The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbasmks, 2024-04-28 21:50:47

skema jawapan

skema jawapan

Cadangan jawapan U2 2023 1 1.Jelaskan struktur masyarakat Arab pada zaman jahiliah. Pengenalan 1. Jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh. 2. Dikaitkan dengan masyarakat yang muncul di Semenanjung Tanah Arab yangmempunyai akidah yang sesat serta akhlak yang amat buruk. 3. Keadaan ini berlangsung kira-kira 300 tahun, iaitu selepas runtuhnya EmpanganMa’arib hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610. 4. Namun begitu, masyarakat ini juga mempunyai nilai-nilai yang baik dalambidangpolitik, ekonomi dan sosial. 5. Masyarakat Arab pada zaman tersebut terbahagi kepada dua kelompok utama, iaitu masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. 6. Kedua-dua kelompok ini mengamalkan sistem kabilah dengan semangat assabiahyang tinggi. 7. Sesungguhnya, masyarakat Arab jahiliah mempunyai struktur masyarakatnyayang tersendiri. Isi 1 Masyarakat Hadhari 1. Masyarakat pada zaman jahiliah dibahagikan kepada dua golongan, iaitu ArabBadwi dan Arab Hadhari. 2. Masyarakat Arab Hadhari dikenal sebagai masyarakat bandar. 3. Kehidupan mereka lebih maju berbanding dengan masyarakat Arab Badwi. 4. Arab Hadhari tinggal di bandar-bandar utama di Semenanjung Arab seperti Makkah, Madinah dan Taif. 5. Mereka mendirikan petempatan kekal dan hidup mewah. 6. Mereka menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, pertukangan danperdagangan. 7. Golongan ini mempunyai hubungan dengan masyarakat luar melalui aktiviti perdagangan, sistem politik dan sosial. 8. Masyarakat Hadhari terdiri daripada golongan atasan, iaitu golongan bangsawandan agamawan. 9. Manakala masyarakat biasa terdiri daripada peniaga, pedagang dan petukang. 10. Seterusnya golongan wanita dan hamba kedudukan paling bawah.


Cadangan jawapan U2 2023 2 Isi 2 Masyarakat Badwi 1. Golongan Arab Badwi juga dikenal sebagai masyarakat Arab luar bandar. 2. Mereka mendiami di kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab. 3. Arab Badwi terdiri daripada pelbagai kabilah. 4. Mereka mempunyai ikatan yang kuat berasaskan bahasa, keturunan, adat danagama yang sama. 5. Unsur-unsur dari luar jarang menyusup masuk dalam kehidupan golongan ArabBadwi. 6. Mereka tinggal di padang pasir dan hidup berpindah-randah. 7. Mereka sentiasa hidup secara nomad untuk mencari tempat yang subur dengansumber air. 8. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan pedalaman, berpindah-randah dan bersuku- suku. Isi 3 Sistem Kabilah 1. Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berfungsi mengawal sistem pentadbiran masyarakat. 2. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan semangat assabiah. 3. Mereka sangat berbangga dan bermegah dengan kabilah mereka danmemandang hina terhadap kabilah lain. 4. Satu lagi aspek yang amat berbeza antara dua masyarakat ini ialahtanggungjawab dan hubungan sosial. 5. Dalam sistem sosial orang Arab jahiliah, tanggungjawab dan hubungan sosial hanya dalam kalangan anggota kabilah sahaja. 6. Wujud semangat assabiah atau sentimen perkauman yang banyak mempengaruhi semua kegiatan sosial mereka. 7. Tanggungjawab individu hanya kepada kabilahnya. 8. Mereka wajib menuntut bela, balas dendam ataupun berkorban bagi kabilahnya. 9. Hubungan sosial mereka terhad dan ini sering menyebabkan peperangan yangberlanjutan untuk beberapa tahun. 10. Dari aspek struktur masyarakat, pembentukan masyarakat Arab jahiliahdimulakan daripada keluarga. 11. Beberapa keluarga membentuk satu ‘hayy’. 12. Beberapa ‘hayy’ membentuk satu kaum dan beberapa kaum membentuk satukabilah.


Cadangan jawapan U2 2023 3 13. Terdapat banyak kaum dan kabilah yang mempunyai kedudukan tinggi ataurendah, mulia atau hina dalam sesuatu kawasan. 14. Kabilah Quraisy dianggap sebagai kaum yang paling mulia antara semua yangterdapat di Makkah pada zaman itu. 15. Kedudukan kaum menentukan status sesuatu masyarakat. Isi 4 Struktur Politik 1. Masyarakat jahiliah tidak ada prinsip-prinsip politik yang jelas untuk diamalkan. 2. Sistem monarki yang diamalkan memegang kepada prinsip pemerintahanberkuasa mutlak dan prinsip autokratik pemerintahan dijalankan mengikut kehendakdan selera pemerintah untuk menjamin kedudukan dan kekuasaan golonganpemerintah. 3. Kota Makkah diletakkah di bawah pengawasan kabilah Quraisy yang ditadbir olehsebuah majlis atau Mala. 4. Anggota majlis ini ialah ketua-ketua kabilah yang ada di kota Makkah. 5. Majlis ini akan bersidang dan membuat keputusan dalam pelbagai perkara yangmelibatkan keselamatan khasnya. 6. Semasa di bawah pentadbiran Qusay bin Kilab, Darul Nadwah ditubuhkan. 7. Darul Nadwah berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan perbincangan parapemimpin Makkah. 8. Corak pemerintahan boleh dianggap sebagai sistem pemerintahan dinasti keranadipegang oleh keluarga Quraisy dan segala keputusan dibincangkan dalamMajlisKabilah. 9. Majlis Kabilah atau Majlis al-Syuyukh sebagai badan induk pentadbiran. 10. Majlis ini dianggotai oleh ketua-ketua suku dan orang-orang yang dihormati seperti penyair, dan panglima perang. 11. Beberapa jabatan telah ditubuhkan antaranya al-Siqayah yang ditugaskan untukmenguruskan bekalan makanan terutamanya kepada jemaah haji. Kesimpulan 1. Struktur masyarakat Arab jahiliah adalah kompleks. 2. Umumnya masyarakat Arab pada masa itu terbahagi kepada penduduk bandar dan luar bandar. 3. Masyarakat bandar lebih tersusun, berstruktur dan masyarakatnya berorganisasi dengan baik. 4. Jelas di sini, kejahilan masyarakat Arab bukan terletak kepada fizikal masyarakatnya tetapi kepada kejahilan akidah seperti penyembahan berhala yangdipercayai sebagai perantara antara manusia dan Tuhan.


