1 SOALAN 1 : Huraikan ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. PENDAHULUAN Masyarakat jahiliah merujuk kepada masyarakat yang hidup pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW Jahiliah merujuk kepada kejahilan dalam aspek kerohanian, keagamaan, kemanusiaan dan keilmuan. Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan Islam sama ada agama, sistem hidup, amalan ritual, akhlak, peraturan ekonomi, sosial dan lain-lain. Dalam konteks Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak digelar zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Zaman jahiliah berakhir apabila turunnya al-Quran dan Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul pada tahun 610 Masihi. Masyarakat Arab jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka pernah mencapai banyak kemajuan dalam kehidupan, khasnya dari segi politik dan ekonomi. Isi-isi : Ciri-ciri / pencapaian 1.Pencapaian dalam bidang politik dan pentadbiran Masyarakat pada zaman jahiliah mempunyai pencapaian dalam bidang politik dan pentadbiran. Dalam hal ini, mereka mempunyai institusi pentadbiran yang menguruskan tatacara dan perjalanan hidup bermasyarakat dan institusi ini diberi nama Majlis Kabilah. Majlis Kabilah berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas pentadbiran masing-masing. Pembahagian tugas dilaksanakan bagi mencapai kecekapan dan kelicinan pentadbiran. Terdapat beberapa majlis dibentuk untuk menguruskan bidang-bidang tertentu, antaranya Majlis Siqayah yang menguruskan urusan air jemaah haji, Majlis Rifadah untuk mengendalikan urusan makanan jemaah haji, Majlis Liwa untuk menyedia dan memimpin tentera, Majlis Nadwah untuk urusan umum berkaitan kebajikan penduduk Makkah dan Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah. Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah dan ia wajib dihormati. Setiap perwakilan kabilah akan mengadakan mesyuarat bersama di balai musyawarah yang dikenali Darul Nadwah. Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan tinggi dengan wujudnya kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main, Saba’ dan Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab manakala kerajaan Hirah, Tadmor, Nabat dan Ghassan yang terletak di sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap dari segi struktur pentadbirannya kerana mempuyai raja dan menteri, para pegawai dan pentadbir awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan sendiri. Contohnya, kerajaan Saba’ merupakan sebuah kerajaan di zaman Arab jahiliah yang terkenal dengan kegemilangan dan keutuhannya sehingga tercatat dalam al-Quran (Surah Saba’). Kerajaan Himyar juga merupakan sebuah kerajaan unggul pada zaman jahiliah dan pernah menjajah beberapa wilayah di luar Semenanjung Tanah Arab seperti wilayah Khurasan, Iran. Bangsa Arab merangkumi semua penduduk Semenanjung Tanah Arab termasuk Hijaz, Syam dan Iraq. Sekumpulan dari mereka menyertai kafilah perdagangan, sekumpulan lagi menetap di bandar-bandar dengan memegang kekuasaan, pemerintahan dan menjalani kehidupan serba
2 mewah. Mereka mempunyai hubungan kuat dan rapat dengan bangsa Arab Sasan yang menetap di negara Parsi dan bangsa Rom yang menetap di Syam. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat jahiliah mempunyai kemajuan yang sangat baik dalam bidang politik dan pentadbiran dan membuktikan bahawa mereka adalah masyarakat yang bertamadun. 2.Pencapaian dalam bidang pertanian Pencapaian seterusnya masyarakat Arab Jahiliah adalah dalam bidang pertanian. Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian mereka menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka mendapat hasil melimpah ruah di kebun-kebun anggur yang dikelilingi pokok-pokok tamar. Mereka terlibat dalam kegiatan penanaman pelbagai jenis tanaman termasuk zaitun dan delima. Kesemua ini membuktikan ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan dengannya. Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian tertentu. Mereka mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti empangan Maarib. 3.Pencapaian dalam bidang perdagangan Masyarakat Arab jahiliah juga menunjukkan kemajuan dala bidang perdagangan. Mereka mendiami kawasan bandar seperti Kota Makkah dan terlibat dalam bidang perdagangan. Mereka berjaya menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar Tanah Arab. Kegiatan perdagangan telah menjangkau sehingga ke Afrika dan kawasan-kawasan utama di bahagian utara Semenanjung Tanah Arab seperi Syria dan Palestin. Kesan daripada kegiatan perdagangan, Kota Makkah menjadi pusat utama dan dikunjungi ramai pedagang luar. Pasar-pasar utama di Kota Makkah seperti Ukaz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan terkenal. Urusan perdagangan menggunakan wang emas dan perak sebagai alat pertukaran. Ini membuktikan bahawa mereka telah berjaya menggantikan sistem perdagangan tradisional yang berbentuk tukar barang kepada bentuk urus niaga yang menggunakan wang sebagai alat urus niaga. Musim perdagangan – pada musim sejuk, masyarakat Arab jahiliah berdagang ke selatan Tanah Arab (Yaman) dan pada musin panas, mereka berdagang ke utara Arab (Syam) sama ada melalui lautan mahupun daratan. Mereka berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti India, Parsi, Mesir dan lain-lain. Penghijrahan pertama umat Islam generasi awal dari Makkah ke Habsyah jelas membuktikan kemajuan bangsa Arab. Keadaan ini membuktikan bahawa delegasi dagangan penduduk kota Makkah pernah menyeberangi Selat Bab al-Mundab dan menyusuri Laut Merah dan pantai Afrika. Tidak diragui lagi bahawa perjalanan, perpindahan dan delegasi perdagangan yang dilakukan penduduk Arab Hijaz secara umum dan penduduk Makkah secara khusus ke pelbagai benua telah memberi peluang kepada mereka berinteraksi dengan dunia luar yang mempunyai ketamadunan tinggi. Perhubungan ini sudah pasti memainkan peranan dalam pemindahan pelbagai kemahiran ekonomi. Selain itu, mereka meraih keuntungan besar dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan. Kejayaan ini mewujudkan kehidupan lebih mewah dan selesa khasnya kepada penduduk Arab Makkah.Terbukti bahawa kewujudan bangsa Arab di tengah-tengah pusat perdagangan timur dan barat, utara dan selatan membolehkan mereka mencipta ketamadunan tersendiri kesan interaksi kepada semua ilmu pengetahuan yang dimiliki bangsa-bangsa lain melalui aktiviti perdagangan.
3 4.Pencapaian dalam bidang perusahaan Pencapaian atau kemajuan masyarakat jahiliah yang lain adalah dalam menjalankan kegiatan perusahaan sendiri seperti menenun, membuat senjata seperti pedang dan panah, mengukir pelbagai patung berhala dan menjalankan kegiatan penternakan (golongan Badwi yang mendiami kawasan Utara Arab). Dalam al-Quran banyak dinyatakan tentang perusahaan-perusahaan dan perkakas-perkakas perhiasan mewah yang biasa dipakai bangsa Arab. Mereka berjaya mencari kemajuan tinggi dalam bidang ini, setaraf dengan pencapaian bangsa-bangsa yang telah maju pada waktu itu, malah sebahagian mereka berjaya menyaingi bangsa-bangsa yang maju itu dalam pelbagai bidang perusahaan. Ayat-ayat al-Quran ada menyebut tentang tempat-tempat tinggal, rumah, bilik-bilik, pintu, atap dan tangga-tangga. Ia menyebut tentang pelbagai jenis bulu haiwan yang digunakan untuk membuat alat perhiasan dan pakaian, gelang-gelang tangan yang dibuat dari emas, katil-katil mewah, pelbagai jenis bekas seperti periuk, pinggan, misykah dan kaca. Al-Quran menyebut sekumpulan bahan perhiasan yang dikeluarkan dari lautan atau digali dari perut bumi yang menjadi perusahaan tangan, pelbagai jenis alat sukatan, timbangan dan sebagainya. Kesemua ini membuktikan wujudnya golongan pengusaha Arab jahiliah yang memiliki pelbagai kemahiran. Jelas bahawa kehidupan bangsa Arab jahiliah terlibat dengan pelbagai aktiviti termasuk perusahaan. Aktiviti ini menjadi sumber penghidupan dan memberi nilai tambah ke arah perkembangan tamadun bangsa Arab itu sendiri. 