The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PBKK 2 DOH WAI WOON, 2024-03-25 11:00:56

EDUP - PENTAKSIRAN (1)_compressed (1)

EDUP - PENTAKSIRAN (1)_compressed (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN ILMU PENDIDIKAN TAHUN AKADEMIK : Semester 2 Tahun 2/ 2024 PENTAKSIRAN BERTERUSAN (INDIVIDU) EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM : PISMP AMBILAN: JUN 2021 SEMESTER: DUA NAMA PENSYARAH: EN. BENEDICT CLEMENT D’SILVA NAMA PELAJAR: DOH WAI WOON ANGKA GILIRAN: 2021152340245 NO KAD PENGENALAN: 020515050516 TARIKH HANTAR: 20 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: w Tarikh: 20 MAC 2024


SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 3 2.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF 3 3.0 ANALISIS DAN PENILAIAN INSTRUMEN 3.1 Penilaian instrumen 1 - SENARAI SEMAK 3.2 Penilaian instrumen 2 - KERTAS UJIAN 3.3 Penilaian instrumen 3 - PENILAIAN RAKAN SEBAYA 4 - 9 4.0 KESIMPULAN 10 RUJUKAN 11 LAMPIRAN 12 - 20 2


1.0 PENDAHULUAN Secara umumnya, pentaksiran merupakan suatu proses pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan yang meliputi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan juga menginterpretasi maklumat yang diperolehi oleh pelajar. Menurut (Assim, 2018), pentaksiran merujuk kepada suatu proses untuk mendapatkan maklumat untuk digunakan bagi membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam erti kata yang lain, pentaksiran merangkumi prosedur - prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran seseorang murid dan membuat penghakiman nilai, tahap dan status mengenai pembelajaran mereka. ( Miller, Lin & Gronlund, 2009). Dalam konteks pembelajaran pula, pentaksiran digunakan oleh guru untuk tujuan mengesan perkembangan dan kemajuan murid dalam sesuatu mata pelajaran atau topik tertentu yang diuji. 2.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF Pentaksiran alternatif merupakan pentaksiran yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah selain daripada peperiksaan berpusat. Tujuan guru merancang dan melaksanakan pentaksiran alternatif adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian. Oleh hal demikian, terdapat pelbagai strategi pentaksiran alternatif yang boleh digunapakai oleh guru antaranya seperti buku skrap, tugasan penulisan, projek, penilaian kendiri, pemerhatian dan lain - lain lagi. 3.0 ANALISIS DAN PENILAIAN INSTRUMEN (KEKUATAN, KELEMAHAN, CADANGAN) Dalam memastikan keberkesanan pentaksiran alternatif yang dilaksanakan, guru perlulah menyediakan instrumen penilaian yang menepati piawaian yang telah ditetapkan. Menurut kamus dewan edisi keempat, instrumen bererti alat di mana instrumen adalah alat atau kaedah yang digunakan untuk tujuan mengumpulkan data bagi melaksanakan pengukuran, pemerhatian atau penilaian terhadap sesuatu pembelajaran. Instrumen pentaksiran terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ujian aneka pilihan, pemerhatian, projek, portfolio dan sebagainya. Oleh hal demikian, sebuah instrumen pentaksiran yang baik adalah meliputi aspekaspek seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan akhir sekali adalah aspek kemudahtafsiran. Dalam penulisan ini, saya akan menilai tiga instrumen pentaksiran. Antaranya adalah senarai semak, kertas ujian dan juga borang penilaian rakan sebaya. 3