Cadangan jawapan U2 2023 4 2. Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah sebelumkedatanganIslam Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Tanah Arab disebut sebagai masyarakat jahiliah. Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud bodohdan sesat. Secara dasarnya, zaman ini mempunyai segelintir masyarakatnya yangtidak mempunyai agama yang sebenar di sisi Allah S.W.T. Terdapat banyak ayat- ayat al-Quran yang menjelaskan ciri-ciri kehidupan dan kejahilan masyarakat padamasa itu, antaranya dalam surah al-Maidah dan surah al-Jumu’ah Antara struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab sebelum kedatangan Islamialahstruktur pembahagian masyarakat. Mayarakat jahiliah dibahagikan kepadaduagolongan iaitu golongan Badwi dan Hadari. Golongan Badwi adalah masyarakat yang tinggal di pedalaman dan kampung. Keistimewaan golongan ini pula ialahmereka bersifat tahan lasak, berani, pemurah, dan amanah. Manakala golonganmasyarakat Hadari pula merupakan golongan yang lebih maju. Mereka menetapdi bandar atau pinggir bandar. Golongan Hadari ini terdiri daripada para cerdik pandai dan bangsawan. Tambahan pula, aktiviti kehidupan yang mereka lakukan ialahmenjalankan aktiviti perdagangan, pertukangan dan pertanian. Dalam sistem masyarakat jahiliah, hidup mereka ditunjangi sistemkabilahyangmembahagi-bahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu. Pembentukanbermula daripada satu keluarga yang tinggal di dalam khemah. Keluarga ataukhemah akan terbentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai ihai. Beberapaihai bercantum membentuk kaum dan akhirnya terbentuk kabilah. Pembentukan kabilahini biasanya ditentukan melalui pertalian darah dalam kalangan ahli masyarakat. Kehidupan masyarakat jahiliah pula diikat dengan satu semangat yang dinamakansemangat assabiyah iaitu semangat kesukuan. Ikatan yang padu ini mendorongmereka untuk sanggup berperang demi mempertahankan kabilah masing-masingwalaupun perbalahan mereka bermula dari perkara yang remeh. Masyarakat zaman jahiliah berpegang kepada agama nenek moyang mereka yangmerupakan agama yang syirik dan kufur kerana ianya tidak berlandaskan kepadaajaran yang disampaikan oleh nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkanajaran yang dibawa oleh para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai contoh, ada yang mengamalkan agama Wathani yang menganggap berhalaadalah Tuhan. Pada asalnya, ia adalah ajaran Nabi Ibrahim tetapi telah dipesongkan. Antara berhala yang terkenal ialah alUzza, al-Manat dan al-Lata. Terdapat jugaagama Zarosta yang menyembah cahaya dengan meletakkan api sebagai simbol tuhan mereka. Akhir sekali ialah agama Hunafa yang terdiri daripada golongan yangtidak mengamalkan apa-apa kepercayaan. Golongan ini dikatakan menentangagama dan kepercayaan sebelum kedatangan Islam. Selain itu ialah masyarakat jahiliah mempunyai moral dan akhlak yang sangat rendah. Contohnya ialah taraf wanita pada zaman jahiliah amatlah rendah, bayi perempuan yang baru dilahirkan akan ditanam hidup – hidup kerana mereka akandianggap sebagai memalukan ahli keluarga. Mereka juga melakukan kegiatanmeminum arak, mencuri, merompak, perniagaanmanusia dan bertukar-tukar wanitaberlaku secara berleluasa. Walau bagaimanapun sebilagan kaumwanita Arabjahiliah mempunyai keperibadian yang cemerlang Hal ini kerana kaumwanitadi zaman jahiliah turut berganding bahu dengan kaum lelaki dalam mempertahankanakidah dan fahaman kebendaan mereka, malah turut serta memerangi orang Islam.


Cadangan jawapan U2 2023 5 Ciri – ciri yang terakhir ialah mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang pertanian, perdagangan, pertukangan. Penyebaran ilmu di zaman tersebut adalah terbataskerana kurang minat serta kekurangan individu yang bertanggungjawab untukmenyebarkan ilmu tersebut. Ini menyebabkan masyarakat Arab jahiliah menjadi butahuruf, penyebaran ilmu hanya berlaku dalam bentuk lisan yang menyebabkan ramai yang hanya menghafal ilmu yang dipelajari. Sekaligus menyebabkan ilmu tersebut hilang apabila penghafal meninggal dunia. Al-Baladhuri dalam bukunya menyatakanhanya ada 17 individu yang tahu menulis dan membaca. Antaranya ialah Umar al- Khattab, Ali bin Abu Talib dan Uthman bin Affan. Kesimpulannya, pembahagian dalam masyarakat Jahiliah berasaskan kepadapenempatan, pembahagian antara golongan hamba dan merdeka serta kebolehandan bakat yang mereka miliki. Masyarakat zaman jahiliah menjalani kehidupan yangjauh terpesong dari norma hidup sebenar. Namun, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kedatangan Islam ke Tanah Arab dilihat sebagai titik perubahan yang membawafasa baru dalam perkembangan tamadun dan agama di Tanah Arab, malah bagindaturut membawa perubahan positif dalam sistem dan struktur masyarakat Arabjahiliah di Tanah Arab pada zaman tersebut.


Cadangan jawapan U2 2023 6 3 Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyidsepanjang pemerintahannya. Pengenalan Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadappemerintahan Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehinggatahun 1258 M. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orangpemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi . Sebelummenaiki takhta , baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantiksebagai Putera Mahkota pada tahun 782M. Beliau seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalamsiasah telahmembolehkan kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda menujuerakegemilangan Isi-isi penting Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid 1. Menjalinkan hubungan dengan Negara-negara lain Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negaraseperti Byzantine, Perancis dan Andalusia bagi meluaskan syiar Islamdanmengukuhkan kerajaan Abbasiyah a. Hubungan dengan Byzantine (Rom) Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya memaksa Byzantine membuat perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah berikutan tindakan tenteraByzantine yang menyerang wilayah Islam di Asia Minor. Melalui perjanjian tersebut, Byzantine bersedia membayar 90 ribu dirhamkepada Khalifah Harun al Rasyid dan membenarkan Islamdikembangkan di Byzantine. Bagaimanapun, keengganan Nicephorus I menepati perjanjian awal yangdimeterai menyebabkan Khalifah Harun al Rasyid memimpin angkatantentera menuju ke Asia Minor. Baginda berjaya menawan beberapawilayah Heracelan, Tyans, Iconium dan Emphesus sehingga memaksaNicephorus I tunduk semula serta sanggup membayar ufti kepadakerajaan Islam b. Hubungan dengan Perancis Hubungan antara kerajaan dengan Perancis dijalin kerana Perancis jugabermusuhan dengan kerajaan Umayyah di Andalus. Hubungan KhalifahHarun al-Rasyid dengan Charlemenge amat erat, malah sering bertukar cenderahati c. Hubungan dengan Sepanyol (Andalusia) Sebahagian besar penduduk Andalusia adalah penyokong Bani Umayyah. Khalifah Harun al Rasyid terpaksa mengambil tindakanketenteraan terhadap penduduk Andalusia bagai membolehkan Islamberkembang di Sepanyol. Sepanyol muncul sebagai gedungperkembangan ilmu pengetahuan Islam.