5.Pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan Al-Quran pernah membicarakan tentang sejumlah ilmu pengetahuan yang wujud di zaman Arab jahiliah. Antaranya pengetahuan sejarah yang tergambar dalam bentuk kisah-kisah tentang bangsa-bangsa terdahulu yang menetap di Semenanjung Tanah Arab dan diluarnya. Wujud pengetahuan ilmu geografi bangsa Arab jahiliah seperti dirakam oleh al-Quran, contohnya ilmu lautan, perjalanan di lautan, keadaan angin yang baik, angin badai/ribut, dan bintang-bintang yang dijadikan petunjuk ketika menempuh kegelapan daratan dan lautan. Pengetahuan tentang bidang perubatan dikuasai bangsa Arab jahiliah. Sebahagian mereka mahir dalam mengenalpasti penyakit dan cara pengubatannya. Mereka mahir dalam mengenalpasti ubat-ubatan dan cara penggunaanya melalui pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara-negara jiran yang sering mereka berulang alik. Antara tokoh perubatan terkenal ialah al-Harith bin Kaldah al-Thaqafi, al-Nadar bin al-Harith dan Zuhair bin Khabbab dan sebagainya. 6.Pencapaian dalam bidang seni bina Masyarakat Arab jahiliah mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang seni bina. Orang-orang Arab Saba’ di Yaman misalnya telah berjaya membina empangan Maarib (Sad Ma’arib) dan sebuah tempat menyimpan air berdekatan dengannya. Empangan ini bukan sahaja berkemampuan mencegah kejadian banjir, malah dapat mengairi kawasan-kawasan ladang sehingga ia menjadi sebuah kawasan pertanian subur dan menyumbangkan kemewahan dan kesenangan kepada penduduk Saba’. Mereka berjaya membina rumah penyembahan, kubu-kubu peperangan dan istana-istana, terutamanya peninggalan pemerintah kerajaan Saba’ dan Himyar. Ini membuktikan bangsa Arab jahiliah pernah mencapai tahap ketamadunan tinggi sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
4 7.Pencapaian dalam bidang kesusasteraan Kemajuan atau pencapaian dalam bidang kebudayaan dapat ditinjau dari aspek kemajuan bahasa dan sastera yang dihasilkan. Terdapat ramai penyair jahiliah lelaki dan perempuan yang masih terkenal namanya sehingga kini, antaranya ‘Imru al-Qays, Tarafah, Antarah, Zuhayr, Nabighah, Labid, Salma binti Naufal al-Kinani dan lain-lain. Para penyair ini berjaya mencapai taraf sastera yang tinggi. Sebahagian idea-idea yang dibawa mereka dianggap telah membawa perutusan yang berunsur falsafah bermutu. Syair telah menjadi sebahagian dari elemen kehidupan masyarakat Arab. Pertandingan syair sering dianjurkan dan para penyair terkemuka akan mengambil bahagian dalam temasya syair tahunan (Kongres Kesusasteraan) di Pasar Ukaz. Perayaan tahunan ini diadakan pada bulan-bulan suci yang diharamkan pertumpahan darah, peperangan dan rompakan. Penyair yang berjaya akan mendapat penghormatan besar dan karya mereka ditulis dengan tinta emas dan digantung di Kaabah. Karya syair ini dikenali sebagai Mu’allaqat al-Sab’ (Antologi Tujuh Puisi). Kewujudan ahli-ahli hikmah (para penyair) membuktikan kecemerlangan mental dan kematangan pemikiran bangsa Arab jahiliah dalam urusan duniawi mereka. KESIMPULAN Masyarakat Arab jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang kehidupan, antaranya pentadbiran, pertanian, perdagangan dan seni bina. Sebahagian daripada tinggalan tamadun mereka masih mengagumkan kita hingga ke kini. Pencapaian ketamadunan berkenaan menafikan pelbagai tuduhan negatif sejarawan Barat terhadap bangsa Arab jahiliah.