3.1 INSTRUMEN 1 - PEMERHATIAN (SENARAI SEMAK) Penilaian alternatif yang pertama saya gunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu alat yang sesuai digunapakai untuk mentaksir proses dan hasil kerja murid di bilik darjah seperti aktiviti melukis, penghasilan kraf tangan, penghasilan produk dan sebagainya. Justeru, guru boleh menilai sikap serta penguasaan murid terhadap suatu topik tersebut yang telah dipelajari. Bukan itu sahaja, hasil pemerhatian membolehkan guru mengenal pasti murid yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu dan lain - lain lagi. Oleh hal demikian, instrumen pentaksiran secara pemerhatian yang boleh digunakan oleh guru adalah senarai semak. Senarai semak merujuk kepada suatu senarai items yang disediakan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan telah dilaksanakan, (Norazmalinda, 2015). Merujuk kepada gambar 1.0, berikut merupakan instrumen senarai semak yang saya pilih. Instrumen senarai semak tersebut adalah untuk mata pelajaran Sains untuk tahun satu. Terdapat enam elemen yang dinilai menggunakan instrumen tersebut. Antaranya adalah penglibatan dalam kumpulan, komunikasi, tugasan cantum puzzle, menamakan haiwan dalam gambar dan akhir sekali adalah elemen melabel dan menentukan bahagian tubuh haiwan. Berdasarkan kepada instrumen tersebut, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat saya analisis. Kekuatan yang pertama adalah instrumen tersebut menepati kriteria kesahan. Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur itu benar-benar mengukur konstruk yang hendak diukur. Berdasarkan kepada instrumen senarai semak tersebut, dapat dilihat bahawa kesahan kandungan adalah tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, objektif penilaian tersebut adalah berdasarkan Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran (DSKP) iaitu topik yang dinilai adalah topik 5 berkaitan dengan bahagian tubuh haiwan. Oleh hal demikian, dapat dibuktikan bahawa kandungan yang diuji adalah berdasarkan kepada isi kandungan topik mata pelajaran yang hendak diuji. Selain itu, dapat dilihat bahawa instrumen senarai semak yang saya pilih juga menepati kesahan konstruk. Kesahan konstruk merujuk kepada satu ujian yang dibentuk untuk mengukur segala tingkah laku yang hendak diukur. Sebagai contoh, dalam senarai semak tersebut, tingkah laku yang dilakukan pemerhatian oleh guru adalah dari segi komunikasi, penglibatan murid dan juga pelaksanaan tugasan. Selain itu itu, items yang dinilai juga berfokuskan kepada aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, guru membuat perhatian tentang penglibatan murid dalam melaksanakan aktiviti melabelkan tubuh haiwan pasa puzzle yang telah lengkap dicantumkan. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa 4


items yang diuji adalah berkaitan murid dapat menamakan dan melabelkan serta menentukan tubuh haiwan. Kelemahan yang boleh saya nilai bagi senarai semak tersebut adalah items yang dinilai melalui pemerhatian oleh guru hanya berfokuskan kepada tingkah laku tertentu dan bukanya kesemua. Tingkah laku yang diuji dalam senarai semak tersebut hanya dinilai 5 items sahaja untuk memastikan kebolehcapaian murid bagi topik tertentu. Oleh hal demikian, ada kalanya guru mungkin terlepas daripada memerhati tingkah laku yang signifikan. Selain daripada itu, tahap kebolehpercayaan instrumen senarai semak rendah. Kebolehpercayaan merujuk kepada kadar ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu perkara atau ciri. Menurut (Herniza Mahmud, 2012), instrumen senarai semak yang baik adalah pemerhatian tersebut perlu dilakukan sekurang- kurangnya 3 kali. Namun, berdasarkan kepada senarai semak rajah 1.0, pemerhatian tersebut hanya dilaksanakan sekali sahaja untuk menentukkan kebolehcapaian murid terhadap topik tersebut. Oleh hal demikian, cadangan penambahbaikan untuk instrumen penilaian ini adalah guru perlulah memperbanyakan lagi items yang perlu dinilai dalam senarai semak tersebut agar guru dapat mengukur secara tepat tentang apa yang hendak diukur. Selain itu, pemerhatian perlulah dilakukan secara berulang kali agar mencapai kebolehpercayaan yang tinggi. Misalnya, guru boleh mengaplikasikan objektif pembelajaran yang sama iaitu melabelkan tubuh haiwan tetapi guru memperbanyakkan lagi aktiviti yang mirip dengan objektif tersebut untuk menguji murid. 3.2 INSTRUMEN 2 - PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS (KERTAS UJIAN) Penilaian alternatif yang kedua akan saya gunakan adalah pentaksiran secara bertulis. Pentaksiran secara bertulis adalah satu strategi yang digunapakai oleh guru untuk mengesan perkembangan intelek dan kemahiran murid berdasarkan hasil pembelajaran yang terdapat dalam DSKP bagi sesuatu topik atau mana - mana mata pelajaran. Bagi pentaksiran secara bertulis ini, hasil pembelajaran akan menentukan aspek yang perlu dinilai, bentuk pelaksanaan aktiviti dan jenis instrumen pentaksiran yang akan digunakan. Dalam hal ini, saya akan menilai instrumen kertas ujian bagi pentaksiran secara ujian ini. Saya telah memilih kertas ujian pendidikan kesihatan bagi murid tahun 5. 5