Cadangan jawapan U2 2023 7 d. Menghapuskan masalah dalam negeri Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta menghapuskanpengaruh keluarga Barmaki yang semakin kukuh dan dibimbangi akanmelakukan rampasan kuasa pada masa akan datang. Antara tindakanyang dilakukan ialah tidak memberi kuasa dalam pemerintahan, dan diikuti dengan membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Baraki dan puteranya Jaafar bin Yahya (menantu Khalifah Harun). Tindakantersebut menghilangkan pengaruh keluarga al-Barmaki dalamkerajaanbaginda. Baginda juga telah menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untukmenghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia dan Afrika Selatan yangmengganggu perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Islamdi Baghdad. e. Menyusun semula angkatan tentera Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan tenteradanmembuat kawalan rapi di lautan dan di pelabuhan bagi menjaminkeselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah, sekali gus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri f. Kemajuan ekonomi Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalambidangpertanian dan perdagangan. Baginda menggalakkan pembukaan tanahtanah baru serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepadapetani. Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasanperang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan Khalifah Harun al-Rasyid juga memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan dengan meluaskan hubungannya dengan ke Eropah, Chinadan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi g. Kemajuan Intelektual Khalifah Harun al-Rasyid juga mencintai ilmu pengetahuan sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan. Pusat- pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab. Buku- buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab. Sehubungandengan itu baginda telah membina Baitul Hikmah untuk menempatkanbuku-buku berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah, sejarahdangeografi Bandar-bandar Islam seperti Madinah, Kufah dan Kaherah telah dijadikanpusat keilmuan. Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan terkenal seperti Imam Muhammad ,Al-hajaj bin Matar, Yuhanna bin MusawaihdanSuffian al-Thauri . Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harunal-Rasyid amnya dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu kegiatanpembukuan penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpangdaripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahan Kesimpulan Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zamankegemilangan Kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjayamenghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yangpaling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur denganekonomi yang teguh.


Cadangan jawapan U2 2023 8 4.Nilaikan sumbangan Khalifah Khalifah Harun al-Rasyid dalambidang politik, ekonomi dan sosial Pendahuluan • Harun al-Rasyid dilantik menjadi khalifah Abbasiyah pada tahun 170H(786M) ketika berusia 25 tahun. Sebelum menjadi khalifah, Harun al-Rasyid pernahmenyandang jawatan gabenor di Saifah tahun 779M dan kemudian dilantik sebagai gabenor Maghribi, Pada 782M, beliau disahkan sebagai putera mahkota yang bakal menjadi khalifah. • Terdapat sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dalambidangpolitik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Utama Politik 1. Dasar pentadbiran yang cekap • Khalifah Harun al-Rasyid menggunakan pengalaman pentadbiran sejak zamanmudanya dalam kerajaan Abbasiyah untuk menyusun dan memperkemaskan sistempentadbiran negara. • Beliau melantik wazir bijaksana daripada keluarga al-Barmaki iaitu YahyabinKhalid. Hasil kebijaksanaan keluarga al-Barmaki yang menjadi wazir dan gabenornya, Khalifah Harun alRasyid berjaya membentuk satu sistem pentadbiran yang cekapdan tersusun. • Prestasi cemerlang mereka telah menimbulkan perasaan dengki para pegawai lainpelbagai fitnah dilemparkan kepada keluarga al-Barmaki. • Harun al-Rasyid bertindak keras menghapuskan pengaruh keluarga al-Barmaki dari kerajaannya 2. Memperkasakan pasukan tentera • Khalifah Harun al-Rasyid telah menyusun semula pasukan tentera Abbasiyah. • Beliau sendiri menjadi panglima tertinggi angkatan perang dan beberapakali mengetuai pasukan tentera di medan perang • Contohnya ketika menyerang tentera Byzantine pimpinan Maharaja Nivephoras1peperangan ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam. • Hasil daripada sikap dan layanan baik oleh Harun al-Rasyid, pasukan tenteraAbbasiyah telah menjadi satu pasukan yang kuat, berdedikasi dan berdisiplin. • Pasukan tentera Islam amat ditakuti dan dihormati oleh pihak musuh. Ekonomi 1. Perkembangan ekonomi • Dasar liberal Khalifah Harun al-Rasyid membawa pertumbuhan pesat di bidangekonomi seperti kegiatan pertanian, perdagangan, perusahaan danperlombongan.Harun al-Rasyid telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharuserta membekalkan biji benih secam percuma kepada para petani serta kemudahantali air turut disediakan untuk menyuburkan kawasan pertanian


Cadangan jawapan U2 2023 9 • Tanah-tanah rampasan perang diagihkan kepada tentera dan golongan miskinuntuk diusahakan.Banyak kota di wilayah Islam muncul sebagai pusat perdaganganutama.Kota Baghdad telah dimajukan dan terkenal dengan kegiatan perdagangan, perniagaan dan menjadi tumpuan para pedagang seluruh dunia termasuk dari Chinadan Perancis. • Banyak jalan darat dibuka untuk tujuan perdagangan, contohnya jalan dari Iraqkeutara pesisir Laut Merah menuju ke Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi. Laluan laut terkenal adalah Laut Paru, Laut Merah dan Laut Mediterranean.Kegiatanperusahaan ringan seperti membuat barang perhiasan dan permata, emas danlogam turut berkembang. Di Tabaristan dan Armenia pula perusahaan menenunpermaidani berkembang pesat.Jelaslah ternyata, hasil dari perkembangan ekonomi ini menjadikan negara semakin makmur Sosial 1. Perkembangan kegiatan intelektual dan keilmuan • Kedudukan kewangan yang kukuh dan sikap khalifah mencintai ilmu pengetahuanmembolehkan bidang keilmuan dan kegiatan intelektual berkembang pesat. • Khalifah Harun al-Rasyid mengambil beberapa langkah untuk memajukanlagi kegiatan keilmuan. Majlis forum,syarahan dan perbahasan sering diadakan di istana. Khalifah sendiri kerap menyertai majlis ini dan menjadi penaungnya. • Harun al-Rasyid mendirikan banyak sekolah rendah dan menengah serta kolej sebagai pusat perkembangan ilmu. Harun al-Rasyid menubuhkan Baitul Hikmahsebagai pusat perkembangan kegiatan intelektual terbesar di Baghdad. • Contohnya, Baitul Hikmah akhirnya menjadi gedung utama ilmu pengetahuandanmenjadi tumpuan para sarjana membuat kajian dan penyelidikan. Dua bidang utamakegiatan intelektual yang berkembang pesat pada masa itu adalah kegiatanpenterjemahan buku dari bahasa asing ke dalam bahasa Arab dan penulisan karyaasli. Ramai sarjana dalam pelbagai bidang muncul pada zaman Harun al-Rasyidseperti Jabir Ibn Hayyan • Hasil dan kesan daripada usaha Khalifah Harun al-Rasyid dalam memperkayakanilmu pengetahuan telah menjadikan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual terkemuka dunia. 2. Pembangunan bandar • Keadaan negara yang aman dan sistem pentadbiran yang cekap danlicinmembolehkan negara membangun dengan pesat. • Contohnya, beberapa buah kota seperti Baghdad, Basrah, Mausul, Damsyik danAlleppo muncul sebagai kota-kota terkenal dan maju • Pada masa sama, kemudahan prasarana seperti perigi, jalan raya, terusandanlain-lain telah dibina diseluruh negara. Khalifah Harun al-Rasyid telah membinabanyak masjid, sekolah, kolej dan hospital di kawasan bandar utama yang muncul berselerak di seluruh negara. Kesimpulan • Empayar Abbasiyah mencapai kemuncak di bawah pimpinan Khalifah Harunal- Rasyid. Pada zamannya Khalifah Abbasiyah berada pada zaman keemasantamadun Islam. Masyarakat Islam hidup makmur, ekonomi berkembang pesat terutama dalam bidang perdagangan dan pertanian


