The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbasmks, 2023-08-01 21:35:29

Modul 1

Modul 1

1 Soalan 1: Huraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Bani Abbasiyah pada abad ke 11 Masihi hingga 12 Masihi Pendahuluan 1. Khalifah Abbasiyah merupakan zaman keemasan pencapaian ekonomi dalam sejarah kekhalifahan Islam, khasnya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid. 2. Kemampuan Baghdad muncul sebagai pusat ekonomi antara bangsa telah memberi imej baharu kepada keagungan Islam itu sendiri. Para pedagang yang berurusan di Baghdad mula melihat Islam dengan cara positif dan menganggapnya sebagai agama progresif. 3. Terdapat beberapa sektor utama ekonomi yang menjadi tunggak kekayaan kerajaanAbbasiyah iaitu perdagangan, pertanian, perindustrian dan perlombongan. Perkembangan pesat dalam semua sektor ekonomi berlaku di seluruh kota besar empayar Islarn termasuk Baghdad, Basrah, Kaherah, Alexandria dan lain-lain. 4. Kejayaan Baghdad sebagai tumpuan pusat ekonomi dunia ada kaitan dengan kedudukan Khalifah Abbasiyah sebagai kuasa utama dunia pada waktu itu. Kestabilan politik dan keamanan menjadi asas kepada perkembangan ekonomi. Kecekapan pentadbiran, keberkesanan undang-undang dan ketinggian akhlak masyarakat turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Khalifah Abbasiyah. Isi-isi utama 1. Sektor perdagangan Kota Baghdad merupakan kota perdagangan utama dunia pada zamannya , Sungai Tigris dan Furat menjadi pelabuhan transit bagi kapal-kapal dagang seluruh dunia. Bagi menghindari rasuah dan penyelewengan, Khalifah Harun al Rasyid membentuk satu badan khusus yang bertugas mengawasi pasaran dagang, mengatur unit ukuran dan timbangan standard serta menentukan harga pasaran. Kegiatan import dan eksport antara pedagang Islam dan China berkembang melalui jalan darat membawa kepada wujudnya ‘jalan sutera’ . Peningkatan sektor perdagangan termasuk import dan eksport berlaku apabila kerajaan Abbasiyah berjaya membuka beberapa buah pelabuhan dan perbandaran baharu seperti Siraf dan Samara. Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat ke seluruh negara dan menjadi sumber pendapatan utama Khalitah Abbasiyah. 2. Sektor pertanian Pertanian merupakan bidang ekonomi yang diceburi majoriti rakyat kelas pertengahan. Sektor ini mendapat pengawasan khas kerajaan terutama dalam penyediaan kemudahan termasuk