Kekuatan yang dapat saya analisis daripada instrumen kertas ujian ini adalah dari aspek kesahan. Kesahan adalah aspek yang sangat penting dalam menghasilkan satu kertas ujian yang baik dan berkualiti. Jika kesahan kertas ujian itu rendah atau tiada kesahan, maka ia boleh membawa kesan buruk. Oleh hal demikian, dapat saya katakan bahawa kesahan muka adalah tinggi bagi kertas ujian ini kerana ia mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa yang sifar serta kertas ujian ini mempunyai kejelasan arahan yang tinggi. Misalnya, kertas ujian tersebut mengandungi pernyataan mata pelajaran yang hendak diuji seperti dalam gambar 3.0, kertas ujian pendidikan kesihatan tahun 5. Selain itu, melalui analisis, dapat dilihat bahawa kertas ujian ini mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Hal ini tercetus apabila kertas ujian ini adalah dibina berdasarkan kepada proses pembinaan ujian, iaitu langkah pertama adalah menentukan tujuan ujian, langkah kedua adalah membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), langkah ketiga adalah menggubal item ujian, langkah keempat adalah memasang item ujian dan akhir sekali adalah modifikasi dan pemurnian items. Oleh hal demikian, items atau soalan - soalan ujian tersebut adalah dibina berdasarkan kepada JSU (rujuk gambar 4.0) yang berfokus kepada topik - topik yang hendak diuji sahaja. Sebagaimana yang kita sedia maklum, guru akan membuat penghakiman terhadap setiap item dengan memberikan peratus atau darjah persetujuan kepada items tersebut. Dengan itu, items atau soalan yang mempunyai darjah persetujuan tinggi akan dimasukkan ke dalam kertas ujian tersebut. Menurut (Miller, Linn & Gronlund, 2009), kesahan sesuatu items tidak dapat dibaca dalam bentuk angka tetapi boleh dalam bentuk penghakiman oleh guru pakar. Selain itu, bukti kesahan kandungan kertas ujian ini adalah tinggi disebabkan oleh ujian ini hanya berfokuskan kepada topik yang hendak diuji sahaja. Bagi kertas ujian ini, topik yang hendak diuji adalah tema 2 tentang penyalahgunaan bahan dan tema 6 tentang penyakit Oleh hal demikian, soalan - soalan yang terdapat dalam kertas ujian ini hanyalah mengandungi kedua - kedua topik itu sahaja. Selain daripada itu, tema yang diuji adalah berlandaskan kepada Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran (DSKP) bagi tahun 5 sahaja. Seterusnya, kekuatan yang dapat saya analisis berdasarkan instrumen kertas ujian ini adalah dari segi aspek kebolehpercayaan. Instrumen kertas ujian ini mempunyai kebolehpercayaan tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, serakan skor bagi kertas ujian tersebut adalah tinggi di mana pemberatan bagi topik 2 adalah sebanyak 57% dan bagi topik 6 adalah sebanyak 43%. Di sini, dapat dikatakan serakan skor adalah lebih kurang sama, jadi tahap kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Di samping itu, kebolehpercayaan items dalam instrumen pentaksiran juga adalah tinggi. Kebolehpercayaan item menunjukkan 6