Cadangan jawapan U2 2023 10 5 Bincangkan faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pelabuhanentrepot pada abad ke-15 Masihi Pengenalan Ekonomi berasaskan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utamakerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Hal ini disebabkankejayaan Parameswara mengubah landskap Melaka daripada sebuahperkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan yang berorientasikanperdagangan Kemuncak kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa berlaku setelah raja Melaka Islamiaitu sewaktuzaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Terdapat faktor-faktor yangmenyebabkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan pd abad ke-15. Isi-isi penting Faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. 1. Kedudukan geografi yang straegik Melaka menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara, Timur danBarat Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka membolehkanpedagang singgah berdagang, mendapatkan makanan, minuman sertamembaiki kapal yang rosak. o Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin monsun oleh BanjaranTitiwangsa dan Kepulauan Sumatera. Muaranya yang dalammembolehkankapal berlabuh dengan mudah. Kawasan berbukit menjadi panduan kepadapedagang dan paya bakau menjadi banteng pertahanan semula jadi. 2. Kemunculan pemimpin dan pentadbir yang berwibawa Raja-raja Melaka yang terawal bertanggungjawab mewujudkan suasanaperdagangan di Melaka sehingga menjadi sebuah “emporium” yang agunguntuk tahap seterusnya. Misalnya, Sultan Iskandar Syah telah membinajambatan di sungai yang berhampiran dengan tempat kediamannya. Di atasjambatan itu, didirikan 30 buah khemah yang dijadikan tempat orang ramai berniaga. Dalam masa yang singkat Sultan Iskandar berjaya memajukanperdagangan Melaka sehingga menjadi pusat perdagangan. Pemerintah seterusnya seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shahserta Bendahara Tun Perak telah berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Melaka menjalankan hubunganperdagangan dengan China, India, Eropah dan Timur Tengah. Pemerintah Melaka memberikan layonan yang adil kepada semua pedagang. Mereka menggunakan undang-undang bagi memastikan urusan jual beli berjalan lancar. Contohnya Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang- undang Laut Melaka. 3. Peranan dan pengaruh agama Empayar Melaka merupakan Empayar Islam. PengIslaman Parameswaratelah menyebabkan ramai pedagang Islam memindahkan kegiatanperdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka. Saudagar-saudagar Islam dari Pelembang, Gujerat, Parsi ,Turki dan Chinamerupakan pedagang utama di Alam Melayu. Malahan Melaka turut menjadi pusat penyebaran agama Islam di Nusantara.


Cadangan jawapan U2 2023 11 4. Hubungan persahabatan Melaka dengan China. Hubungan persahabatan dengan China membolehkan Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh. Antaranyaancaman dari Siam Suasana yang aman dan damai membolehkan perdagangan berjalan lancar. China telah menggalakkan pedagangnya datang berdagang ke Melakasekaligus membolehkan berlakunya perkembangan perdagangan dua hala. 5. Dasar imperealisme Melaka Dasar peluasan kuasa membolehkan Melaka menguasai kawasansekitarnya. Contohnya penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumateratelah menyebabkan Melaka menguasai laluan Selat Melaka. Melaka. mempunyai kawasan taklukan yang luas sehingga muncul menjadi sebuah empayar . Kemunculan empayar Melaka sekaligus membolehkanpenguasaan ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatandibawa ke pelabuhan utama untuk diniagakan. 6. Peranan orang laut Orang laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagangandi Selat Melaka daripada ancaman lanun Mereka mengetahui selok-belok ilmu kelautan khususnya di sepanjangperairan Selat Melaka Kesimpulan. Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenl pada abadke- 15.Perkembangan ini disebabkan beberapa faktor seperti kedudukan yangstrategik.kedudukan Melaka di Selat Melaka berseuaian dengan laluan kapal- kapal untuk berdagang. Melaka menjadi pelabuhan entrepot atau telah mencapai kemuncakkegemilangan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Iaitu sewaktuIslam mula berkembang di Alam Melayu.


Cadangan jawapan U2 2023 12 6 Huraikan ciri-ciri seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di Indiasehingga abad ke-17 Masihi Pengenalan: Maksud seni bina: bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk danreka letak yang dibina oleh manusia Meni bina Islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenianIslam merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluanjasmani dan rohani Zaman kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembanganseni bina yang menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatandan Parsi Isi-isi penting Ciri-ciri seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India 1. Istana Istana yang terkenal ialah Taj Mahal yang dibina oleh Syah Jehan sebagai tanda cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal Didirikan di Agra di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masukberbentuk lengkuk awan Binaan bangunan ini terdiri daripada batu mamar merah, batu mamar birudan putih sebagai bahan binaannya Di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok yang dihiasi dengantakukan-takukan Di bangunan tersebut juga didirikan masjid yang mempunyai seolah-olahtiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal tanpa jendela sertamemmpunyai kubah yang runcing Istana lain ialah terletak di Fathpur Sikri yang diperbuat daripada batumerah dan dihiasi dengan pintu gerbang Istana ini dikelilingi dengan tembok batu yang mempunyai tempat bersemayam pemerintah 2. Masjid Masjid penting sebagai tapak kemunculan kerajaan dan tamadun Islam Dilengkapi dengan menara dan kubah serta mihrab Menara yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat) Binaan kubah menggabungkan gaya Parsi dan tempatan Contoh, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang didirikan di dalamkompleks Contoh, Masjid Lama di Delhi yang mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran 3. Makam Diraja Merupakan lambang kemegahan seni bina yang dihasilkan oleh kerajaanMoghul di India Diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama Dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus yang terpisahdaripada bangunan induknya


Cadangan jawapan U2 2023 13 Contoh, makam Humayun (pemerintah kedua kerajaan Moghul) dibinahasil gabungan seni bina India-Parsi, terdiri daripada batuan merah, bataputih, mamar hitam dan putih, tamannya dihiasi pancutan air, dikelilingi oleh tembok 4. Kubu Kubu yang terkenal dikenali sebagai Kota Merah yang merupakan istanadan pusat pentadbiran kerajaan Moghul Terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan Kota Delhi Merupakan campuran seni bina Parsi dan India Dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi corak flora dan dilengkapi pembinaan dua buah kubah 5. Taman Bunga Didirikan pada zaman pemerintahan Syah Jehan seperti Taman BungaShalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir dan TamanShalamar Bagh di Delhi Terdiri daripada hiasan flora yang berwarna-warni serta pohon-pohonyang menghijau Kesimpulan Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyakmengadunkan seni bina tempatan dan Parsi yang mementingkankeindahan Kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islamtidakmenolah bidang kesenian