2 teknologi dan sistem pengairan. Beberapa kawasan pertanian berpotensi tinggi (al-sawad) diletakkan di bawah pengawasan kerajaan pusat. Antaranya, lembah Sungai Tigris (Dajlah), Euphrates (Furat), Nil dan Eden. Hasil zakat dan cukai (al-kharaj) yang dipungut di kawasan ini merupakan sumbangan terbesar kepada perbendaharaan negara. Kerajaan menyediakan sebanyak mungkin tali air baharu di kawasan pertanian seluruh negara. Di antara sungai utama di Iraq yang digali bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian ialah Sungai Isa yang bersambung di antara Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Sasar dan Sungai al-Malik. Penggalian sungai- sungai ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada penduduk tempatan mendapatkan ikan air tawar dan menambahkan pendapatan. Usaha kerajaan Abbasiyah menghijau dan memakmurkan negara dengan sektor pertanian mendatangkan hasil lumayan. Antara tanaman penting ialah gandum, padi, barli, tamar, bijan dan kapas. Di kawasan rendah, pelbagai jenis pokok buahan dan sayuran ditanam. Di kawasan cuaca panas dan sejuk ditanam dengan pelbagai tanaman seperti oren, tebu dan bunga-bungaan. Semua hasil pertanian telah memberi pulangan besar kepada kerajaan. Cukai kharaj yang dipungut oleh Khalifah al-Makmun di wilayah Iraq berjumlah 27,800,000 dirham manakala di wilayah Khurasan sebanyak 28,000,000 dirham. Di kawasan wadi al-Sughd (lembah Sogdiana) terdapat ladang-ladang buahan dan bungaan yang ditanam secara komersial. Antara buahan ditanam termasuk tamar, epal, aprikot, oren, limau, anggur, zaitun, badam, delima dan sayuran seperti kubis, sawi dan mentimun. Di wilayah Parsi, khususnya Ahwaz dan Faris terdapat ladang tebu luas dan lengkap dengan kilang memproses gula untuk dieksport ke Eropah. Teknologi ini kemudian berkembang ke seluruh empayar Islam dan akhimya dibawa oleh masyarakat Islam Andalusia ke benua Eropah. Kkhalifah Abbasiyah menggalakkan penanaman bunga secara komersial untuk pembuatan minyak wangi dan alat-alat perhiasan (make-up) bagi pasaran Eropah dan China. Wilayah terlibat dengan projek ini adalah Shiraz, Faris dan Damsyiq di mana pelbagai jenis bunga seperti mawar, terai air, violets dan oren ditanam secara besaran. Kerajaan melayani golongan ahli zimmi dan mawali dengan seadilnya termasuk menjamin hak milik dan jiwa sehingga mereka kembali melakukan aktiviti pertanian di seluruh penjuru negeri. Tindakan tegas turut dikenakan terhadap pegawai kerajaan yang bertindak zalim terhadap petani. Kerajaan membangunkan prasarana dan sistem perhubungan ke kawasan-kawasan pertanian samada jalan air atau darat. 3. Sektor perindustrian Khalifah Abbasiyah terlibat dalam pelbagai kegiatan industri khususnya barangan mewah termasuk gelas, tekstil dan seramik. Di Baghdad wujud pasar-pasar khusus untuk memasarkan produk industri seperti pasar besi, pasar kayu jati, pasar seramik, pasar tekstil dan sebagainya. Khalifah Abbasiyah memberi insentif serta galakan kepada golongan usahawan tempatan agar melibatkan diri dalam perindustrian bagi mengawal keseimbangan pemiagaan dan pengaliran keluar masuk kewangan. Akhimya sektor industri menjadi suatu dimensi bahan dalam sektor ekonomi negara, malah menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada perbendaharaan negara. Di Iraq, muncul industri pembuatan pakaian siap berkualiti tinggi diperbuat daripada sutera. Kebanyakan produk berkenaan dieksport ke seluruh dunia dan amat popular di Eropah temtama di Perancis dan Itali. Di Parsi, kebanyakan industri tertumpu kepada pembuatan karpet dan tekstil dalam pelbagai kualiti. Wilayah-wilayah di bahagian barat Asia terkenal dengan pengeluaran permaidani, sutera, kapas, benang bulu kambing, kain satin, sofa, kain alas sofa dan semua jenis alat kelengkapan mmah. Kain-kain yang diperbuat daripada bulu (wollen) keluaran kilang di Shiraz amat digemari oleh kaum wanita Eropah kerana kualitinya. Wilayah Transoxiana menumpukan kepada industri barangan besi dan tembaga sperti pedang, tombok , lampu tembaga dan barang-barang pewter . Syria dan Mesir terkenal dengan