dalam kertas ujian itu mengandungi tahap yang berbeza contohnya mengandungi items mudah, sederhana dan sukar. Dalam kertas ujian tersebut ( gambar 4.0), dapat dilihat bahawa terdapat 8 soalan aras rendah, 4 soalan aras rendah dan 3 soalan aras tinggi. Sehubungan dengan itu, markah ujian yang diperoleh oleh murid dapat menilai kebolehcapaian murid terhadap dua topik tersebut. Seterusnya, kekuatan yang dapat nilai berdasarkan kepada instrumen kertas ujian ini adalah kertas ujian ini mencapai aspek keobjektifan yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat 10 soalan objektif dalam instrumen kertas ujian tersebut, jadi keobjektifan item bagi kesepuluh soalan adalah tinggi kerana hanya satu kunci jawapan yang disediakan bagi setiap soalan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, keobjektifan dalam items pentaksiran bermakna items pentaksiran hendaklah jelas dan hanya boleh menerima satu jawapan yang tepat. Justeru, kekuatan yang dapat saya nilai berdasarkan kepada instrumen kertas ujian ini adalah kertas ujian ini mencapai aspek kemudahtadbiran. Kemudahtadbiran merujuk kepada sama ada sesuatu pentaksiran itu dapat ditadbir dengan mudah dan berkesan. Tambahan pula, kemudahtadbiran merujuk pentadbiran ujian secara baik dan berjalan lancar adalah dari segi penyediaan ujian sebelum, semasa dan selepas. Kertas ujian ini mencapai kemudahtadbiran yang tinggi. Misalnya, arahan yang ditulis dalam kertas soalan mudah difahami dan jelas untuk dibaca oleh murid yang menjawab soalan ujian tersebut. Selain itu, tempoh masa juga dinyatakan dalam kertas soalan tersebut. Dalam pada itu, pembahagian masa adalah berdasarkan kepada JSU yang telah disediakan. Jadi, setiap soalan mempunyai tempoh masa yang untuk menjawab berdasarkan kepada pemberatan markah bagi soalan tersebut. Hal ini disebabkan oleh sekiranya masa yang tidak mencukupi yang diperuntukkan untuk menjawab soalan, ia boleh menjejaskan aspek kesahan kertas ujian tersebut. Akhir sekali, dapat dilihat bahawa aspek kemudahtadbiran kertas ujian ini mencapai kerana ransangan - ransangan yang terdapat dalam kertas soalan adalah jelas dan cukup besar untuk membolehkan murid untuk melihat dan menjawab soalannya. Selain daripada itu, kekuatan instrumen soalan ujian ini boleh dilihat dari aspek kemudahtafsiran. Kemudahtafsiran merujuk kepada sejauh mana skor yang dihasilkan oleh instrumen tersebut memberi makna kepadanya. Dalam hal ini, sebab soalan mempunyai pemberatan markah dan mengandungi topik - topik yang diuji. Sebagai contoh, jika seseorang 7


murid itu memperoleh skor atau markah yang lebih tinggi bagi soalan uji topik 2 berbanding dengan topik 6, maka dapat ditafsirkan bahawa murid cenderung menguasai topik 2 mengenai penyalahgunaan bahan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan berbanding dengan topik 6 mengenai penyakit. Hal ini dapat dibuktikan, dalam pembinaan JSU, setiap soalan akan diambil kira dari aspek jam pembelajaran sesuatu topik itu. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat melalui instrumen kertas ujian ini. Antaranya adalah bagi soalan subjektif, aspek keobjektifan rendah kerana jawapan bagi soalan subjektif adalah meluas dan tidak mempunyai satu jawapan yang betul - betul tepat sekali kerana jawapan yang musnasabah masih boleh diterima untuk soalan-soalan subjektif. Selain itu, dalam kertas ujian tersebut, terdapat dua soalan yang mempunyai persamaan iaitu soalan objektif nombor 5 dan soalan subjektif nombor 3. Sehubungan dengan itu, jika murid menjawab salah bagi soalan di bahagian objektif, maka risiko murid menjawab salah bagi soalan subjektif agak tinggi. Oleh hal demikian, semasa membina soalan, guru perlulah memastikan tiada pengulangan soalan di bahagian objektif dan bahagian subjektif agar tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada murid - murid untuk menjawab soalan tersebut. 3.3 INSTRUMEN 3 - BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA (LISAN) Penilaian alternatif yang ketiga saya gunakan adalah pentaksiran rakan sebaya. Pentaksiran rakan sebaya bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam pasukan, komunikasi antara ahli kumpulan serta melibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Tambahan pula, pentaksiran rakan sebaya ini memberi peluang kepada murid untuk menilai dan mentaksir rakan mereka dalam aktiviti kumpulan atau kerja berpasangan. Oleh hal demikian, bagi pentaksiran rakan sebaya, instrumen yang digunakan adalah borang penilaian rakan sebaya. Kekuatan instrumen borang penilaian rakan sebaya adalah instrumen tersebut mampu mengukur dari aspek kesahan kriteria. Kesahan kriteria berkaitan bagaimana instrumen tersebut dapat meramal tingkah laku murid pada masa hadapan. Justeru, borang penilaian rakan sebaya adalah merujuk kepada murid - murid menilai sesama sendiri dalam pelaksanaan sesuatu kerja kumpulan. Oleh itu, murid - murid akan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dinilai sewaktu dalam kerja kumpulan tersebut. Selain itu, kekuatan instrumen borang penilaian ini juga boleh dinilai berdasarkan dari aspek keobjektifan. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika sesuatu pentaksiran mempunyai 8