Cadangan jawapan U2 2023 14 7.Terangkan ciri-ciri seni bina Islam Moghul di India dari abad ke-16 hingga17Masihi. Pendahuluan • Seni bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut dan mengandungi unsur- unsur keindahan. Seni bina membawa maksud keindahan yang dicetuskan daripadakemahiran dalam binaan, reka bentuk binan dan pertukangan. • Seni bina Islam merupakan salah satu cabang kebudayaan dan ketamadunanIslam yang dihasilkan manusia. • Zaman kerajaan Moghul di India menyaksikan perkembangan seni binamengagumkan hasil gabungan seni bina Arab dengan seni bina tempatan dan Parsi. Monument seni bina terkenal di India seperti Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi dan Makan Humayun di Delhi. • Terdapat beberapa ciri-ciri seni bina Islam Moghul di India dari abad ke-16 hingga17-Masihi. 1. Pengaruh luaran dalam seni bina tempatan • Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca tempatan. • Turut dipengaruhi seni binaan Arab, Turki dan Parsi. • Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang dilengkapi kubah-kubah berbentuk baharuberupa bunga teratai membuktikan pengaruh Parsi dalam seni bina Moghul. 2. Motif corak hiasan • Corak hiasan bermotifkan ukiran dan kaligrafi ayat-ayat al-Quran di istanadanmasjid.Ukiran pada seni bina ini bermotifkan dakwah. 3. Bahan binaan • Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas. • Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar danbatu-batuan merah. • Batu-bata dijadikan asa binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripadapelbagai saiz. 4. Kompleks pelbagai guna • Seni bina bangunan biasanya merangkumi istana, bahagian makamdiraja, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. • Contohnya, Istana Taj Mahal yang dibina Maharaja Syah Jehan di Agramerangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjaudanlain-lain. • Dibina di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkukawan yang indah. Binaan bangunan istana ini terdiri daripada batu marmar merah, batu marmar biru dan putih sebagai bahan binaanya. Di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok dihiasi dengan takukan-takukan.


Cadangan jawapan U2 2023 15 5. Kubah berbentuk baharu • Antara ciri seni bina Moghul ialah terdapatnya kubah-kubah masjid berbentukbaharu berupa bunga teratai dan bebawang yang mempunyai puncak mengecil danmeruncing. • Antaranya, Masjid Lapan Mutiara di Agra. • Binaan kubah menggabungkan gaya Arab, Parsi dan tempatan. 6. Ciri keselamatan • Istana di Fathpur Sikri yang dibina oleh Maharaja Akhbar mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. • Terdapat pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat jugasatukawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. 7. Menara dihiaskan indah • Bangunan masjid yang didirikan pada zaman Moghul dilengkapi dengan menara- menara yang dihiasi indah terutamanya dengan seni khat Arab. 8. Masjid mempunyai lebih dari satu mihrab • Di kompleks Taj Mahal, didirikan masjid-masjid seolah-olah mempunyai tiga hinggatujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. • Terdapat masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap dan dibuat kosongtanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcingsahaja. 9. Pancutan air • Unsur pancutan air dalam seni bin ataman bunga di India membuktikaniadipengaruhi tamadun Islam khasnya Arab. • Kebanyakan bagunan istana Kesultanan Moghul dihiasi taman-taman bunga yangindah dan dihiasi pancutan air. Kesimpulan • Konsep kesenian yang dihasilkan adalah penting untuk membimbing manusiakearah mentauhid dan mengabdikam diri kepada Allah Ta’ala. • Seni bina yang terdapat di Moghul adalah gabungan nilai-nilai kesenian tempatandan luaran terutamanya pengaruh Arab, Turki dan Parsi. • Kewujudan seni bina yang indah di Moghul membuktikan bahawa agama Islamtidak menolak bidang kesenian selagi tidak disalahgunakan.


Cadangan jawapan U2 2023 16 8.Huraikan ciri-ciri seni bina Islam kerajaan Moghul di India pada abadke-17Masihi. Pengenalan 1. Seni bina ialah bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk danrekaletak yang dibina oleh manusia. 2. Seni bina Islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islamdan merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani danrohani. 3. Zaman kekuasaan kerajaan Moghul di India memperlihatkan perkembanganseni bina yang menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi. Isi 1 Berkonsepkan kubah 1. Ciri yang paling menonjol dalam seni bina Islam di India ialah binaannya banyakyang berkonsepkan kubah. 2. Binaan kubah merupakan satu tanda yang amat jelas dalam memperlihatkanseni bina Islam kerana secara umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah. 3. Kebanyakan binaan masjid atau istana di India memakai kubah berbentuk bawang. 4. Contohnya di dalam Masjid Jama di Delhi dan Masjid Lapan Mutiara di Agramenggambarkan seni bina berbentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. 5. Ini menunjukkan bahawa konsep kubah merupakan salah satu ciri dalamseni binaIslam di India. Isi 2 Ukiran kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran 1. Ukiran kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran merupakan satu lagi motif Islamyang cubadiketengahkan oleh tamadun Islam yang berkembang sama ada di masjid-masjidatau istana-istana. 2. Ukiran yang digunakan selain ayat-ayat suci al-Quran ialah berasaskan alamsemula jadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan serta geometri. 3. Contohnya di dalam Taj Mahal, terdapat banyak ayat suci al-Quran dalambentukkaligrafi terutama pada dindingnya. 4. Antara surah di dalam al-Quran yang menjadi hiasan pada dinding Taj Mahal ialahsurah Yasin (surah ke-36) dan surah az-Zumar (surah ke-39). 5. Hampir keseluruhan Masjid Jama dihiasi dengan kaligrafi al-Quran terutama padamimbar di mihrab. 6. Ini jelas menunjukkan ukiran dan kaligrafi al-uran digunakan sebagai satu motif dalam seni bina di India.


Cadangan jawapan U2 2023 17 Isi 3 Unsur air 1. Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaanitu adalah hasil pengaruh tamadun Islam. 2. Contohnya dapat dilihat di dalam Makam Humayun. 3. Makam ini dihiasi dengan taman-taman dan air pancut yang sangat indah sertadikelilingi tembok-tembok tinggi dan kukuh. 4. Taman ini diilhamkan daripada “taman di dalam syurga” seperti yang digambarkandalam al-Quran. 5. Taman ini dibahagikan kepada empat laluan pejalan kaki dan dibahagikan kepadadua sumber air. 6. Setiap empat segi tersebut bersambung antara satu dengan yang lain dan dialiri oleh air yang mengalir. 7. Ini membuktikan unsur air menjadi salah satu elemen penting dalamseni binaIslam di India. Isi 4 Menara 1. Menara pada tujuan asalnya dibina sebagai tempat muazzin melaungkan azan. 2. Namun, seni bina India banyak mengambil pengaruh menara dalambinaannya. 3. Contohnya di Taj Mahal, kubahnya berbentuk oktagon dan berkedudukan dalampaksi simetri yang dibina di atas podium (pentas) atau batu marmar putih besar yangdiapit oleh empat menara meruncing. 4. Selain itu, konsep menara dapat dilihat dalam Kota Merah, iaitu MuthammanBur (Menara Melati), iaitu tempat tinggal Maharaja Shah Jehan yang dipenjarakanolehanaknya Aurangzeb sehingga kemangkatan baginda. 5. Menara ini menghadap ke arah Taj Mahal. 6. Dengan ini kita dapat melihat bahawa konsep menara merupakan antara unsur yang digunakan dalam seni bina Islam di India. Isi 5 Bahan binaan 1. Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas. 2. Kebanyakan sumber bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batumarmar dan batuan merah. 3. Batu bata dijadikan asas binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripadapelbagai saiz. 4. Susunan bangunannya pula selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaanjalan-jalan utama yang memudahkan medium perhubungan.


