algeria. ● Pada tahun 1959, berlaku pertempuran antara rakyat Algeria dengan Perancis yang menyebabkan lebih 1.5 juta orang terkorban. Kesimpulan ● Algeria mendapat kemerdekaan pada tahun 1962 dari Perancis. ● Gerakan kemerdekaaan Algeria pada peringkat awal dipelopori oleh Abdul Qadir dan Abu Ma’zi. Ianya merupakan reaksi awal rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis. Walau bagaimapun ianya bersifat spontan dan tidak terancang. ● Reaksi rakyat Algeria pada abad ke 20M lebih tersusun khusus melalui penubuhan kesatuan dan parti-parti politik. Perjuangan rakyat lebih keras untuk mendapat kemerdekaan dari Perancis. Berjaya melahirkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis sehingga mendapat kemerdekaaan pada tahun1962. *Jawapan mesti mempunyai huraian kedua-dua Gerakan penentangan pada abad ke 19M dan 20M.
6.Galurkan pemberontakan Kolonel Ahmad Urabi yang menjadi reaksi kepada penjajahan kuasa barat di Mesir pada abad ke-19 Masihi. PENGENALAN Kolonel Ahmad Urabi, juga dikenal sebagai Urabi Pasha atau Arabi Pasha,merupakan tokoh nasionalis yang terkenal dalam sejarah modern dunia Islam Dilahirkan pada 1840 Hirriyat Razna berhampiran Zagazig di Sharqia Governorate, kira-kira 80 kilometer ke utara Kaherah. Merupakan anak ketua kampung yang kaya dan hal ini membolehkannya menerima pendidikan yang agak baik. Melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Beliau melibatkan diri dalam ketenteraan dan telah bejaya mendapat pangkat yang cepat sehingga mencapai Leftenan Kolonel pada usia 20 tahun. Merupakan pemimpin tentera Mesir melawan Inggeris ISI-ISI PENTING Umumnya pemberontakan ini dilihat sebagai pemberontakan tentera, namun hakikatnya pemberontakan ini tercetus disebabkan oleh krisis kewangan dan ekonomi negara yang semakin merudum, campur tangan asing yang kian meningkat, dan kesedaran politik yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Mesir. Perkara ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ismail Pasha yang berhasrat untuk menjadikan Mesir seperti sebuah negara Eropah. Lantaran kekangan kewangan yang dihadapi, Ismail Pasha berhutang dengan pelabur asing dan membuat pinjaman jangka masa panjang dengan institusi kewangan dari luar negara. Akibatnya pada tahun 1875, saham negara dalam Syarikat Terusan Suez terpaksa dijual kepada British dengan nilai empat juta Pound Sterling sahaja. Sehingga tahun 1876, jumlah hutang Mesir meningkat menjadi sekitar 90 juta Pound Mesir dan ini menyebabkan Ismail Pasha meminta bantuan daripada Kuasa Eropah Pencetus pemberontakan Urabi ialah tindakan Menteri Peperangan iaitu Uthman Rifqi Pasha yang memulakan siri kenaikan pangkat, pertukaran dan penggantian yang memihak kepada gologan Shirkasi dalam perkhidmatan tentera. Perkara ini membangkitkan kemarahan Kolonel Ahmad `Urabi kerana pada masa yang sama, Khedif telah mengarahkan perkhidmatan tentera dihadkan untuk tempoh empat tahun sahaja. Polisi pilih kasih ini dilihat sebagai suatu bentuk kezaliman terhadap tentera berketurunan Mesir kerana kebanyakan rakyat Mesir tidak berpeluang untuk memasuki tentera. Jika berpeluang pun, polisi ini akan membatasi peluang mereka untuk kenaikan pangkat. Sebaliknya golongan Shirkasi yang kaya raya pula diberikan kelebihan tersebut. Oleh itu, pada bulan Januari 1881, kolonel Ahmad Urabi bersama 2 orang kolonel yang lain mengemukakan surat bantahan kepada Riyad Pasha dan menuntut Uthman Rifqi Pasha dipecat.