3 pengeluaran barang-barang kaca , mozek dan cermin dalm pelbagai warna untuk kegunaan dekorasi masjid , gereja dan istana . Industri baharu diterokai usahawan Islam adalah pembuatan kertas . Teknologi dari China ini telah diperolehi umat Islam berikutan penaklukan wilayah Samarqand pada tahun 704M yang masyhur dengan pngeluaran kertasnya . Industri kertas ini kemudian berkembang ke seluruh kota Islam zaman Khalifah Abbasiyah . 4. Sektor perlombongan Sektor perlombongan berkembang pada zaman Khalifah Abbasiyah . Aktiviti melombong emas dan perak terdapat di wilayah Khurasan yang merupakan pengeluar batu marmar dan batu merkuri terbesar . Perlombongan batu delima , lazawarda ( lapir lazuli ) dan batu azura terdapat di wilayah Tranoxiana . Di wilayah Kirman , perlombongan tertumpu kepada industri bijih timah dan perak . Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain terkenal dengan pengeluaran batu mutiara . Naisabur dngan batu pirus ( turquoise ) dan perlombongan besi terdapat di pergunungan Lebanon . Perusahaan minyak tar banyak dilakukan di wilayah Gorgia dan Farghana . Perkembangan industri perlombongan bukan sahaja berhasil menyumbang sejumlah besar pendapatan negara , bahkan memberi kesan mendalam kepada gaya hidup rakyat , khasnya golongan elit . Mereka mula meminati perhiasan batu-batu permata . Gaya hidup mempamerkan kekayaan melalui pakaian dan perhiasan merupakan fenomena baharu dalam sejarah Islam . Kewujudan fenomena ini membuktikan kemakmuran negara berikutan perkembangan pelbagai kegiatan ekomoni. 5. Perkhidmatan ekonomi Wujud kemudahan sistem perbankan, pertukaranmata wang,surat kredit,sistem cukai, institusi pinjaman, sewa dan gadai. Sistem kewangan moden menyumbang kepada perkembangan kegiatan ekonomi Khalifah Abbasiyah. Kesimpulan Perkembangan dan kemakmuran ekonomi Khalifah Abbasiyah dalam sektor perdagangan, pertanian, perindustrian dan perlombongan membuktikan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan Kebebasan dan galakan khalifah kepada rakyat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi negara telah menampakkan kejayaan di mana semua lapisan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi melimpah ruah. Pendapatan negara meningkat berkali ganda dan ini memberi peluang kepada kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana rakyat . Perkembangan ekonomi pada zaman Khalifah Abbasiyah didorong oleh faktor dalaman seperti peranan khalifah dan dasar-dasar ekonomi mesra rakyat. Kesan kemajuan ekonomi mempengaruhi kemajuan bidang lain terutama pendidikan dan intelektual.


4 Soa l an 2:Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad ke-11 hingga 13Masihi. Pendahuluan Ilmu aqli adalah ilmu bersumberkan akal dan dibahagikan kepada ilmu sains tahii, sains sosial dam sains kemanusiaan. Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah. Galakan pemerintah dan minar terhadap bidang intelektual menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam bidang ilmu aqli di Andalusia pada abad ke-11 hingga 13 Masihi. Pada era pentadbiran Khalifah Umayyah di Andalusia, wujudnya kegiatan penulisan ilmiah di kalangan sarjana Islam dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Ini termasuk kegiatan terjemahan falsafah dan sains dari Greek ke dalam bahasa Arab. Isi-isi utama 1. Ilmu falsafah Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia Ketika masyarakat Eropah berada dalam Zaman Gelap. Karya-karya ilimiah dan falsafah didatangkan dari Timur dalam jumlah yang besar sehingga Cordova mempunyai perpustakaan dan universiti yang dapat menyaingi kemegahan Baghdad sebagai pusat ilmu. Tokoh falsafah terkemuka Andalusia ialah Said Ibn Fattuh dengan karyanya Shajarat al-Hikmah (Pohon Ilmu ) yang berkisar tentang pengenalan ilmu falsafah manakala Ibn Hazm (994-1064M) melalui Kitab al-Taqrib li Hadd al-Mantiq wa al-Madkhal Hayh. Ibn Tumlus (1164-1223M) telah menulis Kitab al Madkhal li Sina ‘at-Mantiq (Pengenalan Terhadap Logik) di mana kitab ini memberi satu pengenalan Panjang lebar mengenai bidang falsafah dan kepentingannya di Andalusia. Abad ke-12M menyaksikan zaman keagungan ilmu falsafah di Andalusia. Ibn Bajjah atau Avempace (1095-1138M) terkenal dengan karya falsafahnya, Tadbir al-Mutawahhid. Beliau menulis huraian tentang logik, metafizik dan mengulas karyaAristotle. Ibn Tufail (1105-1185M), ahli falsafah masyhur di Granada menghasilkan karya Hayy IbnYazqan yang menjelaskan evolusi manusia dari saat seorang itu dilahirkan sehingga mencapai usia dewasa. Dalam karyanya, beliau memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman menerusi kaedah penceritaa. Karyanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Belanda, Inggeris, Jerman dan Perancis Ibn Rushd atau Averros (1105-1185M) merupakan ahli falsafah terkenal dari Cordova dan disanjung tinggi kerana usahanya mengharmonikan antara falsafah dan agama .Beliau menafsir dan memperkenalkan hasil karya Aristotle kepada dunia Barat. Karya falsafah beliau, Thafut al-Tahafut masih telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali sebagai Averoisme.