Cadangan jawapan U2 2023 18 5. Perhiasan pada permukaan dinding bangunan dihiasi dengan lukisan mozek danbinaan seramik serta lukisan daripada teknik stucco. 6. Contohnya dapat dilihat dalam bahan binaan bumbung, kubah dan menaraTaj Mahal yang diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah. 7. Penggunaan warna batu bata merah dalam pembinaan Kota Merahmemperlihatkan skema warna “monokrome” digunakan untuk membinanya. 8. Ini membuktikan bahawa bahan binaan yang digunakan berkualiti tinggi danmenyerlahkan kesenian yang unik dan tersergam sehingga ke hari ini. Isi 6 Taman bunga 1. Kebanyakan bangunan istana Kesultanan Moghul dihiasi taman-taman bungayang indah. 2. Pada zaman pemerintahan Syah Jahan, banyak taman-taman bunga didirikanseperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir danTaman Shalamar Bagh di Delhi. 3. Terdiri daripada hiasan flora yang berwarna-warni serta pokok-pokok yang hijau. 4. Ini menunjukkan bahawa taman-taman bunga yang indah tersebut mewarnai senibina Islam di India. Kesimpulan 1. Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkanseni bina tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan. 2. Kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islamtidak menolakbidang kesenian dan telah meninggalkan kesan yang cukup membanggakansehingga diiktiraf sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.


Cadangan jawapan U2 2023 19 9.Huraikan ciri-ciri kesenian Islam di India pada zaman Kerajaan Mughal Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,danrekaletak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabilaBritish bertindak membuang negeri pemerintahnya yangterakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yangmenyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah Syah Jehan(1627-1658 M). CIRI-CIRI SENI BINA INDIA Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yangdidirikan dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama denganseni khat Arab. Unsurunsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupabunga teratai yang mempunyai puncak yang meruncing. Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan.Padazaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikandalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra. Kubur/ Makam Diraja Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikantersebut diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secarakhusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yangmenjadi induknya. Taj Mahal Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaituTaj Mahal. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehandanisterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolamyangluasdengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan. Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buahmihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdindingtebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanyaterlihat pada kubahnya yang runcing sahaja. Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun dengansaizyang agak besar. Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkankehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapat tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah. Kompleks ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat jugapintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasanlapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozekyang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.


Cadangan jawapan U2 2023 20 Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort) Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yangdirahmati). Kota ini ialahistana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857. Penggunaan warna batu bata merah yangmemperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan untuk membinanya.Kotaataukubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna. Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja ShahJahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama10tahun untuk disiapkan (1648). Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2kmyangpernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh. Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahanseni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluargadiraja Moghul. Masjid Jama, Delhi Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurunke- 17 iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu ShahJahan untuk puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakanmeletakkan batu asas masjid ini di puncak sebuah bukit pada tahun 1650.Namaasal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa Parsi bermaksud Masjid CerminDunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak di atassebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monumenmasjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yangterletak berhadapan dengan Masjid Jama. Kehebatan binaan itu kekal sehinggahari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunyamasjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengankerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkanpada tahun 1656. KESIMPULAN Kesimpulannya, kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalambidangkebudayaan khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahanyang kukuh bahkan yang paling unikmenggabung nilai-nilai kesenian Islamdenganunsur tempatan Parsi.


Cadangan jawapan U2 2023 21 10.Pemimpin memainkan peranan penting dalam memajukan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan pada abad ke 15. Bincangkan. Melaka telah muncul sebagai Emporium perdagangan terkenal. Melaka telahberubah daripada hanya sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot pada abad ke 15M. Melaka digelar malakat oleh orang Arabiaitu perhimpunan para pedagang. Kemuncak kegemilangan Melaka ini sebagai pusat perdagangan entrepot ialah semasa pemerintahan kerajaan Islamdi bawahSultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagangdari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalamSejarahMalaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalanperdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindungdaripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. Selain itu, kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melakasebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah berjaya memajukan Melakamenjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. Melaka juga telah mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripadaancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasanayang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkanwujudnya perkembangan perdagangan dua hala. Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka juga amat bergantung kepadaperanan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. PelabuhanMelaka terletak dikawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempahratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Hal ini telahmenggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka. Akhir sekali, Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam sistempentadbiranKesultanan Melayu Melaka. Pelaksanaan undang-undang ini membolehkanpedagang-pedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal sertadiri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun. Kesimpulannya, Kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot didorongoleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini saling berkait antara satu sama lain. Kemuncakkegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdaganganantarabangsa terutama semasa zaman Raja Melaka menerima Islam. (Zaman SultanMuzaffar)


Cadangan jawapan U2 2023 22 11.Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalamkerajaanTurki Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi. Pendahuluan • Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakanpembaharuan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarahbermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyahantara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaandaripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokusterhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidakmendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun1856. Isi-isi penting: 1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839 • Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentangperlunya sebuah peraturan yang lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaanUthmaniyah, syariat dan undang-undang negara dipatuhi dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran. Sebaliknya, selepas 150 tahun telah berlakupenyelewengan yang menyebabkan undang-undang tidak lagi dipatuhi danakibatnya kekuatan serta kemakmuran bertukar kepada kelemahan dan kemiskinan. • Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, dan harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islamdanhukuman tidak akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang tidak dibenarkan. Hak milik terhadapharta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap harta yangdimilikinya. Oleh itu, hak memiliki harta penyenayah dan keluarganya tidak terhapusatau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengiraagama dan mazhab. • Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan kerahan tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk belanjawannegara. Wang tersebut akan diagihkan untuk kepentingan rakyat dan negara. Pungutan cukai secara monopoli turut dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan hartayang dimiliki dan kemampuan seseorang. • Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tenterabagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistem ini merupakan satu tugas suci bagi mempertahankan bangsa dan tanahair. Sistem pemilihan tentera secara paksa tidak mampu memenuhi bilangan yangdiperlukan. Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat diberikan sepenuhnyaapabila berlaku rusuhan. Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang sesuai dalampengambilan tentera iaitu mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun.


Cadangan jawapan U2 2023 23 2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856 • Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalamHatt- Sherif Gulhane dan yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalamHatt- Humayun. Begitu juga keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristiandanlainnya adalah juga disahkan. Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan dihapuskan. • Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agamadengan bebas dan tidak ada paksaan dalam beragama. Semua rakyat tanpamengira bangsa dan agama layakmemohon dan menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awam atau tentera. Mereka juga boleh mendirikan sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul antararakyat yang berlainan agama akan diselesaikan oleh mahkamah campuranmanakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum. • Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan bank, menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan ini, usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negaraEropah. Kesimpulan • Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secarameluas dalam semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, danperundangan. • Reformasi perundangan telah melahirkan undung undang baharu seperti KanunKeseksaan, Kanun Perniagaan dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu jugadiwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.