5 SOALAN 2 : Sejauh manakah faktor luaran memainkan peranan penting dalam perkembangan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20? Pengenalan Konsep nasionalisme – perasaan cinta kepada bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air dari pada cengkaman penjajah. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, kuasa imperialisis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah menjajah negara tersebut selama 7 tahun. Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh. Faktor Luaran A.Pengaruh Luar. Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat. Shakib Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, Iaitu pada tahun 1916. Faktor Dalaman 1.Pengaruh Agama Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin. Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah. 2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan. Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh golongan minoriti masing-masing agar diiktiraf seperti bangsa Kurdi yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang didiami oleh puak Kurdi.
6 Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki. 3.Pengaruh Kewartawanan. Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan Tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh dalam al-Urwa al-Wuthqa. Fokusnya ke arah usaha pembaharuan dan dakwah Islamiah. Akhbar lain membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, Al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran aqidah dan hukum, membincangkan faham modenisme, sekularisme, nasinalisme dan melopori bidang dialog dan pertukaran idea antara budaya dan meropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor iaitu, Rasyid Rida sendiri. Bermula pada tahun kedua, majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Maghribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu. 4.Peranan Pendidikan. Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu bahasa Arab. Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab yang merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan di Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perebutan golongan terpelajar tempatan. 5.Peranan Golongan Intelektual Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan masyarakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu. 6.Pengaruh Luar. Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.
7 Shakib Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, Iaitu pada tahun 1916. Kesimpulan Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke 20 Masihi Gerakan gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua negara dan bangsa Arab
8 SOALAN 3 :Bincangkan peranan masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi dan sosial di Mekah. A Pendahuluan: Perkataan Quraisy berasal daripada perkataan “taqarrasya” yang membawa maksud penyatuan. Penyatuan kaum Quraisy yang berlaku di Makkah disebabkan oleh kejayaan Qusai bin Kilab. Diasaskan oleh Qusai bin Kilab yang merupakan datuk keempat Nabi Muhammad Kota Mekah dahulunya dikuasai oleh Kaum Khuzzah sebelum Qusai bin Kilab dan tenteranya menawan kota Mekah pada tahun 440 Masihi. Masyarakat Quraisy terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan Al-bitah yang merupakan golongan Hadhari - menetap di tengah-tengah Kota Makkah Golongan kedua ialah golongan Al-zawahir yang mendiami luar kota Makkah.Masyarakat ini terkenal sebagai kumpulan pedagang yang disegani dan menguasai ekonomi Tanah Arab B Isi-isi utama: Peranan dalam bidang ekonomi: Setelah berjaya menguasai kota Makkah, masyarakat Arab Quraisy mengambil pelbagai langkah untuk mengekalkan keamanan kota ini - bertujuan menjadikannya sebagai pusat tumpuan kegiatan ekonomi dan keagamaan utama penduduk Arab di Semenanjung Tanah Arab – menubuhkan pasukan pengawal keamanan dan menyediakan makanan percuma untuk para pengunjung kota Makkah yang kurang mampu. Bagi mempergiatkan kegiatan ekonomi di kota Makkah, masyarakat Arab Quraisy turut mengadakan beberapa galakan dan menyediakan hadiah untuk pengunjung setiap tahun– antaranya pertandingan syair dan sebagainya Pasar Ukaz merupakan pusat perdagangan yang dikendalikan oleh kabilah Arab Quraisy– pasar ini telah berkembang dengan pesat kesan daripada galakan berkenaan – hasilnya, kota Makkah telah berjaya meningkatkan kegiatan perdagangannya sehingga 50,000 dinar setahun – lebih daripada 1,000 ekor unta dari kawasan Ghazzah membawa perdagangan ke kota Makkah setiap tahun Masyarakat Arab Quraisy adalah pedagang yang handal – Al-Quran sendiri menceritakan tentang kisah perdagangan bermusim mereka yang menuju ke utara pada musim panas dan ke selatan pada musim sejuk – sangat berpengaruh sehingga mana-mana