5 2. Ilmu perubatan Ibn Zuhr (1094-1162M) merupakan ahli perubatan, pakar klinikal dan parasitologi paling terkenal pada zaman pertengahan. Beliau menekankan aspek pemerhatian dan uji kaji. Beliau doktor pertama yang menguji ubat-ubatan ke atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia.Dianggap parasitologi pertama kerana menerangkan tentang kudis dan hama gatal dengan mendalam. Beliau juga dokotr pertama memberi penerangan penuh mengenai pembedahan trakeostomi dan mengkritikkan pemberian makanan secara terus melalui tekak dalam kes-kes tertentu apabila pemberian makanan secara biasa tidak dapat dilakukan. Sebagai pakar klinikal, beliau menyediakan penerangan klinkal mengenai phthisis usus dan radang di bahagian tengah telinga. Beliau dianggap doktor muslim pertama berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut dan rawatan penyakit punggung. Ibn Zuhr menghasilkan banyak karya perubatan termasuk Kitab al-Taysir fi al-Madawar wa al- Tadbir dan Kitab al-Aghaziyah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa latin dan Hebrew. Pengaruh Ibn Zuhr ke atas kemajuan sains perubatan kekal untuk berabad lamanya di seluruhdunia. Terdapat tokoh perubatan lain seperti Ahmad Ibn Ibas , pakar dalam bidang ubat-ubatan dari Cordova dan Umm al-Hasan Abi Ja’afar , pakar dalam bidang kedoktoran , Abu al-Qasim al- Zahrawi atau Albucasis (936-1013M ) iaitu doktor peribadi Khalifah al-Hakam II telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif. Kitab ini menerangkan tentang pembedahan, pemotongan anggota badan serta pembedahan gigi dan mata. Karya beliau menjadi rujukan penting dalam bidang surgeri pada zaman pertengahan. Ibn Rushd (1126-1198M) terkenal dalam bidang falsafah turut menghasilkan karya perubatan, antaranya al-Kuliyyat fi al-Tibb yang membicarakan tentang anatomi fisiologi, penyakit-penyakit, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan. 3. Ilmu sejarah Ilmu sejarah antara bidang ilmu paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn Hayyan Ibn Khaliaf (987-1075M) dilaporkan menulis tidak kurang 50 buah karya sejarah. Antaranya al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus yang menceritakan sejarah tokoh-tokoh ilmuwan, para pemerintah dan umat Islam Andalusia sejak Andalusia dibuka hinggalah ke zamannya. Karya beliau, al-Matin terdiri daripada 60 jilid menyentuh semua aspek sejarah Andalusia pada zamannya. Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad (1029-1070M) merupakan ahli sejarah terkenal di Andalusia. Karyanya Tabaqat al-Umam yang menyentuh perihal cendekiawan Islam Andalusia manakala Jami al-Umam menerangkan sejarah pelbagai bangsa yang tinggal di Andalusia. Tokoh sejarah yang lain ialah Ibn Said al-Maghribi dengan karyanya Kitab al-Maghrib dan Abu al- Rashid dengan karyanya Kitab al-Mu’jib fi Talkhis al-Maghrib. Kedua-dua karya ini menceritakan sejarah pemerintahan Khalifah Muwahiddun di Andalusia. Ibn Hazm (994-1064M) menghasilkan karya Jamharah yang berkait dengan salasilah orang-orang Arab termasuk keluarga Nabi Muhammad SAW, para khalifah dan keluarga mereka. Ibn Idhari al- Marrakushi dengan karyanya al-Bayan al-Mughrib berkaitan dengan Afrika Utara danAndalusia.