Cadangan jawapan U2 2023 24 12. Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyahpada abad ke-19 Masihi. Pendahuluan • Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalamkerajaan Turki Uthmaniyah dan ianya dilancarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun1839 hingga 1876.Tanzimat ini berdasarkan dua piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan HattI Hamayun 1856. • Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistempemerintahandan pentadbiran serta memberi fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristiansupaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. • Pelaksanaan Tanzimat telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap pentadbirankerajaan Turki Uthmaniyah. Isi-isi penting: 1. Unsur-unsur sekularisme meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah. • Salah satu kesan Tanzimat adalah meresapnya unsue-unsue sekularisme dalampentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah. • Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan programsekularisasi dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. PiagamGulhanememperakukan perundangan baru yang banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanyaUndang- Undang Perdagangan. • Selan itu, didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di sampingmahkamah-mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikansekolah-sekolah Rushdiye. Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkanpendidikan moden yang terpisah dari agama 2. Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat. • Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekulardalam sistem pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyahpula belajar di negara-negara Eropah. • Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan Campur tangan negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah. • Contohnya, Mustafa Kamal Artartuk telah berjaya memperjuangkan negara sekular Turki dan menggantikan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. 3. Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistemkapitalis. • Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negaraIslam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskanriba ini membawa implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang denganbank-bank asing. • Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 3%hingga4%


Cadangan jawapan U2 2023 25 tetapi peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutangsementara kadar faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-anyang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara dimana KTU menghadapi zaman muflis. • Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negara mengakibatkankekacauan di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina dan kawasansekitarnya. • Buktinya Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air merekadaripada pemerintahan Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjayamenghapuskan rusuhan di Bulgaria dan Serbia, Montenegro pula mengisytiharkanperang untuk mendapatkan kemerdekaan. 4. Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan) • Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalammelaksanakanpembaharuan Tanzimat juga mendapat kritikan keras. Kekuassan mutlak sultanbertambah setelah Sultan Mahmud Il berjaya menghancurkan pasukan tenteraInkishariyah dan golongan ulama yang suatu masa lalu, tertera ini merupakan kekuatanyang dapat mengimbangi kuasaan mutlak sultan. • Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga keranahubungan yang erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan masyarakat Uthmaniyah. Sementara ulama yang tidak bersetuju denganpembaharuan ala-Barat berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkandalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistemsekular mengambil alih peranan mereka. • Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dankabinetnya bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda. 5. Kemunculan Gerakan Uthmani Muda. • Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakandalam akhbar dan majalah tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontik Alliance padatahun 1871 yang akhirmya membentuk gerakan Uthmani Muda. • Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahanUtmaniyah dan mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistemkhalifahberperlembagaan dilaksanakan. • Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamidmengisytiharkan kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudianperlembagaan ini digantung dan beliau kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengansistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan autokrasi. Kesimpulan • Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budayadan cara hidup Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasaBarat untuk campur tangan dalam urusan negara Islam. • Gerakan Tarzimat yang dirangka untuk memodenkan kerajaan telah menimbulkanimpak negatif. Situasi ini akhirmya membawa kepada penguasaan kerajaan olehgolongan birokrat pro-Barat daan Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaanUthimaniyah daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.


Cadangan jawapan U2 2023 26 13: Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi. PENDAHULUAN Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakanpembaharuan yang dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarahbermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyahantara tahun 1839 hingga 1876. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan daripadakelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokus terhadapmasalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkannaungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua piagamutama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856. 1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839 ● Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentang perlunyasebuah peraturan yang lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang-undang negara dipatuhi dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran. Sebaliknya, selepas 150 tahun telah berlaku penyelewenganyang menyebabkan undang-undang tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan sertakemakmuran bertukar kepada kelemahan dan kemiskinan. ● Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, danharta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islamdan hukumantidak akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaranterhadap kehormatan seseorang tidak dibenarkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasanterhadap harta yang dimilikinya. Oleh itu, hak memiliki harta penyenayah dankeluarganya tidak terhapus atau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama dan mazhab. ● Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan kerahan tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk belanjawan negara. Wang tersebut akan diagihkan untuk kepentingan rakyat dan negara. Pungutan cukai secara monopoli turut dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki dankemampuan seseorang. ● Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistemini merupakan satu tugas suci bagi mempertahankan bangsa dan tanah air. Sistempemilihan tentera secara paksa tidak mampu memenuhi bilangan yang diperlukan . Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat diberikan sepenuhnya apabila berlakurusuhan . Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang sesuai dalampengambilantentera iaitu mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun. 2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856 ● Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalamHatt- Sherif Gulhane dan yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalamHatt- Humayun. Begitu juga keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristian dan


Cadangan jawapan U2 2023 27 lainnya adalah juga disahkan. Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan dihapuskan. ● Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristiandan bukan Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebasdan tidak ada paksaan dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira bangsa danagama layak memohon dan menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awamatautentera. Mereka juga boleh mendirikan sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul antara rakyat yang berlainan agama akan diselesaikan oleh mahkamah campuranmanakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum. ● Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan bank, menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan ini, usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negaraEropah. KESIMPULAN Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secarameluas dalam semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, danperundangan. Reformasi perundangan telah melahirkan undung undang baharu seperti Kanun Keseksaan, Kanun Perniagaan dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu jugadiwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.


Cadangan jawapan U2 2023 28 14 : Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi. PENDAHULUAN Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalamkerajaan Turki Uthmaniyah dan ianya dilancarkan oleh Sultan Mahmud II pada tahun1839 hingga 1876.Tanzimat ini berdasarkan dua piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaandaripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi fokusterhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pelaksanaan Tanzimat telah meninggalkanpelbagai kesan terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah. 1. Unsur-unsur sekularisme meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah. ● Salah satu kesan Tanzimat adalah meresapnya unsur-unsur sekularisme dalampentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah. ● Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan programsekularisasi dalam pelbagai institusi kerajaan termasuk perundangan. PiagamGulhanememperakukan perundangan baru yang banyak dipengaruhi oleh Barat, umpamanyaUndang- Undang Perdagangan. ● Selan itu, didirikan pula mahkamah-mahkamah yang bersifat sekular, di sampingmahkamahmahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikansekolah-sekolah Rushdiye. Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkanpendidikan moden yang terpisah dari agama 2. Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat. ● Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem pendidikan dan kebanyakan golongan birokrat Turki Uthmaniyah pulabelajar di negara-negara Eropah. ● Hasil dari sikap pro-Barat ini membuka pintu kepada kemasukan pengaruh dan campur tangan negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah. ● Contohnya, Mustafa Kamal Artartuk telah berjaya memperjuangkan negara sekular Turki dan menggantikan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. 3. Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistemkapitalis. ● Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negaraIslam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskanriba ini membawa implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang denganbank-bank asing. ● Pada mulanya, hutang masih kecil dan faedah yang dikenakan hanyalah 3%hingga4% tetapi peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terusberhutang sementara kadar faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan1870-an yang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara dimana KTUmenghadapi zaman muflis. ● Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negaramengakibatkan kekacauan di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia danHerzegovina dan kawasan sekitarnya.