pedagang lain yang bernaung di bawah keluarga pemerintah Arab Quraisy tidak akan diganggu oleh sesiapa pun. Bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar, perjanjian perdagangan dengan pemerintah-pemerintah wilayah jiran kota Makkah telah ditemeterai – contohnya, Bani Hashim membuat perjanjian dengan Maharaja Byzantine dan Ghassan – mereka dapat memasuki Syria untuk berdagang dengan aman tanpa gangguan. Peranan dalam bidang sosial: Dari segi norma sosial, kabilah Arab Quraisy merupakan masyarakat yang mengutamakan aspek material – kedudukan harta menjadi faktor penentu status dalam masyarakat – Contohnya, Abu Sufyan berjaya menjadi pemimpin Quraisy dan individu berpengaruh di kota Makkah bukan berdasarkan kebolehannya semata-mata, bahkan kerana asset kekayaannya. Selain harta, kebolehan dan bakat juga menjadi penentu taraf sosial seseorang – Abu Talib menjadi pemimpin Quraisy yang berpengaruh kerana kebolehannya menguasai ilmu-ilmu kehidupan – masyarakat Quraisy amat menghormati orang-orang tua yang banyak pengalaman hidup, khasnya dalam ilmu-ilmu nasab (keturunan), ilmu mengesan jejak, ilmu
9 peperangan, ilmu sihir dan sebagainya – kebolehan sedemikian merupakan satu kriteria yang digunakan apabila melantik seseorang pemimpin atau untuk menjadi anggota Majlis Kabilah – sikap ini wujud kerana dorongan sikap assabiyah. Sebahagian masyarakat Arab Quraisy menganggap status wanita sebagai golongan yang rendah dan lemah – amalan seperti membunuh anak-anak perempuan tidaklah dianggap sebagai suatu tindakan tidak berperikemanusiaan. Nilai-nilai sosial bersifat negatif yang menjadi pegangan ialah merompak dan membunuh – perbuatan tersebut dianggap sebagai tindakan mulia kerana ia menjadi ukuran terhadap keberanian seseorang dalam masyarakatnya. Perhambaan merupakan satu institusi sosial utama yang mempunyai hubungan rapat dengan status ekonomi seseorang. C Kesimpulan: Keadaan ekonomi dan sosial inilah yang menjadi salah satu punca dan halangan utama bagi Nabi Muhammad SAW menyebarkan risalah Islam kepada kaum Arab Quraisy –ajaran berkenaan bukan sahaja menjejaskan sistem dan norma-norma sosial yang dianuti turun temurun bahkan akan menjejaskan juga kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.
10 SOALAN 4 : Huraikan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Abad Ke- 16 hingga Ke-17 Masihi. A Pendahuluan Pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan keilmuan di Acheh yang melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam Asia Tenggara dan pelbagai institusi pendidikan bercambah di Acheh. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian Agama Islam yang utama di Nusantara. Institusi pendidikan islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun & terancang. Pendidikan asas bermula di madrasah @ meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi fiqah,usuluddin, dan tasawwuf. B Isi Penting Institusi pendidikan Islam di Acheh ialah 1. Madrasah atau meunasah Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung. Para pelajar diajar membaca Al-Quran, membaca & menulis huruf Arab ,dan belajar perkara asas dalam islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman,Rukun Islam, fiqah, ibadat ,dan akhlak. Para pelajar dilatih bernasyid , berzikir, berselawat pada setiap malam jumaat. Kanak-kanak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang di tulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti kitab perukunan dan risalah masail al-muhtadin. Sejarah islam diajar dengan cara bercerita. 2. Masjid Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat islam. Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama. Pelajar diajar bahasa Arab, fiqah, tauhid, tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir al-Quran secara asas untuk disambung pada institusi seterusnya. Beberapa masjid di naik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid Baiturrahman. 3. Rangkang Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut pondok, pasantren, atau madrasah. Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama . Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki oleh guru yang mengajar. Pelajar yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir. Ada antara pelajar yang melanjutkan pelajaran ke makkah , India , dan Mesir. Rangkang yang terkenal ialah terletak di Banda Acheh Barussalam. Banyak ulama terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah. Mata pelajaran yang di ajar ialah fiqah ,ibadat ,tauhid, tasawwuf, sejarah islam, dan bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku yang di tulis dalam Bahasa Melayu selain daripada buku bahasa Arab. Ilmu umum turut diajar seperti geografi, sejarah, dan matematik.