6 4. Ilmu geografi Ilmu geografi penting atas sebab-sebab dan keperluan keagamaan, ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual serta sifat ingin tahu tentang dunia. Bidang geeografi dan sejarah saling berkaitan. Meskipun bidang geografi sangat dipengaruhi pandangan Ptolemy, namun ahli geografi muslim telah memberi sumbangan besar melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan. Antaranya, para sarjana geografi Islam Andalusia telah mengkritik dan menambah baik teori-teori Ptolemy dalam karya Almagest. Abad ke-11M merupakan zaman kegemilangan Andalusia dalam bidang geografi. Al-Bakri(1014- 1094M) merupakan tokoh geografi terkenal Andalusia. Karyanya kitab al-Masalik wa al-Mamalik merupakan sebuah penulisan berkenaan jalan-jalan yang ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan yang memerintah. Karya beliau membantu memudahkan urusan penghantaran surat dan utusan rasmi kerajaan. Beliau turut menghasilkan sebuah kamus geografi bertajuk Mu’jam ma Isti’jam yang menerangkan nama-nama tempat yang berkaitan dengan Semenanjung Arab. Kitab ini disusun mengikut abjad dan mengandungi pelbagai istilah geografi seperti gunung-ganang, sungai dan sebagainya. Abdullah al-Hijari (meninggal 1188M) melalui karyanya Mushib menghuraikan tentang geografi kebudayaan dan gambaran umum tentang Andalusia. Al-Idrisi (1100-1165M) merupakan ahli geografi profesional. Beliau merupakan pencipta peta terpenting pada zaman pertengahan. Selama 350 tahun ahli geografi Barat hanya menyalin karya- karya yang dibuat oleh Al-Idrisi tanpa sebarang perubahan. Sumbangan Andalusia yang terbanyak dalam bidang geografi adalah dari segi pengembaraan. Ibn Jubair (1145-1217M) yang terkenal dengan karyanya Rihlah Ibn Jubair yang menceritakan tentang perjalanannya dari Valencia ke Makkah. Antara tempat yang dilawatinya termasuklah Iskandariah, Cairo, Kufah, Baghdad, Aleppo, Damascus dan Sicily. 5. Ilmu astronomi Bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila sarjana Islam berjaya mencipta alat-alat astrolab dan membolehkan bangsa Eropah menentukan saiz bumi dengan lebih tepat berbanding pengiraan dilakukan oleh ahli astronomi Greek. Sebuah sekolah astronomi di Andalusia telah dbangunkan Abu al-Qasim MAslama al-Majriti (950- 1007M). Beliau menghasilkan karya tentang astrolabe, arithmethik perdagangan dan daftar astronomi Khwarizmi. Di Andalusia, menara masjid digunakan sebagai tempat untuk melakukan pencerapan. Sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran Masjid Serville pada tahun 1190M. Abu Ihaq Ibrahim al-Zarqali (1029-1087M) merupakan pencipta alat astrolab yang dikenali sebagai Safihah. Beliau mengemukakan teori tentang bintang dan pergerakan planet. Beliau membetulkan ukuran Panjang Laut Mediterranean yang diberikan Khwarizmi. Beliau ahli astronomi pertama mengetahui kedudukan matahari dengan membuat rujukan kepada bintang. Beliau mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta Menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan. Tokoh astronomi terkenal lain di Andalusia adalah Nuruddin Ibn Ishaq al-Bitruji (1150-1204M). Beliau telah mengeemukakan teori baharu tentang pergerakan bintang-bintang. Karya terpenting beliau, Fi’al Hai’a menjadi kemuncak pergerakan anti-Ptolemy dalam kalangan ahli astronomi Islam. Kary ini menyentuh tentang prinsip astronomi.