keobjektifan, bermakna beberapa pemeriksa yang mempunyai kelayakan yang setaraf akan menghasilkan skor yang serupa apabila memeriksa jawapan calon yang menjalani pentaksiran tersebut. Selain itu, pendapat peribadi dan sikap berat sebelah juga tidak akan mempengaruhi skor mereka, ( Alsaliha, 2019 ; Gronlund & Linn, 1995). Dalam konteks ini, pemeriksa yang berkelayakan sama merujuk kepada murid. Setiap murid akan bersama - sama untuk menilai rakannya, jadi setiap murid akan memberikan skor yang selayak berdasarkan kepada prestasi murid tanpa berlaku berat sebelah dan skor ujian tersebut boleh mencapai keobjektifan yang tinggi. Namun, kesahan kriteria pada borang penilaian rakan sebaya akan menjadi rendah disebabkan oleh faktor keadaan murid tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika murid tersebut tidak sihat dan mempunyai gangguan emosi pada hari penilaian rakan sebaya, maka skor yang diperolehi adalah rendah kerana murid tidak menunjukkan prestasi yang baik sewaktu penilaian. Jadi, perkara itu menjadikan kebolehpercayaan terhadap instrumen adalah rendah kerana skor yang diperoleh murid tersebut tidak mengukur prestasi murid tetapi hanya mengukur tingkah laku yang ditunjukkan pada hari berkenaan sahaja. Oleh hal demikian, guru perlulah memastikan murid bersedia dan berada dalam keadaan yang stabil untuk melakukan pentaksiran tersebut agar kebolehpercayaan dan kesahan ujian tersebut tinggi 9


4. 0 KESIMPULAN Saya berpendapat saya, instrumen penilaian yang baik dapat memastikan tujuan sesuatu pentaksiran dapat dicapai. Hal ini kerana, instrumen tersebut dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, satu instrumen yang baik adalah di mana aspek kebolehpercayaan, kesahaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran adalah berada pada tahap yang tinggi. Misalnya. kertas ujian yang baik adalah mempunyai kesahan kandungan tinggi. Oleh itu, pembinaan JSU amatlah penting untuk menentukan kesahaan sesuatu pentaksiran alternatif itu. Tambahan pula, jenis ujian yang hendak dilaksanakan juga perlulah mengambil kira dari aspek bentuk soalannya seperti soalan objektif dan juga soalan subjektif. Kini, pentaksiran bukan hanya sekadar menjawab kertas ujian sahaja, malah bagi mengukur prestasi murid, pelbagai jenis alternatif boleh digunapakai seperti penghasilan buku skrap, projek, penghasilan produk dan lain - lain lagi. Tuntasnya, pentaksiran alternatif bukan sahaja dapat menilai pencapaian murid malah ia dapat mencungkil daya kreativiti murid dalam pembelajaran. 10


RUJUKAN Alsalihi, H.D.A. (2019). Characteristics of a good test. Doi: 10.13140/RG.2.2.2176169. Assim., A.E. (2018).Ethical concerns in assessment and research in education. Journal of Educational Research and Development volum 5, July 2018. Dr.Mahaya Binti Salleh., Dr.Suzana binti Abd Mutalib., Dr. Hashiroh binti Hussein., & Pn. Zakirah Imana Ho Binti Abdullah. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Local Publications (M) Sdn.Bhd. Dr. Lee Leh Hong., Dr. Boon Pong Ying., Dr. Lawrence Aloysius Aeria., & Dr. Ilhavenil A/P Narinasamy. (2024). Pentaksiran dalam pendidikan. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd. Grounlund, N.E.&Linn, R.L.(1995). Measurement and assessment in Teaching(7th ed). London. Herniza Mahmud. (2012, January 13). Senarai semak. Slideshare. https://www.slideshare.net/hernz/senarai-semak-11002482 Miller, M. D., Linn, R.L. & Grounlund, N.E. (2009). Measurement and assessment in teaching. (10th ed.) Pearson Educational International. Norazmalinda binti M. Maszlan. (2015, September 6). Senarai Semak. Scribd. https://www.scribd.com/doc/278836934/Senarai-Semak Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum. (t,t). Kurikulum Sekolah Rendah - DSKP Tahun 1. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/47-dskp -tahun-1-semakan 11


LAMPIRAN Gambar 1.0 : INSTRUMEN SENARAI SEMAK 12


Gambar 2.0 : DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN PEMBELAJARAN (DSKP) 13


14


15


Gambar 3.0 : INSTRUMEN KERTAS UJIAN 16


17


18


Gambar 4.0 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 19


Gambar 5.0 INSTRUMEN BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA 20


Click to View FlipBook Version