11 4.Dayah Di Acheh, Dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah Aliyah. Hampir setiap daerah Nanggore (negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakkan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama, iaitu aula yang di gunakan sebagai tempat belajar sembahyang. Pusat pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan islam tinggi yang pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama yang menjadi pendakwah islam di nusantara. Kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab . Dua jenis dayah,iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan, dan sebagainya menurut syariat Islam. Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala dan Dayah Teungku Chik. Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, fiqah, jinayat(hukum pidana ) , fiqah munakahat( hukum perkhawinan ) ,fiqah duali( hukum tatanegara) , sejarah islam, sejarah negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat, tasawwuf, akhlak,ilmu falak, tafsir, hadis, dan sebagainya. Menurut Beaulieu (pengembara perancis ) yang mengunjungi Acheh pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran islam yangberkembang sejak sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu. 5. Jamiah/universiti baiturrahman Masjid baiturrahman dinaik taraf menjadi jamiah / universiti baiturrahman. Sultan Iskandar Muda Makhota mendirikan Masjid Baiturrahman yang digunakan khas untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Terdapat 17 dar ( fakulti ) seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis, fakulti ilmu kedoktoran, fakulti ilmu kimia, fakulti pertanian,fakulti peperangan,dan lain-lain. Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India, dan lain-lain. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607-1636), terdapat 44 orang guru besar di Jamiah Baiturrahman. C Kesimpulan Kewujudan institusi pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual islam seperti Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Abdul Ra’uf Singkel, Hamzah Fansuri, dan lain-lain Kesannya telah membantu perkembangan agama Islam di nusantara .
12 SOALAN 5. Huraikan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke 20. A. Pendahuluan Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah. Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun. Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh. B. Isi Pengaruh Agama Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin. Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang penjajah. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Antara kesan ketara dasar berkenaan termasuklah perjuangan bahasa sukuan oleh golongan minoriti. Bangsa Kurdi, menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang didiami oleh puak Kardish. Di Alexandretta, perkara yang sama turut berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa Turki diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki. Pengaruh Kewartawanan Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. Majalah ini mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dalam al-‘Urwa al-Wuthqa. Fokusnya ke arah pembaharuan dan dakwah Islamiah.
13 Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu. Al-Manar mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar-dasar Pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya dan meneropong pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya serta menangani isu-isu sosial dan peradaban. Al-Manar pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir, di samping artikel utama yangditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid Rida sendiri. Peranan Pendidikan Sebuah akademi telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpul ahli linguistik dari seluruh pelusuk Tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara iaitu bahasa Arab. Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah negara Arab merdeka di Syria termasuklah Abu Khaldun Sati al-Husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan Turki Uthmaniyah. Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan. Peranan Golongan Intelektual Rasyid Rida merupakan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu, dibandingkan dengan masyarakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada prinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden. Penulisan beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan Islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke Mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu. Pengaruh Luar Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat. Shakib Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahu penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1916.