7 6. Ilmu botani Ahli botani Andalusia telah melakukan beberapa kajian khusus tentang kualiti tanah dan pengeluaran pertanian. Ibn Bassal (meninggal 1085M) membahagikan tanah di Andalusia kepada 10 kelas mengikut darjah dan sifat tanah tersebut serta mengajar para petani cara-cara meningkatkan hasil pengeluaran. Abu Ubaid al-Bakri (1014-1094M) telah menyusun sebuah karya tentang tumbuhan diAndalusia. Karya berkaitan botani ditulis dengan meluas pada abd ke-12M, antaranya Kitab al-Ghafiqi tentang dadah dan tumbuhan , ‘Kitab al-Filahah’ oleh Ibn al-Hawwam (1101-1200M) yang mengandungi kajian 34 bab mengenai 585 jenis tumbuhan dan 55 pokok buah-buahan. Abu al-Abbas al-Nabbati (1166-1239M) telah menghasilkan sebuah karya bernilai mengenai tumbuh-tumbuhan. Saintis botani Andalusia terkemuka abad ke-13M ialah Ibn al-Baitar (1197-1248M) melalui karyanya Kitab al-Jami li Mufradat al Adwiya wa al Aghdhiya. Beliau membuat kajian melalui buku-buku, pemerhatian dan eksperimen. Ibn Baitar merantau ke seluruh Andalusia dan Afrika Utara untuk mencari tumbuhan herba bagi tujuan perubatan. Beliau membincangkan tentang ubat dalam makanan dan cara ubat dihasilkan daripada sumber haiwan, tumbuhan danmineral. Ahli botani Eropah menguji kemahiran dan kepakaran umat Islam dalam kaedah bercucuk tanam dan menanam benih pokok dan tumbuhan. Astalaf (melubang) dan taqbis (membenam) merupakan dua kaedah terpenting dalam pertanian. Umat Islam menggunakan kepandaian bercucuk tanam untu menceriakan rumah-rumah dan persekitaran. 7. Ilmu Matematik Bidang matematik berkait rapat dengan astronomi. Ahli matematik termasyhur di Andalusia ialah al-Kirmani (970-1066M) dari Cordova. Beliau telah memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa ke Andalusia. Antara ahli matematik lain adalah Abu Habbah bin Ubaidah. Beliau merupakan ahli geometri dan matematik Andalusia yangmemperkenalkan sistem angka berasal daripada angka Hindi. 8. Ilmu fizik Dalam bidang fizik, Ibn Bajjah (1095-1138M) telah mengutarakan satu teori pergerakan dan di Barat ia dikenali sebagai Teori Avempace. Teori Avempace sangat penting kerana daripada teori ini lahir idea-idea Galileo dalam karyanya Pisan Dialogne tentang hukum-hukum pergerakan moden yang menyangkal teori-teori Aristotle. Teori Ibnu Bajjah ini disokong oleh pakar fizik Barat,St. Thomas dan Duns Seotus. Teori Ibnu Bajjah sangat dikenali sehingga zaman Renaissance. Kesimpulan Perkembangan ilmu aqli zaman Khalifah Umayyah di Andalusia secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam merupakan agama progesif dan dinamik. Andalusia merupakan pusat pengairan peradaban Islam bagi bangsa Eropah melalui perkembangan ilmu aqli dari tokoh-tokoh ilmuwan Islam. Bangsa Eropah mengakui pemerintahan umat Islam ini lebih maju jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah lain pada zamannya.


8


9


Click to View FlipBook Version