Cadangan jawapan U2 2023 29 ● Buktinya Bulgaria yang mengambil peluang bagi membebaskan tanah air merekadaripada pemerintahan Uthmaniyah. Apabila kerajaan Uthmaniyah berjayamenghapuskan rusuhan di Bulgaria dan Serbia, Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkankemerdekaan. 4. Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan) ● Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalammelaksanakanpembaharuan Tanzimat juga mendapat kritikan keras. Kekuassan mutlak sultanbertambah setelah Sultan Mahmud Il berjaya menghancurkan pasukan tenteraInkishariyah dan golongan ulama yang suatu masa lalu, tertera ini merupakan kekuatanyang dapat mengimbangi kuasaan mutlak sultan. ● Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga keranahubungan yang erat dengan Tarekat Bektasyi yang mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan masyarakat Uthmaniyah. Sementara ulama yang tidak bersetuju denganpembaharuan ala-Barat berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi fungsi ulama menjadi lemah apabila mereka diserapkandalam pentadbiran dan munculnya golongan elit baru hasil dari sistemsekular mengambil alih peranan mereka. ● Apabila hilangnya dua pengimbang ini (tentera dan ulama), kekuasaan sultan dankabinetnya bertambah mutlak menggantikan kebebasan bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda. 5. Kemunculan Gerakan Uthmani Muda. ● Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakandalam akhbar dan majalah tetapi dengan munculnya kumpulan Patriontik Alliance padatahun 1871 yang akhirnya membentuk gerakan Uthmani Muda. ● Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahanUtmaniyah dan mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistemkhalifahberperlembagaan dilaksanakan. ● Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamidmengisytiharkan kuatkuasanya perlembagaan baharu tetapi setahun kemudianperlembagaan ini digantung dan beliau kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengansistem khilafah tradisional yang menikmati kekuasaan autokrasi. KESIMPULAN Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dancara hidup Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasaBarat untuk campur tangan dalam urusan negara Islam. Gerakan Tarzimat yangdirangka untuk memodenkan kerajaan telah menimbulkan impak negatif. Situasi ini akhirmya membawa kepada penguasaan kerajaan oleh golongan birokrat pro-Barat daanTanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthimaniyah daripada ancamankuasa-kuasa Barat.


Cadangan jawapan U2 2023 30 15.BINCANGKAN GERAKAN TANZIMAT DAN KESANNYA TERHADAPPENTADBIRAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE-19M. Tanzimat bermaksud satu gerakan pembaharuan atau reformasi, penyusunan semuladan pembaik pulih yang dilakukan oleh pemerintah kerajaan Uthmaniyah bermula padatahun 1839 hingga 1876. Era tanzimat berlaku pada tahun 1839 M sehingga 1918M. Tanzimat bermula dengan pengisytiharan piagam Hatt-I Sherif Gulhane oleh SultanAbdul Hamid pada 3 November 1839M dan berakhir setelah Sultan Abdul HamidII bertindak menggantungkan perkembangan Uthmaniyah pada 7 Februari 1878M. Piagam bertujuan untuk melindungi Uthmaniyah dari gerakan pembebasan berpaksikanbangsa nasionalis dan supaya berwaspada dengan kuasa pihak luar yang inginmelakukan penjajahan ke atas wilayah mereka. Pembaharuan dilakukan dalam3 aspekiaitu politik, ekonomi dan sosial. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Sultan Salim III adalah menyeluruh iaitumerangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, pemantapan dalamaspekpolitik khususnya bidang ketenteraan diberi keutamaan dan perhatian. Hal ini demikiankerana, bidangketenteraan merupakan sumber kekuatan kerajaan Uthmaniyah. Antarapembaharuan dalam aspek politik adalah melakukan pembaharuan dalamsektor pentadbiran. Dengan menjalankan polisi pemusatan pemerintahan terhadappemerintahan wilayah. Selain itu, pembaharuan dalam aspek ketenteraan era tanzimat memperlihatkan tentera terlatih sultan dibahagikan kepada 6 bahagian mengikut wilayah. Seterusnya, era tanzimat menyaksikan satu kewujudan sistem undang- undang yangdapat diterima oleh semua rakyat kerajaan Uthmaniyah tanpa mengira agama, kepercayaan dan kedudukan. Dari aspek ekonomi ialah memperkenalkan mata wang baru. Pada tahun 1839M, kerajaan Uthmaniyah memperkenalkan mata wang baru iaitu Gaima dalambentukwangkertas dan wang syiling emas serta perak pada tahun 1844 M. pada tahun 1853 M, bankUthmaniyah bercirikan perbankan Eropah ditubuhkan di Istanbul dan bank diraja Istanbul ditubuhkan padatahun 1848 M.Aspek sosial pula ialah Sultan MahmudII memperkenalkan beberapa bidang kessenian Barat dalam masyarakat kerajaanUthmaniyah seperti muzik, opera dan tarian balet. Kesenian ini kebiasaannya dimainkanoleh warga kedutaan luar dan di import masuk dalam sistem ketenteraan. Bidang pendidikan juga turut mengalami perubahan melalui 6 saluran. Antara salurantersebut ialah melalui pendedahan yang luas terhadap pemodenan Barat, pengalamanseseorang, pekerjaan, pengembaraan, pembacaan dan perbincangan antara pemimpinatau sarjana. Pada tahun 1838 M, sekolah pendidikan sekuler itu Mekteb-I Maarif ditubuhkan. Kebanyakan para pemimpin terkenal adalah keluaran sekolah berkenaan. Pembaharuan dalam bidang pendidikan memperlihatkan transformasi yangmenyebabkan pertentangan antara pendidikan agama dengan sekular. Manakala kesan daripada gerakan tanzimat ialah meningkatkan aktiviti perdagangan. Pada tahun 1838, peraturan perdagangan yang memberi hak keistimewaan telahdiperbaharui khususnya kepada pihak British. Kesannya, jumlah perdagangan kerajaanUthmaniyah dan Barat semakin meningkat. Sebagai contoh, jumlah import kerajaanUthmaniyah dari Britain pada tahun 1825 M adalah sebanyak 1,079,671 paun danmeningkat kepada 3,578,561 paun pada tahun 1839 M. barangan seperti kapas, kain,


Cadangan jawapan U2 2023 31 bulu biri-biri dan gula menjadi barangan utama yang diimport dari Britain. Baranganmentah seperti akar kayu, sutera mentah dan anggur kering dieksport ke Britain. Kesan lain ialah berlaku peningkatan terhadap peluang pekerjaan. Kerajaan Uthmaniyahmemperkenalkan projek pertanian di Yesilkoy bagi menghasilkan tanaman baruberdasarkan kepada teknologi pertanian Perancis dan pakar pertanian dari Amerika. Kerajaan Uthmaniyah turut membina kilang kain di Damascus bagi menghasilkan kainyang berkualiti dan bermutu tinggi, masyarakat Uthmaniyah telah memperkenalkanpelbagai corak kain, permaidani, suteradan benang emas. Kesimpulannya, pembaharuan ini menyaksikan perubahan polisi dari Barat. Yusof AlQardawi berpendapat bahawa tidak salah umat islam mencontohi Barat dalamperkarabaik. Namun begitu, pembaharuan yang dilaksanakan dalam aspek politik, ekonomi dansosial oleh pemerintah dilihat dari sudut positif dan negatif. Hal ini demikian kerana, kemajuan fizikal oleh tamadun Barat mengatasi pembangunan kerohanian terhadapmasyarakat islam. Kesannya, kebudayaan diterap oleh masyarakat islamhinggahilangnya identiti islam. Bahkan, pembaharuan ini menjadi satu faktor kepadapembubaran khilafah dalam sejarah tamadun islam.Walau bagaimanapun, pembaharuanyang dilakukan mewujudkan pembangunan fizikal, perkembangan intelektual yangmenakjubkan dan merupakan usaha untuk memajukan aspek ekonomi, politik dan sosial demi mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah.


Click to View FlipBook Version