14 C. Kesimpulan Beberapa faktor tersebut telah menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme masyarakat tempatan di Syria pada abad ke-20. Penindasan dilakukan oleh penjajah ke atas masyarakat tempatan di Syria telah menyedarkan golongan nasionalis untuk bangkit menentang ketidakadilan penjajah Perancis. SOALAN 6: Bincangkan bentuk-bentuk imperialisme Barat terhadap wilayah Turki Uthmaniyah sehingga awal abad ke 20. A Pendahuluan Imperialisme merupakan satu dasar yang berhubung dengan penubuhan dan pemeliharaan sebuah empayar melalui jalan penaklukan, penempatan, penguasaan ekonomi atau politik. Imperialisme juga boleh dikaitkan dengan proses peluasan kuasaoleh sebuah negara ke atas negara-negara lain melalui cara politik, militer atau ekonomi. Pada abad ke-19 M, empayar Turki Uthmaniyah mula mengalami kemerosotan apabila menghadapi tekanan dan percaturan kuasa-kuasa Barat. Akhir abad ke-20 M, seluruh dunia Islam berada dalam cengkaman imperialisme Barat termasuk kerajaan Turki Uthmaniyah. British dan Perancis merupakan dua buah kuasa imperialisme utama pada zaman moden hingga pertengahan abad ke-20 M. Kuasa-kuasa imperialisme Barat menggunakan pendekatan berbeza untuk menguasai wilayah Turki Uthmaniyah demi meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia. B Isi-isi utama 1 Penguasaan Secara langsung Penguasaan secara langsung ke atas wilayah Turki Uthmaniyah dilakukan oleh Perancis di Algeria (1830), Itali di Libya (1911), British di Mesir (1882) dan Rusia ke atas wilayah-wilayah Asia Tengah. Setelah menguasai kawasan yang diidamkan, penjajah meletakkan seluruh kawasan itu di bawah pemerintahan mereka sendiri. Contohnya semenjak tahun 1882 hingga 1918, British mempunyai pengaruh besar di Mesir. Wakil British, Sir Lord Cromer sangat berkuasa dalam pentadbiran Mesir. Kawasan jajahan itu juga dibuka seluas-luasnya kepada rakyat Eropah sendiri. Mereka digalakkan berpindah secara besar-besaran dan menduduki kawasan kolonial tanpa sebarang sekatan seperti mana yang berlaku di Algeria. Oleh sebab Perancis ingin menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya, beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol dan Malta telah berpindah ke bumi Algeria untuk membuka kebun dan tanah pertanian. Mereka juga menduduki hampir semua kota-kota Algeria. Pada waktu yang sama, rakyat pribumi tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil bahagian dalam bidang pentadbiran dan kebanyakan hak asasi mereka dinafikan seperti hak untuk mengundi. 2 Penguasaan Secara Tidak Langsung Penguasaan dilakukan oleh pihak penjajah secara lebih flexible iaitu mereka menjalankan sistem naungan (Protectorate Treaty). Pihak British lebih menyukai pendekatan ini. Biasanya dari segi amalan, rakyat British hanya dihantar ke tanah-tanah jajahan sebagai para pentadbir dan tentera. Mereka tidak digalakkan untuk mengusahakan sebarang penerokaan tanah atau mendirikan perkampungan kulit putih secara besar-besaran di wilayah tersebut.
15 Di samping itu, struktur-struktur politik tempatan yang sedia ada di kawasan berkenaan terus dikekalkan, namun semuanya diletakkan di bawah penguasaan para pegawai British. Penguasaan secara tidak langsung telah dilaksanakan oleh pihak British di Mesir (1840) dan Perancis semasa menguasai Tunisia (1881) dan Morocco. British turut menukar polisi perjanjian persahabatan dengan kabilah Arab di sekitar Aden kepada dasar perlindungan apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menduduki semula Sana’a pada tahun 1872. 