Pada awal bulan Februari, atas nama Menteri Pertahanan, ketiga-tiga kolonel tersebut dipanggil dengan alasan untuk membincangkan perkahwinan adik Khedif di Qars al- Nil. Namun mereka telah menjangkakan akan diperangkap dan ditahan di sana nanti. Oleh itu, mereka memberikan arahan kepada pasukan masing-masing untuk bersiap sedia sekiranya mereka tidak pulang dalam masa yang ditetapkan. Setelah masa yang ditetapkan luput, pasukan tentera masing-masing mara ke Qasr al-Nil dan membebaskan pegawai mereka. Seterusnya mereka mara ke Istana Abidin dengan tujuan untuk menuntut supaya Menteri Pertahanan dipecat. Khedif terpaksa menuruti tuntutan tersebut dan melantik Mahmud Sami Al-Barudi untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun hal ini hanya bersifat sementara kerana sekali lagi Menteri Pertahanan telah ditukar. Dawud Pasha Yakan dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baharu. Ketika menjawat jawatan ini, beliau telah membuat dasar yang melarang pertemuan dalam kalangan pegawai tentera dan meletakkan mereka di bawah pengawasan. Berasaskan tindakan Menteri Pertahanan yang baharu ini seakan bertujuan untuk memecahbelahkan kekuatan tentera, pada 9 September 1881 semua rejimen telah berkumpul di medan Istana Abidin. Kolonel Ahmad Urabi yang mewakili pihak tentera menyerahkan tuntutan baharu kepada khedif untuk dipenuhi. Hasilnya sebuah kerajaan baharu telah dibentuk pada 14 September 1881 dan Mahmud Sami al- Barudi sekali lagi dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Pembentukan kabinet baharu yang bersifat kebangsaan ini meredakan keadaan yang tegang di Mesir. Slogan `Mesir untuk orang Mesir` telah berjaya diperjuangkan. Namun rombakan kabinet baharu tidak digemari kuasa Eropah kerana berpendapat tindakan ini sebagai penentangan terhadap mereka. Oleh itu, pada 8 Januari 1882, Nota Bersama telah dihantar kepada kerajaan Mesir dengan hasrat untuk mengembalikan kuasa khedif. Tindakan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Khedif melihat nota tesebut sebagai sokongan Eropah terhadapnya dan berpandangan bahawa beliau tidak lagi perlu memberi kerjasama kepada Majlis Perwakilan dan Kabinet. Kehadiran sepucuk lagi nota daripada Konsul-Jeneral British dan Perancis di Mesir kepada Sharif Pasha dilihat sebagai campur tangan yang semakin berleluasa daripada pihak luar. Oleh yang dekimian, pada 2 Februari 1882, Sharif Pasha meletakkan jawatan. Kabinet baharu yang diketuai oleh Mahmud Sami al- Barudi telah dibentuk dan Kolonel Ahmad Urabi dilantik sebagai Timbalan Menteri Peperangan. Penentangan yang berterusan oleh kolonel Ahmad Urabi memperlihatkan beliau sebagai wira yang memperjuangkan nasib rakyat Mesir dan membebaskan Mesir daripada campur tangan kuasa asing. Para petani turut meyokong beliau dengan harapan agar mereka dibebaskan daripada belenggu hutang.
Namun penentangan ini tidak disenangi kuasa Barat kerana berasakan dapat mengugat kedudukan mereka di Mesir. Oleh itu, satu pakatan untuk membunuh Kolonel Ahmad Urabi dirancang oleh pegawai Shirkasi. Walau bagaimanapun komplot ini terbongkar pada bulan April 1882. Pada 12 Mei 1882, kerajaan British dan Perancis telah menghantar angkatan laut masing-masing menuju ke Iskandariah. Kerajaan Mesir menyifatkan kedatangan angkatan tersebut hanya sebagai lawatan persahabatan. Pada 25 Mei 1882, sepucuk nota bersama telah dihantar menuntut supaya Kolonel Ahmad Urabi disingkir dari Mesir manakala dua orang kanannya dibuang daerah. Nota itu juga menuntut peletakan jawatan mereka dalam kerajaan. Seperti sebelumnya, kedatangan nota tersebut telah ditolak sama sekali oleh kabinet, namun khedif telah menerimanya tanpa berunding dengan kabinet. Oleh yang demikian, khedif menyandang jawatan Perdana Menteri dan sekali gus sebagai Menteri Peperangan Mesir. Namun perlantikan kabinet baharu mendapat bantahan yang hebat daripada rakyat Mesir. Pihak tentera turut menentang tindakan Khedif dan berkeras menuntut supaya Kolonel Ahmad Urabi dilantk semula. Akhirnya setelah didesak, Kolonel Ahmad Urabi dilantik semula sebagai Menteri Peperangan. Perlantikan ini telah telah mengukuhkan kedudukan golongan nasionalis di Kaherah lantaran perpindahan Khedif ke Iskandariah kerana bimbangkan keselamatan dirinya. Pada 10 Julai 1882, Laksamana Seymour pemerintah angkatan tentera laut British memberi kata dua kepada kerajaan Mesir agar menyerahkan Iskandariah atau bersedia untuk dimusnahkan. Penolakan tuntutan tersebut menyebabkan Iskandariah dibom. Pada 12 Julai 1882, Rejimen Kolonel Ahmad Urabi berundur ke Kafr al- Duwar. Pada 13 Julai1882, Laksamana Seymour menghantar angkatan tentera lautnya untuk mendarat di Mesir. Khedif menggunakan kesempatan ini dengan menghubungi Laksamana Seymour dan meletakkan dirinya di bawah perlindungan panglima tersebut. Angkatan tentera British mara ke Kaherah untuk menjatuhkan pemerintahan kolonel Ahmad Urabi. Pada bulan september 1882 Kolonel Ahmad Urabi dikalahkan di Tall al- Kabir. Kekalahan ini disebabkan sebilangan besar orang awam serta pegawai tenteranya sendiri menyertai khedif kerana berasakan usaha mereka adalah sia-sia. Akhirnya, Kaherah menyerah kalah kepada tentera British dan Perancis. Sejak itu kuasa barat semakin galak mencampuri dan memegang kuasa politik di Mesir. KESIMPULAN Pada bulan Disember 1882 Kolonel Ahmad Urabi dan pemimpin pemberontakan yang lain dihukum buang negeri. Walaupun pemberontakan Kolonel Ahmad Urabi dikalahkan namun visi dan misi beliau telah diteruskan oleh nasionalis selepas eranya