3 Perjanjian Persahabatan Penjajahan juga boleh berlaku melalui perjanjian yang disebutkan selama ini sebagai perjanjian persahabatan. Pendekatan ini biasanya dipraktikkan oleh British dalam hubungan mereka dengan wilayah-wilayah di kawasan Teluk Parsi dan Arab Selatan. Contohnya, sekitar tahun 1839 hingga 1880-an, British telah menduduki Aden, Yaman. Ketika tempoh ini, British mengamalkan dasar berkecuali atau pun tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri di sekitar Aden. Oleh itu, perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara British dengan kabilah-kabilah Arab seperti al-‘Adali, al-‘Aqrabi, al- Awali dan lain-lain untuk tujuan keselamatan dan kepentingan perdagangan British. Aden merupakan tempat pelabuhan kapal-kapal British untuk ke India dan Asia. Pengawalan ke atas setiap daerah ini dilaksanakan melalui seorang pegawai yang bergelar residen atau penasihat dan para pembantunya yang dipinjamkan kepada para pemimpin tempatan atas dasar kononnya untuk menasihatkan mereka dalam hal ehwal pentadbiran. Tetapi anehnya, segala nasihat para penasihat itu mestilah dipatuhi. Keadaan ini juga bermakna bahawa ketetapan yang dibuat oleh para penasihat itu selalunya menentukan corak atau arah dasar yang perlu diamalkan oleh pemimpin tempatan. 4 Sistem mandat Sistem mandat telah dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat melalui persetujuan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Liga Bangsa (League of Nation). Pendekatan ini pernah dipraktikkan di kawasan-kawasan yang dipanggil Bulan Sabit Subur selepas Perang Dunia Pertama. Contohnya, pihak Liga Bangsa telah memberi kuasa kepada British untuk mengendalikan mandat ke atas Palestin, Transjor dan dan Iraq manakala Perancis pula dibenarkan untuk menguasai Syria dan Lubnan. Secara prinsipnya segala kawasan yang dikenakan mandat itu dikira sebagai tidak berupaya untuk melaksanakan pentadbiran sendiri. Dengan itu, tugas bagi pihak yang memegang mandat itu adalah untuk menolong setiap kawasan yang dikelolakannya supaya dapat ditegakkan kerajaan berautonomi sebagai satu langkah yang akan membawa kepada penubuhan kerajaan sendiri. Melalui sistem ini, golongan pribumi diberi sedikit kebebasan untuk menyertai institusi pentadbiran yang dikelolakan oleh pihak penjajah. Pada waktu yang sama, seperti dalam sistem penguasaan yang lain, rakyat tempatan telah didedahkan dengansistem pemikiran dan pendidikan Barat hinggakan secara beransur-ansur sebahagian daripada mereka itu mulai terpisah daripada nilai keislaman dan menjadi pemuja idea-idea Barat. Dalam apa jua situasinya, sistem pecah dan perintah dilaksanakan dengan begitu licik untuk memastikan agar umat Islam terus menjadi lemah dan bergantung kepada penjajahan Barat. Kuasa-kuasa imperialisme membawa idea modenisasi dan kemajuan demi mencapai cita-cita mereka.
16 5 Kerajaan Boneka Amerika Syarikat dan komunis Rusia telah mengamalkan dasar campur tangan dan penegakan kerajaan-kerajaan boneka sebagai satu cara untuk melaksanakan misi penjajahan. Biasanya, kedua-dua kuasa ini akan menggunakan kekuatan ekonomi, ketenteraan, politik dan pengaruh kebudayaan mereka untuk menegakkan pemimpin boneka yang sanggup tunduk kepada kemahuan mereka. Sejajar dengan itu, kepentingan dan perasaan rakyat jelata telah tidak dipedulikan langsung. Contoh jelas tentang hal ini telah berlaku di Iran, ketika terdapatnya campur tangan dari Rusia mahupun Amerika Syarikat dan hingga kini terus berlaku secara halus di Mesir, Turki, Arab Saudi dan negara Islam yang lain. Inilah sebenarnya yang dipanggil neo-kolonialisme, iaitu penjajahan bentuk baharu. Telah diketahui umum bahawa pihak Rusia sejak zaman pemerintahan Tsar lagi telah menguasai politik dan hal ehwal umat Islam, khususnya di wilayah Asia Tengah. Dasar ini kemudiannya telah disambung oleh pihak komunis Rusia kononnya atas alasan untuk membebaskan dunia Islam khasnya daripada penjajahan dan kezaliman kapitalis Barat. C Kesimpulan Kuasa-kuasa Barat sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menguasai dunia Islam. Persaingan dan ancaman imperialisme Barat terhadap negara Islam membawa kepada penyerapan idea-idea modenisasi dan sekularisasi sehingga menggugat pemikiran umat Islam.